“Selamat Datang Ke Dunia Anakku” Fara Hazel Kongsi Nama Hero Kedua!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Fara Hazel yang selamat menimang cahaya mata keduanya pada 3 Ogos lalu.

Hampir sebulan melahirkan cahaya mata keduanya itu, kakak kepada penyanyi Aiman Tino ini kini tampil berkongsi pilihan nama buat putera keduanya itu.

Menerusi Instagramnya, tidak hanya berkongsi nama, bahkan Fara turut memuat naik wajah si comel kesayangannya.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan rezeki kepada kami seorang lagi cahaya mata yang telah selamat dilahirkan pada 03/08/2022 jam 2:30pm.

“Selamat datang ke dunia anakku, Tengku Muhammad Yusuf Al-Abidin Petra bin Tengku Mohammad Kamal Hishamuddin,” katanya berkongsi.

Fara yang turut mempunyai seorang cahaya mata lelaki turut berterima kasih kepada semua yang mendoakannya malah amat bersyukur kerana dipermudahkan urusan melahirkan bayi lelakinya itu.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan putera kedua kami. Semoga doa yang baik berbalik kepada kalian kembali. Ameen,” katanya lagi.

Terdahulu, Fara Hazel dan suami turut mempunyai seorang lagi cahaya mata lelaki, Tengku Muhammad Aisy Al-Abidin Petra yang dilahirkan pada 18 Oktober 2020.

Menarik: Nasi Penuh Tak Cukup Minta Lagi, Anak Berselera Makan, Ayda Jebat Risau Anak Overload!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/ajar-anak-simpan-duit/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN