Menderita masalah Hydrocephalus, pergerakan Tuan Nur Batrisyia Tuan Nasir kini terhad dan hanya mengharapkan bantuan orang untuk menguruskannya.
Kanak-kanak berusia lima tahun itu menderita masalah Hydrocephalus atau kepala besar sejak kandungan ibunya, Nur Suriati Dakta berusia tujuh bulan.
Nur Suriati berkata, doktor mengesahkan penyakit itu sukar sembuh dan kembali normal kerana kepala anaknya semakin membesar selepas lebih tujuh kali melakukan pembedahan.“Kami tak sanggup lagi melihat penderitaan dan kesakitan setiap kali dia menjalani pembedahan dan membuang tiup bagi membuang lebihan cecair dalam kepala,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Katanya, Batrisya yang juga anak bongsunya daripada dua beradik itu dikesan mengalami masalah Hydrosephalus atau kepala besar sejak kandungan berusia tujuh bulan dan bukannya selepas dilahirkan seperti didakwa beberapa pihak.
“Kami terpaksa membawa Batrisyia untuk menjalani rawatan homeopati di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) setiap bulan,” katanya.
Ads
Ketika mengulas perasaannya apabila pertama kali diberitahu doktor bayi yang dikandungnya mengalami masalah Hydrosephalus dan kepala besar, Nur Suriati berkata, tiada perkataan mampu digambarkan melainkan sedih, tetapi dia terpaksa kuatkan semangat dan reda menerima takdir Allah SWT.
Katanya, selepas beberapa hari dilahirkan, Batrisya terpaksa dibedah bagi memasang tiup khas dari otak ke perut untuk mengeluarkan lebihan cecair di kepalanya bagi menghalang kepalanya daripada terus membesar.
Meskipun ada beberapa pihak ingin membiayai kos rawatan di luar negara, dia dan suaminya Tuan Nasir Tuan Dalam menolak tawaran tersebut kerana tidak sanggup melihat kesakitan anak mereka.
Ads
“Tapi sejak akhir-akhir ini, Batrisya kerap mengalami kekejangan saraf & berjaga malam selepas menjalani rawatan homeopati Hospital Sultanah Nur Zahirah,” ujarnya.
Ads
Suaminya memperoleh pendapatan RM1,000 sebulan, tetapi membelanjakan sebanyak RM700 sebulan bagi membiayai susu khas dan kain pakai buang bagi anak bongsu daripada dua beradik itu.
Namun mereka menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebanyak RM3,000 setahun.
Sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian ke akaun Bank Simpanan Nasional Tuan Nasir bin Tuan Dalam No Acc : 11100-41-00032900-7
Usahawan berjaya, Datin Rita Sosilawati yang secara tiba-tiba tular mengenai stok perahan susu yang dihasilkan rupanya pernah melalui tempoh-tempoh yang sukar sewaktu menyusukan kelima-lima anaknya.
Menerusi perkongsian videonya bersama Pa&Ma, akuinya kelima-lima anaknya berbeza-beza pengalaman menjadikan kelahiran anak kelimanya kali ini membuatkan dia begitu bersedia untuk menyusu.
“Kalau diimbas kembali pengalaman menyusukan anak pertama memang berbeza sebab saya tak ada pengalaman dan saya tak ada ibu waktu itu untuk ajar saya menyusu dengan baik. Ibu mentua pun tak berapa pandai ajar buat stok.
“Anak pertama saya hanya sempat menyusu enam bulan saja sebab saya tak ada pengalaman, anak kedua saya buat stok lapan bulan, anak ketiga setahun setengah dan anak keempat cukup-cukup dua tahun menyusu.
“Banyak saya belajar sendiri melalui pengalaman dan alhamdulillah anak kelima ini belum sempat lagi empat bulan, saya rasa dah cukup stok setahun untuk dia,” luahnya bersyukur.
Malah paling tidak disangka-sangka, anak kelima ini dianugerahkan rezeki yang cukup meriah sehingga dapat berkongsi rezeki dengan anak susuannya.
“Saya sebenarnya tak pernah tahu pun wujudnya mengenai ikon penyusuan. Saya sekadar berkongsi di media sosial hanya untuk nak kongsi pengalaman dan kebetulan masa itu anak susuan saya nak susu, jadi saya rekodlah.
“Tak sangka pula tiba-tiba viral sebab ini anak saya yang kelima,” luahnya lagi.
Makan apa sahaja dan minum milo waktu pantang
Berkongsi tip dan amalannya ketika menyusu, akui Datin Rita lagi, ia bukan satu hal yang mudah. Perlukan pengorbanan yang cukup besar dan masa dari ibu, lebih-lebih lagi ibu bekerjaya.
“Nak buat susu bukan senang, lagi-lagi nak buat stok memang susah. Saya dulu pernah stress, sampai tak keluar susu sebab tak ada pengalaman.
“Tapi sekarang anak lima saya dah tahu dah, bukak je mata lepas bersalin saya dah mintak pam untuk pam sebab saya kena ada demand.
“Kena selalu pam dan saya buat bermula pukul 3, 6, 9 dan pukul 12. Saya sambung lagi pukul 3 petang, 6, 9 dan 12 pagi. Macam mana sibuk pun kena create demand. Susu bercelaru sebab waktu tak tepat.
“Kena selalu dalam mood yang baik. Saya akan pastikan saya tak stress waktu nak pam susu. Cara saya, saya akan tengok K drama, yang kelakar atau layan sosial media. Saya tak akan buat kerja saya tapi saya buat aktiviti santai macam ni.
“Saya tak ada pantang larang pun dalam pantang. Kalau dulu saya makan clear sup sahaja tapi kali ini saya makan apa sahaja, sambal udang petai atau masak lemak cili padi, semua saya makan. Saya cuma pantang dua minggu awal sahaja masa pantang dan elak makanan gatal.
“Saya nampak perbezaan ini dan nampak proses susu ini sangat-sangat banyak bila saya makan apa saja. Saya dah boleh hasilkan 8 hingga 10 auns waktu pantang.
“Saya pun banyak berbincang dengan confinement lady, saya plan untuk makan apa sahaja dan tanya dia apa saya boleh makan dan hasilnya alhamdulillah. Jangan pilih-pilih asalkan tak gatal.
“Kalau saya makan nasi banyak, lagi banyak susu yang saya hasilkan. Lagi satu yang saya perasan saya suka minum milo waktu pantang dan susu memang banyak. Air paling penting, jangan pantang minum air kosong,” katanya lagi berkongsi tip.
Respiratory Syncytial Virus (RSV) adalah jangkitan virus yang mudah merebak terutama dalam kalangan kanak-kanak. Azrinaz Mazhar Hakim melalui perkongsian dilaman Instagramnya memaklumkan tentang anak perempuan dan dirinya dijangkiti Respiratory Syncytial Virus (RSV).
Virus itu sering menyerang saluran pernafasan. RSV boleh menjadi serius terutama kepada kanak-kanak berusia setahun ke bawah dan warga emas. Gejala biasanya bermula dalam masa tiga hingga enam hari selepas dijangkiti virus itu dan antara simptomnya termasuk demam, selesema, batuk dan kurang selera makan.
Dalam perkongsian tersebut, menurut Azrinaz, anaknya Malaykha telah dimasukkan ke hospital pada 27 Feb kerana demam virus RSV. Ujar Azrinaz, dia menjaga anaknya setiap malam bagi memastikan anaknya segera pulih.
Tidak lama selepas Malaykha keluar dari hospital, anak perempuan keduanya Atheera pula jatuh sakit. Bagaimanapun Azrinaz berjaya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi ubat/fisio dan lain-lain rawatan di rumah.
“Seminggu kemudian, saya mula berasa lemah dengan demam panas dan menggigil. Pada mulanya, saya fikir ia hanya demam biasa, tetapi selepas 2 hari demam panas yang berterusan, saya terpaksa mendapatkan rawatan perubatan kecemasan. Doktor mendiagnosis saya mengalami demam virus yang sama seperti dialami anak perempuan saya.
“Demam ini menyebabkan sedikit bengkak di bahagian hati. Saya telah menjalani pelbagai ujian, termasuk ujian darah, x-ray, dan ujian air kencing, dan menjalani ultrasound, ECG, dan ABPI, diambil darah setiap pagi untuk analisis makmal dalam dan luar negara.
“Semasa demam saya bertambah baik, saya mengalami kesakitan yang teruk di sekitar muka kiri saya, disertai dengan migrain dan sakit gigi yang tidak dapat ditanggung. Selepas berunding dengan pakar E&T dan menjalani imbasan CT, didapati bahawa virus itu telah menyebabkan keradangan di sekitar sinus saya dan meninggalkan pengumpulan lendir yang ketara.
“Saya bukan pesakit resdung. Saya kemudiannya diberi antibiotik dan steroid selama seminggu. Walaupun saya telah keluar dari hospital, saya masih perlu berulang alik sebanyak tiga kali sehari ke bilik kecemasan untuk mendapatkan rawatan.
Atas nasihat doktor, Azrinaz disarankan menjalani pembedahan. Pembedahan tersebut berlangsung selama 5 jam. Kini, Azrinaz sudah pulang ke rumah untuk berehat dengan pemantauan yang ketat.
Berikut perkongsian penuh Azrinaz dilaman Instagramnya:
Doktor mungkin mengesyaki jangkitan RSV berdasarkan ujian fizikal serta tempoh masa jangkitan berlaku.
Semasa peperiksaan, doktor boleh mendengar bunyi paru-paru dengan stetoskop untuk memeriksa bunyi berdehit atau bunyi yang tidak normal.
