Hari kelahiran anak-anak pasti ditunggu-tunggu oleh mereka kerana ianya merupakan detik indah yang bakal mereka sambut setiap tahun. Segala persiapan harus dilakukan dengan teliti oleh mama papa agar acara sambutan ulang tahun si kecil berjalan lancar.
Bagi mama yang bakal meraikan ulang tahun si kecil tak lama lagi, jom baca tip persediaan ini untuk memudahkan kerja anda nanti.
Tema majlis
Kaedah yang paling terbaik ialah dengan bertanyakan sendiri kepada si kecil yang ingin diraikan. Biasanya mereka akan tau apakah tema yang mereka mau seperti tema Cars, Frozen, Under the sea, Pirates, Dinosaur, Spiderman dan bermacam lagi.
Lokasi
Lokasi majlis sangat penting, sama ada anda buat di rumah atau antara pilihan lain ialah dengan menyewa ruang khas untuk majlis seperti di dewan orang ramai, dewan di hotel dan resort dan beberapa premis komersil yang menawarkan khidmat ruang untuk majlis.
Makanan
Makanan di majlis harijadi seharusnya merupakan makanan yang ringkas serta mudah untuk si kecil dan rakan-rakannya, kerana apabila mereka berkumpul bersama rakan, sudah tentu mereka akan fokus untuk bermai dan membuat aktiviti party!
Taman Permainan & Kolam
Apalah makna sesebuah majlis harijadi tanpa aktiviti sesama rakan mereka. Pilihlah aktiviti yang bersesuaian dengan umur anak dan juga majoriti tetamu yang hadir. Kehadiran Clown pasti akan menceriakan suasana dengan belon, permainan dan pertunjukan silap mata!
Ads
Selain daripada itu, aktiviti seni seperti sand art dan facepainting juga amat menghiburkan serta dapat memenuhkan masa dan membuatkan tetamu anda tidak mudah berasa bosan.
Lebih meriah kalau mama papa sediakan kolam ataupun taman permainan buat anak-anak. Pasti mereka seronok dan leka bermain. Confirm akan jadi momen paling indah buat anak-anak dan tetamu yang hadir.
Produk di POPKIDSPOOL
POPKIDSPOOL menawarkan beberapa produk yang menarik sesuai mengikut citarasa dan tema yang diinginkan oleh ibu bapa iaitu antaranya:
POPKIDS pool: ‘WATERPARK’ mudah alih sesuai untuk aktiviti air kanak-kanak & dewasa.
Ads
Kolam angin POPKIDSPOOL terdapat pelbagai saiz dan reka bentuk agar sesuai dengan mana-mana ruang atau taman halaman rumah, dan dibuat dengan bahan berkualiti tinggi dan tahan lasak untuk memastikan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan untuk semua. Sama ada anda menganjurkan parti hari jadi, acara komuniti atau hanya ingin bermain air ketika cuasa yang panas, kolam ini pasti dapat menghiburkan anda sekeluarga. Boleh di pasang di mana-mana yang anda suka. Pelbagai saiz dan reka bentuk untuk memenuhi keperluan yang berbeza serta mampu menampung sehingga 200 pax pada satu masa.
POPKIDS play: Taman permainan ‘indoor’ mudah alih sesuai untuk majlis atau acara.
“Dry Indoor Playground” dapat memberikan pengalaman yang menyeronokkan untuk kanak-kanak dan ibu bapa. Taman permainan kering ini direka untuk memberikan keseronakan dan menggalakkan kemahiran sosial-emosi kognitif kanak-kanak. Boleh di pasang di mana-mana sahaja yang anda mahukan. Taman permainan dan peralatan ini pasti menawarkan pengalaman untuk kanak-kanak bermain dan berseronok sambil belajar. Pilihan permainan kering ini terdiri daripada ‘ball pit’, ‘bouncy castle”, permainan lembut dan kereta bampar.
POPKIDS place: Ruang acara berkonsepkan ‘outdoor’ yang lengkap dengan pelbagai aktiviti.
Bertempat di Bandar Puncak Alam, ruang acara ini boleh menjadikan majlis anda sangat istimewa dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan keluasan 16,000kaki persegi, ruang luar ini boleh menampung daripada majlis kecil-kecilan hingga acara berskala besar. Pelbagai pakej acara yang boleh disesuaikan dan juga terdiri daripada pelbagai kolam untuk memenuhi keperluan dan pilihan peribadi anda.
