Sekarang musim ibu bapa beli peralatan sekolah, dan salah satu kelengkapan penting adalah beg sekolah. Ibu bapa perlu membeli beg sekolah yang betul untuk elak kemudaratan pada anak-anak.
Pemilihan beg yang salah boleh menyebabkan sakit tengkuk, sakit belakang, serta masalah-masalah tulang belakang yang lain, seperti skoliosis dan kyphosis.
◾ Cara Pilih Beg Yang Betul:
1. Jenis:— mempunyai dua tali penyandang, dan penyandang mempunyai pelapik span. Penyandang yang mempunyai klip penyambung di bahagian hadapan adalah digalakkan.
2. Dalaman:— mempunyai pembahagi ruang atau jalur pengikat, agar buku boleh disusun rapi serta diletakkan berhampiran pada ruang yang dekat kepada tubuh pemakai.
Ads
3. Saiz:— bahagian atas beg mesti berada di paras belikat dan bahagian bawah hanya berada di lengkung pinggang. Jika bahagian bawah mencecah punggung, bermakna beg terlalu besar.
◾Cara Galas Beg Yang Betul:
Ads
1. Berat beg dan isinya tidak melebihi 15% berat badan pemakainya. Jika berat pemakai 20kg, maka berat beg mestilah tidak lebih 3kg. Jika ada muatan lebih, bawa di tangan dan dilekapkan ke dada.
2. Tali penyandang dipendekkan sehingga beg rapat ke tubuh da tidak londeh. Ia memastikan beban dapat ditampung dengan baik, serta mengelakkan beg berhayun semasa berjalan/berlari.
3. Tidak menjinjing atau menggalas hanya sebelah tali penyandang beg, untuk mengelakkan bebanan tertumpu hanya pada sebelah bahagian tubuh. Bebanan tak simetri boleh menyebabkan skoliosis.
Semoga penerangan ini memberi manfaat kepada ibubapa dan anak-anak!
Kadang-kadang kita tak perasan perlakuan anak-anak seperti takut basah kena air, takut pegang ais, geli pegang pasi dan sebagainya merupakan tanda-tanda anak mempunyai masalah sensori.
Jika perkara tersebut ada pada si kecil anda, Dr Redza Zainol berkongsi aktiviti yang sesuai dilakukan bersama anak-anak di rumah terutamanya pada hujung minggu. Aktiviti sebegini bagus untuk merangsang deria sentuhan anak-anak anda. Mudah untuk dilakukan bersama si kecil tersayang.
ikuti perkongsian beliau:
Mak ayah patut risau bila:
– anak takut badan basah kena air
– takut pegang ais
– geli pegang pasir
– tak boleh makan makanan lembik
– takut pakai kasut
– suka nak pakai stokin dalam rumah
– asyik terjatuh dan cedera di rumah.
Boleh jadi ini tanda-tanda anak ada masalah sensori sentuhan.
Mujur ada aktiviti yang mak ayah boleh buat bersama anak supaya deria sentuhan ni sentiasa dirangsang.
Salah satunya ialah Finger Painting atau mewarna menggunakan jari dan tangan.
Sambil ransang deria anak, boleh juga kita perkenalkan warna-warna pada anak.
Anak umur 3 tahun selalunya dah tahu 2 warna.
Umur 4 tahun dah tahu 3 jenis warna.
Umur 5 tahun dah tahu minima 4 warna.
6 TIPS MEWARNA DENGAN JARI ( FINGER PAINTING) DAN RUMAH KEKAL BERSIH
✔️ Pakai baju khas
Boleh pakai apron comel beli kat Daiso atau paling mudah, sarung je T-shirt mak ayah yang dah lusuh.
✔️ Buat aktiviti di luar rumah
Boleh buat di beranda atau porch. Yang penting, BUKAN dalam rumah.
Senang mak ayah nak kemas.
✔️ Alas dengan kertas/kain
Sebelum mulakan aktiviti, alas dengan kain yang lebar atau alas dengan surat khabar banyak-banyak
Dah habis main, boleh terus buang surat khabar tu.
✔️ Letak cat dalam mangkuk yang besar dan berasingan untuk setiap satu warna
Kalau pakai pallet, sekejap je dah terbalik pallet tu. Kalau pakai mangkuk, anak boleh terus celup tangan dalam mangkuk tu.
✔️ Mood mak ayah dan anak yang gembira
Kalau anak tak gembira, bersedialah untuk situasi sepah yang berganda. Boleh jadi adegan budak baling mangkuk cat.
Mak ayah kena berlapang dada sebab ni dikira sebagai “messy play”. Memang akan bersepah ya.
Okay, tips terakhir untuk buat aktiviti ni lagi bermakna.
✔️ Pada kertas lukisan anak, tampal double tape yang tulis nama anak. Lepas aktiviti selesai dan kertas dah kering, cabut tape tu dan akan terpampang nama anak pada lukisan tu.
Bantu saya #sebarkan ilmu ni pada mak ayah yang lain. Sesuai sangat aktiviti ni dibuat pada hujung minggu.
EPISOD 5 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: Little Farm Dekatkan Anak Dengan Alam
Kanak-kanak harus didedahkan dengan alam kerana aktiviti ini akan membuatkan mereka lebih berani. Jika kita tidak mendedahkan mereka dengan alam dari kecil, ia mungkin akan membuatkan anak-anak tidak berani untuk mencuba benda baru.
Saksikan Episod ke 5, Journey Bersama JoviaNina pada 23 September 2020, jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Bila dah berumah tangga bukan bermakna tempat untuk pasangan menabur janji, berlagak pandai dan mengambil kesempatan.
Ada perkara yang tidak boleh kita simpan supaya rumahtangga itu semakin kukuh dan penuh rasa cinta.
Jika masing-masing ego, fikirlah apa akan jadi pada anak-anak. Mereka belum mengerti apa-apa. Nak tak nak suami isteri kena ambil tahu apa yang terbaik untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga kekal bahagia.
Suami Isteri buanglah :
1 – Rasa Ego ————-
Akibat dari ego kepala kita susah mahu menunduk ke bawah, apa sahaja yang cuba di sampaikan oleh pasangan kita tolak bulat bulat. Hanya pandangan yang keluar dari mulut kita sahaja yang betul. Sehingga pasangan kita rasa cintanya di khianati dan terpaksa setia walaupun tiada rasa sayang lagi.
Hati yang di khianati makin lama akan makin menipis, mudah koyak bila terlalu nipis. Hati-hatilah tuan-tuan. Tak jatuh ego seorang lelaki kalau tunduk sujud bersama-sama isteri.
2 – Rasa Curiga ————-
Bila dah terlalu sayang dan terlalu bergantung harap perasaan curiga mudah datang tanpa di undang. Tak salah ada rasa curiga, yang jadi salah bila kita biar emosi menguasai akal kita sehingga buat tindakan yang boleh buat kita menyesal. Kuatkan kepercayaan suami isteri barulah kita tak mudah pedih mata bila terkena makcik bawang.
Dalam rumahtangga kena jaga perasaan pasangan dengan menjaga pergaulan kita supaya tak timbul rasa curiga. Laki dan perempuan kena ada batas dan had pergaulan, tak kira bujang atau tidak.
3 – Penipuan ————-
Sentiasa lah bercakap benar dengan pasangan, tak kira isu sekecil mana pun jangan ada rahsia dan penipuan antara suami isteri. Kerana penipuan ini boleh menjadi benih kepada hati yang tidak setia dan mudah di godam oleh orang ketiga.
Sepahit mana pun kebenaran itu jangan rahsia dan bohong, kerana percayalah bahawa ‘pahit kebenaran’ itu lebih manis daripada ‘manis penipuan’.
