Kehamilan sememangnya satu tempoh yang cukup indah namun perjalanan sembilan bulan tidaklah begitu mudah untuk dilalui oleh ibu hamil. Ada ibu yang mengalami detik yang menyenangkan namun tidak kurang juga berdepan detik yang sukar sepanjang tempoh sembilan bulan.
Muntah, loya, kurang selera makan dan sebagainya membuatkan ibu semakin tidak kuat untuk menjalani kehidupan yang ceria. Namun apabila memikirkan soal bayi yang berada di dalam kandungan, kebanyakkan ibu hamil terpaksa mencari kekuatan diri untuk pulih dengan segera.
Keletihan melampau di awal kehamilan, begitu juga di hujung kehamilan menjadikan ibu mudah lelah untuk meneruskan rutin hidup. Pemakanan yang baik dan sihat adalah kunci kepada tubuh yang kuat sepanjang kehamilan.
Namun bukan bermakna ibu hamil perlu makan dengan jumlah yang banyak. Istilah makan untuk bayi di dalam kandungan atau ambil sejumlah makanan untuk dua orang, ibu dan bayi bukanlah satu cara yang tepat untuk menambah tenaga dan menguatkan ibu ketika hamil.
Memilih makanan dengan bijak adalah caranya. Apa ibu hamil perlu lakukan?
Mabuk di awal trimester
Mabuk di awal trimester sememangnya satu hal yang cukup sukar bagi ibu hamil. Loya dan muntah sepanjang hari malah perasaan takut untuk mengambil makanan kerana bimbangkan muntah menjadi satu masalah terbesar buat ibu hamil. Ketika inilah tubuh ibu menjadi bertambah lemah kerana kurangnya makanan serta kehilangan banyak air dalam badan.
Usah makan dalam jumlah yang banyak sebaliknya hanya ambil makanan berkhasiat pada kadar yang mencukupi serta lebihkan buah-buahan yang sihat untuk menambahkan tenaga dan gula dalam badan.
Ads
Kurma sebagai kudapan
Jangan tolak makanan berat sebaliknya kurangkan kuantiti yang diambil setiap hari. Makan cukup hanya memberi kekenyangan pada perut dan memberi nutrisi pada tubuh ibu dan bayi. Ketika waktu di antara menunggu waktu tengahari dan malam, jadikan kurma sebagai kudapan utama.
Kurma adalah salah satu makanan yang sangat baik untuk wanita mengandung. Malah kurma juga disifatkan sebagai “super food” yang memberikan banyak manfaat kesihatan. Kurma mengandungi jumlah serat dan antioksidan yang tinggi. Ia juga merupakan sumber tenaga dan zat besi yang sangat penting untuk ibu-ibu mengandung kerana ia merangsang perkembangan sel-sel darah merah bayi.
Gabungkan kurma dengan susu
Bukan itu sahaja, namun jika ibu tidak berselera untuk makan, ibu boleh mencuba Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL. Ia memberikan tenaga pada kadar yang pantas apabila ibu hamil berasa penat dan lesu.
Ads
Bosan dengan kurma asli, ibu boleh mengolah kurma menjadi satu resipi pencuci mulut yang menyihatkan. Tidak perlulah terlalu sukar, buatkan sahaja Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL bersama oatmeal atau menjadi milk shake yang kaya dengan zat dan berkrim. Ringkas tapi sedap.
Pun begitu, untuk menikmati kebaikan kurma, ibu boleh mencuba tambahkan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL ke dalam diet ibu hamil. Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL adalah adunan yang diperkaya dengan khasiat kebaikan dan kemanisan kurma segar bersama Susu Lemak Rendah MARIGOLD HL.
Menariknya ia bukan sekadar susu biasa bahkan susu berperisa kurma ini diperkuat dengan sembilan vitamin penting, khususnya vitamin A, B1, B3, B6, B12, C, D3, E dan Asid Folik yang baik untuk ibu hamil.
Kandungan kalsiumnya lebih tinggi malah kandungan lemak dan laktosa lebih rendah berbanding jenama susu lain yang boleh didapati di pasaran! Jadi ibu hamil jangan keliru untuk membuat pilihan. Kurma dan susu hebat yang digabungkan bersama pastinya buat ibu hamil bertambah kuat malah dibekalkan kalsium yang tinggi untuk perkembangan sel bayi.