Ads
MY BOUNCE sports: Permainan sukan lasak ‘inflatable’ yangsesuai untuk kanak-kanak.
MYBOUNCESPORTS sesuai untuk kanak-kanak yang sukakan ‘adventure’ and ‘survival’. POPKIDSPOOL menyediakan pelbagai aktiviti memacu adrenalin dan permainan karnival yang pasti menggembirakan tetamu dari semua peringkat umur. Aktiviti luar bergerak mudah alih (Inflatable Extreme Park) mempunyai pelbagai pilihan yang mendebarkan seperti memanjat ‘wallclimbing’, memanah, dan sepak bola. Bagi anda yang lebih suka pengalaman yang lebih santai, permainan karnival menawarkan suasana yang menyeronokkan dan menghiburkan untuk semua. Peralatan ini sentiasa diselenggara dengan prosedur keselamatan yang ketat untuk memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman mereka dengan gembira dan selamat.
POPKIDSPOOL Berkembang Maju
POPKIDSPOOL telah ditubuhkan pada tahun 2020 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 dan nama syarikat juga telah di inspirasikan daripada perkataan PKP tersebut.
Pengurus syarikat, suami isteri mendapat inspirasi untuk memulakanperniagaan POPKIDSPOOL sewaktu membeli ‘inflatable pool’ bagi memenuhi masa lapang anak mereka di rumah sewaktu musim PKP.
POPKIDSPOOL bermula dengan menjual kolam kanak-kanak‘playcenter’ dan seterusnya berkembang kepada perkhidmatan sewaan ’Inflatable Water Park’ dengan menawarkan pelbagai saiz dan reka bentuk.
Bermula kecil-kecilan daripada rumah ibu bapa mereka, kemudian berkembang ke rumah sewa sudut tepi, dan kini POPKIDSPOOL berada di gudang terletak di Puncak Alam, Selangor, yang bersaiz hampir 16,000 kaki persegi, semuanya hanya dalam tempoh beberapa tahun. Usaha terbaharu syarikat adalah menyediakan ruang acara yang luas dan mampu menampung pelbagai jenis majlis.
Dengan adanya kolam dari popkidspool, ia pasti akan membuatkan sambutan hari jadi anak anda lain daripada yang lain dan akan diingati sampai bila-bila. Bagi yang berminat untuk mendapatkan servis daripada Popkidspool boleh hubungi 014-2163433 atau terus ke instagram popkidspool.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai ibu ayah, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyediakan yang terbaik buat anak tersayang. Bahkan kita sanggup berbelanja untuk mendapatkan produk-produk berkualiti demi keselesaan si manja. Mempunyai bayi misalnya, sudah tentu kita akan mencari jenama yang diyakini serta berbaloi dengan harganya untuk dibeli.
Untuk ibu yang sedang hamil misalnya, membeli barangan bayi memang detik yang menyeronokkan. Siapa yang tak teruja kan? Biarpun sedang hamil, ia tidak menghalang ibu untuk mencari produk terbaik buat anak yang bakal dilahirkan. Bukan itu sahaja, buat ibu ayah yang mempunyai bayi kecil juga mahu mendapatkan barangan bayi yang bagus dan murah.
Buat Perbandingan Harga
Selain membuat tinjauan di pasar raya, ibu ayah boleh membuat perbandingan harga dan sebagainya di atas talian. Ia lebih mudah supaya kita akan tahu jenama dan harganya sebelum membeli sesebuah produk. Dengan membuat perbandingan harga di atas talian juga dapat menjimatkan masa kerana anda tidak perlu ke banyak tempat semata-mata untuk melakukannya.
Bertanya Kepada Orang Lain
Selain membuat perbandingan sendiri, anda boleh bertanyakan kepada keluarga atau kenalan tentang sesebuah produk. Kadang-kadang, kita lebih selesa untuk memilih jenama yang disarankan oleh orang lain kerana kita yakin dengan keberkesanan serta harganya. Ini juga salah satu cara yang baik untuk memilih barangan anak.
Membeli-belahDi Pesta Bayi!
Ini yang paling menarik! Di pesta bayi, kita tidak perlu bersusah-payah untuk membuat tinjauan sebagainya. Di sini, mereka biasanya akan menawarkan harga runtuh yang pasti menjimatkan wang. Lebih menarik, kita juga diberikan diskaun dan hadiah menarik sekiranya berbelanja di pesta bayi.