4 – Penting diri ( Selfish ) ————-
Lepas berkahwin tiada lagi istilah kau aku, yang ada hanya kita. Rumah kita, keluarga kita, hidup kita, anak kita, semua untuk kita. Rumahtangga tak dapat di bina jika akad nikah sorang-sorang, rumahtangga juga tak dapat sampai ke syurga jika seorang sahaja yang berusaha.
Penting diri tak akan jadikan hidup kita mudah bahkan ia menyusahkan. Suami isteri kena banyak berkongsi, masalah, rezeki, kebaikan, kegembiraan dan kesedihan cuba kongsi dengan pasangan barulah masing-masing tidak mudah rasa kecil hati.
5 – Degil, tidak mahu bertolak ansur ————-
Dalam rumahtangga tiada istilah aku betul kau salah, rumahtangga sepatutnya jadi tempat untuk berlumba-lumba buat kebaikan. Sentiasa bertolak ansur walaupun kadang kala ia tak kena dengan prinsip dan selera kita tapi asalkan ia boleh beri kegembiraan pada pasangan tak salah kita mengalah.
Degil dan tak mahu bertolak ansur tak bawa kita ke mana pun, mulanya kita rasa puas sebab pendirian kita sentiasa menang tapi tanpa kita sedar pasangan berdendam dan menanti untuk hukum kita bila kita buat salah.
6 – Malas ————-
Jangan mengambil kesempatan atas kebaikan pasangan dan kita juga tak boleh beri peluang untuk pasangan mengambil kesempatan ke atas diri kita. Sama-sama berusaha mencari rezeki dengan cara masing-masing kerana dengan berusaha sahaja baru turun rezeki. Tidak untuk mereka yang malas.
Pada mulanya boleh lah rasa kasihan tapi lama kelamaan lihat pasangan malas dan tak berubah boleh datang rasa benci dan meluat. Menjadi punca keluarga bercerai berai dan lebih teruk lagi anak jadi mangsa.
Ramai yang terlepas pandang perkara ni sebab terlalu fokus untuk menjadi ‘Perfect’ sehingga terlupa kecacatan yang perlu di buang.
Bukan mudah untuk membesarkan anak dan cabarannya pun berbeza. Dalam tempoh nak membesarkan anak-anak, pelbagai ragam anak ibu bapa akan hadap. Setakat jatuh dari kerusi, bergaduh antara adik beradik dan memasukkan bendasing ke dalam mulut atau hidung antara yang biasa berlaku.
Cuma bagaimana ibu bapa nak urus anak itu kadang kala membuatkan kita tak tersedar anak melakukan perkara yang diluar jangkaan kita.
Perkongsian ibu ini, Erna Zuriena ini mengenai anaknya yang memasukkan bendasing ke dalam hidung sehingga perlu membuat pembedahan.
Since ramai yg tanya ibu kenapa aariz warded kelmarin so ibu nak buat kronologi pasal apa yg terjadi , ibu bapa jadikan ni satu iktibar untuk kita semua lebih alert apa yg anak cakap n apa yg anak kita pegang .. MALANG TAK BERBAU tau ..
Hari selasa pukul 3 ptg , ibu sakit kepala sgt .. jadi lepas makan ibu pun rest2 atas katil sambil cium minyak angin , aariz mcm biasa main dengan kakak .. tiba2 dia datang n cakap ‘dalam hidung adik ada mainan’ sambil senyum2 kambing .. ibu mcm blur , n tengok biasa dlm hidung .. tapi tak nampak , so ibu just buat taktau .. tapi hati mula tak sedap , ibu panggil aariz n baring atas katil .. ibu bukak flashlight hp n suluh .. terus allahuakhbar !! gigil lutut terasa tak pijak lantai kaki , terus call ayah tapi terberjawab .. nk drive sendiri rasa tak terpijak pedal minyak sebab habis menggigil , mintak tlg kak Rohana Mat Ramli hantar g klinik , sampai KK sendayan cerita kat nurse , n nurse mintak jangan panik , just pergi emergency HTJ .. so balik dulu mandi2 sementara tunggu ayah aariz balik kerja , so lps ayah aariz balik terus pg emergency ..
Sampai emergency , ambik no .. pukul 5 daftar , pukul 7 baru number naik .. so cerita dgn doc , doc mintak MA cuba ‘keluarkn’ tapi MA tu dh tertolak benda tu kedalam .. n trus xtray , tapi tak nampak .. so dorang mintak refer kt Pakar ENT .. so pergi tgkat 4 , doc pakar ENT sampai .. doc suluh mmg benda tu tak nampak dari luar , dengan aariz lgsg tak bg kerjasama , meronta2 .. ayah sampai surender pegang dia terlalu kuat meronta馃槄sebab dia meronta2 hidung sampai berdarah .. pakar still tak nampak dari luar , so dorang masuk camera kecik untuk makesure benda tu ada atau tidak , n YES ! benda tu ada , tapi terlalu dalam .. so warded untuk keluar kn benda tu esok hari , doc minta warded sebab doc nk pantau takut benda tu masuk kesaluran pernafs , so doc ckp esok kena masuk dewan bedah n kena bius sepenuh nya sebab aariz tak bg kerjasama , start pukul 2pg aariz dah mula puasa ..
Pagi tu tunggu punya tunggu , sampai pukul 12 tak dapat masuk dewan bedah lgi sebab doc ada kes emergency , masa tu kesian kt aariz sebab dia dh lapar sgt , dia mintak susu mintak biskut .. sedih sgt2 kesian sgt2 .. tunggu punya tunggu pukul 2ptg nurse suruh tukar baju untuk ke dewan bedah .. nerves , sungguh ..
Sampai dewan bedah , ibu masuk dalam untuk teman aariz sampai dia betul tidur , mcm2 rasa mcm2 perasaan .. doc nyanyi lagu didi n friends untuk tenang kan aariz , masa prepare tu mcm2 wayar kt aariz , aariz meronta2 nangis .. panggil ibuuu ayahhhh adik nak balik doc masuk ubat bius , tengah dia meronta tetiba sunyi , n dia tidur .. allahuu .. sedih sgt .. nurse mintak ibu keluar , nurse suruh cium aariz .. masa tu tak kuat rasa , berjurai2 airmata keluar dewan bedah.
Ibu ayah tunggu kt luar sementara mata tak lepas tengok lcd yg terang2 nama aariz pembedahan sedang dijalan kan , menunggu semua nya selesai .. sementara tu , ibu balik ward mandi semua .. tetiba ayah aariz msg bgtau aariz dah keluar , tepat jam 4petang .. ibu pun cpt2 dpt kn aariz .. ibu tnya benda apa yg keluar ? n nurse pun tunjuk , allahuu mengucap ibu tgok .. mcm mana boleh masuk lubang hidung benda besar tu.
Balik ward , terus bg dia minum susu n makan .. bersugguh2 aariz makan .. kesian sgt, so lepas tu aariz kena stay 1 malam lg sbb dia kena bius penuh td .. bg dia betul2 stabil dulu .. n tengahari khamis aariz discharge.
Thanks kawan2 yg tak benti ws sy tanya keadaan aariz , sy tak dapat nk jawab sesatu .. mana yg sempat je .. huhu thanks jugak yg doakn aariz .. so lepas ni kena lebih alert apa yg anak2 cakap atau kena lebih alert pasal mainan apa yg kita beli untuk anak .. mcm sy ckp , malang tak berbau .. budak kecik tu dia sentiasa ada perasaan ingin mencuba .. alhamdulilah semua selesai dgn mudah.
Thanks juga pada doc pakar ENT , nurse2 bahagian ENT , nurse2 ward 8D .. thanks sgt2 atas layanan yg baik.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.