Kalau suka, jangan lupa amalkan susu sihat ini dalam diet harian anda. Biar kenyang, khasiatnya pun berganda.
Rehatkan tubuh dengan sebaiknya
Selain makanan dan bekalan susu sempurna buat perkembangan bayi, tubuh ibu hamil yang keletihan juga perlu direhatkan sebaiknya. Elakkan melakukan aktiviti yang terlalu lasak atau diluar kemampuan tubuh anda. Dapatkan jumlah tidur yang mencukupi terutama dihujung kehamilan. Walaupun ketika ini tidur semakin diganggu namun usahakan untuk tidur pada tempoh yang lama dan selesa.
Elakkan tekanan dan bebanan kerja yang terlampau sehingga mengganggu perjalanan emosi dan perkembangan hormon yang tidak stabil. Ketika rasa gelisah, letih dan tidak berdaya, tariklah nafas dalam-dalam supaya jiwa menjadi lebih tenang.
Pilih makanan tepat
Makanan yang tepat bukan bermakna pada kuantiti yang banyak sebaliknya pilih makanan yang mampu menaikkan selera ibu namun berkhasiat. Mudahkan selera anda dengan pemakanan yang lebih santai seperti nasi atau roti dan sup sahaja berbanding aneka makanan berlemak dan bertumis yang tidak sihat. Pilih buah, sayur dan aneka birijin untuk menguatkan ibu. Jangan lupakan Susu Lemak Rendah Kurma MARIGOLD HL yang banyak untuk perjalanan tubuh yang sihat.
Susu jangan lupa!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pasangan yang sedang berjuang mendapatkan zuriat, rawatan IUI (Intrauterine Insemination) memang jadi salah satu ikhtiar yang popular. Tapi tahu tak, walaupun prosedur ni nampak simple, cara kita jaga diri selepas rawatan tu sangatlah penting untuk tingkatkan peluang kehamilan.
Kalau nak cepat nampak dua garis merah tu, jom semak 9 pantang larang yang wajib dijauhi lepas buat IUI!
1. Jangan stres
Lepas IUI, emosi kena jaga. Bila stres, hormon jadi kacau-bilau, dan ni boleh ganggu proses persenyawaan. Cuba relaks, buat benda yang menenangkan — tengok Netflix, pergi spa (tapi bukan sauna ya!), atau lepak dengan kucing pun okay.
2. Elak ambil ubat semberono
Perut rasa tak selesa lepas IUI? Jangan terus capai panadol atau ubat herba. Check dulu dengan doktor. Ada ubat atau suplemen boleh ganggu proses implantasi, rugi tau!
3. Makanan proses, tolong jauhkan
Mi segera, nugget, burger, semua tu letak tepi dulu. Lagi-lagi makanan laut yang tinggi merkuri macam ikan kembung. Nak makan ikan? Pilih salmon atau ikan bilis, lebih selamat.
4. Tinggalkan rokok & alkohol
Alkohol dan rokok bukan je menjejaskan kesuburan, tapi juga boleh ganggu tumbesaran janin kalau berjaya hamil nanti.
5. Kurangkan kena sinaran ‘berbahaya’
Kalau kerja awak dekat tempat yang terdedah pada radiasi atau panas terik — take note. Cuba elakkan sementara. Duduk rumah, chill. Bukan takut matahari, tapi nak beri peluang ‘benih’ lekat elok.
6. Jangan angkat barang berat
Nak mop rumah? Angkat kotak besar? Jangan dulu! Tekanan pada bahagian perut boleh ganggu implantasi. Minta tolong pasangan untuk buat semua perkara macam itu.
7. Elak travel jauh-jauh
Melancong tu seronok, tapi lepas IUI, rehat saja dulu. Duduk dalam kereta berjam-jam atau naik kapal terbang lama-lama boleh beri tekanan fizikal. Simpan plan travel tu dulu!
8. No hot shower, no sauna
Mandi air panas memang syok, tapi suhu panas boleh kacau proses penempelan embrio. Ganti dengan air suam je ya buat sementara.
9. Jangan skip temujanji doktor
Rawatan tak habis di klinik je. Follow up sangat penting untuk tahu hormon okay ke tak, dan bila masa sesuai buat UPT. Jangan tangguh temujanji!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap parut ada kisahnya. Setiap garisan halus di perut seorang wanita, ada kisah perjuangan yang tidak semua orang sanggup hadapi. Namun, masih ada yang tak faham dan sanggup menghina wanita hanya kerana parut atau stretch marks di tubuh mereka.
