Sebenarnya pancake gebu gebas ni senang sangat nak disediakan. Anak-anak pun boleh cuba buat sebab bahan-bahan yang perlu ada sangat simple dan cara penyediaan pun senang. Jom cuba resipi ini, boleh jadikan makan petang ataupun sarapan pagi. Selamat mencuba!

Sekali buat tak cukup 1-2 keping 😆 #pancake #favouriteanakanak #2kualisekaligus

Resepi: (diubah sedikit dari post sebelum ini-practice makes perfect)

Sekali Buat Tak Cukup 1-2 Keping, Resipi Pancake Mudah & Gebu. Guna Bahan Yang Simple Je!

IKLAN

🥛3 cawan tepung gandum
🥛1 cawan susu segar
🥛2 cawan air
🥛3 biji telur (asingkan kuning dan putih)
🥛1 sudu teh esen vanilla
🥛1 sudu teh baking powder
🥛 Hujung sudu teh gula (utk kurangkan manis)
🥛 Hujung sudu teh garam halus

Cara-cara:
1. Campur dan sebatikan guna mixer semua bahan kecuali putih telur.
2. Kemudian, pukul putih telur dgn mixer hingga kembang. Sampai kalau terbalikkan bekas tak jatuh putih telur.
3. Kaupkan putih telur ke dalam campuran tadi dan gaul rata secara perlahan.
4. Masak di atas kuali yg rata.

Masa penyediaan: 30 min (dengan menggunakan 2 kuali 😆)

IKLAN

Dah siap 💕

Credit : Norhayati Mohamed Noo

IKLAN

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Sekali Buat Tak Cukup 1-2 Keping, Resipi Pancake Mudah & Gebu. Guna Bahan Yang Simple Je!

Berminat untuk sertai Virtual Pa&Ma Gala Moms bersama artis terkenal secara PERCUMA? Daftar di sini https://toko.ideaktiv.com/product/pama-gala-moms-reunion/

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI