Ada ibu bapa yang risau anaknya tidak bercakap, tapi dia faham banyak perkara. Dia boleh ikut arahan, dia boleh tunjuk anggota badan, boleh tunjuk gambar poster. Tapi susahnya nak bercakap.
Salah satu kemahiran pra-pertuturan ialah kemahiran meniru. Jadi sebelum nak suruh anak tiru gerakan-gerakan mulut/sebutan, suruh anak tiru gerakan tangan dulu.
Ajar nyanyi sambil buat gerakan-gerakan tangan.
Ajar cakap sambil buat gerakkan isyarat mudah.
Apa contoh isyarat mudah? Reka saja isyarat “basuh tangan”, “kereta”, “motor”, “busuk”, “tidur”.
Sambil bercakap denga n anak, kita mesti tunjukkan isyarat tu dan galakkan anak meniru isyarat tangan ni.
Kita bukannya ajar BMKT (bahasa melayu kod tangan – untuk masalah pendengaran). Kita ajar isyarat yang simple sahaja.
Percayalah, apabila anak makin cekap meniru pergerakkan tangan, anak juga akan semakin cekap meniru pergerakkan motor halus (bibir dan lidah).
Ads
Lama-kelamaan dia buat isyarat sambil keluar sebutannya. Ada orang yang risau, dia kata, “nanti budak tu dah biasa buat isyarat, dia tak nak cakap dah”. Itu adalah jika anak ada masalah pendengaran.
Selagi pendengarannya normal dan kita juga bercakap sambil buat isyarat, dia akan tiru apa kita lakukan.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Ads
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika ibu ayah membelikan mainan untuk anak-anak, harus ada tujuannya. Bukan sekadar dibeli suka-suka kemudian menjadi lambakan di rumah, terbiar tidak dimain pun. Keterujaan membeli mainan untuk anak-anak, apatah lagi apabila mereka sudah pandai bermain tidak dinafikan. Sebab itulah sesetengah ibu ayah suka membeli mainan untuk anak, sehingga penuh satu rumah!
Pemilihan mainan yang betul untuk anak dapat membeantu mereka menjadi bijak, sensitif dan kreatif. Ibu ayah perlu tahu faedah sesuatu mainan itu sebelum dibelikan untuk anak kerana ia membantu perkembangan otak mereka. Tersalah beli, tiada impak kepada mereka.
Secara umum, terdapat lima kategori mainan iaitu aktif, manipulatif, kreatif, belajar dan main peranan.
Faedah: Membina tubuh badan dan fizikal yang kuat. Dia juga boleh belajar bergaul dan membina jaringan sosial, belajar untuk bertolak ansur dan mengambil giliran, bersabar, memahami orang lain dan kerja berpasukan. #Tolak dan tarik
Antara permainan menggunakan mekanisme tolak dan tarik ialah seperti kereta tolak mainan (wagon), troli, kereta sorong bayi mainan dan skuter. #Tunggang
Mainan yang boleh ditunggang pada usia ini ialah basikal dengan roda tambahan, kereta mainan yang mempunyai kawalan stereng atau kuda mainan yang bersaiz besar.
#Alat mainan luar rumah
Gelongsor, buaian dan mainan pengimbang adalah antara yang dicadangkan untuk si manja pada usia ini. #Peralatan sukan
Mama dan papa boleh membeli bola, papan luncur, kasut beroda, layang-layang, kolam renang mudah alih, tali skip dan sebagainya.
2.ALAT PERMAINAN MANIPULATIF
Faedah: Menggalakkan si manja untuk membuat keputusan, menyelesaikan masalah, mempelajari bentuk objek, tekstur, saiz dan perbandingan daripada segi warna, memberikan perhatian dalam masa yang lama dan mempelajari tentang kesan-akibat. #Pembinaan
Terdiri daripada blok kiub kayu besar dan kecil, objek plastik yang boleh disambung (interlocking), blok yang boleh membina objek lebih realistik. #Puzzle
Pada usia ini, set puzzle yang sesuai tidak lebih daripada 50 keping. Pilih yang diperbuat daripada kadbod keras dan mempunyai warna yang ceria.