Baru-baru ini, tindakan seorang lelaki menghina bekas isterinya yang mempunyai parut bersalin akibat pembedahan caesarean mencetuskan kecaman hebat dalam kalangan pengguna media sosial termasuk pempengaruh dan doktor selebriti terkenal, Dr Say Shazril.
Stretch Marks Itu Normal, Parut Caesar Lambang Pengorbanan
Menerusi satu perkongsian di TikTok, Dr Say menegaskan bahawa stretch marks atau kesan regangan pada tubuh wanita adalah perkara normal. Malah, ia bukan sesuatu yang memalukan atau perlu disembunyikan.
“Stretch marks ni bukan kecacatan. Kalau lelaki ada ilmu, dia tahu stretch marks ni normal je. Bukan wanita mengandung je yang boleh ada stretch marks, lelaki pun boleh kalau perut naik mendadak sebab makan berlebihan,” jelas Dr Say dengan nada tegas.
Menurut beliau, parut pembedahan caesarean pula adalah satu lambang kekuatan. Bukan semua wanita perlu melaluinya, tetapi bagi yang terpaksa, ia adalah jalan untuk menyelamatkan nyawa si kecil dan juga ibu.
Kisahnya seorang suami curang dengan bininya & dia nak powm kat ex wife dia dengan ayat2 sebegini. Benci manapun kat ex wife tu at least ingatlah dia jugak yg go through stretch marks & birth scars untuk melahirkan keturunan kita. Forward lah kat laki2 yg mungkin benak dengan kejadian stretch marks & bekas cezar ni k peeps?
“Ini bukan parut biasa. Ini luka untuk keluarkan anak bila cara biasa tak selamat untuk ibu atau bayi. Awak ingat senang ke?” soal beliau lagi.
Lelaki Belum Matang Kalau Hanya Nampak Fizikal
Bagi Dr Say, lelaki yang sanggup menghina atau memperlekehkan tubuh wanita hanya kerana perubahan selepas melahirkan anak, adalah lelaki yang belum cukup matang untuk bergelar suami dan bapa.
“Kalau awak hanya menilai wanita daripada luaran, jelas awak belum bersedia nak pikul tanggungjawab besar sebagai suami, apatah lagi ayah,” ujar beliau lagi.
Sebagai suami dan bapa, Dr Say sendiri akui, tubuh isterinya berubah selepas bergelar ibu. Namun, perubahan itu adalah bukti kekuatan, kasih sayang dan pengorbanan yang tiada tolok bandingnya.
Hanya Sebab Parut Bersalin, Wanita Ini Diludah & Diceraikan
Rata-rata netizen meninggalkan komen yang mereka bangga dengan Dr Say kerana bersuara menegakkan para ibu dan isteri. Ada juga netizen yang berkongsi nasib sama mengalami stretch marks & parut caesar selepas bersalin. Malah, ada lagi malang diludah oleh bekas suami selepas melahirkan empat anak.
*Pa&Ma nak ingatkan buat semua ibu di luar sana, jangan biarkan kata-kata orang sekeliling menjatuhkan semangat awak. Stretch marks, parut caesarean, perubahan bentuk badan itu semua bukan kekurangan.
Tak perlu malu, tak perlu rendah diri. Setiap parut dan garis halus itu ada kisah penuh cinta, perjuangan dan kekuatan seorang ibu.
Apabila mengetahui diri mengalami Hb rendah, ibu perlu tahu risiko & mengambil langkah untuk mengatasinya. Ikuti perkongsian pakar O&G ini.
Anemia atau istilah popularnya ‘Hb rendah’ salah satu masalah ibu hamil yang tidak boleh dipandang mudah. Ia selalunya dapat dikesan melalui prosedur wajib semasa pemeriksaan antenatal di klinik sakit puan.
Hb rendah selalunya dapat dikesan semasa ujian pranatal. Pengesanan awal anemia ketika hamil dan membolehkan rawatan dilakukan lebih awal untuk mengelakkan pelbagai masalah kepada ibu dan bayi.
