Ok, sila jangan baca tajuk saja ya. Perasan tak, sejak jadi mak ayah, gaya kita bercakap dengan anak-anak kecil jadi ‘lain macam’? Segala gaya tangan keluar, macam-macam mimik muka kita buat dan bunyi suara pelik-pelik pun ada. Semua ini entah dari mana datangnya, tau-tau saja kita jadi begitu. Lagi wow, hampir semua lagu budak-budak yang ada, kita ‘ter’ hafal..bukan saja liriknya, tapi gaya menarinya sekali. Hahahaha.

PENTING JADI IBUBAPA YANG DRAMATIK!

Sejak Jadi Mak Ayah Gaya Bercakap Kita Dengan Bayi Pun Lain. Pentingnya Jadi Ibu Bapa Yang Dramatik

Motherese

Semua ini di sebut ‘Motherese’. Ia merujuk kepada animasi wajah dan ekspresi vokal yang seringkali ibubapa gunakan ketika berinteraksi dengan anak kecil.Hah, jangan tak tau, memang ada terma saintifiknya untuk aksi dramatik para ibubapa ini.

Dramatik Bila Bercakap Dengan Anak?

IKLAN

Jadi, bagus atau tak dramatik bila bercakap dengan anak ni? Oh..SANGAT BAGUS dan SANGAT PERLU!. ‘Motherese’ adalah aspek penting untuk perkembangan sosial-emosi anak. Melalui perbualan interaktif ( perbualan 2 hala yang aktif ) secara ‘motherese’ inilah yang menjadi asas perkembangan bahasa anak.

‘Motherese’ membuat anak menangkap: bunyi perkataan + intonasi sebutan + maksud perkataan berdasarkan mimik/animasi wajah ibunya = sekurang-kurangnya 3 hal ini sekaligus dalam satu masa.

Ini belum lagi termasuk anak juga menangkap cetusan emosi dari perkataan tersebut. Misalnya, bila ibu sering memanggil anak ‘sayang’ dengan ciri ‘motherese’ ,contohnya dengan suara yang mesra, animasi muka yang gembira bercahaya serta tangan yang mendepa, maka anak tahu ‘sayang’ itu merujuk kepada gabungan: dia + bernilai + disukai.

IKLAN

Maka, tak hairan ramai anak mula cemburu dan memprotes bila mendengar ibuayahnya menyebut perkataan ‘sayang’ dengan ‘motherese’ yang sama kepada bayi lain misalnya. Ini kerana kuasa ‘motherese’ membuat anak faham perkataan ‘sayang’ itu bukan sekadar perkataan S.A.Y.A.N.G dari aspek bahasa, tetapi lebih dari itu, ia ada nilai sosial-emosi yang disebut di atas tadi.

Bagi bujang-bujang, jangan la meluat atau terkejut pula tengok ibubapa dramatik ini ya. ‘Motherese’ ini suatu anugerah. Ibubapa atau penjaga yang tak mampu ber ‘motherese’ kerana menghidapi PND (depresi) misalnya, mereka sering mempamerkan ‘flat affect’ (kesan mendatar) bila berinteraksi dengan anak mereka. ‘Flat affect’ bermaksud kurangnya ekspresi emosi yang menyebabkan penjaga atau ibubapa bayi kurang beranimasi dalam interaksi wajah bila berhubung dengan anak.

Bayi Tertarik Dengan Seseorang Yang Membuat Motherese

IKLAN

Maka, bayi-bayi begini terdesak mencari rangsangan ‘motherese’ dari sumber lain sejak dari awal lagi. Mereka mudah dikenali kerana di kala bayi-bayi lain kelihatan tertarik merespon kepada seseorang yang membuat ‘motherese’ kepadanya, bayi-bayi ‘terdesak’ ini akan memaling wajah atau mudah merasa rimas. Dari segi kesan jangka panjang, jika hal ini berterusan, bayi-bayi ini bakal membesar dengan pergelutan dari segi pertuturan, interaksi, sosial dan juga emosi.

Jadi, pilihlah untuk menjadi ibubapa dramatik dengan ilmu. Bukan dramatik melulu ya.

*video anak sulung saya pada 9 tahun lepas bersama ayahnya.

Sumber: Baby Language

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI