Biasanya jika seseorang wanita menghampiri tarikh datang haid, pasti akan ada tabiat makan yang pelik-pelik. Ada yang suka makan manis-manis, ada yang asyik mengunyah dan ada juga yang sukakan makanan pedas. Itu adalah gejala PMS (Premenstrual Syndrome) yang menyebabkan wanita berasa tidak selesa atau berkelakuan pelik beberapaha hari sebelum kedatangan haid.
Gejala PMS ini tidak sama antara satu wanita dengan yang lain. Menjawab soalan dari pengikut media sosialnya, Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih lanjut tentang hal ini.
KETAGIHAN COKLAT SECARA BERLEBIHAN KETIKA HAID
“Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk pengetahuan doktor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doktor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih.”
Jawapan Dr. Zubaidi;
WA ALAIKUM MUS SALAM. PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gejala-gejala yang menyebabkan seorang wanita merasa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum kedatangan haid. Malah ada yang merasa perasaan ini 7-10 hari sebelum haid. Gejala-gejala ini berbeza-beza dari seorang wanita dengan seorang wanita yang lain.
Jadi tidak hairanlah jika saudari mengalami perasaan pelik untuk memakan coklat secara berlebihan. Ia mungkin disebabkan apabila seorang wanita mengalami haid, beliau memerlukan beberapa mineral dan zat yang boleh digunakan untuk meredakan tekanan dan perubahan hormon pada masa itu.
Coklat pula adalah makanan ringan yang mengandungi beberapa bahan semulajadi yang baik untuk kesihatan. Coklat dapat merangsangkan pengeluaran bahan biokimia semulajadi seperti serotonin dan dopamin di dalam otak. Ini dapat mengurangkan rasa sakit tanpa perlu memakan apa-apa ubat.
Wanita yang sedang haid juga mengalami kekurangan mineral magnesium atau zat besi (iron), makan coklat pula dapat menambahkan kandungan mineral-mineral ini dalam badan.
Selain itu coklat mempunyai rasa yang sedap, apabila ia cair dalam mulut, kerana kandungan lemak dan gula di dalamnya merangsangkan deria perasa pada lidah pada tahap maksima.
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
Oleh itu banyak saintis mengatakan bahawa seorang wanita yang sedang datang haid memakan coklat bukan disebabkan tubuh memberitahu otak bahawa ia kekurangan mineral, tetapi kerana ketagihan terhadap rasa coklat yang sungguh nikmat itu.
Seorang wanita apabila mula mengambil coklat sebelum haid, berkemungkinan besar beliau akan mengambil coklat pada bulan-bulan berikutnya akibat ketagihan psychology ini. Bagi yang telah menjadi pengambilan coklat sebagai amalan, berkemungkinan besar beliau akan menambah bilangan atau kuantiti coklat yang diambil.
Sumber foto: www.freepik.com
Pengambilan coklat sebagai makanan ringan sangat baik. Namun mengambilnya dalam kuantiti yang banyak boleh memudaratkan kerana coklat mempunyai kandungan kalori dan lemak yang banyak. Seorang wanita boleh manambah berat badannya dalam masa sebulan dengan mengambil coklat secara berlebihan (lebih kurang 6 bar coklat sehari).
Jika saudari mengalami masalah berat badan dan tidak dapat meninggalkan coklat, saya mencadangkan:
1. Makan coklat dalam jumlah yang sedikit
2. Ambil coklat yang berkualiti tinggi. Coklat gelap lebih tinggi kualiti dan rendah kalorinya berbanding dengan coklat susu
Ads
Sumber foto: www.freepik.com
3. Mengambil buah-buahan sebagai ganti mengurangkan pengambilan coklat
4. Apabila ada rasa keinginan untuk makan coklat, cuba tunggu 15-30 minit. Jika masih tidak dapat menahan keinginan, boleh makan potongan kecil coklat gelap.
5. Ambil suplemen multivitamin setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sebelum kedatangan haid. Selain itu kurangkan garam, kafein dan gula dalam pemakanan dan melakukan senaman ringan. Ia membantu saudari mengurangkan rasa sakit senggugut dan gejala PMS yang lain.
#HealthDrZubaidi
Tabiat suka makan manis memang perkara normal yang akan berlaku pada seorang wanita sebelum datang haid. Bolehlah nak makan, tapi jangan sampai berlebihan pula ya. Ikutlah saranan Dr Zubaidi tentang pengambilan coklat yang dibolehkan untuk anda ambil sebelum atau ketika kedatangan haid.