Doktor anda juga boleh menggunakan kaedah:
*Pemantauan kulit tanpa rasa sakit (pulse oximetry) untuk memeriksa sama ada tahap oksigen yang terdapat di dalam aliran darah adalah lebih rendah daripada biasa
*Ujian darah untuk memeriksa bilangan sel putih atau untuk mencari kehadiran virus, bakteria atau organisma lain
*X-ray pada bahagian dada untuk memeriksa radang paru-paru
*Ujian makmal bagi cecair rembesan pernafasan dari hidung anda untuk mengenal pasti virus
Bagaimana masalah pernafasan ini akan dirawat?
*Rawatan untuk jangkitan ini secara amnya melibatkan langkah penjagaan diri untuk menjadikan anak anda lebih selesa (penjagaan sokongan).
*Tetapi dalam kes yang teruk, penjagaan hospital mungkin diperlukan.
Penjagaan sokongan
*Doktor anda boleh mencadangkan ubat yang boleh dibeli di farmasi seperti acetaminophen (Tylenol dan yang lain) untuk mengurangkan demam.
*Doktor juga boleh menetapkan antibiotik jika terdapat komplikasi bakteria, seperti radang paru-paru bakteria.
*Berikan banyak cecair dan perhatikan tanda-tanda dehidrasi, seperti mulut kering, kurang pengeluaran urin, mata ke dalam atau mengantuk.
Penjagaan hospital
*Penjagaan di hospital untuk jangkitan RSV dalam kes-kes yang teruk mungkin diperlukan untuk memberikan cecair intravena (IV) dan oksigen yang lembap.
*Bayi dan kanak-kanak yang dirawat di hospital juga boleh disambungkan kepada pengudaraan mekanikal – mesin pernafasan – untuk memudahkan pernafasan.
*Dalam beberapa kes yang teruk, bronkodilator nebulized seperti albuterol (ProAir HFA, Proventil-HFA, Ventolin HFA) boleh digunakan untuk melegakan kesakitan. Ubat ini membuka laluan udara di dalam paru-paru.
*Adakalanya, nebulized dalam bentuk ribavirin (Virazole), yang merupakan agen antivirus, boleh digunakan.
*Doktor anda juga boleh mengesyorkan suntikan epinefrin atau bentuk epinefrin yang boleh disedut melalui nebulizer (racemic epinephrine) untuk melegakan gejala jangkitan pernafasan RSV.
Untuk info, Azrinaz pernah bernikah dengan Sultan Brunie, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mui’zzaddin Wad’daulah pada 2005, namun bercerai lima tahun kemudian.
Hasil perkongsian hidup, baginda Sultan dan Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Abdul Wakeel dan Putri Ameerah Wardatul Bolkiah.
Azrinaz kemudian mendirikan rumah tangga sekali lagi dengan pilihan hatinya iaitu Fairos Khan Abdul Hamid pada Mei 2018. Mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Areesya Malaykha, dan Atheera Madinah.
Perubahan bentuk badan selepas bersalin perkara yang perlu dilalui para ibu. Penyanyi Shila Amzah sedang melalui situasi ini selepas melahirkan cahaya mata sulungnya 31 Ogos lalu.
Adalah normal ibu-ibu masih mempunyai bentuk badan seperti hamil beberapa bulan selepas bersalin. Shila yang baru beberapa hari bersalin berkongsi foto dirinya kelihatan berisi. Namun ibu kepada bayi lelaki yang dinamakan Set Uwais ini bersyukur asalkan anaknya sihat.
BENGKUNG HANYA SELEPAS 4 MINGGU
Shila yang melahirkan melalui pembedahan caesarean bertanya kepad doktor yang merawat tantang bengkung.
“Still looking pregnant after 4 days. Since kita c-sec kan, takleh pakai bengkung semua tu.
“Doctor galakkan tunggu 4 weeks baru boleh. Its okay as long as Seth is healthy. Mommy is happy.
Berkenaan pemakanan pula, doktor memberitahu hanya makanan laut dan kuning telur sahaja yang tidak digalakkan ambil selepas bersalin. Shila bagaimana pun tetap akan berpantang juga kerana katanya kalau pantang nampak makanan susah juga.
“Tadi tanya doctor apa yang boleh makan, apa yang tak boleh makan, she said you can eat everything except seafood and egg yolk.
“I’m like oh no pantang eh…
“But Sha still pantang juga sebab kalau Sha tak start pantang nanti pantang nampak lagi susah. kata Shila menerusi Insta Story,” kata Shila menerusi Insta Story.
IBU MEMASAK UNTUK SHILA
Shila juga turut berkongsi foto sajian yang diambil yang dimasak oleh ibunya, Datin Fauziah Sarman.
KONGSI WAJAH SETH, COMELNYA
Shila juga sudah berkongsi foto yang memaparkan wajah Seth Uwais. Walau pun hanya nampak separuh sahaja, ramai memuji kecomelan anak sulung Shila ini.