Di pesta bayi juga kita dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana kebanyakan produk bayi atau barangan anak yang diingini akan dijual di sini. Jadi tak perlulah ibu ayah pergi ke beberapa tempat semata-mata untuk mencari barangan yang kita mahu. Senang kan?
Bercerita tentang pesta bayi, ini berita baik buat semua ibu ayah! Bermula pada 11 – 24 Februari 2021 ini, akan berlangsungnya Tesco Baby Fair. Seronoknya!
Kenapa Anda Akan Suka Tesco Baby Fair 2021?
Berbelanja di Tesco menjanjikan ibu ayah mendapat diskaun terbaik untuk setiap produk terpilih. Selama dua minggu Tesco Baby Fair ini berlangsung, banyak tawaran hebat untuk produk bayi yang ada. Yang pasti, ibu ayah dapat berjimat untuk produk yang diyakini. Memang berbaloi!
10 Produk Hebat, Jangan Lepaskan Peluang!
Banyak produk menarik dengan diskaun hebat ditawarkan kepada semua ibu ayah yang mencari barangan anak. Jom, tengok apa yang ada!
Susu Tepung Dugro 3 / 4 Asli / Madu / 5 Madu / Asli / Coklat 850gm hanya RM19.99/pek. Berbaloi!
Susu tepung Anmum Essential Step 3 / 4 Asli 1.5kg hanya RM79.99/unit!Susu tepung Similac Gold Gain Plus 1.8kg dengan harga RM124.99/unit dan susu tepung Similac Gold Gain Kid 1.8kg pula hanya RM112.99/unit. Dapat diskaun RM10 lagi kalau beli dua!Susu tepung S-26 Gold Progress 1.8kg hanya RM124.90/ unit dan susu tepung S-26 Gold Promise 1.8kg hanya RM104.90/unit sahaja. Cukup berbaloi!Susu tepung Enfagrow A+ 360DHA Complex S3 / S4 Asli / Vanila 1.7kg dengan harga RM125.99/unit dan susu tepung Enfagrow A+ 360DHA Complex S5 Asli pula hanya RM115.99/unit!
Susu tepung Dutch Lady 123 / 456 Asli / Madu / Coklat / 6+ Asli / Coklat pula hanya RM19.99/pek 900gm. Kena dapatkan segera!Tisu Pelembap Bayi Tesco Fred & Flo Moisturising / Gentle/ Fragrance Free 2 x 80S hanya RM8.99/pek dan Pek Isian Semula Tisu Pelembap Tesco Fred & Flo Moisturising 2 x 150s pada harga RM9.99. Berbaloi!Lampin bayi pakai buang pek mega jenama Drypers Wee Wee Dry S82, M74, L62, XL50 dan XXL40 hanya RM29.99!Pek isian semula cecair pembersih Pureen 600ml (aneka) pula dengan harga RM9.90/pek!
Jangan tunggu lama-lama. Dapatkan hanya yang terbaik di Tesco Baby Fair 2021! Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari :
Bila dah masuk bulan Mei ni, rasa teruja sangat-sangat. Setiap hari kita kena hargai dan tunjukkan rasa kasih pada ibu tersayang tapi bulan ni ada satu tarikh istimewa untuk kita semua ‘reward’ mereka. Bermula saat dia mengandung dan melahirkan anak-anaknya, dia sedikit pun tidak mengeluh atau menyesal kerana kita anugerah terindah untuknya. Jadi, kini masanya untuk kita hargai jasa ibu!
Kasih Sayang Ibu Demi Kebahagiaan Keluarga
Dengan segala pengorbanan yang telah dia lakukan demi anak-anak tersayang, sekali pun ibu tak mengharapkan sebarang balasan. Ketelusan hati seorang ibu dalam menguruskan keluarga dan membesarkan anak-anak dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Dia sanggup meletakkan keperluan suami dan anak-anak melebihi keinginannya sendiri kerana senyuman di wajah mereka adalah erti bahagia buat dirinya.
Sebab tulah sebagai seorang anak, kita sendiri perlu ada inisiatif untuk menunjukkan rasa sayang dan penghargaan untuk ibu. Kalau nak buat mereka gembira di Hari Ibu kali ini, apa kata belikan mereka sesuatu yang istimewa?
Jom Ke Anakku, Nitori & The Body Shop!