#Reka kreatif
Anda boleh mendapatkan alat permainan manipulatif jenis ini iaitu manik besar yang boleh dicucuk pada tali (Manik perlulah dielakkan jika si kecil suka memasukkan objek ke dalam mulut). Set mainan felt berlubang dan benang untuk menjahit serta getah yang boleh dikaitkan menjadi gelang atau rantai. #Alat permainan manipulatif
Suai padan perkataan dengan objek, mengasingkan antara warna dan jenis; nesting toys, objek berkonsepkan geometri dan model mekanikal yang lebih kompleks. #Pakaian dan tali
Mainan seperti patung yang mempunyai latihan untuk memakaikan pakaian dan memasang butang. Jarum yang besar dan tumpul serta benang kasar boleh diberikan dengan pemantauan. #Mainan pasir dan air
Pasir mempunyai tekstur dan bertindak terhadap merangsang deria sentuhnya. Mainan untuk dimainkan di dalam bilik mandi seperti pam air dan sebagainya.
Faedah: Boleh memajukan kemahiran intelektual dan pemikiran kritis serta menyeimbangkan emosi si manja. Ia juga menajamkan skil motor halus. #Alat muzik
Alat muzik yang mesra kanak-kanak seperti xylophone, harmonika, wisel dan rekoder serta piano.
#Seni dan kraf
Perkakas seni seperti pensel warna, krayon, tanah liat, gunting kanak-kanak, papan hitam dan kapur, buku mewarna serta peralatan menjahit dengan jarum besar dan tumpul. #Audio visual
Kamera untuk merakam apa yang diminati sama ada gambar atau video.
Faedah: Si manja boleh mempelajari perkara asas mengenai sesuatu perkara dan mendapatkan informasi yang tepat. Si kecil juga boleh mempelajari tentang kesan dan akibat. #Permainan
Kad, domino atau bingo (bergambar). Permainan seperti ular dan tangga juga boleh diberikan kepada si manja. #Skil spesifik
Contohnya seperti mempelajari tentang warna, bentuk, huruf dan nombor. Permainan berbentuk model juga sesuai untuk menunjukkan bahagian tubuh. Magnet, lampu picit, kanta pembesar, stetoskop, akuarium adalah objek sains yang boleh diperkenalkan pada usia ini. Jam boleh digunakan untuk mengajar si kecil mengira masa.
#Buku
Pada usia lima hingga enam tahun, si manja lebih tertarik kepada buku-buku yang mempunyai kisah yang realistik. Kamus bergambar atau ensiklopedia junior boleh diberikan di samping buku berkisar haiwan (yang bersifat seperti manusia) dan alam semula jadi.
Faedah: Si manja boleh mengembangkan imaginasi dan membina daya intelek. Ia juga membantu menguatkan memori, pemikiran logik, kreativiti dan melontarkan pendapat. Ia juga latihan untuk si kecil untuk memberikan tumpuan dalam tempoh yang lama. #Anak patung
Pada usia ini, anak patung yang lebih realistik yang mempunyai rambut, membuka mata dan kaki dan tangan bersendi.
#Mainan lembut
Seperti sayur dan buah yang diperbuat daripada kain felt dan diisi serat lembut boleh digunakan untuk masak-masak. #Puppet
Patung puppet yang boleh disarungkan pada jari dan tangan dan pentas mini untuk tujuan bercerita. #Berlakon
Permainan seperti set dapur kecil untuk bermain masak-masak sesuai dibelikan pada usia ini. selain itu, anda juga boleh menyediakan kostum seperti kostum puteri, kot doktor atau telefon mainan untuk dia bermain peranan sebagai pelbagai watak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya bekas juara rancangan realiti Mentor musim ketiga, Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black memang lebih suka memberi pendedahan aktiviti luar rumah kepada anaknya Khaleef Dayyan Hanifah berbanding membiarkannya bermain dengan gajet sahaja di dalam rumah.
Dayyan yang sudah berusia 3 tahun lebih ini semakin bijak dan aktif kerana mendapat pelbagai rangsangan positif dari daddy nya.
Hasilnya memang nampak pada perkembangan Dayyan yang sentiasa berkeyakinan dengan apa yang dilakukan dan banyak belajar daripada persekitaran.
Walaupun ibu bapa muda zaman sekarang lebih percaya pada kepentingan mendedahkan anak pada pelbagai teknologi namun ternyata Black lebih percaya kecerdasan seorang anak juga boleh dirangsang dengan baik bila dibiasakan dengan alam semula jadi dan realiti persekitarannya.
Bahkan anak-anak yang dibiarkan explore dunia luar rumah juga boleh meningkatkan kemahiran sosial mereka secara luas selain mengurangkan risiko masalah anak terkena rabun pada usia kecil.
