Selepas Anak Angkat Lelaki, Emelda Mahu Anak Angkat Perempuan Untuk Meriahkan Rumah Tangganya

Share

Selepas mengambil anak angkat lelaki sebelum ini, pelakon Emelda Rosmila mahu mengambil bayi perempuan pula sebagai anak angkat keduanya.

Isteri kepada Adlin Aman Ramli itu meluahkan hasratnya di akaun instagram miliknya.

Dalam posting tersebut, Emelda juga meminta bantuan pengikut IGnya supaya mencari atau memberitahu jika ada sesiapa yang mahu menyerahkan kepadanya bayi perempuan untuk diambil sebagai anak angkat.

“Saya nak anak perempuan. Kalau tahu atau dengar ada pihak yang nak beri, beritahu saya ya. Mudah-mudahan ALLAH SWT membalas niat baik dan budi kalian semua,” tulisnya.

Pasangan ini sudah mendirikan rumah tangga selama 10 tahun dan mempunyai seorang anak angkat lelaki Edra Rafael yang kini sudah berusia tujuh tahun.

Rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan pengambilan anak angkatnya dipermudahkan.

Malah ada pengikutnya turut mencadangkan Emelda agar berhubung dengan pelakon Abby Abadi kerana dia sudah banyak membantu orang yang ingin menjaga anak angkat.

Sumber: ig emeldarosemila

IKLAN