Bukan kita je tau, tapi Grab juga ingin menunjukkan rasa penghargaan buat para ibu dengan menawarkan sesuatu yang istimewa. Untuk anak-anak yang merancang nak buat kejutan buat ibu tersayang, apa kata shopping hadiah mereka di Anakku, Nitori atau The Body Shop?
Bestnya Shopping Di Anakku!
Untuk ibu yang sedang mengandung atau baru melahirkan anak, bolehlah dapatkan barang keperluan mereka dari Anakku. Untuk suami yang nak hadiahkan isteri stroller atau baby carrier pun boleh beli di sini kerana ada banyak pilihan. Paling best, harganya berpatutan dengan kualiti terbaik!
Macam-macam barang ada di Anakku, memang seronok shopping di sini!Tengoklah muka happy seorang isteri bila dapat cuba stroller di Anakku!
‘Syurga’ Dekorasi Rumah, Nitori Pilihan Terbaik!
Kalau ibu atau isteri anda sukakan dekorasi, Nitori adalah kedai terbaik yang perlu anda kunjungi. Ada macam-macam barangan hiasan rumah yang unik, cantik dan berkualiti tinggi boleh didapati di Nitori. Yang bagusnya, dekorasi di Nitori sangat menarik dan boleh dibeli dengan harga berpatutan.
Banyak pilihan sofa dan perabot dengan kualiti tinggi di NitoriAntara peralatan memasak yang ada di sini, sesuai untuk hadiahkan pada ibu tersayangPembayaran jadi lebih mudah dengan PayLater by Grab
Haruman Kasih Sayang Ibu Di The Body Shop!
Kalau nak belikan sesuatu yang oleh memberi insan tersayang sesuatu yang menenangkan dan berbau harum, ayuh ke The Body Shop! Harganya tidak mahal, tetapi kualiti produknya memang diyakini sangat bagus. Paling best, set penjagaan diri untuk ibu boleh dibeli dengan harga serendah RM180.00 sahaja.
Kalau tak tahu mana nak pilih, staf di The Body Shop sedia membantuMacam-macam produk ada, memang puas hati kalau nak cari hadiah Hari Ibu di siniConfirm ibu gembira bila anak belikan hadiah istimewa untuk dirinya
Berita Baik, Jom Shopping Dengan PayLater by Grab!
Eh, jangan risau nak shopping hadiah buat ibu atau isteri tersayang! Belanjalah dengan bijak dan mudah dengan PayLater by Grab! Tahukah anda, dengan pembelian minimum RM250, anda akan dapat potongan harga istimewa sehingga RM30. Yang penting, buat pembayaran dengan PayLater by Grab, untung kan?
Bukan setakat satu, tapi anda boleh beli macam-macam hadiah untuk ibu atau isteri tersayang. Lebih best lagi, pembayaran boleh dibuat pada bulan hadapan atau dibuat secara ansuran sebanyak empat kali. Bagus kan PayLater by Grab ni, bukan saja memudahkan anda untuk berbelanja tapi ini juga inisiatif mereka untuk tidak membebankan pengguna.
Dua cara pembayaran PayLater by Grab yang sangat memudahkan!
Masih ada masa untuk beli hadiah istimewa buat insan hebat bergelar IBU, jangan tunggu lagi jom ke Anakku, Nitori dan The Body Shop sekarang. Buat pilihan bijak, membeli-belah dengan PayLater by Grab memang mudah dan untung sangat-sangat.
Bukan saja di Anakku, Nitori atau The Body Shop, tapi banyak lagi jenama lain yang turut menawarkan pembelian dengan PayLater by Grab. Lagi banyak shopping, boleh jimat dan dapatkan tawaran istimewa!
Apabila memilih klinik terbaik untuk mendapatkan rawatan bagi anak-anak tersayang, ibu bapa pastinya akan mencari tempat yang dapat memberi rasa selamat dan yakin. Salah satu kriteria utama yang menjadi pertimbangan adalah kelayakan dan pengalaman doktor. Ibu ayah mahu memastikan bahawa anak mereka dirawat oleh pakar yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman dalam bidang kesihatan kanak-kanak.
Selain itu, kemudahan yang mesra kanak-kanak, seperti ruang yang selesa dan persekitaran yang ceria, juga penting bagi mengurangkan rasa takut atau cemas anak-anak semasa berkunjung ke klinik.
Tahniah kepada Klinik Hannah yang diasaskan oleh dua doktor berpengalaman, Dr. Atiqah Balqish Hamdan dan Dr. Toh Chi Lung kerana menerima pengiktirafan berprestij sebagai Klinik Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma sempena ulang tahun ke-24 Pa&Ma.
Anugerah ini adalah bukti kejayaan dan komitmen Klinik Hannah dalam memberikan rawatan berkualiti tinggi kepada para pesakit, khususnya ibu dan anak. Klinik yang mula beroperasi pada 1 September 2022 ini, mempunyai visi yang jelas iaitu untuk menawarkan harapan dan memberikan rawatan terbaik kepada pesakit.
Dengan pengalaman luas dalam bidang perubatan, Dr. Balqish dan Dr. Toh berkongsi matlamat yang sama iaitu memastikan setiap pesakit mendapat perhatian yang sewajarnya serta rawatan yang memfokuskan kepada kesejahteraan mereka.
Visi dan Misi Klinik Hannah
Sejak penubuhannya, Klinik Hannah telah menekankan kepentingan memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Klinik ini beroperasi dengan penuh dedikasi, memberikan pelbagai rawatan untuk ibu dan anak dengan sentuhan kasih sayang dan profesionalisme. Dr. Balqish dan Dr. Toh percaya bahawa perubatan bukan hanya mengenai ilmu, tetapi juga tentang empati dan hubungan yang baik dengan pesakit.
Dr. Atiqah Balqish Hamdan yang merupakan Pengasas Klinik Hannah
Misi Klinik Hannah adalah untuk menjadi salah satu klinik perubatan yang diyakini di Malaysia, dengan memastikan setiap pesakit, terutama ibu dan anak, mendapat rawatan yang terbaik, selamat, dan berkualiti. Klinik ini kini mempunyai satu cawangan, namun dengan sambutan yang luar biasa dari masyarakat, ia tidak mustahil untuk Klinik Hannah berkembang lebih jauh pada masa depan.
Servis berkualiti ditawarkan untuk memastikan keselesaan pesakit
SERVIS YANG DITAWARKAN
Pemeriksaan kehamilan.
Imbasan ultra bunyi kehamilan dan organ lain.
Pemeriksaan tumbesaran bayi dan kanak-kanak.
Nebuliser dan sedut kahak.
Pemeriksaan jaundis.
Pemeriksaan kesuburan dan perancang keluarga.
Pembedahan kecil dan cucian luka.
Perubatan am dan rawatan kecemasan.
Cuci telinga.
Rawatan lutut.
Saringan kesihatan.
Pemeriksaan darah.
KELEBIHAN SERVIS ATAU PRODUK
Beroperasi 24 jam setiap hari.
Kesemua doktor adalah wanita. Doktor lelaki juga bersedia merawat sekiranya ada permintaan.
Enam orang doktor daripada latar belakang perubatan yang berbeza dan mempunyai pengalaman 8 tahun dan ke atas dalam bidang perubatan.
Kesemua staf yang bertugas mempunyai lulusan perubatan (medical assistant & nursing) dan terlatih.
Suasana klinik yang kondusif dan selesa untuk semua lapisan usia.
Bilik menyusu dan surau disediakan.
Cawangan Klinik Hannah yang beroperasi 24 jam
Komitmen Klinik Hannah untuk Masa Depan
Klinik Hannah terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan mereka demi mencapai misi jangka panjang iaitu menjadi klinik perubatan yang diyakini dan dihormati di Malaysia. Klinik ini sentiasa berusaha untuk memperbaiki dan menambahbaik kemudahan serta teknologi perubatan yang mereka tawarkan, agar dapat memberikan rawatan terbaik kepada setiap pesakit yang datang.
Dekorasi yang cantik dan menenangkan di Klinik Hannah
Dengan sokongan daripada pelanggan setia dan pengiktirafan seperti Anugerah Klinik Ibu & Anak Pilihan Pa&Ma, Klinik Hannah berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamatnya. Pasukan perubatan di Klinik Hannah berjanji untuk terus memberikan penjagaan yang penuh perhatian dan cemerlang, memastikan setiap ibu dan anak yang mendapatkan rawatan di sana akan berasa dihargai dan diutamakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular di TikTok, gelagat seorang kanak-kanak yang sedang tukar baju sekolah agama kepada pakaian sukan tepi gelanggang futsal benar-benar buat netizen tersenyum dan terhibur....