Semalam telah viral video tentang kes pukul kanak-kanak di taska menarik perhatian ramai selebriti termasuk Fasha Sandha.
Sebagai ibu kepada dua anak, Putra Rayfal, 4 tahun dan Putri Raysha Jemaima, 3 tahun Fasha Sandha amat tersentuh dengan isu ini hingga menyebabkan beliau sebak dan menitiskan air mata.
Ya Allah, kau lindungilah kedua anak2 ku, juga 3 anak buahku di Perlis daripada kekejaman cikgu sebegini. Sebak dan keluar air mata ibu tengok video ni.
Kenapakah sebegini rupa?
Pusat Jagaan xxxx? (Fasha menyatakan nama taska terbabit)
Ads
Mohon ada kesedaran bahawa tidak sepatutnya anak kecil dibuat begini, anak sendiri pun saya tampar kaki je, tak pernah lagi tampar muka. U sesuka hati tampar n cepok muka anak orang?
Ads
Posting ini menerima tontonan lebih daripada 250k. Para follower memberikan pelbagai komen menyelar tindakan pekerja taska di dalam video terbabit.
Ads
Selain Fasha, terdapat juga selebriti lain yang memuat naik video yang sama di akaun Instagram masing-masing. Antaranya ialah Erin Malek & Linda Rafar.
Doa untuk anak adalah antara tanggungjawab penting yang dipikul oleh setiap ibu bapa. Majoriti ibu bapa tahu bahawa doa untuk anak adalah tanggungjawab hakiki yang perlu dipikul. Doa ibu bapa biasanya mustajab, malah setiap kata-kata yang terluah boleh menjadi doa tersendiri.
Sebagai ibu bapa yang beriman dan mementingkan kesejahteraan anak, kita digalakkan mengamalkan doa-doa untuk diri sendiri, keluarga, dan anak-anak. Berikut adalah beberapa panduan dan doa yang boleh diamalkan setiap hari.
Baca ayat:
“INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
Bila sampai pada “KUN”, berhenti sekejap dan niatkan dalam hati segala hajat untuk anak, contohnya: cerdik, pandai, sopan, atau baik tingkah lakunya. Ini antara amalan doa untuk anak yang diamalkan ramai ibu bapa.
Sambung bacaan dengan “FAYA KUUN”.
Lepas itu, tiupkan sedikit pada ubun-ubun anak setiap pagi. InsyaAllah, doa ini boleh membantu anak berkembang dengan lebih baik.
Bacaan ayat:
“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Baca 19 kali pada air dan minta anak meminumnya.
Alternatif: bacakan doa ini pada ubun-ubun anak ketika tidur.
InsyaAllah, perangai anak yang degil akan berubah menjadi lebih baik dengan izin Allah.
Ketika memasak, basahkan lidah dan bacakan doa Surah Ali Imran Ayat 200:
“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Perbanyakkan zikir: ‘Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff, Ya Rahman’ berulang-ulang.
Boleh juga membaca:
Doa Nabi Daud 3 kali:
“Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut nama anak), seperti Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.”
Hembuskan pada makanan, minuman, atau susu anak. Ini antara amalan doa untuk anak yang diamalkan ibu bapa sejak dulu.
Bacaan ayat:
“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).”
Amalkan selepas solat atau setiap kali teringatkan anak.
InsyaAllah, anak akan lebih menitikberatkan solat dan hubungan dengan Allah.
Bacaan doa:
Ya Allah, Tuhan yang membuka segala rahsia,
Tenangkan hati anakku ketika dia belajar.
Lapangkan dadanya dari segala resah dan takut,
Jadikan fikirannya terang, hafalannya kuat,
dan tangannya ringan menulis ilmu yang bermanfaat.
Ya Allah, keluarkanlah dari dirinya segala gangguan dan kekusutan,
gantikan dengan cahaya keyakinan dan semangat yang lembut.
Bukakan jalan fikirannya seperti Engkau membukakan jalan air dari batu,
dan jadikan setiap huruf yang dipelajari sebagai cahaya yang menghidupkan jiwanya.
Ya Allah, kembalikanlah tenaga fokusnya,
jauhkanlah dia dari kelalaian, gangguan dan rasa malas.
Satukan niatnya untuk menuntut ilmu kerana-Mu.
Waktu terbaik: Subuh dan Maghrib, sebut nama anak dalam doa.
Doa ibu bapa yang ikhlas adalah pagar paling kuat untuk menenangkan hati anak. Dengan mengamalkan doa untuk anak setiap hari, ia bukan sahaja mendidik emosi dan rohani anak, tetapi turut meneguhkan hubungan ibu bapa dengan Allah.
Ada ibu bapa yang risau anaknya tidak bercakap, tapi dia faham banyak perkara. Dia boleh ikut arahan, dia boleh tunjuk anggota badan, boleh tunjuk gambar poster. Tapi susahnya nak bercakap.
Salah satu kemahiran pra-pertuturan ialah kemahiran meniru. Jadi sebelum nak suruh anak tiru gerakan-gerakan mulut/sebutan, suruh anak tiru gerakan tangan dulu.
Apa contoh isyarat mudah? Reka saja isyarat “basuh tangan”, “kereta”, “motor”, “busuk”, “tidur”.
Sambil bercakap denga n anak, kita mesti tunjukkan isyarat tu dan galakkan anak meniru isyarat tangan ni.
Kita bukannya ajar BMKT (bahasa melayu kod tangan – untuk masalah pendengaran). Kita ajar isyarat yang simple sahaja.
Percayalah, apabila anak makin cekap meniru pergerakkan tangan, anak juga akan semakin cekap meniru pergerakkan motor halus (bibir dan lidah).
Lama-kelamaan dia buat isyarat sambil keluar sebutannya. Ada orang yang risau, dia kata, “nanti budak tu dah biasa buat isyarat, dia tak nak cakap dah”. Itu adalah jika anak ada masalah pendengaran.
Selagi pendengarannya normal dan kita juga bercakap sambil buat isyarat, dia akan tiru apa kita lakukan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kanak-kanak sememangnya suka bermain air tetapi sebenarnya ia memberi manfaat untuk rangsang otak anak jadi pintar. Dengan berenang, anak mempelajari pergerakan dan menahan nafas menggenggam dan menendang dalam masa yang sama. Kebanyakan kanak-kanak dilahirkan sebagai perenang dan menyukai air dan akan mudah belajar.
15 manfaat berenang kepada si manja
1.Belajar untuk fokus dalam melakukan sesuatudan merangsang kecerdasan otak
2.Perkembangannya yang pantas daripada kanak-kanak seusianya melibatkan kemahiran visual motor seperti memotong kertas, mewarnai dan menggaris.
3.Menurut kajian yang dilakukan oleh Griffith Institute for Educational Research, kanak-kanak yang mempunyai kemahiran berenang cenderung untuk mahir berkaitan angka.
4.Menambahkan aliran oksigen ke otak.
5.Air adalah elemen yang bersifat penenang dan memberikan si kecil rasa relaks, seronok dan menstabilkan emosi.
6.Menguatkan otot dan melatih koordinasi kaki dan tangan.
7.Merangsang kemahiran motor kasar kepada si manja.
8.Kemahiran berenang akan mengurangkan risiko si manja lemas.
9.Peluang untuk bergaul dengan kanak-kanak lain seterusnya meningkatkan kemahiran bersosial.
10.Keadaan di dalam air yang graviti sifar membenarkan si manja bebas membuat pelbagai pergerakan.
11.Memantapkan pernafasan dan meningkatkan kapasiti paru-paru.
12.Disiplin ketika latihan di kolam renang menjadikan si manja lebih mudah mematuhi peraturan.
13.Dapat meningkatkan keyakinan diri si kecil dan berdikari pada awal usianya.
14.Peluang untuk si manja merapatkan hubungan dengan mama dan papa untuk sesi kelas bersama dengan ibu bapa.
15.Amat dicadangkan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran kerana ia mampu merangsang interaksi dan proses pembelajaran.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!