Menu berebus, bakar dan panggang antara menu yang cukup sinonim bagi ibu berpantang. Bukan sahaja sihat malah kesemua menu ini cukup enak disajikan bersama nasi panas ketika berpantang. Sedapnya tidak terkata.
Namun 44 resipi yang dikongsikan oleh ibu ini memang awesome. Bukan hanya lengkap dengan menu rebus, bakar dan panggang bahkan lengkap dengan minum petang dan sarapan pagi yang ringkas. Paling menarik terdapat juga resipi Nasi Ayam Pantang. Jadi siapa kata menu pantang tidak sedap? Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Fafae Mimie ini.
Sempena habis pantang, saya share idea menu pantang bersalin untuk bakal mommy. Semua sedap-sedap, air tangan mak.
NASI AYAM PANTANG
Nasi (tak tumis)
Masak beras bersama air rebusan ayam, sedikit kunyit, halia, bawang putih dan hirisan serai.
Ayam
Rebus separuh masak bersama halia dan bawang besar, sedikit garam, toskan.
Perap bersama sedikit kicap, halia dan bawang putih tumbuk.
Bakar sehingga masak
Sos nasi ayam
Kisar cili merah, bawang putih seulas dan tomato sebiji, didihkan, perasakan dengan garam, gula dan sedikit cuka.
Ads
DADA AYAM BAKAR
Bahan
Isi ayam
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit lada hitam
2 sudu kicap
1. Rebus ayam sehingga separuh masak.
2. Perap bersama bawang halia kicap dan lada hitam.
3. Grill/ bakar sehingga masak.
Sos halia
Tumbuk 3 inci halia muda dan 1 ulas bawang putih.
Panaskan 2 sudu minyak, masukkan bahan tumbuk seketika.
Perasakan dengan sedikit garam gula dan minyak bijan.
BUBUR NASI
Ads
Bahan
Beras dan air secukupnya
Isi ayam
Halia
Lada putih
Sayuran
1. Didihkan air dan beras, masukkan isi ayam, carrot, halia yang dihiris halus.
2. Bila dah hampir kering, perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
Makan bersama serunding/ garlic crunchy
IKAN TENGGIRI KUKUS LADA HITAM
Bahan
Ikan tenggiri
Halia 2 inch
1 biji bawang merah
Lada hitam
Sos tiram
Ads
1. Bersihkan ikan, letakkan ke dalam mangkuk.
2. Lumur ikan dengan sedikit sos tiram, garam, lada hitam.
3. Hiriskan halia dan bawang, kukus sehingga masak.
IKAN MERAH KUKUS
Bahan-bahan
Ikan
Serai, bawang merah, halia
Sos tiram
Perahan lemon
1. Bersihkan ikan, gaul ikan dengan sos tiram, garam.
2. Taburkan halia, bawang merah, dan serai.
3. Kukus sehingga masak.
Semuanya ringkas tetapi sedap-sedap belaka. Paling penting sajian dan air tangan emak pastinya terlebih sedap. Jangan lupa cuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila anak menolak satu-satu jenis makanan, itu bermakna mama perlukan menu baru untuk mengubah seleranya. Selain nasi yang dijamah setiap hari, mama boleh sediakan menu barat yang diolah menjadi lebih santai seperti ala-ala Sherperd Pie.
Menu Pai Kentang Ayam yang dikongsikan oleh Aida Azmir ini nampak menarik. Kaya keju yang mampu menaikkan berat anak. Sesekali bangkit juga selera anak dengan menu berkeju. Hebat!
Menu ni ala-ala Sherperd Pie. Bezanya saya kukus je. So tak ada masalah kalau ada yang nak guna oven. Let’s start ~
Semua bahan biasa yang ada dirumah, perasa hanya guna semasa rebus kentang saya letak garam sedikit. Dalam menumis saya letak sedikit lada hitam serbuk. (Tak letak pun boleh) . Menu ni ikut kesesuaian umur anak-anak momies semua yea. Tapi untuk anak saya dari umur 8 Bulan saya dah start bagi dia cuba makan ni. So selamat mencuba!!
Pai Kentang Ayam
Bahan-bahan:
Kentang
Isi Ayam (daging cincang, udang pun boleh)
Bawang Holland
Bawang putih
Lobak merah -cendawan butang kalau suka pun boleh)
Susu full cream
Cincang kecik-kecik ikut kesesuaian umur anak.
Bawang semua cincang (yang ni kasar sikit).
Kentang perlu direbus dulu, sejukkan dan lenyekkan. Dah siap macam Mashed potato kan tapi belum siap lagi.
Tumis bahan semua yang ada tadi, masukkan isi ayam, lobak dan susu full cream. Biarkan didih seketika hingga sedikit kering.
Bahan utama dah siap. Masukkan isi ayam & kentang lecek ke dalam cup/foil @ mangkuk tahan panas. Ratakan dengan elok.
Yang ni cheese. Nak letak mozzarella pun boleh, tak ada masalah. Nak cantik letakkan parsley pun ok. Saya gunting je buat camni. Bagi rasa lemak-lemak. Pastu sedia untuk dikukus. Tunggu 15-20 minit. Kalau bakar dalam oven 20-25 minit pun ok dah.
Siap. Mari la kita makan bersama tapi untuk anak kena sejukkan dulu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang pernah merasa keenakkan kek oren pasti terasa ingin mencuba membuatnya lagi dan lagi. Rasa manis dan masamnya cukup berlemak setiap kali suapan ke mulut. Apa lagi kala dimakan ketika panas-panas.
Anak-anak pastinya cukup teruja menikmati kek oren sedap ini. Resipi yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika ini cukup ringkas malah terasa yakin hendak mencubanya. Jom cuba!
Suka tak kek oren? Sangat enak di makan bila terasa kayanya parutan kulit oren di dalam kek. Jom ngeteh.
Kek Oren
Bahan-bahan:
3 bj telur A
2 cawan tepung kek
1/2 sdk baking powder ( ayak 2@3 kali dengan tepung kek)
3/4 cawan gula pasir
1 biji buah sunkist (buang kulit blend kalau malas perah je ambil air)
3 sdb sunquick (campurkan dengan perahan sunkist tadi, jadikan setengah cawan)
1 cawan minyak (boleh juga guna butter -cairkan 1 cawan)
2 bj parutan kulit oren (ambik yang kuning je)
Sedikit garam
1 penutup esen vanila
Pewarna kuning kalau nak boh boleh
Pukul telur dengan gula sampai kembang putih. Letak esen vanila, campuran oren sunquick tadi, garam dan pukul sebati.
Masukkan minyak dan pukul lagi sebati.
Masukkan tepung pukul speed rendah. Letakkan hirisan kulit lemon dan pukul lagi sampai sebati.
Tuangkan dalam loyang dan bakar, suhu ikut oven masing-masing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dah bosan asyik menu nasi dan lauk pauk, apakata anda cuba pula makanan ala-ala chinese ini. wantan mee kicap tak lengkap rasanya tanpa sup dumpling. Dalam resipi ini disertakan juga resipi sup dumpling. Selamat mencuba!
Wantan Mee Kicap
Bahan- Bahan Mee Wantan Kicap:
Mee Wantan – (dicelur & letakkan sedikit minyak untuk tak melekat )
Sos Tiram
Kicap
Minyak Bijan
Cara-caranya:
Satukan kesemua bahan ( Sos Tiram, Kicap, Minyak Bijan ) di dalam bekas. Kemudian, masukkan Mee Wantan yang telah dicelur ke dalam bekas yang berisi bahan-bahan kicap tadi. Gaul rata sehingga semua sebati & kicap meresap elok ke dalam Mi Wantan tadi.
Bahan-bahan sampingan:
Sawi / Pak Choy – dicelur seketika
Cendawan Shitake Kering – direndam dalam air panas sehingga lembut. Toskan lebihan air
Bahan-bahan untuk inti Dumpling:
Isi Ayam/Isi Udang
Cendawan Shitake Kering – direndam dengan air panas, toskan lebihan air.
Daun Bawang
Lobak Merah – ( dipotong dadu kecil² )
Bawang Merah/Bawang Holland – ( dipotong dadu kecil² )
Lada Sulah
Sos Tiram
Garam
Kiub Ayam / Stok Ayam
Tepung
Cara-caranya:
Kisar halus isi ayam/isi udang dengan cendawan shitake kering yang telah direndam tadi. (Kalau nak senang, kisar sekali dengan isi ayam/isi udang tapi kalau tak potong dadu kecil-kecil) bersama sedikit garam, sos tiram, lada sulah, kiub ayam/stok ayam.
Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang serta bawang yang telah dipotong tadi serta sedikit tepung. Gaul rata untuk pastikan semuanya sekata.
P/S : Pastikan inti dumpling xpenuh sangat sebab kulit dumpling mudah terkoyak. Gunakan 1 sudu kecil je untuk letak inti tu. Lekatkan kulit dumpling tu gunakan air & tekan sedikit untuk padatkan dan kemaskan inti di dalam kulit dumpling tersebut. Kemudian, boleh kukus dalam 20 minit.
Bahan-bahan untuk sup dumpling:
Kiub Ayam/Stok Ayam
Air
Kobis Cina panjang ( jika suka )
Dumpling – ( yang telah dikukus )
Daun Bawang
Bawang Goreng
Cara-caranya:
Masukkan air, kiub ayam/stok ayam, kobis panjang (jika suka) dan dumpling yang telah dikukus tadi. Renehkan seketika sehingga mendidih dan boleh dihidangkan dengan taburan daun bawang serta bawang goreng.
Nota:
Untuk menambahkan kesedapan Wantan Mee Kicap, boleh sediakan kicap cili potong dengan Minyak Bawang Putih. Memang terangkat.
Selamat Mencuba!
Kredit: hagia zandra sophia
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.