Bulan Syawal ini pastinya menjadi satu kegembiraan buat anak-anak kita. Mana tidaknya, bulan inilah anak-anak seronok mengumpul duit raya dan berpeluang membeli apa sahaja yang mereka idamkan. Jika ada yang tidak mahu memberikan duit raya, itu pilihan masing-masing.
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh ini wajar kita selami. Perlu ke bagi duit raya? Ya perlu untuk kegembiraan anak-anak namun jangan biarkan mereka meminta. Jom ikuti perkongsian beliau.
Setiap kali raya, akan timbul balik isu duit raya. Ada orang siap pesan supaya jangan bagi kanak-kanak duit raya. Katanya nanti budak tu jadi materialistik.
Tepuk dahi juga aku baca cadangan dia. Tak nak bagi kanak-kanak duit raya, tiada masalah. Pilihan masing-masing. Dan mungkin juga masa tu kewangan mereka tengah sempit ke apa. Tak apalah tak nak bagi tu.
Cuma bila sampai hasut orang lain jangan bagi juga, tuduh bagi duit raya menjadikan budak-budak materialistik, pada aku tak kena sakan lah.
Kita pernah jadi budak. Kita dulu pernah terima duit raya. Seronok tak? Seronok sangat-sangat ada income/duit sendiri ni. Sangat-sangat seronok. Tak terbayang kata-kata.
Kalau boleh nak raya setiap bulan. Sebab seronoknya dapat duit. Adakah kerana kita pernah dapat duit raya masa kecil dulu kita sekarang menjadi materialistik? Tidak kan?
Gembirakan kanak-kanak ni, sunnah nabi saw. Buat budak seronok InsyaAllah dapat pahala. Kenapa sampai nak sekat kegembiraan kanak-kanak? Bagi je mereka seronok nikmati zaman kanak-kanak mereka.
Ads
Cuma ajar dan didik anak-anak kita jangan meminta. Ni pergi rumah orang siap cakap “Pak cik, nak duit raya”. Haaa, hat tu aku setuju jika nak larang pun. Larang meminta-minta.
Lagi satu, didik anak adab terima angpau. Jangan buka depan tuan rumah. Jangan pula sampai cakap, “Alaa. Dapat dua ringgit je. Rumah sana dapat lima ringgit”.
Hat ni kita kena didik anak-anak. Tugas ibubapa sentiada didik anak-anak bersyukur dengan pemberian orang. Berterima kasih pada orang yang memberi hadiah (duit raya) walau berapa nilainya, walau apa hadiahnya.
Didiklah anak-anak kita begitu. InsyaAllah mereka akan faham dan jadi anak-anak yang berterima kasih dan bersyukur.
Dan InsyaAllah besar nanti mereka pun akan ulangi adat beri duit raya pada kanak-kanak lain pula. Sebab mereka pernah rasai keseronokan mendapat duit raya, dan mereka nak lihat budak-budak lain pula rasai kegembiraan dan keseronokan mendapat duit raya.
Ads
Apa salahnya begitu? Pada aku tak ada salah bagi duit raya kat kanak-kanak. Kita orang dewasa kalau orang bagi duit raya walau RM5 cuma pun rasa seronok wei.
Siapa tak seronok dapat hadiah walau cuma sebiji gula-gula yang harga seposen cuma? Dulu ada kawan aku tukar budaya bagi duit raya dengan buku. Anak-anak pergi beraya, dia bagi hadiah buku yang nilai sekitar RM2-RM5 senaskah. Buku kisah teladan, buku kisah kanak-kanak.
Yang ni aku sokong. Bagus juga budaya macam tu. Anak-anak dapat kelainan, boleh pupuk minat membaca mereka pula.
Tak ada masalah nak bagi duit raya ke, nak bagi buku ke, nak bagi hadiah apa-apa kat kanak-kanak. Pada aku, aku lebih suka bagi duit raya sebab dulu aku ada banyak impian. Nak beli kereta kontrol lah. Nak beli basikal lah. Nak beli seluar jean Levi’s lah. Nak beli raket badminton lah.
Ads
Nak minta dengan abah dan ma, takut. Kami adik-beradik tak diajar meminta-minta nak itu nak ini sejak kecik. Ada apa-apa benda yang nak, cuba usaha sendiri.
So, nak capai impian aku kena tunggu hari raya. Kumpul duit raya yang orang bagi, beli apa jua impian kita. Seronok Ya Ampunnn dapat beli impian kita guna duit kita sendiri tanpa minta dengan ma abah ni.
Jadi kawan-kawan. Jika kita mampu, apa salahnya teruskan sahaja budaya beri duit raya pada kanak-kanak.
Pada aku, ini budaya yang bagus dan selari dengan sunnah nabi saw. Begitulah.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kadang-kadang untuk ibu bapa yang sibuk, mungkin tertanya-tanya berapa minit sehari, masa yang berkualiti perlu diluangkan bersama anak-anak ?
