Tahniah diucapkan kepada pengacara, Anim Ezati Rizki yang telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya iaitu seorang bayi perempuan pada 9 September yang lalu.
Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Anim berkongsi khabar gembira tersebut. Menurut Anim melalui hantaran tersebut, dia amat berterima kasih kepada suaminya kerana telah menjaganya dengan baik sepanjang proses kelahiran anak pertama mereka.
Anim juga turut mendedahkan nama yang dipilih untuk puteri sulung mereka. Memilih nama Yara Alanna Khalsom, seindah pemilik tubuh genit puteri mereka .
“Assalamualaikum dunia
“Kenalkan anak sulung kami, Yara Alanna Khalsom Bt Mohd Fadli. Selamat melahirkan pada 9.9.2020 (4:45petang) Alhamdulillah. Terima kasih kepada yang mendoakan.
“To my husband @fadlisahudin , thank you sayang for taking care of me. Thank you sangat2. Tolong i semua benda. Dan awak lah org paling happy sekali dapat tengok Yara. Love you b. #9bulanmommymengandungmukasemuadaddytapauhabis,” tulisnya di Instagram
EPISOD 4 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANNINA : Persiapan Anak Terus Melawan Covid
Pandemik yang melanda dunia pada ketika ini amat membimbangkan ib ayah. Apatah lagi apabila anak-anak harus ke sekolah dan bergaul dengan kawan-kawan seperti biasa. Jadi apakah persiapan yang perlu ibuayah sediakan untuk anak-anak bagi melawan covid-19 ini?
Jangan lupa saksikan Episod ke 4, Journey Bersama Jovianina pada 16 September 2020, jam 9 malam dan ulangan pada Ahad 20 September jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Berbasikal memang baik untuk kesihatan terutamanya jantung dan meningkatkan stamina. Apa yang dilakukan oleh penyanyi no. 1 Malaysia ini menginspirasikan. Memiliki bayi kecil bukan penghalang untuk Dato’ Sri Siti Nurhaliza melakukannya.
Hebatnya ibu kepada Siti Aafiyah ini berjaya berbasikal sejauh 30km, satu jarak yang jauh dan memerlukan stamina yang tinggi untuk melakukan kayuhan sejauh itu.
Dato’ Sri Siti Nurhaliza memuat naik beberapa foto aktiviti berbasikalnya bersama suaminya, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa dan rakan-rakan dengan kapsyen berikut;
Alhamdullillah , ibu aafiyah berjaya habiskan kayuhan 30km ??? tq Datin @aiza_mokhtar jadi pembakar semangat daki bukit .. kalau tak dah lama naik Van .. hahahah ?♀️?♀️
Para peminat teruja dengan pencapaian penyanyi kesayangan mereka ini kerana berjaya berbasikal sejauh itu. Tidak kurang juga yang memuji kecantikan artis wanita hebat ini.
Kes membabitkan gangguan seksual ke atas kanak-kanak kini menunjukkan tahap membimbangkan. Semakin banyak kes dilaporkan namun tidak kurang juga kes yang didiamkan kerana kekurangan bukti selain menutup aib pihak terbabit.
Perkongsian dari seorang doktor, Dr Farhanah Ibrahim menceritakan pengalamannya berdepan dengan kes cabul melibatkan mangsa berusia 3 tahun oleh kawan lelaki di sekolahnya sendiri.
Anak Tahan Kencing Balik Dari Sekolah
Hari tu, luar biasa ramainya pesakit kat klinik. Masa menunggu dah hampir sama macam kat klinik kerajaan, cecah 3-4jam. Menjelang maghrib, ada sepasang ibu ayah bawak anak perempuan masuk.
Ibu ni dah biasa datang, boleh kata regular customer. Dia baru bersalin anak ke3, sebelum ni check up mengandung pun kat klinik kami. Kali ni dia bawa anak ke2.
Kakhana greet dia, ucap sorry terlebih dulu. “Minta maaf ya puan, tunggu lama. Patient ramai skit hari ni”
Si ibu pun jawab “takpa Dr, bukan senang kami nak jumpa Dr”
Yelah, kakhana pun lokum bukannya selalu.
“Ok ibu, ada siapa-siapa yang tak sihat ka?”
Ibu ni pun jawab “ni Dr, dari tadi balik sekolah takmau kencing” sambil tangannnya tarik si anak perempuan menghampiri Dr.
“Umur berapa ni?”
“Masuk 3 tahun 3 bulan Dr”
“Oh, 3 tahun dah sekolah ya?”
“Dialah yang paling kecik kat tadika tu Dr, dia sorang je 3 tahun”
Kakhana pun cuba sembang dengan anak kecil ni.
“Ada rasa nak kencing tak sekarang?”
Diam.
“Kalau kencing sakit dak?”
Diam lagi.
“Ada sakit perut? Sini sakit dak?” (sambil pegang perut dia)
Sayangnya, si anak masih membisu tanpa respon.
“Dia memang macam ni Dr, kalau dengan orang tak kenal payah nak bercakap. Kat rumah boleh pulak cakap tak benti”
Ok takpa, actually I need to get this child to pee. Nak cek sama ada kencing kotor, sebab kanak-kanak perempuan lebih mudah terkena jangkitan pada saluran kencing berbanding kanak-kanak lelaki.
Jom kita baring dulu, cek perut skit.
Perutnya memang kembung, pundi kencingnya cekang. Bila scan tudiaa, air kencing penuh. Tapi maknya kata dari siang balik sekolah dia takut nak kencing.
Pengalaman lampau mengajar kakhana untuk lebih detail korek history.
So masa si anak ni tengah baring di katil pemeriksaan, kakhana pun tanya soalan cepucemas.
“Kat sekolah, ada orang pegang bawah ni tak?” sambil merujuk pada private part dia.
Tiba-tiba anak kecil yang diam membatu dari tadi, angguk perlahan.
“Siapa pegang?”
Tak jawab.
“Cikgu?”
Geleng.
“Kawan?”
Angguk.
“Kawan perempuan?”
Geleng.
“Kawan lelaki?”
Angguk.
Kakhana tengok ibunya yang bertudung labuh pucat lesi, wajahnya berubah. Ayahnya yang berkopiah turut sama terkesima.
“Siapa yang pegang adik?”
Menggeletar suara si ibu.
Pastinya hancur harapan parents ni. Hantar anak ke tadika islam seawal usia 3 tahun, tinggi harapan mereka nak didik anak perempuan kecil ni dengan nilai-nilai islami di awal usia. Tapi lain pula jadinya.
Astaghfirullah, nauzhubillah.
Ini bukanlah kes pertama, bukan juga kes kedua, tapi dah banyak kali kakhana jumpa.
Ada yang pelakunya sekolah rendah, ada yang sekolah menengah, dan kali ni pelakunya kanak-kanak tadika.
Sebelum ni kakhana pernah kongsi juga kisah kanak-kanak 6 tahun yang dicabul jiran pengasuh.
Kali ni kes sama berlaku di tadika, di tempat yang sepatutnya protected.
But it seems that no place on earth is safe anymore.
Macamana kes ni boleh berlaku? Macamana budak mentah 4-6 tahun boleh pandai mencabul?
Mana datangnya grooming untuk budak bawah 5 tahun yang kadang-kadang masih berpampers dan berbotol susu ni?
Parents, jom pantau anak-anak kita. Jangan ingat anak-anak innocent kita cuma tengok Ryan’s toy review dan Upin Ipin saja.
Kadang-kadang dia boleh klik kartun-kartun mengarut. Pernah sekali anak kakhana tekan kartun spiderman, agaknya dia ingatkan spiderman lawan orang jahat. Rupanya kartun spiderman kawin dengan Elsa lepas tu buat Elsa mengandung. Mula-mula kartun, lama-lama terklik video yang tak kartun, nauzhubillah.
Jangan tak tau, banyak sangat fairytale yang ada kisah cintan cintun. Princess kawin dengan putera raja, last-last ada adegan cium.
Even Ultraman yang sepatutnya cerita lawan-lawan raksasa tu pun ada je adegan romantik. Terus kami banned. Kadang-kadang ada aksi si perempuan jahat yang seksi pakai coli besi tengah lawan dengan kuncu-kuncu ultraman.
Drama Melayu kita sekarang pun dah makin berani dan melampau. Adegan pegang tangan, peluk-peluk, lentok atas bahu, sembam atas dada. Tu belum cerita adegan di atas ranjang. Oh ya, belum lagi masuk drama/filem Hollywood, Bollywood, Koreawood.
Ibu ayah pulak tonton drama dengan anak-anak, family time katanya. Rupanya si anak kecil memerhati. Esok aku nak try buat adegan sama dengan kawan sekolah, detik hati.
Hati-hati juga pilih storybook. Scan dulu gambar-gambar di dalam. Kadang tu stories untuk kanak-kanak tapi ada storyline, gambar dan adegan-adegan yang tak sepatutnya. Sama macam kes kartun tadi.
Tanpa sedar kadang-kadang kita juga menyumbang pada proses grooming tadi.
Ibu-ibu ada yang berpakaian sedikit seksi di rumah.
Ayah-ayah pulak nak bermesra dengan ibu tu biarlah berpada-pada. Nak tunjukkan kasih sayang tu boleh tapi yang lebih-lebih tu jangan tayang depan anak-anak please.
Ada juga ayah-ayah yang kaki game, main pulak game yang ada perempuan seksi. Lurah dendam sana sini tersembul. Anak-anak pun tertengok sama.
