Kegembiraan menyambut cahaya mata bertukar mimpi negeri apabila melihat anak yang baru dilahirkan dimasukkan ke NICU. Hati ibu mana yang tidak keruan melihat tubuh kecil ini penuh dengan wayar dan terlantar di situ.

Tidak terhenti disitu, pasangan ini diuji apabila cahaya matanya dijemput illahi pada hari kelahirannya. Ikuti kisah penuh Puan Nur Fatieyah Rani tentang anak syurganya ini.

Baca Selanjutnya:

Ditinggalkan Dalam Mesin Basuh Hampir 4 Hari, Bayi Yang Masih Bertali Pusat Ditemui Sihat & Kelaparan

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Kematian, Tunggu Mama Dan Papa Di Syurga!

Masa saya mengandungkan arwah tiada sebarang masalah. Setiap kali check-up semuanya okay. Masa 35 week kandungan saya, air ketuban pecah di tempat kerja, waktu tu saya tak terus ke hospital tapi saya ke klinik kesihatan. Lagi pula masa saya dekat KK dah berapa jam so dekat situ macam-macam kuma ada kan jadi kita tak pasti. Selepas beberapa jam barulah pihak KK bawa pergi ke hhospital.

Masa dekat hospital pihak doctor ada scan jantung babysemua, tiada masalah dan semuanya okay. So saya diwardkan. Bermulahlah kisah tersebut.

IKLAN

8/5/17 lahirlah khalifah Allah yang sangat comel, putih yang cukup sifat seberat 2.5kg.
Tepat jam 2.40am, adik tak banyak meragam pun, mama masuk dalam LB adik mengeras lepastu 15 minit adik pun keluar dari perut mama.

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Kematian, Tunggu Mama Dan Papa Di Syurga!

Mama sempat dengar adik menangis, mama sempat cium ubun-ubun adik, lepastu nurse terpaksa bawak adi pergi sebab nak bersihkan adik lagi satu pernafasan adik laju
Mama taka da detect apa-apa pun pasal adik, mama bersyukur sangat sebab dah Berjaya melahirkan adik, hanya tuhan sahaja yang tahu perasaan mama waktu itu.

Pagi tu pukul 8 lebih mama gagahkan badan mama berjalan-jalan nak pergi tengok adik dekat NICU walaupun masa tu luka jahitan mama banyak.

Mama tengok adik baik je duduk dalam Incubator, tak sangka rupanya dalam diam adik sakit. Masa mama pegang tangan adik, adik senyum je dekat mama tapi mata adik tertutup.

Lepas beberapa minit mama tengok adik lepastu mama pun pergi dalam bilik mama nak rehat, tengah hari mama dapat discharge, mama tunggu papa datang sebab nak ajak papa tengok adik.

IKLAN

Bila papa datang mama ajak pergi bilik adik, mama masuk terus mama tengok adik beralih ke tempat lain, bila mama tanya doctor dia cakap adik takada apa-apa Cuma pernafasan laju.

Mama tak puas hati mama pun tanya la doctor tu adik kenapa dan bila adik boleh keluar, doctor cakap adik taka da apa-apa dan kemungkinan 2 atau 3 hari macam tu adik dah boleh keluar.

Mama berdoa dan berharap dekat situ adik takda sakit lain. Mama pun ajak papa balik sebab mama sakit tak boleh nak berjalan lama. Belum sampai dekat rumah doctor call mintak papa datang sana.

Mama pergi la hospital, dalam kereta papa pandang mama dari cermin depan, mama menangis dah tak sedap hati masa tu mama fikir adik takada pape. Mamam berdoa, berzikir biar ada sinar. Tapi kuasa Allah mama papa tak dapat melawan, mama redha, mama takt ahu bila jangkitan tu mula merebak sebab bila mama tanya doctor cakap adik takada apa-apa, mama tak boleh salahkan pihak hospital, mama pun redha dengan pemergian adik.

IKLAN

Mama tahu adik tunggu mama papa dan adik Aisy dekat syurga kan. Mama bersyukur sangat-sangat sebab mama lahirkan adik dengan sempurna.

5 bulan lepastu mama di beri rezeki mengandungkan adik Aisy, mama bersyukur atas rezeki yang Allah berikan pada mama & papa.. pengganti jantung hati mama papa

Selamat Hari Lahir & Selamat Hari Kematian, Tunggu Mama Dan Papa Di Syurga!
adik aisy

Alfatihah buat kesayangan mama papa, Muhammad Harraz Syazwan bin Arham.
8/5/17-8/5/19 sentiase dlm ingatn smpai ke syurga.
2yearsoldalreadyuleftme.

Selamat hari lahir dan selamat hari kematian buat putera mama papa..we always miss u

Sumber: Nur Fatieyha Rania

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI