Adakah ibu kepada bayi kembar akan berdepan masalah saat penyusuan? Tidak semestinya, kerana ada cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba untuk memudahkan proses penyusuan.
Cara menyusu anak kembar
Sekiranya anda seorang ibu bayi kembar, penyusuan susu badan boleh menjadi 2 kali ganda mencabar pada permulaannya. Ini kerana terdapat 2 mulut perlu diberikan susu, 2 badan kecil untuk diseimbangkan dan 3 individu harus mengetahui cara penyusuan yang betul.
Semestinya, manfaat susu badan yang banyak menjadikan segala usaha berbaloi. Apabila anda berjaya untuk mengetahui rentak dan cara menyusu anak kembar, pasti segalanya akan dirasakan mudah. Malahan, anda juga tidak perlu bersusah payah untuk mencuci botol susu, kan?
Jadi adakah ibu-ibu sekalian sudah bersedia untuk mengetahui rahsia cara menyusu anak kembar?
Jadual penyusuan bayi kembar
Umumnya, untuk beberapa minggu pertama selepas kelahiran, bayi perlu menyusu 8 hingga 12 kali dalam sehari. Jika dipecahkan, ia dikira sebagai sekali setiap 2 hingga 3 jam, siang dan malam.
Setiap sesi penyusuan akan berlangsung sekitar 20 hingga 30 minit. Tetapi disarankan untuk ibu menunggu bayi memberi isyarat bahawa mereka sudah selesai sebelum menghentikan sesi menyusu badan.
Bagi permulaan cara menyusu anak kembar, ibu dinasihatkan untuk melakukan penyusuan mengikut jadual yang sama. Namun, harus diingatkan bahawa setiap bayi kembar mempunyai personaliti, selera makan dan corak penyusuan yang berbeza.
Jadi ibu perlu cuba menyesuaikan cara menyusu anak dengan keperluan mereka; di mana seorang anak mungkin perlu lebih kerap menyusu berbanding yang lain. Ada sesetengah ibu yang akan membiarkan bayi menentukan jadual penyusuan mereka.
Bagi yang lain pula akan menyusu mengikut permintaan bayi kembar pada waktu siang dan kekal dengan jadual penyusuan pada waktu malam. Terpulang pada apa pun cara dan jadual penyusuan bayi yang dipilih, pastikan anda memastikan setiap anak menyusu dengan baik. Jika mahukan lebih teratur, anda boleh mencatatkan setiap sesi penyusuan susu badan yang dilakukan.
Ads
Tip & cara menyusu anak kembar
Anda mempunyai pilihan untuk melakukan cara menyusu anak kembar bersama atau secara berasingan. Tiada masalah langsung untuk anda memberikan bayi kembar menyusu pada waktu yang sama, jika boleh.
Tetapi selalu kebanyakan ibu yang pertama kali belajar cara menyusu anak kembar, akan melakukan sesi penyusuan bayi kembar mereka secara seorang demi seorang pada permulaannya.
Penyusuan bayi kembar pada masa yang sama
Apabila seorang bayi terjaga untuk menyusu, bangunkan juga anak yang lain. Ini akan membantu anda meluangkan masa sebanyak mungkin antara tempoh penyusuan dengan waktu berehat atau tidur. Bagi melakukan penyusuan secara serentak, anda mungkin memerlukan pertolongan semasa menyusu untuk menyesuaikan posisi atau sokongan kepada si kembar.
Menyusu anak seorang demi seorang
Jika tiada sokongan yang diterima semasa sesi penyusuan, atau mungkin salah seorang anak lebih kecil, ia boleh menyukarkan untuk melakukan penyusuan secara serentak.
Ads
Dalam situasi sebegini, anda mungkin mahu menyusukan anak seorang demi seorang pada 1 masa. Tetapi jika boleh, ia pasti akan lebih memudahkan jika anda dapat melakukan sesi penyusuan bersama.
Posisi menyusu badan untuk bayi kembar
Sebenarnya, terdapat banyak cara menyusu badan untuk anak kembar yang boleh dilakukan. Namun ia akan bergantung kepada tahap usia mereka. Umumnya, tiada cara boleh diklasifikasikan sebagai ‘kaedah yang betul’ atau sebaliknya. Tetapi ia lebih kepada memilih posisi yang dapat memberikan keselesaan kepada anda dan si manja.
Antara contoh cara menyusu anak kembar yang boleh dicuba adalah seperti:
#Underarm
Posisi yang paling praktikal ini dikenali sebagai twin, football, clutch atau underarm. Ia dianggap sebagai kedudukan paling mudah untuk dilakukan jika bersendirian atau mempunyai bayi kecil. Cara ini juga dikatakan sebagai posisi paling menyelesakan jika anda menjalani pembedahan C-Sec, kerana tidak memberikan langsung tekanan pada bahagian perut.
#Front V
Ads
Posisi yang digelar front v ini membolehkan anda menyusu sambil bersandar dengan lebih selesa. Ini terutamanya jika waktu penyusuan bayi kembar dilakukan pada waktu malam. Anda juga boleh melakukan kaedah menyusu badan ini dengan cara duduk yang lebih selesa, jika mahu.
#Parallel
Penyusuan yang dikenali sebagai parallel ini lebih mudah dilakukan kepada bayi yang lebih berusia. Ini kerana anda akan kurang mengawal bahagian kepala mereka. Dalam posisi menyusu ini, kedua-dua bayi akan dibaringkan dalam arah yang sama.
Untuk melakukan penyusuan badan untuk bayi kembar, antara peralatan yang paling berguna adalah bantal penyusuan. Terdapat bantal yang direka khas untuk membantu penyusuan anak kembar. Kegunaan bantal tersebut sudah tentu untuk memberikan sokongan dan memudahkan bayi menyusu ke payudara ibu.
Dapatkan bantuan jika perlu
Pada permulaan, anda mungkin berasakan cara menyusu anak kembar adalah sukar, tetapi elakkan daripada berputus asa. Jika mengalami sebarang masalah, dapatkan rundingan dengan pakar. Berbincang dengan wanita lain yang berpengalaman menyusukan bayi kembar juga boleh membantu anda.
Usah malu meminta pertolongan pasangan atau ahli keluarga dalam menguruskan keadaan rumah. Ini membolehkan anda lebih fokus untuk menyusukan anak-anak. Paling penting, perbanyakkan bersabar, okay?
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ibu bapa mana yang tak sedih melihat anak dalam kesakitan. Begitulah luah ahli perniagaan yang terkenal, Datin Vivy Yusof apabila cahaya mata ketiganya, Sarah Ilham Shah dimasukkan ke wad kanak-kanak akibat jangkitan Flu perut.
Info: Apa itu flu perut? Ia adalah sejenis jangkitan yang boleh membawa kepada rasa sakit dan tidak selesa pada perut dan seakan sama dengan keracunan. Jangkitan yang disebabkan oleh mikrobiom virus, bakteria atau parasit ini boleh berlaku kepada semua golongan individu tidak kira bayi, kanak-kanak, dewasa serta warga emas.
Menurut perkongsian Vivy, anak ketiganya itu mengalami kekurangan berat badan akibat jangkitan selesema perut ini.
“Sarah, you gotta be strong, it’s gonna be ok,” i bagitahu Sarah dengan tegas sambil pegang.”
“Dalam hati i hancur bila mereka letak IV drip di belakang tangannya. Dia menjerit kesakitan, dan pada masa itu i merasakan apa yang setiap ibu bapa akan rasa – tolong gantikan dia dengan i. Masukkan IV ke dalam i, tolong selamatkan dia. Pindahkan kesakitan kepada i”
“Sarah mengalami stomach flu dan kami telah keluar masuk hospital sebanyak 374598 kali minggu ini. Pemanduan ke hospital pada tengah malam menjadi biasa. Kami terpaksa meletakkan baldi di sebelah katil kerana dia akan muntah tanpa amaran dan tidak akan ada masa yang cukup untuk berjalan ke bilik air. Berat badannya turun begitu banyak minggu ini – apa sahaja yang dia makan akan dimuntahkannya.”
“Oh, ia juga berjangkit,” kata doktor.