Ramai gerun bila mendengar perkataan epidural, tapi sebelum membuat andaian salah mengenai kaedah pembiusan ini, 10 fakta mengenainya anda perlu tahu.
Menurut Dr Isnul Hady Ismail pakar bius SALAM Shah Alam Specialist Hospital, epidural adalah salah satu kaedah pembiusan yang paling banyak digunakan untuk proses kelahiran cara pembedahan caeserean.
“Epidural bertindak serta memberikan kesan kepada sistem saraf pusat, sistem kardiovaskular dan sistem pernafasan.
“Ia akan memberikan kesan kepada tekanan darah, pernafasan, degupan jantung dan beberapa fungsi penting badan yang lain. Prosedur epidural hanya boleh dilakukan oleh pakar bius bertauliah sahaja,” kata beliau.
KEBAIKAN BIUS EPIDURAL
Membolehkan anda untuk berehat jika proses bersalin anda berpanjangan.
Dengan mengurangkan ketidakselesaan melahirkan anak, ada wanita yang mengalami pengalaman kelahiran yang lebih positif.
Biasanya, epidural akan mengekalkan anda sedar dan berinteraksi dengan orang di sekeliling.
Jika anda perlu melalui caesarean, bius epidural akan membuatkan anda sedar dan juga menghilangkan kesakitan yang semasa pembedahan tersebut.
9 FAKTA TENTANG BIUS EPIDURAL
Kadangkala pembedahan yang dilakukan secara kecemasan setelah bayi di dalam kandungan stres dan perlu dikeluarkan segera atas pelbagai sebab. Ini menyebabkan penggunaan epidural yang tidak dijangka. Justeru para ibu bapa yang sedang menantikan kelahiran cahaya perlu mengetahui 10 info penting tentang epidural:
#1.Epidural menjadi pilihan sebagai penahan sakit bagi kelahiran secara normal. Jika ibu berupaya menahan kesakitan semasa kontraksi, maka ia tidak perlu. Selain epidural, terdapat banyak penahan sakit yang boleh digunakan iaitu suntikan pethidine dan gas entonoks. Walau apa juga pilihan, para ibu perlu memahami bahawa setiap prosedur mempunyai kesan sampingan masing-masing.
#2.Bagi pakar bius yang sudah biasa melakukannya, kadar kegagalan adalah rendah. Tetapi bagi bagi pesakit yang mempunyai ciri abnormal pada tulang belakang, risiko kecederaan pada saraf adalah tinggi. Kesan alahan atau alergi kepada ubat juga boleh berlaku yang menyebabkan pesakit mengalami kegatalan pada kulit.
#3.Epidural tidak mengganggu susu ibu kerana aliran dan fungsinya terhad pada lokasi tertentu sahaja. Ia hanya akan masuk ke dalam aliran darah dalam kuantiti yang sedikit dan tidak memberikan kesan secara langsung kepada aliran dan kualiti susu ibu. Penyusuan susu ibu boleh diteruskan dalam posisi mengiring dan elakkan daripada duduk.
#4.Pening, muntah dan menggigil kesejukan adalah antara kesan dirasai kesan daripada epidural. Epidural memberikan kesan yang lebih ringan berbanding bius lain dan jarang memberikan komplikasi teruk kepada pesakit.
#3.Rasa pening kepala dan muntah ialah kerana tekanan darah yang menurun. Manakala menggigil pula disebabkan oleh kesejukan kerana bius bertindak mengurangkan haba dengan cepat pada bahagian bawah badan kerana semua saluran darah sedang mengembang.
#4.Epidural lebih baik daripada bius am yang mengakibatkan pesakit tidak sedarkan diri. Perlu difahami bahawa epidural adalah dalam kategori bius setempat yang lazimnya akan digunakan untuk pembedahan pada bahagian pusat ke bawah seperti caeserean.
#5.Epidural menjadi pilihan sebagai penahan sakit bagi kelahiran secara normal. Jika ibu berupaya menahan kesakitan semasa kontraksi, maka ia tidak perlu.
Selain epidural, terdapat banyak penahan sakit yang boleh digunakan iaitu suntikan pethidine dan gas entonoks. Walau apa juga pilihan, para ibu perlu memahami bahawa setiap prosedur mempunyai kesan sampingan masing-masing.
#6.Ibu perlu bergerak seawal mungkin selepas tempoh berbaring selama lapan hingga 12 jam selepas pembedahan untuk menggalakkan pengaliran darah.
#7.Perkara penting selepas kelahiran yang dibius ialah berbaring tanpa bantal selama lapan jam hingga 12 jam selepas pembedahan dilakukan.
#8.Memakai bengkung moden 24 jam selepas pembedahan sebagai sokongan kepada bahagian perut dan tulang belakang.
#9.Setiap individu hanya boleh mengambil epidural sebanyak dua tahun sekali sahaja.
Diuji kehilangan anak sama ada ketika dalam kandungan, sewaktu lahir ataupun semasa membesarkan mereka bukan sesuatu yang mudah. Hanya yang melalui situasi ini akan faham. Tapi sebagai hamba-Nya nak atau tak tetap kena akur kerana Allah mengetahui segalanya.
Mungkin di dunia Allah nak uji sebab Dia tahu kita mampu, tapi di sana nanti, syafaatnya sangat besar kerana anak syurga inilah yang akan memberi tiket buat ibu bapanya ke syurga.
Perkongsian yang cukup menyentuh hati di TikTok Shaqudsi yang mengambarkan ketabahan dirinya dan suami apabila kehilangan tiga cahaya mata tanpa sempat dipeluk dan disusukan.
Kehilangan ketiga-tiga anak syurga ini benar-benar memberi tamparan hebat buat pasangan suami isteri ini walaupun luaran nampak kuat tapi dalam hati Allah yang tahu.
3 Kali Bersalin, 3 Kali Berpantang Tanpa Baby
Menurut ibu kepada tiga anak syurga ini, dia menghidap penyakit cervical incompetence atau bahasa yang lebih mudah difahami keadaan rahim yang lemah yang boleh menyebabkan kelahiran bayi pramatang.
Pada masa yang sama, dia sempat menceritakan pengalamannya mengandungkan tiga cahaya matanya dan proses-proses sebelum melahirkan. Bagaimanapun, atas persuratan takdir ketiga-tiga cahaya mata yang terdiri daripada dua perempuan dan seorang lelaki telah pergi menghadap ilahi tanpa sempat merasa susu ibu.
3 kali mengandung, 3 kali buku Pink. 3 kali masuk labour room, 3 kali suami tunggu di luar dengan tabah. 3 kali balik rumah berdua tanpa baby. 3 kali suami uruskan baby sambil Sha kena tahan dalam wad.
Apa yang lebih menyedihkan, apabila kelahiran yang dinanti-nantikan selama ini tidak dapat dibawa pulang ke rumah seperti ibu-ibu lain, dan dia perlu berpantang seorang diri tanpa kehadiran bayi di sisi.
3 kali berpantang tanpa baby, 3 kali tak dapat susukan anak sendiri. 3 kali melihat nafasnya pergi dalam dakapan. 3 kali kenal erti rindu yang berpanjangan.
“Yang ada rezeki anak, peluk dan sayangilah mereka..”
Di akhir perkongsian tersebut, Puan Sha sempat memberikan pesanan kepada ibu bapa yang diberikan rezeki membesarkan anak supaya menyayangi dan menghargai anak sendiri kerana dia sama sekali tidak berkesempatan untuk berbuat demikian.
Korang ada anak? Peluklah selalu sebab Sha dah rindu sangat nak peluk anak-anak Sha. Sayangilah anak-anak kita.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Garu leher sampai lukaberdarah, Yana Samsudin bimbang keadaan anak ketiganya. Kalau sudah namanya ibu, mana mungkin hati tak risau bila tengok anak mengalami masalah kulit, hingga menggaru sampai berdarah.
Garu Leher Sampai Luka Berdarah
Melalui satu hantaran yang dikongsikak oleh Yana Samsudin, pelakon dan usahawan ini meluahkan kebimbangan keadaan anak ketiganya yang mengalami masalah kulit.
Perkongsian Yana melalui video yang dimuat naik di laman Instagramnya menunjukkan anak ketiga Yana yang baru berusia enam bulan itu menggaru bahagian leher hingga berdarah.
Yana Samsudin Bimbang Keadaan Anak Ketiganya
“Ya ALLAH digarunya leher sampai luka macam ni. Kuku dah kerap potong tetapi jadi juga.
“Krim leher gatal dah macam-macam sudah.. Aveeno, Ceradan, Bepanthen semua sudah cuba tidak sesuai dengan Hakeem.
“Anak kalian pernah jadi begini tak?” luahnya di Instagram.
Video berdurasi 23 saat itu menunjukkan si kecil itu menggaru-garu ketika sedang tidur.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.