Menurut Dr Jumeah Shamsudin, pakar perbidanan dan sakit puan Avisena Specialist Hospital, ibu yang mengalami anemia sering keletihan, mudah berasa penat dan mengantuk semasa hamil.
3 TAHAP ANEMIA IBU HAMIL
Anemia semasa hamil mempunyai tahap. Mengikut World Health Organization (WHO), anemia sebagai hemoglobin (Hb ) di bawah paras 11 g / dL. Ia dikategorikan kepada 3 peringkat iaitu;
Ringan Hb 9-11 g / dL
Sederhana Hb 7-9 g / dL
Teruk Hb kurang daripada7 g / dL
APAKAH ANEMIA?
Anemia adalah apabila darah anda tidak mengandungi cukup sel-sel darah merah atau kuantiti hemoglobin (molekul protein yang mengandungi zat besi dalam sel darah merah) kurang daripada biasa. Sel darah merah berfungsi untuk membawa oksigen ke tisu-tisu badan ibu dan bayi.
Lazimnya, anemia berlaku disebabkan oleh masalah pengeluaran sel darah merah yang berkurangan, kehilangan darah, atau kemusnahan sel-sel darah merah.
ANEMIA DISEBABKAN OLEH KEKURANGAN ZAT BESI
Kekurangan zat besi (iron deficeiency anaemia) membawa kepada penghasilan sel darah merah yang kurang. Hal inilah yang sering didepani oleh kebanyakan ibu yang mengalami anemia semasa hamil. Sepatutnya, semasa anda hamil, badan anda perlu menghasilkan lebih banyak darah untuk menampung tumbesaran bayi.
Sekiranya zat besi tidak dibekalkan badan dalam kuantiti yang mencukupi, penghasilan sel darah merah oleh tubuh tidak dapat menampung keperluan ibu dan janin. Dalam masa yang sama, isi padu darah akan makin bertambah disebabkan oleh peningkatan plasma darah. Ini boleh menyebabkan keadaan yang dinamakan anemia relative atau fisiologi.
IBU YANG BERISIKO ALAMI ANEMIA MASA HAMIL
Menurut Dr Jumeah, setiap ibu hamil mempunyai risiko untuk mengalami masalah HB rendah ini. Namun bagi golongan ibu yang disenaraikan ini yang perlu mengambil perhatian serius dan sentiasa mengambil langkah memantau paras sel darah merah untuk mengelakkan masalah HB rendah yang memudaratkan.
Jarak kehamilan yang rapat.
Ibu yang sedang hamil bayi kembar.
Mengalami muntah terlalu kerap ketika mengalami alahan mengandung yang teruk.
Ibu yang tidak atau kurang mengambil makanan yang kaya dengan zat besi dengan mencukupi untuk penghasilan sel darah merah dalam kuantiti yang banyak untuk ibu dan janin.
Ibu mengalami haid dalam kuantiti yang banyak sebelum hamil dan ini menyebabkan zat besi dalam badan berkurangan semasa hamil.
Ibu yang hamil muda iaitu pada usia remaja.
Ibu mempunyai sejarah anemia sebelum ini.
Ibu yang mengambil alkohol.
8 RISIKO YANG BOLEH BERLAKU KEPADA IBU HAMIL ANEMIA
Bagi ibu yang mengalami Hb rendah ini, terdapat beberapa risiko yang perlu dihadapi olehnya dan bayi andai ia tersebut tidak ditangani awal iaitu;
Sistem pertahanan semula jadi badan ibu menurun menyebabkan mereka mudah mendapat jangkitan bakteria atau virus dan mudah jatuh sakit.
Ibu hamil dengan anemia yang teruk mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat komplikasi terutamanya semasa dan selepas kelahiran.
Mereka berisiko mendapat komplikasi jantung di mana degupan jantung boleh meningkat (tachycardia) ke tahap yang luar biasa dan boleh mengalami kegagalan jantung kerana jantung anda tidak mengepam darah ke seluruh badan anda dengan cekap.
Tekanan darah tinggi pada ibu.
Ibu anemia juga berkemungkinan besar memerlukan transfusi darah sekiranya mereka mengalami pendarahan semasa melahirkan.
Bayi juga boleh lahir tidak cukup bulan (pramatang)
Bayi lahir dengan berat badan yang rendah.
Bayi berisiko untuk mendapat masalah anemia kerana kekurangan zat besi.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.