Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil. Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja. Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya sendiri.
Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa mengajak bayi bercakap dalam bahasa betul adalah cara yang paling tepat untuk membantu perkembangan pertuturannya? Satu kajian yang dilakukan oleh profesor psikologi dari Stanford University menunjukkan bahawa otak bayi boleh bertindak balas dengan bahasa yang kompleks dengan susunan tatabahasa yang baik.
Contoh ayat adalah seperti berikut, “Jom makan oren!”, adalah sebaiknya ibu mengatakan “Ibu potong oren ini untuk makanan selingan kita. Jom makan buah oren ini bersama-sama.”
Ads
Secara realitinya, anak kecil meningkatkan pembelajaran bahasanya dan meningkatkan kemampuan kognitif kecerdasannya daripada hubungan sesama manusia secara langsung. Untuk memastikan anak boleh menyerap dan belajar bahasa dengan baik, sebaiknya ibu bapa selalu menggunakan hubungan mata secara langsung dan menggunakan kosa kata sederhana untuk bercakap. Sebenarnya bayi sudah terlebih dahulu boleh belajar bahasa sebelum dia boleh bercakap.
Oleh itu, ketika berbual dengan bayi, pastikan anda tidak bercakap bahasa bayi. Bercakaplah dengan jelas kerana bayi sudah belajar berkomunikasi sebaik dia dilahirkan. Bayi belajar mendengar suara daripada orang-orang di sekitarnya dan belajar bahawa suara yang dia dengar itu mempunyai kekuatan untuk memenuhi keperluan mereka dan boleh menarik perhatiannya.
Ads
Ads
Semakin kerap kita bercakap dengan kosa kata yang jelas dengan bayi, maka semakin kaya kosa kata yang akan dimiliki olehnya nanti. Bila tiba saatnya, anda akan kagum kerana bayi kecil anda boleh bercakap dengan jelas tanpa perlu bercakap pelat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanpa guna walker, si kecil boleh belajar berjalan sendiri dengan 12 trik & strategi ini. Mama papa wajib cuba, bantu bayi bertatih dan memulakan langkah pertamanya!
Berjalan sangat penting untuk perkembangan dalam kehidupan bayi. Ia adalah petanda anak akan meninggalkan dunia bayinya. Kebanyakannya bayi pada usia 8 bulan akan mula merangkak, bergolek dan secara beransur akan mendapatkan kekuatan otot dan koordinasi badan untuk memudahkan untuk berjalan. Selalunya, anak kecil akan bertatih pada usia antara sembilan dan 12 bulan. Kemudian akan mula berjalan dengan baik pada usia 14 atau 15 bulan.
Ingat bahawa anak kecil belajar bagaimana untuk berjalan sebelum mereka belajar memahami arahan. Jadi, jangan memaksa anak kecil anda untuk memahami apa yang anda ingin ajarkan kepadanya kerana mereka masih belum mengerti. Apa yang anda perlu lakukan ialah bersabar dan gunakan trik dan strategi untuk mengajar anak untuk berjalan.
12 STRATEGI GALAKKAN SI KECIL BERTATIH
Mari ikuti maklumat bagaimana untuk kita membantu anak kecil meningkatkan keupayaannya dalam perkembangan ini.
1.Pastikanruang dalam rumah selamat untuk mencegah anak daripada mendapat kecederaan pada sudut dan ruang tangga.
2.Setelah anak kecil mula belajar merangkak, bantu dia untuk berdiri dan bertatih. Pegang tangannya sehingga dia mampu untuk berdiri tegap dengan tanpa jatuh. Ia baik untuk menguatkan bahagian kaki.
3.Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis. Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia bagaimana untukmembengkokkan lutut supayadia boleh duduk tanpa jatuh. Berikan masa untuk anak mencuba sendiri.
4.Pastikan ada perabot atau struktur kediaman yang boleh digunakannya untuk berpaut atau pegang supaya dapat bangun dan bergerak sendiri dengan mudah.
5.Pegang tangan bayi dalam masa dia belajar untukmengimbangi dirinya. Galakkan bayi berjalan sambil memegang ke dua-dua tangan anda. Pegang tangannya sama ada dalam keadaan anda berdiri atau melutut di hadapannya dan kemudian biarkan dia berjalan ke arah anda, Anda seterusnya boleh cuba melepaskannya berjalan tanpa bantuan.
6.Mama dan papa cuba untuk berada berdekatandengan si kecil. Dia mungkin akan berjalan satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Bila anda berada berdekatan, ini membolehkan anda menangkapnya tiap kali dia kelihatan tidak stabil atau
7.Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan, janganmenggunakanwalker. Ia boleh mengundang risiko bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.
8.Elakkanmemakaikan bayi kasutbertapak keras dan tidak fleksibel sehingga anak anda boleh berjalan. Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk, berpasir atau Berkaki ayam membantu mereka memperbaiki keseimbangan danpenyelarasan.
9.Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengajar anak kecil berjalan ialah menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak rangsangan fizikal. Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi badannya dengan bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak yang menggalakkan
10.Permainanjenis tolak dantarik sangat baik untuk mengajar bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.
11.Bagaimana pun, jangan paksa dikecil anda untuk berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan berjalan dalam tempoh masa terdekat.
12.Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersamadengan anda tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan di dalam rumah anda atau laman rumah.
DUA TAHUN MASIH BELUM BERJALAN? DAPATKAN KONSULTASI DOKTOR SEGERA
Biasanya bayi yang mula berjalan sebaik sahaja mereka berusia 16 atau 17 bulan tetapi jika bayi anda mengambil sedikit masa untuk bergolek dan merangkak, kemungkinan dia akan memerlukan beberapa minggu atau bulan tambahan untuk berjalan-jalan. Setiap anak kecil berkembang secara berlainan, ada yang lebih cepat daripada yang lain. Namun jika anak kecil hampir mencecah usia dua tahun dan masih belum boleh berjalan, segera dapatkan pendapat doktor anda. Perlu diketahui bahawa bayi pra-matang mungkin lambat mencapai tahap ini dan tahap perkembangan lain berbanding bayi normal lain.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
SIAPA sangka, bayi lelaki comel yang baru sahaja melihat dunia pada Julai lalu sebenarnya telah ‘wujud’ sejak lebih tiga dekad lalu?
Inilah kisah luar biasa yang mencuri perhatian dunia, kelahiran seorang bayi dari Amerika Syarikat yang berasal daripada embrio yang telah dibekukan sejak tahun 1994. Untuk memberi perspektif, tahun 1994 merupakan ketika dunia sedang menikmati filem Forrest Gump di pawagam dan menyambut pelancaran konsol permainan video pertama PlayStation. Kini, selepas 31 tahun ‘tidur’ dalam pembekuan, embrio itu akhirnya dilahirkan sebagai seorang bayi sihat.
Pada 26 Julai, bertempat di sebuah hospital di Knoxville, Tennessee, lahirlah seorang bayi lelaki seberat kira-kira tiga kilogram yang diberi nama Thaddeus Daniel Pierce.
Apa yang menjadikan kelahirannya begitu istimewa bukan sekadar angka tahunnya, tetapi kisah di sebalik bagaimana dia hadir dalam kehidupan pasangan suami isteri, Lindsey Pierce (35) dan Tim Pierce (34). Pasangan ini memperoleh embrio Thaddeus menerusi program pengangkatan embrio yang dikenali sebagai Snowflakes, sebuah inisiatif berteraskan kepercayaan Kristian di Amerika Syarikat.
Embrio itu asalnya disumbangkan oleh Linda Archerd (62), seorang wanita yang menjalani rawatan kesuburan IVF pada tahun 1990-an. Beliau menyumbangkan tiga embrio kepada program tersebut, dengan harapan ia dapat memberi peluang kepada pasangan lain yang mendambakan zuriat.
Daripada tiga embrio yang disumbangkan Linda, hanya dua yang berjaya bertahan selepas proses nyahbekuan. Salah satunya kemudian ditanam ke dalam rahim Lindsey dan akhirnya berkembang menjadi bayi yang kini dikenali sebagai Thaddeus.
Walaupun kisah ini mencipta sejarah dari sudut perubatan moden, bagi pasangan Pierce, apa yang paling penting hanyalah kehadiran seorang bayi yang begitu dinanti-nantikan.
“Kami tidak bercita‑cita mencipta rekod; kami cuma mahu bayi,” ujar Tim Pierce ringkas tetapi penuh makna.
Menariknya, kelahiran Thaddeus berlaku ketika isu status undang-undang embrio beku sedang hangat diperdebatkan di Amerika Syarikat. Malah, mahkamah di negeri Alabama pernah menyamakan embrio beku dengan ‘kanak-kanak’ dari sudut undang-undang, mencetuskan pelbagai reaksi dan persoalan etika.
Namun, bagi Linda Archerd, kisah ini jauh lebih mendalam. Bagi beliau, tiga embrio yang disimpannya dahulu bukan sekadar sel atau rawatan sains semata-mata.
“Saya pernah melihat embrio ini sebagai ‘tiga harapan kecil’. Kini, seorang daripadanya hidup di dunia nyata,” luah Linda penuh emosi.
Kisah Thaddeus membuka lembaran baharu dalam dunia teknologi kesuburan, khususnya pembekuan embrio jangka panjang. Ia membuktikan bahawa dengan kaedah yang betul, embrio boleh kekal bertahan dalam jangka masa yang sangat panjang dan tetap membesar sebagai bayi yang sihat dan normal.
Buat pasangan yang sedang berjuang mendapatkan zuriat, kisah ini memberi satu sinar – bahawa harapan sentiasa ada, walau mengambil masa berdekad lamanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi takut berpisah biasa terjadi. Apa yang mama papa boleh lakukan untuk menghadapi kelakuan ini. Ketahui 5 strategi menghadapinya.
Tengok mama pakai tudung atau papa bersiap nak keluar, dia pun mulalah tidak tentu arah. Mula menangis minta didukung. Alasannya apa? Takut untuk berpisah atau nak ikut serta ke mana mama atau papa pergi. Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.
PUNCA BAYI TAKUT UNTUK BERPISAH
Bayi yang lebih muda daripada 4 hingga 6 bulan biasanya akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang menjaganya, asalkan keperluannya dipenuhi. Bayi pada umur 4 antara 7 bulan akan mengembangkan rasa “keabadian objek” atau permanence object. Mereka menyedari bahawa ibu bapa ada walaupun mereka tidak dapat melihat. Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.
Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang dipisahkan dari ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan.
Fasa ini dilalui bayi sehingga usia yang berbeza-beza. Sesetengah bayi meneruskannya sehingga antara 18 bulan dan 2½ tahun. Ada yang tidak pernah mengalaminya. Dan bagi bayi lain, kemungkinan tekanan tertentu yan gmencetuskan perasaan takut untuk berpisah seperti baru pertukar taska atau berpindah taska baru, menerima kehadiran adik baru, berpindah ke tempat baru, atau ketegangan yang berlaku di rumah.
Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.
5 STRATEGI HADAPI ANAK TAKUT UNTUK BERPISAH
Ketakutan untuk berpisah ini selalunya akan menyebabkan tangisan dan tekanan emosi kepada si kecil malah berlarutan dan tidak boleh dipujuk. Ada yang menangis sehingga tertidur.Walau pun ia memberikan impak besar, ibu bapa perlu ambil langkah bijak untuk menghadapi waktu genting ini.
1.PASTIKAN MASA YANG SESUAI
Cuba elak daripada menyerahkan bayi kepada orang yang tidak dikenalinya pada usia 8 bulan hingga 1 tahun. Sekiranya ia sesuatu yang tidak boleh dielakkan, maka cuba pastikan anda meninggalkan si kecil ketika dirinya dalam keadaan kenyang, cukup rehat dan selesa. Elakkan waktu genting ini ketika dirinya sedang kelaparan, keletihan atau tidak selesa kerana ia menyebabkan efek kepada emosinya. Jadualklan waktu perpisahan ini selepas waktu tidur dan makannya.
2.LATIH
Mama dan papa boleh latih si manja untuk berjauhan atau berpisah daripada si manja secara berperingkat. Jika anda merancang untuk meninggalkannya di taska atau pengasuh dalam masa terdekat, anda boleh ajak pengasuh untuk berjumpa lebih awal dan berkenalan supaya kelak nanti bayi tidak terlalu terkejut.
3.BERPERINGKAT
Cuba buat secara berperingkat masa anak di rumah pengasuh atau daycare. Misalnya beberapa ini si manja tinggal di rumah pengasuh selama 3-4 jam, minggu depan boleh cuba hingga 8 jam pula. Ia adalah strategi untuk mengelakkan bayi mengalami ketakutan untuk berpisah yang berlarutan.
4.BERTENANG
Si kecil akan menangis, mengamuk dan memanggil anda merayu untuk mengikut. Tapi mama dan papa kena kental. Mama dan papa perlu bertenang dan cuba akhiri perpisahan setiap hari dengan kata-kata yang manis dan pelukan. Cuba bertenang dan yakinkan dia bahawa anda akan kembali mengambilnya nanti. Berikan perhatian kepadanya apabila anda melambai dan lihat tepat pada wajahnya semasa mengatakan “Mama akan ambik adik nanti. Adik duduk elok-elok dengan ibu (pengasuh) ye”.
5.PENGASUH MAIN PERANAN
Minta pengasuh untuk menenangkan bayi anda dengan mengajaknya bermain dengan permainan yang disukainya, memujuknya dan memeluknya. Pengasuh dan penjaga memainkan peranan penting untuk membantu bayi anda melalui fasa perpisahan ini.
FASA INI AKAN BERLALU
Percaya bahawa fasa takut nak berpisah ini akan berakhir nanti. Mama dan papa perlulah yakin dan mengambilnya dari sudut positif, Banyakkan bersabar melayani kerenah si kecil.
Mama dan papa juga perlu percaya kepada instinct. Sekiranya bayi mengamuk tidak mahu berpisah dengan anda dan mendapatinya tertekan dengan selera si manja berkurangan atau mengalami masalah untuk tidur dalam jangkasa masa yang lama, ambil langkah untuk memeriksa sekiranya ada sesuatu yang meragukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!