Bayi yang berumur 8 bulan hingga 12 bulan sudah boleh makan keju. Namun tak semua keju sesuai untuk bayi. Bagi yang berumur 8 bulan hingga 12 bulan perkenalkan bayi dengan krim keju seperti Tatura.
Jika bayi anda tiada sebarang masalah alahan, anda boleh teruskan. Elakkan memberi keju yang mempunyai garam, kerana ia agak masin. Ikuti resipi di bawah yang dikongsi oleh Puan Nurul Hanim untuk panduan dalam penyediaan makanan kepada bayi anda.
hi momies… kimi 8months 12hari baru ibu intro cream cheese. Ni antara menu kimi untuk 3DR intro cream cheese dalam makanan kimi. So far kimi ok takde nampak alahan apa-apa.
Cara penyediaan: 1. Rebus/kukus sweet potato hingga empuk. Sejukkan dan lenyek-lenyek. 2. Masukkan tepung gandum sikit demi sedikit dan uli bersama sweet potato hingga sebati adunan tak keras ye! Memang lembut je (kalau adunan telerai tambahkan air sikit-sikit sampai elok melekat je) 3. Gentel-gentel bagi bulat atau memanjang (ikut suka) dan masukkan cream cheese. Tutup semula dan goreng hingga garing. 4. Dalam periuk lain. Cairkan UB dan masukkan puree kurma. Biarkan sedikit likat dan masukkan cheezy potato. Pastikan semua bahagian disaluti kurma dan tutup api. Sedia dihidang & makan!
CHICKEN STUFFED with CHEEZY MIX VEGE
Bahan-bahan: 2ketul dada ayam 1/2biji bawang kecik – cincang(guna bawang holland lagi sedap) 1ulas bawang putih
Sayur pilihan *carrot, brokoli, cauliflower, leeks, tomato ceri -cincang&steam
2tbsp cream cheese -keluarkan awal spya x keras
1tbsp white sauce
Unsalted butter
Toothpicks – utk jahit ayam
Ads
Cara penyediaan: 1. Cairkan UB dan tumiskan bawang hingga naik bau. 2. Masukkan sayur-sayur yg telah dikukus sebatikan dengan bawang tumis dan tutup api. Sejukkan sekejap. 3. Masukkan sayur2 dlm mangkuk. Campurkan dengan white sauce dan cream cheese biar sebati. 4. Lubangkan ayam dan sumbat campuran sayur td. Dan tutup ayam gunakan toothpicks kemas-kemas supaya isi tak terkeluar. 5. Goreng/grilled gunakan UB hingga ayam masak. Sedia dimakan.
WHITE SAUCE @ BECHAMEL SAUCE (Kuantiti terhasil banyak bole simpan utk buat carbonara, lasagna atau sebagai agen pemekat)
Cara penyediaan: 1.Cairkan UB dan masukkan tepung dan gaul sekata hingga sedikit bubble2 tp jgn sampai jd brown colour. 2. Masukkan susu dan tutup air. Gaul2 sampai x berketul. Tekstur licin je. Kalau pekat bole tambah susu lg. (Sy letak air kosong je) 3. Taburkan oregano & parsley flakes *jika suka.
Ads
CHICKEN CHEEZY BUTTERMILK
Bahan-bahan: 1keping dada ayam hiris nipis kecil2* 1tsp tepung gandum* 1tsp tepung jagung*
1/4tsp rempah kari ayam*
1tbsp bawang holland cincang
1ulas bawnag putih cincang
2tbsp white sauce (bole guna susu)
1kiub chicken stock
1tbsp cream cheese
1 1/2tbsp unsalted butter
7helai daun kari
Air
Cara penyediaan:
1. Campurkan bahan * sebati dan perap selama 30min atau lebih.
2. Cairkan 1tsp UB dan gorengkan ayam yg telah diperap. Ketepikan.
3. Gunakan kuali yg sama cairkan lebihan UB yg ada dan tumis bawang & daun kari hingga naik bau dan kekuningan.
4. Masukkan CS dan white sauce@susu. Tambahkan air sedikit. Biar hingga sedikit menggelagak.
5. Masukkan cream cheese dan kacau hingga tidak berketul.
6. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul sekata. Siap!
Lebihan nasi semalaman usah dibuang kerana banyak resipi yang boleh dihasilkan daripada lebihan nasi ini. Salah satu resipi yang paling sesuai untuk anak-anak dan keluarga pastinya Apam Nasi. Apam nasi yang satu ini bukan hanya sedap bahkan cukup mudah disediakan. Hanya blend sahaja dan kukus hingga masak.
Resipi sedap dan mudah yang dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood ini paling sesuai dicuba. Sangat mudah!
Nah saya belanja lagi resepi Kuih Apam Nasi. Dah la senang, sedap pulak tu. Resepi yang sama yang saya guna untuk jual dulu, 3 biji RM1.
Kalau musim panas pasti kita terbayang nak minum air yang sejuk dan ada ais, dapat pula minum koktail buah memang puas hati! Jom follow resepi yang dikongsi.
Assalamualaikum. Hari ini saya nak share resepi kuah coctail buah yang saya jual. Permintaan boleh kata hari hari ada. Alhamdulillah.
Kuah jenis creamy bukan jenis cair tau. Memang sedap berlemak.
Resepi kuah cocktail buah cikkin:
(dapat 15 bekas saiz c16)
2 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 cawan air (sukat guna tin susu pekat)
Setengah kotak full milk cream (500ml)
esen vanila (letak extra utk bg lg sedap)
Garam sikit
Cara penyediaan:
– Masak semua ni dalam periuk. Jangan bagi didih sangat. Bagi panas-panas je
– Bagi kuah sejuk dulu baru tuang dalam buah-buah.
– Buah-buah ikut suka hati. Jika nak berniaga buah mangga dan buah naga tu wajib ada.
dav
Tolong doakan baik-baik untuk saya dan keluarga cukuplah. Saya izinkan share resepi ini. Terima kasih 😊
Berbanding biskut-biskut lain, biskut sarang semut antara biskut legend yang seringkali dicari-cari pada pagi raya. Warnanya yang cantik dan strukturnya yang unik buat ia jadi kesukaan anak-anak.
Resipi mudah yang dikongsikan oleh Novelis Afieyza Isahak ini anda wajib cuba. Jangan lupa perap adunan dulu untuk dapatkan struktur adunan yang cantik. Barulah biskut lagi cantik dan sedap!
Biskut raya pertama : Biskut Sarang Semut. Ini percubaan pertama Cik Fieyza buat biskut ni. Orang kata renyah sebab nak kena parut bagai tapi setiap biskut ada keunikan tersendirikan.
Memandangkan lama tak bakar biskut, pada mulanya tersilap pusing arah api. Itu yang jadi dua benua rupa dia. Cik Fieyza kongsi resipi yang telah diolah mengikut apa yang dipelajari hari ni kalau ada yang nak cuba.
Bahan-bahan:
Buttercup – 1 buku
Tepung kastard – 2 cawan*
Tepung jagung – 1 cawan*
Tepung gandum – 1 cawan setengah*
Gula halus – 1 cawan
Kuning telur – 1
Esen vanila – 1 sudu kecil
Sedikit pewarna kuning
Paper cup
Coklat rice / Coklat manik
Ayak bahan bertanda *
Satukan buttercup dan gula halus. Pukul sehingga kembang.
Masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Pukul sebati.
Masukkan semua tepung dan gaul sehingga adunan tak melekat pada tangan. Adunan memang lembut. Jika masih melekat, tambah sedikit tepung gandum.
Boleh simpan dalam setengah jam dekat peti ais atau boleh parut terus dan masukkan dalam papercup. Hias dengan coklat rice.
Bakar guna api atas bawah – 170c selama 30 minit atau ikut suhu oven masing-masing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.