Dayyan Juga Berbakat Menyanyi
Penyanyi yang memiliki suara nyaring dan tinggi ini nampaknya sekarang sudah mempunyai protege sendiri bila si cilik Dayyan mula menunjukkan bakat suka menyanyi.
Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Mungkin disebabkan dari bayi lagi dah biasa tengok daddy menyanyi maka Dayyan pun terpengaruh untuk mengikut apa yang dilakukan oleh daddy nya.
Black yang memuatnaik satu video bersama Dayyan dalam Instagramnya dengan kapsyen “Bila nak menyanyi yang paling penting confident mahu tinggi” telah mendapat sebanyak 169,760 view daripada netizen.
Gelagat Dayyan yang selamba menyanyi di samping Black yang bermain gitar benar-benar menciut hati netizen.
Ramai rasa terhibur dan lucu melihat gaya confident Dayyan menyanyi walapun lirik lagunya langsung tak difahami.
Dalam video tersebut Black yang sedang bermain gitar menahan gelak melihat aksi anaknya menyanyi dengan penuh keyakinan walaupun liriknya salah. Memang ramai yang ketawa melihat aksi si kecil ini.
Kalau anda sedang latih anak tak pakai ‘pampers’ boleh ikut 10 tips mudah oleh jururawat terlatih ini. Anak dah nak masuk umur 3 tahun memang elok latih buang air sendiri di tandas. Walaupun anda mungkin rasa tak sanggup untuk berhadapan situasi anak akan terkencing atau terberak di lantai rumah tetapi percayalah ia hanya seketika sahaja.
Si kecil akan akhirnya menguasai kemahiran membuang air kecil dan besar di tandas bila dia sudah boleh mengawal pundi kencingnya. Jadi untuk memudahkan usaha anda itu, apa kata cuba ikut tips yang dikongsikan oleh jururawat terlatih mengenai toilet training.
TOILET TRAINING
Hari cuti ni, Daddy Ammar decides nak ajar Ammar toilet train. Mommy pun cuba beri kerjasama baik kat plan daddy itu.
Nak ajar anak toilet train.
Kena cakap betul2 kat dia.
1. Kalau nak kencing, cakap nak kencing. Bukan mommy, nak ‘cing’. Nanti kita salah dengar ingat dia sebut kucing.
Macam tu juga nak buang air. Mommy, nak berak. Bukan mommy nak ‘yak’.
2. Kerap bawa dia ke toilet at least 2jam sekali atau tetiba nampak dia cari port nak membuang.
Contoh, Ammar ni kalau nak buang air besar, dia akan ke satu sudut untuk ‘bertelur’. Jadi kita dh dapat agak dia nak buang air. Angkatlah ke tandas segera.
3. Beli underware yang dia suka.
Contoh berkartun-kartun, ada upin ipin kah. Nanti dia seronoklah bertoilet train. Sebab pampers pun tak beraneka kaler macam tu.
4. Keraplah tanya dia nak ke tandas ke tak.
Kalau agak lama tak ke tandas tu, bawalah dia kesana. Takutlah dia ni tahan dari membuang sebab takut kena marah kalau karpet basah.
5. Masa nak toilet train anak, elakkanlah pasang karpet mahal kat dalam rumah/ruang tamu.
Nanti karpet mahal basah, anak pula kita sesah.
6. Train anak 3 hari pertama dengan sela masa berbeza.
Hari pertama contoh bawa anak setiap 30 min sekali. Hari kedua bawa setiap satu jam sekali. Hari ketiga, bawa setiap 2jam sekali. Pastikan masa train tu, betul2 ZERO pampers.
7. Elakkan marah anak kalau dia terkucil di lantai/seluar.
Nanti elok dia nak beri kerjasama, tetiba dia mogok. Paling koman dia tahan pula nak membuang. Ada tu terkucil bila dengar suara tarzan mak dan ayah.
8. Sabar.
9. Jangan lupa pula ajar anak cara cuci kemaluan selepas membuang.
Bab buang air besar tu mungkin kita boleh lagi bantu kan.
10.Elak anak dari minum air yang banyak sebelum tidur dan pastikan anak kencing dahulu sebelum masuk tidur. Idokle anak kencing malam.
Notakaki:
Jangan bezakan anak lain dengan anak sekarang. Sebab budak-budak ni perkembangan berbeza-beza.