“I dan Fadza? Ya tuhan, kami adalah zombi. Bergilir-gilir untuk menjaga Sarah, menerima panggilan semasa dalam perjalanan dan berlari selama 2-3 jam tidur setiap malam. i tak ada tenaga atau kapasiti untuk mengambil berat tentang perkara lain selain daripada anak-anak dan pejabat.”
“Dia semakin pulih, tetapi dia sangat kurus sehingga i merayu dia untuk makan semua jenis makanan yang biasanya i tidak benarkan. u nak coklat? Donat? Ais krim? Sila ambil 10.”
‘Selepas semua ini selama satu minggu penuh, kehidupan perlahan-lahan kembali normal.. Bila… “Ibu, saya rasa saya tidak sihat,” kata Mariam di sudut ruang tamu.’
‘NOOOOOOOO. Tolong nooooo. 😭’
Rata-rata warga net mendoakan anak ketiga kepada pasangan usahawan berjaya ini agar terus sihat dan kembali ceria seperti selalu
Jangan risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Ramai membandingkannya dengan bayi yang menyusu susu formula kerana dia tidur nyenyak dan lebih lama.
Apa bezanya? Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang kecil.
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Bayi yang menyusu setiap dua jam sekali, itu petanda normal. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi. Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluran susu yang lebih banyak. Pada ketika ini hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Adakalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik bagi ibu untuk mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak untuk menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Adakalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pegeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisyen lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.
Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat, puan tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi puan menyusu secukupnya.
Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukannya. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.
Usahawan dan Instafamous, Leeyana Rahman yang terkenal dengan pakaian muslimah jenama Leyanaarahman.co memuatnaik gambar anaknya yang baru berusia dua bulan sedang sakit dengan caption berterima kasih pada semua yang memberikan nasihat kepadanya.
Beliau dikurniakan cahaya mata pertama pada awal januari 2019 yang diberi nama Tyara Luthfia yang sangat comel. Menerusi Posting terdahulu beliau, dia meminta pendapat ramai tentang anaknya yang sedang sakit.
Assalamualaikum makcik makcik semua, insyallah dua hari lagi kita dah boleh discharge . Terima kasih untuk doa dan nasihat makcik makcik semua.
Menegur jangan sampai menghina. Menasihati jangan sampai menyakiti. Semoga tangan dan lisan kita tidak menyakiti hati orang lain. #janganbersifatmakcikbawang
Kadang ujian dan kesakitan yang Allah bagi ni membuatkan kita jadi seorang yg lebih kuat !!!! Ibu mana yang sanggup tengok anak dia sakit. Ya Allah air mata ni mengalir je bila tengok keadaan anak. Sayu. Nak nak kalau waktu melawat dah nak habes. Kena jaga anak sorang2.
Bila ada masa kita akan google doa doa untuk sembuhkan penyakit , tips itu tips ini , sebab kita ni baru bertukar status kepada ibu, jadi takde pengalaman. Bila ada masa kita baca comment dan mengharapkan tips and semangat dari kawan2 bukan kecaman dan cacian. Sebab tu la kadang2 jadi stress merapu je balas comment korang. Maaf ya semua. Tapi saya percaya , sesungguhnya Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
Alhamdulillah banyak yg saya belajar bila anak sakit ni. Yang tak tahu jadi tahu. Mungkin Allah nak bagi saya dan tyara rest betul2 kat ward ni sebab kat kl asyik pikir pasal keje je yang tak kan penah habes. Tyara mungkin rasa terabai. Tapi bila jadi macam ni wholeday mmg untuk dia je. Atau mungkin jugak tyara saje nak bagi papa dia rindu kitorang sbb asyik busy ngn handphone je 24jam. Keje takkan habes sampai bila2.
Ramai yang memberikan kata-kata semangat kepada Leeyana Rahman. Tak kurang juga ada yang melalui situasi yang sama. Mereka turut mendoakan supaya baby Tyara cepat sembuh.
Benda yang sama saya positifkan bila anak kena admit
Semoga cepat sembuh Tyara
Pada Netizen jangalah kecam-kecam kesian tau lagi-lagi ibu yang baru first time
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.