Awal Januari tahun ini, pengacara Dayah Bakar tekad membawa anak kecilnya yang baru dilahirkan ketika itu untuk menemani suami tercinta yang menggalas tanggungjawab di bumi Australia.
Kini selepas hampir setahun berhijrah, ibu cantik yang ramah dan murah dengan senyuman ini akhirnya pulang ke Malaysia.
Tidak hanya berdua bersama anaknya, Achbar Muhammad Fahri bahkan Dayah turut pulang bersama suami tercinta, Kapten Muhammad Hanif Hamidi yang kini telah tamat latihan di Canberra, Australia.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, dia mengakui berat hati bagi meninggalkan bumi kangaroo itu namun dalam masa sama teruja untuk bersatu semula dengan ahli keluarga sekali gus kembali menjadi pengacara.
Ads
“Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.
“Honestly, I’m sad to leave but at the same time, I can’t wait to meet my family back home. I also know it’s time to get actively hosting/emceeing again,” tulisnya.
Pengacara Borak Kopitiam yang begitu menyenangkan ini juga difahamkan sudah pun tiba di tanah air melalui beberapa perkongsian video Dayah yang telah selamat tiba di tanahair.
Ads
Sebelum ini, kisah pengacara Borak Kopitam itu mengundang kesedihan ramai apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan suaminya yang juga pegawai tentera akibat penularan COVID-19 malah terpaksa melahirkan bayi sendirian tanpa suami di sisi disaat pandemik melanda dunia.
Perjalanan Dayah untuk bersama suaminya di sana turut menjadi perhatian pengikutnya. Malah kehidupan pengacara itu bersama suami di bumi Kanggaro itu sentiasa diikuti pengikutnya.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti Cef, Datuk Redzuawan Ismail atau popular dengan panggilan Chef Wan mendedahkan dia membayar seorang jururawat hampir RM6,000 untuk menjaga ibunya di rumah.
Menurut Chef Wan, jururawat khusus untuk pesakit demensia seperti ibunya itu akan menjaga segala keperluan dan ubat-ubatan di waktu siang. Ibu bersama jururawat dimensia atau kejururawatan kanser. Orang dari Sabah yang bekerja selama 4 tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat.
“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT (kerja lebih masa)
Biar la mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.
“Buat masa ini hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah saya masih ada untuk mengendalikannya.
“Saya berasa selesa bila ibu mendapat bantuan profesional untuk mandikan dia, menukar lampin, memberinya sarapan, bagi ubat-ubatan dan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang,” katanya.
Chef Wan berkongsi perkara berkenaan di akaun instagram miliknya.
Demi keselesaan dan ibu dapat penjagaan terbaik
Kata Chef Wan dia terpaksa berkorban lebih wang untuk ibunya supaya orang tuanya mendapatkan penjagaan yang terbaik.
“Banyak bezanya bagi maid da profesional nurse yang tahu handle dementia and cancer patient ni.
“Tak apa la duit boleh cari ibu ada la segala galanya. U must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort.
“Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti,” ujarnya.
Dalam masa yang sama Chef Wan juga menyaran semua anak-anak yang mempunyai ibu yang sudah uzur untuk menjaga ibu mereka dengan memberikan yang terbaik.
Cemas tengah malam! Ibu sarat hamil 8 bulan dipatuk ular sawa dalam tandas sehingga mencetuskan detik panik buat sebuah keluarga di Batu Pahat, Johor. Kejadian mengejutkan ini berlaku pada 29 September 2025 sekitar jam 12 tengah malam, ketika mangsa yang berusia 29 tahun sedang menggunakan tandas rumahnya.
Menurut perkongsian suami mangsa, Mohd Zulkifli, di laman Facebook, isterinya yang sedang mengandungkan anak kedua tiba-tiba dipatuk ular sawa sepanjang kira-kira 2 meter dan sebesar lengan lelaki dewasa. Serangan mengejut itu menyebabkan mangsa mengalami luka pada perut akibat gigitan ular, namun segera dikejarkan ke Hospital Batu Pahat untuk rawatan kecemasan. Nasib baik keadaan ibu dan bayi dilaporkan stabil.
Ular Hilang Ke Dalam Lubang Tandas
Lebih merisaukan, selepas mematuk, ular sawa berkenaan hilang masuk semula ke dalam lubang tandas rumah mereka. Perkara itu menambahkan kebimbangan keluarga kerana reptilia berbahaya itu masih belum berjaya ditangkap. Mohd Zulkifli memaklumkan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menasihatkan mereka menyiram lubang tandas dengan air panas atau clorox sebagai langkah sementara, namun keresahan tetap ada selagi ular tersebut belum ditemui.
Risiko Besar Buat Ibu Hamil
Bagi wanita hamil, apa sahaja kecederaan atau trauma boleh memberi kesan kepada kandungan. Gigitan ular bukan sahaja meninggalkan luka fizikal, malah boleh mengundang risiko jangkitan, tekanan emosi dan bahaya pada bayi dalam kandungan. Mujurlah dalam kes ini, mangsa cepat mendapatkan rawatan kecemasan di hospital.
Langkah Pencegahan Supaya Kejadian Tidak Berulang:
Tutup penutup tandas selepas digunakan.
Siram tandas sebelum masuk, terutama di waktu malam.
Pasang penapis atau jaring pada saluran air dan longkang.
Segera keluar dan hubungi pihak berkuasa jika ternampak ular.
Jika berlaku gigitan, jangan panik atau cuba rawatan sendiri – terus ke hospital.
Kejadian ibu sarat hamil dipatuk ular sawa dalam tandas ini menjadi peringatan penting kepada semua keluarga. Walaupun rumah dianggap tempat paling selamat, ancaman haiwan berbisa boleh muncul tanpa diduga.
Semoga ibu ini segera pulih dan kandungan yang dikandung selamat hingga tiba saat melahirkan. Buat semua ibu bapa, jadikan kisah ini iktibar untuk lebih peka terhadap keselamatan rumah dan keluarga tersayang.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka dengan hanya keinginan mahu bergambar bersama kereta impian akhirnya anak kecil bertuah dipelawa pemilik kereta tersebut untuk turut sama berada di dalam kereta.
Menerusi Tik Tok, tular video seorang bapa yang merakam gambar anak lelakinya bersama sebuah kereta mewah jenis Lamborghini berwarna kuning yang diletakkan di tempat parkir.
Untungnya, pemilik kenderaan itu secara tiba-tiba mendekati anak beranak yang sedang bergambar dikeretanya dan menyapa keluarga kecil itu.
Tidak hanya menyapa bahkan dengan bermurah hati, pemilik kereta yang dikenali sebagai Vincent Poh itu turut sama mempelawa kanak-kanak lelaki tersebut masuk ke dalam keretanya dan merasai sendiri pengalaman di dalam kereta mewah itu.
Momen paling bermakna buat anak kecil ini turut dirakam menerusi akaun Tik Tok Vincent, @lambobossvincentpoh.
Paling menarik dan beruntung bila mana si bapa yang terkejut disapa pemilik kenderaan itu kemudian sekali lagi merakam gambar anaknya yang dilihat cukup gembira berada dalam kereta itu sambil diperhatikan Vincent.
Meninjau di ruangan komen, sifat rendah diri pemilik kenderaan ini rata-rata dipuji wargamaya.
Malah Vincent sendiri tampil menjawab pelbagai persoalan dengan begitu baik serta turut memberi semangat anak kecil itu untuk berjaya memiliki kenderaan mewah dan meraih kejayaan suatu hari nanti.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.