Quality time yang mana dapat memenuhi keperluan anak-anak. Q15 atau quality fifteen. Ya, cuba luangkan dan lakukan aktiviti selama 15 minit sehari untuk seorang anak. Jika ada dua orang anak, maka 15 minit seorang, jadi 30 minit sehari anda perlu berikan pada anak-anak.
Kalau 4 anak, jadi sejam sehari. Kalau tak mampu nak luangkan masa hari Isnin contohnya, mungkin kita balik kerja, emosi tak stabil, pening nak masak apa, pening kena marah dengan bos.
Jadi pindahkan 15 minit ke hari esok yakni hari Selasa. Sebabnya quality time bersama anak, kita perlu berikan masa, perhatian sepenuhnya, emosi positif dan aura gembira.
Itu tujuan quality time. Jadi 30 minit untuk seorang anak. Jika dua orang, sejam lah jadinya.
Seminggu, 15 minit x 7 = 1 jam 45 minit. 1 jam 45 minit untuk seorang anak dalam satu minggu. Kalau tak mampu juga, qadhalah masa tersebut pada hujung minggu.
Mungkin hari Sabtu bawa anak pertama shopping selama 1 jam 45 minit atau lebih. Ikutlah asalkan cukup kouta untuk satu minggu.
Mungkin hari Ahad bawa anak kedua ke tempat lain pula. Jadi, jika mahu mempunyai anak yang ramai, ibu bapa harus bersedia memberikan masa ,emosi dan perhatian untuk ramai anak.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya di Ampang terkejut apabila melihat seorang lelaki membawa bayi yang kaku. Pada mulanya anggota polis tersebut menyangka bayi yang dibawa sudah tidak bernyawa.
“Pada mulanya saya ingat dia membawa mayat kerana keadaan bayi itu tidak berbalut,” kata Inspektor Sinniah Rajoo, 31, yang membantu pelancong Russia yang baru melahirkan bayi di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
Pegawai Tatatertib Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur itu berkata, dalam kejadian pada 24 April lalu, dia ketika itu bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Ampang.
“Saya kemudian melihat seorang lelaki Russia membawa bayi dalam keadaan tidak bergerak, ketika itu saya tidak perasan ada wanita di belakangnya.
Terkejut Tengok Bayi Dipangku
“Selepas menahan lelaki terbabit, saya terkejut melihat bayi yang dipangkunya tidak dibalut manakala pasangan itu dalam keadaan kurus,”
Sinniah berkata, dia bersama seorang lagi anggota membantu kedua-dua warga Russia berkenaan dan turut menukar lampin pakai buang bayi terbabit.
Tali Pusat Masih Berdarah
“Keadaan bayi itu sangat menyedihkan, tali pusatnya masih berdarah. Kami membantu membersihkan bayi berkenaan.
“Saya juga bertanya mereka mengenai kelahiran bayi itu. Lelaki berkenaan berkata dia sendiri yang menyambut kelahiran di sebuah hotel,” katanya.
Mereka Rupanya Pelancong
Menurutnya, pasangan berkenaan yang berusia lingkungan 30-an adalah pelancong.
Atas Dasar Kemanusiaan, Anggota Polis Turut Membantu
“Mereka mendakwa sudah kehabisan wang. Atas dasar kemanusiaan saya dan anggota menghulurkan bantuan.
“Mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Tun Razak sebelum ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk pemeriksaan kesihatan,”.
Siapa yang tak kenal dengan usahawan kosmetik terkenal di Malaysia iaitu Dato Seri Vida?Dato Seri Vida (DSV) atau nama sebenarnya iaitu Hasmiza binti Othman 52, dikenali sebagai pempengaruh, usahawan, penyanyi dan juga seorang ibu. Cara didikan dan layanan dia terhadap anak dikagumi ramai.
Sumber: Dato Seri Vida
Sebelum ini dia mengeluarkan lagu ‘La Vida Raya’, kali ini lagu raya terbaru yang dikeluarkannya bertajuk Muah Hari Raya. Apa yang lebih menarik adalah penglibatan kedua anaknya dalam muzik video tersebut. Suka lihat keluarga ini, anak-anak turun padang menjayakan muzik video DSV. Nak tengok best ke tak, boleh ke youtube DSV!
Baru-baru ini juga, anak lelakinya iaitu Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Kacak mengeluarkan jenama baju raya sendiri iaitu Kacak World. Dato Seri Vida sebagai ibu yang ‘supportive’ setiasa memberi sokongan kepada anaknya. Dalam satu video tiktok DSV doakan kacak dan menerusi kapsyennya “InsyaAllah ada rezeki buat @KACAKWORLD. Mohon kawan-kawan Tiktok Mama Support Kacak okay!” Apa yang lebih menyentuh hati warganet adalah Kacak beri baju raya keluarannya secara percuma kepada abang petronas walaupun belum rasmikan jualannya lagi. Detik bermulanya momen menyentuh hati melihat kegembiraan lelaki tersebut.
“Kacak tak jual satu lagi”
“takpe, rezeki akan datang in sha Allah”
“kita bagi dulu, in sha allah..”
“tapi meniaga kena rasmi dulu kacak…”
“takpe ma, kita sedekah dulu rasmikan dengan sedekah…”