Peningkatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dalam kalangan kanak-kanak semakin meningkat sejak kebelakangan ini sehingga mencetuskan kerisauan pada ibu bapa. Memandangkan virus ini mudah merebak, anak yang dijangkiti harus dikuarantin sehingga benar-benar sembuh.
Namun yang menjadi masalahnya adalah kesan HFMD itu buatkan anak rasa tak selesa kerana biji air di tangan, kaki, sekitar mulut dan ulser di dalam mulut. Selain ubat yang diberikan doktor, mungkin petua ini juga boleh dicuba.
Menurut ibu ini, anaknya dijangkiti HFMD dan apabila mencuba petua yang dikongsikan memang berkesan dan dalam 2 hingga 3 hari sembuh.
Anak saya baru je baik. Seminggu kena. Dia jerit-jerit sakit tak boleh makan. Sebab jadi penuh dalam mulut. Mula-mula ingat kena demam campak. Tapi tak sangka kena HFMD.
Saya guna 100% rawatan tradisional cara orang India. Jiran kat rumah saya bagi petua ni. Alhamdulillah dah ok sangat-sangat. Sampai saya bawa pergi hospital swasta doktor pakar kanak-kanak pun puji. Dia cakap pandai saya jaga anak sampai jadi kering elok sakit dia tu.
Ni ada sedikit petua:
Ads
Pertama: Saya bagi anak saya makan ais krim vanila. Ais krim ni nak bagi luka dalam mulut reda. Cubalah! Memang sangat-sangat berkesan.
Kedua: Ambil sebesen air paip. Letakkan di bawah cahaya matahari (saya letak pukul 10.40pagi sampai pukul 1petang ). Masukkan serbuk kunyit satu sudu besar. Biarkan sampai air paip tadi panas-panas suam. Masukkan juga daun semambu ke dalam air tersebut.
Ads
Lepas tu bagi anak kita mandi guna air ni. Jangan bilas dengan air paip. Biarkan air kunyit dan daun semambu ni di badan anak. Jadikan penawar.
Ketiga: Ramaskan daun semambu@neem dengan bedak sejuk. Lumurkan ke tangan, kaki kat bahagian yang kena sakit ni. Jangan masukkan dalam mulut tau. Yang dalam mulut tu bagi makan ais krim vanila je.
Ads
Insyaallah, selepas 2-3 hari pasti akan hilang. Cubalah sebab saya sendiri dah alami. Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.
Ibu ayah mana yang tidak risau jika anak diserang demam. Kemudian demamnya itu berpanjangan dan suhu badan pun panas. Sudah dua tiga klinik dikunjungi dan ambil ubat, tetap tidak sembuh. Selera makan anak pun semakin berkurangan dan tidak aktif.
Demam bersuhu tinggi merupakan salah satu daripada gejala-gejala jangkitan virus. Terdapat banyak jenis virus yang boleh menjangkiti anak-anak seperti denggi, influenza, enterovirus (penyakit tangan, kaki dan mulut atau Hand Foot Mouth Disease–HMFD), rotavirus (cirit birit) dan bermacam-macam lagi. Semua virus tersebut boleh menyebabkan demam tinggi, dan beberapa lagi gejala lain yang lebih spesifik untuk setiap jangkitan.
Sekiranya anak menghidap demam denggi, dia mungkin akan mengadu sakit kepala, sakit sendi dan tulang, sakit perut, muntah dan cirit birit, atau ruam. Anak yang menghidap jangkitan influenza pula akan mengalami selesema dan batuk. Anak mungkin menunjukkan tumbuhnya bintat kecil di tangan, kaki, punggung serta ulser di dalam mulut sekiranya menghidap HMFD. Seterusnya anak yang menghidap jangkitan rotavirus akan mengalami muntah dan cirit-birit.
Apabila anak demam, perkara yang paling utama adalah pemantauan kondisi anak secara umum seperti tahap aktivitinya dan selera makan minumnya. Berilah ubat demam sekiranya demam tinggi melebihi 38.5° Celcius.
Sekiranya suhu masih tinggi setelah diberikan ubat demam, ibu ayah perlu menjerlum kepala, tengkuk, dan badannya secara keseluruhan. Ini boleh membantu menurunkan suhu badan anak anda. Galakkan anak anda minum banyak air/cecair seperti air kosong, susu, jus buah-buahan dan lain-lain.
Sekiranya semua tersebut sudah dilakukan dan suhu badan anak masih tinggi secara berterusan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut. Doktor boleh memberikan ubat tambahan untuk mengawal suhu badan anak anda berdasarkan diagnosis dan keadaan anak.
Sekiranya anak anda dikhuatiri mengalami jangkitan yang serius seperti denggi, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan darah. Sekiranya perlu doktor, akan mengesyorkan pemantauan di wad/hospital.
Beberapa ujian boleh membantu doktor untuk mengenal pasti jenis jangkitan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kesamaan pada bacaan ujian darah dalam jangkitan virus yang berbeza seperti tahap sel darah putih (white blood cells) dan platelet yang rendah atau menurun. Ujian spesifik untuk mengesan denggi biasanya hanya perlu dilakukan sekiranya kanak-kanak demam bersuhu tinggi secara berterusan selama melebihi tiga atau empat hari.
Ini kerana keputusan ujian mungkin negatif jika dilakukan terlalu awal walaupun sebenarnya pesakit sudah dijangkiti. Begitu juga seperti influenza yang sampel hingus pada awal-awalnya mungkin negatif tetapi jika diulang setelah beberapa hari barulah memberikan keputusan yang positif. Sampel najis pula diperlukan untuk mengenal pasti jenis kuman dalam anak-anak yang mengalami cirit-birit.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Luka jahitan bersalin ibu-ibu kalau tak dijaga dengan betul boleh terbuka semula ya. Itu sebabnya mengapa orang tua-tua selalu pesan pada ibu baru lepas bersalin supaya kawal pergerakan diri, jangan terlalu bergerak aktif dan lasak. Ini kerana untuk mengelakkan luka jahitan boleh terbuka semua.
Aduh memang seriau kalau dengar ada ibu mengalami luka jahitan terbuka dan perlu dijahit semula. Ia bukan perkara main-main ya! Perkongsian dari Jururawat Terlatih, Noor Shafinah Mamatmengenai pesakitnya yang mengalami perkara tersebut patut dijadikan pengajaran oleh ibu-ibu lain.
Disebabkan jahitan pt saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya share benda yg patut ibu2 jaga untuk make sure jahitan betul2 sembuh pada waktunya, harap2 tak jadi mcm pt saya ni, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah xlawa cik bunga kita
1. Cuci luka – sila lah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering2 pakai tisu gulung/tuala, lepastu ambik masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dlm 5min. Lepas letak ubat kuning, anginkan lg 5min. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tmpt jahitan. Hair dryer boleh tp bising sgt bunyi dia.
2. Spray bottle – beli dkt kedai 2hinggit je botol spray kecik. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dlm lipatan jahitan tu pun kena. Ubat kuning kalau habis boleh mintak lg dkt KK. Kalau pakai kapas dab dab, kadang2 tak kena tempat luka tu, mcm saya la mula2. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu2 benang atas dah hilang.
3. Kurangkan berjalan ttp boleh bersenam – semestinya. Kalau perlu sgt, tolonglah kepit mcm tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok.senaman kegel pon menggalakkan peredaran darah ke tempat luka ,luka lagi cepat sembuh~ uolss tao x senaman kegel camane?? Xtao pm tepi..hihihi
4. Tukar pad – tukar 2 -4 jam sekali. Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. kalau anak meragam, buatlah kerap mana yg mampu. Tapi jgn tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lg apa semua. Please elak.
5. Vitamin C, zinc – ambiklah extra vit c. Macam saya tak boleh mkn oren sunkist tu sbb perut meragam, saya ambik vit c tambahan utk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yg boleh mkn oren, lagi baik. Cepat kering.
6. Air garam – ada kata garam ni cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, mcm2 org kata. So buatlah at least sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lps buang air. Kalau dpt buat sitz bath lg better.berendam ~
7. Buang air – elak sembelit ye. Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit ~ kalau susah nak kinum susu,ambik je OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit mmg akan kacau tmpat jahitan tu, takut terbuka. Jgn teran2 sgt ye.
Ni je basic penjagaan luka jahitan yg misi boleh share. Yang tambah manjakani, asam keping etc tu optional, ikut keyakinan diri. Saya tak buat & tak sarankan sbb tahap kebersihan bahan2 tersebut diragui juga & sbb takut jadi jangkitan jugak. Sekian.
Perjalanan menyusukan anak memang tidak mudah. Memerlukan kesabaran yang tinggi untuk menjayakan penyusuan dengan baik dan lancar. Sama seperti kita, Tasha Manshahar juga mengakui pengalamannya menyusukan anak sulungnya Muammar tidak mudah.
Malah kata Tasha lagi, dia yang ketika itu bekerja mengakui pengalaman menyusukan anak ketika bekerja agak mencabar, malah menuntut lebih masa. Namun dia bersyukur Allah mempermudahkan urusan penyusuannya dengan baik sehingga dapat menyusukan Muammar seminggu sebelum masuk usia dua tahun, seperti yang diimpikannya sejak dia hamil anak pertama lagi.
“Sejujurnya journey menyusukan Muammar bukan mudah, sebab Tasya tak pernah ada pengalaman sebelum itu, menyusukan baby dan lagi pulak tak dibesarkan sepenuhnya menyusukan badan.
” Dulu masa mummy Tasha pun dia tak dapat menyusukan Tasha masa kecil sebab masa dulu kurang ilmu mengenai penyusuan dan dia sendiri tak dapat menyusukan Tasha sampai umur dua tahun. Hanya beberapa bulan yang awal saja, lepas tu Tasha dah minum susu formula sepenuhnya.
” Jadi nak minta ilmu dan knowlegde pun mummy kata dia tak tahu sebab tak ada pengalaman nak menyusu. Tapi alhamdulillah sekarang ini ada banyak ilmu dan sampaikan mummy Tasha sampai impress dan cakap “bestnya susu meriah macam ni dapat susukan anak, mummy dulu tak dapat merasa macam ni”. Sampai macam tu sekali,” kata Tasha berkongsi.
Lepas seminggu baru susu keluar
Malah kata pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu lagi, pada awalnya dia menghadapi masalah ketika menyusukan Muammar. Dan selepas seminggu barulah susu keluar seperti biasa.
“Jadi awal-awal memang Tasha campur formula dulu sebab masa mula-mula susu Tasha tak keluar. Lepas seminggu baru susu kolostrum tu keluar. Itu pun sebab ada bidan tolong ajarkan dan urut untuk rangsang susu keluar dan sebagainya. Kalau tak memang Tasha tak tahu macam mana nak susukan anak.
“Walaupun pada awalnya memang dah niat nak susukan sampai umur dua tahun. Bila niat macam tu, Allah mudahkan jalan. Mulanya memang ada rasa nak give up tapi ada saja jalan Allah nak bagi untuk Tasha terus susukan Muammar. Contohnya Muammar tak nak minum susu botol, tak nak susu formula dan sebagainya, jadi nak tak nak Tasha kena adakan juga supaya dapat susukan Muammar.
“Memang struggle masa mula-mula, sebab tak ada pengalaman dan tak ada ilmu. Tasha pula waktu tu tengah bekerja. Jadi nak kena pam susu. Bagi Tasha mengepam susu tu memang struggle pada Tasha. Tasha lagi prefer direct feed sebab pam tu memerlukan kesabaran dan kegigihan yang tinggi. Jadi Tasha memang salute sangat-sangat mommy yang jaga waktu dia untuk mengepam susu. Memang salute!
Anak nak direct feed sahaja
” Saya jadi stress sebab nak kejarkan kelas, Muammar pulak tak nak hisap susu botol, nak direct feed. Lepas setahun dia lagi kerap menyusu waktu malam, jadi saya penat. Memang penat tapi saya rasa berbaloi dan puas hati.
” Pengalaman paling mencabar bila Muammar tak minum stok susu yang Tasha pam. Tasha dah buat macam-macam cara tapi Muammar memang tak nak. Agak payah waktu tu. Apa yang Tasha buat, Tasha pam dulu sebelum pergi kerja. Stok susu yang Tasha simpan selama ni dibuang macam tu saja bila Muammar nak direct feed sahaja.
” Penat dan sedihnya tak payah cakaplah, tapi bayaran dia adalah kepuasan kita nampak anak kita membesar dengan sihat, jarang sakit dan kita nampak bonding dengan dia tu masyallah luar biasa, jadi Tasya rasa berbaloi.
“Untuk anak kedua ni, disebabkan ada pengalaman insyallah rasanya tidak sesusah dengan Muammar dulu. Apa kesilapan dulu Tasha dah tahu kali ini, insyallah Allah mudahkan.
“Sekarang ni pulak dah ramai konsultan dan ramai yang share pasal penyusuan, insyallah boleh membantu,” kongsinya.
Jangan putus asa
Kata Tasha lagi jangan putus asa bila Allah tak rezekikan kita untuk susukan anak. Apa yang penting kata Tasha adalah anak kita sihat.
“Apa yang penting bagi Tasha adalah niat kita. Kita niatkan awal-awal untuk susukan anak insyallah Allah mudahkan.
” Bagi Tasha semua ibu nak anak sihat, bagi yang tak ada rezeki nak susukan anak dengan susu ibu tak mengapa, asalkan anak kita sihat itu sudah memadai. Kalau ada yang nak terus berusaha, carilah ilmu sebanyak mungkin mengenai penyusuan bayi dan doa pada Allah untuk susu yang mencukupi dan berkat untuk anak kita, insyallah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Tasha yang mengumumkan kehamilan keduanya pada awal Syawal yang lalu mengharapkan rezekinya untuk menyusukan anak keduanya kali ini dipermudahkan Allah SWT.
Berita baik buat BF Mommies & Mom To Be!
Pa&Ma akan mengadakan webinar penyusuan ‘Mama Tak Penat Menyusukan Anak’. Webinar penyusuan terbesar ini bakal mengumpulkan lebih 1000 peserta pada 5 September 2021.
Lebih menarik, webinar ini akan membawakan secara ekslusif barisan panel hebat Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa dan Pn Asiah Maharam. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga akan berkongsi journey penyusuannya.
Juga peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Apa tunggu lagi, segera mendaftar sebagai peserta sekarang. Webinar ini adalah PERCUMA, khas buat bf mommies di luar sana!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit foto: @tashamanshahar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...