Ibu-ibu pulak kaki tengok drama korea sambil lipat kain, dengan anak-anak sekali tertengok. Macam-macam adegan ada, tak payah cakaplah kan.
Ini semuanya grooming, tuan-tuan & puan-puan.
Walaupun anak-anak kecil ni belum pandai main game. Belum reti baca novel atau baca manga yang ada adegan lucah. Tapi 5 sumber grooming di atas pun dah cukup mengundang resah. Dah cukup membawa padah.
Grooming ini sebenarnya salah satu jalan yang boleh musnahkan masa depan anak-anak kita. Sampaikan puan Sharifah Zahidah namakan grooming ni sebagai TEROWONG KE NERAKA.
Budak 4-6 tahun mumaiyyiz pun belum, ibu ayah. Mereka tak bersalah. YANG BERSALAH ialah kita, ibu ayah yang GAGAL MELINDUNGI MEREKA!
PANTAU anak-anak kita. APA YANG MEREKA BACA. APA YANG MEREKA LIHAT. APA YANG MEREKA DENGAR. DAN APA YANG MEREKA RASA.
Jadi bestfren anak-anak, supaya mereka percaya pada kita dan TAK BERAHSIA dengan kita.
Dan sebagai tambahan, ibu ayah yang ada anak-anak lelaki, ajarkan supaya jangan buat 3 benda ni pada orang perempuan!
– Ajar anak lelaki kita jangan sentuh perempuan yang bukan mahramnya.
– Selama ni kita asyik ajar anak-anak supaya jerit dan lari kalau ada orang nak sentuh bibir, dada, faraj & punggung, tapi jangan lupa ajar jugak anak lelaki supaya jangan sentuh 4 titik tubuh ni terutamanya kawan perempuan.
– Fizikal anak lelaki memang dicipta lebih kuat daripada anak perempuan.
– Ajarkan anak lelaki yang mereka ni sebenarnya dilahirkan sebagai hero untuk melindungi, bukannya menindas dan menyakiti perempuan.
Paling penting, ibu ayah jadilah teladan terbaik.
Nak didik anak-anak jadi generasi yang beriman & baik akhlak, nak bentuk anak-anak jadi pemimpin masa depan.
Tapi ibu ayah pun habiskan masa tengok drama lagha & main game berunsur lucah.
Nauzhubillah?
Maaf jika terkasar, jom muhasabah bersama.
Nasihat terutama untuk diri sendiri.
Tambahan:
Semalam lalu kat newsfeed, sorang founder share video anak-anak tadika menyanyi sambil berlakon bagi bunga la, putus cinta la.
Allahu akbar.
Yang dalam video kemain seronok tengok, bersorak gembira, feeling sama.
Tapi hati kakhana menangis hiba.
Berjaya sungguh grooming di alaf baru.
Sayu tengok anak-anak.
It’s a challenging world out there.
May you boys become qowwam yang soleh dan musleh in future.
And may Allah protect us from all evils?
Ya Allah, bantulah kami mendidik amanah dariMu?
Keliru dengan pelbagai persoalan, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah tampil menjelaskan kini tidak perlu lagi melakukan ujian sebaik selesai menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Malah menurutnya lagi, individu yang positif Covid-19 tidak perlu membuat ujian ulangan hanya kerana hendak memastikan tiada lagi virus berkenaan di dalam badan.
Dalam satu kenyataannya semalam, Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi kenyataan itu agar tidak ada yang keliru.
“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menekankan bahawa ujian tidak perlu diulang selepas individu yang positif Covid-19 selesai menjalani kuarantin.
“Ini kerana ujian yang sangat sensitif seperti RT-PCR masih dapat mengesan kehadiran bahan genetik virus pada sampel saluran pernafasan sehingga dua kepada tiga bulan lamanya setelah dijangkiti, misalnya dalam tempoh viral shedding.
“Namun, virus tersebut sudah tidak dapat membiak dan individu tersebut tidak mungkin boleh menyebarkan jangkitan,” kata Dr Noor Hisham.
Tambahnya, seseorang itu hanya boleh dijangkiti jika mereka berada berdekatan dengan pesakit Covid-19 yang batuk atau bersin.
“Covid-19 boleh tersebar terutamanya antara individu yang mempunyai kontak rapat. Jangkitan berlaku apabila titisan yang mengandungi virus dihirup melalui udara atau bersentuhan langsung dengan mata, hidung, atau mulut seseorang.
“Virus ini lebih mudah merebak dalam persekitaran tertutup yang kurang ventilasi dan sesak,” ujar beliau.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan perkembangan situasi semasa jangkitan Covid-19 di negara ini, di mana sebanyak 33,406 kes baharu dicatatkan setakat 5 Mac.
Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Sumber: Mstar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!