Ajal maut di tangan Allah. Sesungguhnya segala sesuatu berasal dari Allah akan kembali padaNya. Setiap yang hidup, pasti akan mati juga suatu hari nanti. Mungkin bagi orang yang terpilih mereka seolah-olah tahu mereka akan pergi meninggalkan insan yang disayanginya.
Begitu juga dengan arwah ini yang merekod video bersama anaknya buat kali terakhir sebelum arwah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.
Ya Allah sebaknya, arwah mcm tahu je dia nak tinggalkan anak dia . Al-fatihah??? pic.twitter.com/IDW7FgD9T8
Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter kelmarin, video yang direkod oleh arwah bersama anaknya betul-betul terkesan dan membuatkan semua yang menontonnya sebak.
Menurut beberapa individu yang mengenalinya, arwah adalah pemilik sebuah butik dan mempunyai karakter yang sangat baik dan suka bersedekah. Paling sebak bila lihat reaksi anaknya memandang muka bapanya seolah-olah dapat merasainya bakal kehilangan ayah.
Ads
Netizen yang menonton video ini semuanya berkongsi perasaan sedih dan menceritakan serba sedikit mengenai arwah semasa hidup.
Ads
Video yang berdurasi 1.14 saat ini telah mendapat tontonan 193,000. Al-Fatihah dan semoga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana.
Kagum dengan kedua ibu bapa bayi ini! Walaupun anaknya istimewa kerana mempunyai tanda lahir di wajah namun tiada sedikit pun rasa malu untuk memperkenalkan anaknya pada orang ramai.
Sempena mencecah usia empat bulan, ibu bapa kepada seorang bayi perempuan yang memiliki tanda lahir berwarna hitam di wajah telah mengadakan majlis istimewa untuk anaknya.
Carol Fenner dan suaminya, Thiago Tavares mengadakan majlis itu dengan memuat naik beberapa gambar di laman Instagram rasmi anaknya, Luna Tavares Fenner.
Bayi berasal dari Brazil itu mempunyai tanda lahir yang hampir penuh di seluruh muka disebabkan oleh perubahan genetik ketika berada di dalam rahim ibunya.
Lebih istimewa apabila tanda lahir tersebut memiliki bentuk dan corak seperti rama-rama ataupun topeng Batman.
Menurut pasangan itu, tanda lahir berkenaan turut mempunyai bulu dan perlu dicukur seminggu sekali dan akan terus tumbuh sehingga anaknya membesar.
Walaupun tidak menyakitkan, namun kadang kala ia menjadi gatal dan secara tidak langsung menganggu penglihatan anaknya itu.
Sikap terbuka ibu bapa bayi ini mendapat pelbagai respon positif dari orang ramai selain kata-kata semangat. Ramai memuji kecantikannya walaupun wajahnya hampir ditutupi dengan tanda lahir.
Kasih ibu sampai ke syurga, kasih ayah selamanya. Itulah yang dilalui sekarang oleh pelakon dan penyanyi kontroversi Aliff Aziz yang mengakui mula merindui anak kesayangannya, Mohamad Ayden Adrean, 2 selepas seminggu bercerai dengan isterinya, Bella.
Aliff menerusi kemas kini terbaru di akaun Instagramnya meluahkan isi hatinya selain memuat naik foto bersama Ayden.
Foto tersebut merakamkan Aliff sedang mencium putera kesayangannya itu.
“I miss you, Junior. Keep Daddy in your heart as how you’re always beating in mine. ? @aydenadrean17 #MyOtherHalf #AydenAdrean,” tulisnya.
Sebelum ini semasa selesai prosedur mahkamah, memang nampak hubungan ayah dan anak ini begitu akrab.
Ayden dilihat begitu manja dan rapat dengan Aliff dengan melentokkan kepalanya di bahu sebelum diserahkan kepada Bella.
Semasa Bella mengambil Ayden dari dukungan Aliff ternyata Ayden seolah-olah faham yang dia akan berpisah dengan daddynya. Sewaktu itu, Ayden sempat bersalaman dan memberi lambaian terakhir menandakan mereka akan berpisah dan tak akan merasai lagi keakraban seperti sebelum itu.
Detik perpisahan itu telah membuatkan orang ramai sebak dan menitiskan air mata melihat gelagat Ayden.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Aliff belajar daripada kesilapan sebelum ini.
“It’s okay people learn from mistakes no worries just perbaiki balik apa yang kurang kat diri kita,” tulis @i.nurfarhanaz
“Pergi la jumpa dia berbaik-baik balik satu family, bina hidup baru buang jauh-jauh yang lama jangan diulangi lagi… Bulan mulia nak raya jadi la family yang perfect. Berkumpul semua,” nasihat @marryanna_ann
“Masih sempat nak selamatkan rumah tangga, masih ada peluang nak berubah menjadi lebih baik… Fikir anak masih kecil tak faham apa. Kesian rasa…” komen @waaawaa
Terdahulu, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu di Mahmakah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 16 Mei ekoran penularan pelbagai kisah curang.
Pasangan itu telah berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Ayden.
Foto: Instagram @aliffaziz91
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kasihnya ibu membawa ke syurga. Tiada yang lebih menyentuh hati daripada melihat penderitaan si ibu selepas melahirkan zuriat ke dunia.
Nyawa jadi taruhan apabila seorang ibu lumpuh selepas selamat melahirkan anak perempuannya empat bulan lalu. Tidak sempat untuk mendakap dan mencium bayi yang dikandung, si ibu kini hanya terlantar.
Akibat komplikasi ketika bersalin, Norazlina Hasan, 42, di kaku terbaring di atas katil dan bergantung sepenuhnya kepada sumber makanan yang berupa susu khas yang dimasukkan melalui tiub untuk meneruskan hidup.
Si kecil anak ketujuh, Nor Amalina Eliya Ibrahim yang kini berusia empat bulan merupakan anak ke tujuh Norazlina belum lagi merasa susu ibunya sendiri.
Apa yang paling meruntun hati dan menyentuh perasaan, air mata ibu ini menitis apabila Amalina diletakkan dalam pangkuannya. Meskipun badannya dalam keadaan kaku tak bergerak dan tanpa suara, Norazlina seolah-olah amat rindu untuk memeluk dan membelai anak yang dilahirkan dari rahimnya sendiri
Situasi ini boleh menghiris hati sesiapa sahaja yang dilihat. Apatah lagi apabila Amalina kini hanya mampu menumpang kasih sayang dari kakak. Sentuhan seorang kakak menggantikan kehangatan kasih ibu.
Kakak sulungnya, Nur Fatin Shahira, 22 yang sanggup melepaskan jawatan sebagai kerani di Petaling Jaya, Selangor semata-mata untuk menjaga dan mencurah khidmat buat ibu dan adik yang baru dilahirkan .
Kini tanggungjawab menjaga adik digalas Nur Fatin. Katanya dari hari pertama hingga ke saat ini adiknya dilahirkan, tidak pernah walau setitik susu ibu dirasai adik.”Adik dibesarkan dengan susu formula kerana ibu tidak sedarkan diri ketika melahirkan adik,” kata kakak penyayang ini.
Selain itu, gadis ini turut menceritakan detik-detik kelahiran Amanlina di mana nyawa ibunya berada di hujung tanduk. Jantung berhenti berdegup dan parut bersalin berdarah semula.
“Jantung ibu terhenti seketika ketika dibius semasa pembedahan melahirkan adik. Parut lama pembedahan melahirkan anak tujuh tahun lalu di perut ibu juga berdarah kembali ketika saat getir itu.
“Kami bersyukur adik dan ibu dapat diselamatkan tetapi berat sungguh ujian Allah, ibu kami jadi lumpuh seluruh tubuh akibat komplikasi ketika bersalin itu,” katanya.
Nur Fatin berkata, ibunya pernah diserang strok dan menghidap kencing manis ketika awal kehamilan adik bongsunya itu. Namun ia tidak mengganggu proses kehamilan Norazlina.
“Ketika itu ibu tak tahu dia mengandung, disebabkan ada darah beku di kepala, ibu menjalani imbasan dan masa rawatan strok itulah doktor dapat kesan ibu mengandung.
“Serangan strok itu tidak menjejaskan kandungan dan ibu boleh mengandung sehingga cukup bulan.
“Tetapi ibu sakit nak bersalin awal seminggu dari jangkaan. Selepas dibawa ke hospital berlakunya komplikasi dan dibedah dua hari kemudiannya,” katanya.
Nur Fatin mengambil alih menguruskan ibu dan adik bongsunya itu kerana ayahnya, Ibrahim Ab Tashid, perlu keluar bekerja sebagai pemandu lori untuk menampung perbelanjaan keluarga termasuk kos perbelanjaan lampin pakai buang dan susu khas isterinya serta sewa rumah.
Bagi anda yang ingin memberikan sumbangan buat keluarga ini boleh menyalurkan ke dalam akaun Maybank Nur Fatin Shahira 164165039410