Umum mengetahui tentang kehamilan kedua isteri Raja Pop Negara, Datuk Jamal Abdillah selepas melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Nur Azura Yamani Oktober lalu.
Nama Nur Azura diambil sempena filem Azura lakonan Jamal bersama Fauziah Ahmad Daud menjadi pengikat kasih antara Datuk Jamal dan Datin Zai Izzati yang melangsungkan pernikahan pada 1 April 2017.
Sedang enak mengulit bahagia dengan permata hati mereka, Tuhan mengurniakan seorang lagi rezeki apabila Zai Izzati kembali berbadan dua.
Ketika mengesahkan perkara itu April lalu, penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir ini memaklumkan jantina anak keempatnya itu belum diketahui ketika itu.
Namun, penyanyi berusia 61 tahun ini bukan sahaja sudi berkongsi jantina anak, malah turut mendedahkan nama bayinya dalam temubual bersama BH Online, baru-baru ini.
“Alhamdulillah, saya bakal menimang cahaya mata lelaki. Saya dan isteri sudah pun memilih nama untuknya. Kami sukakan nama El Isaac Yamani.
“Nama ini diambil sempena nama Nabi Ishak. Cuma ejaannya saya ubah. Selain itu, nama ini dipilih kerana saya mahu ada sebutan ‘Zek’ yang juga nama karakter saya dalam filem Azura,” dedah penyanyi bervokal mantap ini.
Bergilir jaga anak dengan isteri
Ads
Bercerita mengenai kehidupannya selepas mempunyai anak kecil, penyanyi kelahiran Teluk Intan, Perak itu berkata, masanya kini banyak dihabiskan dengan anak berbanding sebelum ini.
“Walaupun ada pembantu rumah, tetapi dalam urusan mengasuh anak, saya dan isteri akan bergilir-gilir menjaganya. Isteri sedang sarat kerana kandungannya sudah memasuki enam bulan. Apabila sudah ada anak kecil, masa untuk diri sendiri semakin berkurangan.
“Fokus saya kini pada anak. Kalau dahulu, saya boleh pergi beriadah pada bila-bila masa, tetapi sekarang saya tak boleh keluar sesuka hati. Badan pun sudah tak ‘fit’ dan semakin berisi,” cerita Jamal.
Anak sulungnya, Osama Yamani yang kini menggunakan nama Yamani Abdillah terpilih untuk menyertai program realiti Big Stage yang memulakan konsert pertama, semalam.
Akuinya, sebagai bapa sudah tentu menaruh harapan besar untuk melihat kejayaan anaknya.
Ads
Sebagai penyanyi berpengalaman, Jamal berkata, dia sempat menitipkan pesanan berguna kepada Yamani dari segi persembahan dan penyampaian.
“Dia ada maklumkan pada saya mengenai penyertaannya. Pesan saya, kalau itu yang dimahukan, kena buat betul-betul. Yamani perlu tahu perbezaan antara membuat persembahan dengan pertandingan. Jangan terlalu teruja atau ghairah ketika menyanyi.
“Yamani juga kena menonjolkan bakat bermain alatan muzik yang ada padanya untuk membezakan dirinya dengan peserta lain.
“Selain menyanyi dengan bersahaja dan menghayati lirik, Yamani ada kelebihan bermain alatan muzik. Gunakan kelebihan yang ada ketika membuat persembahan. Saya percaya bakat sampingan dapat membezakan dirinya dengan peserta lain,” kata pemilik nama sebenar Jamal Ubaidillah Mohd Ali.
Ads
Menceritakan perkembangan terbaharu kerjaya seni, Jamal berkata, Konsert 40 Tahun Persada Seni Jamal Abdillah anjurannya yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu selama tiga hari terpaksa ditangguhkan ke tahun depan berikutan wabak COVID-19 yang masih belum reda.
Jelas penyanyi yang mendapat jolokan Raja Pop ini, walaupun terpaksa menunda projek meganya itu namun dia tidak terkilan kerana ia ada kaitan soal keselamatan, nyawa dan kesihatan.
“Dalam keadaan sekarang, saya rasa lebih baik ditangguhkan sahaja konsert berkenaan pada Ogos tahun depan. Saya tak mahu menanggung risiko jika berkeras mahu menganjurkannya sekarang. Insya-Allah, saya harap COVID-19 akan segera berakhir.
“Walaupun ditangguhkan, namun kerja awal penganjuran konsert sudah dijalankan. Antaranya, menempah pemuzik yang bakal beraksi termasuk kru teknikal. Pembayaran sudah dibuat kerana saya mahu perjalanan konsert ini lancar tanpa sebarang masalah berbangkit pada kemudian hari,” kata Jamal.
Sumber: BH Online
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelawak, Fad Bocey iaitu Syaheera kini sedang hamil anak kelima mereka. Berita gembira itu dikongsikan oleh Syaheera sendiri di laman Instagramnya.
Dia tidak sangka akan diberikan lagi rezeki zuriat serta menitipkan doa buat wanita yang masih menantikan kehadiran cahaya mata.
“Ingat empat rupa-rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. Kepada sesiapa yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” tulisnya.
Sekarang ni, ramai wanita dah power berdikari. Tengah sarat mengandung pun masih boleh urus rumah, kerja, anak lagi. Tapi… walau sekuat mana pun seorang isteri tu, kasih sayang dan sokongan dari suami tetap jadi bahan bakar utama untuk dia terus kuat dan tenang.
Suami memang tak boleh tukar tempat dengan isteri untuk rasa morning sickness ke sakit belakang ke, tapi sebenarnya — dengan small effort, anda boleh buat isteri rasa super dihargai. Jom tengok apa benda simple tapi bermakna yang anda boleh buat sepanjang kehamilan dia!
1. Jadilah ‘Google’ Kehamilan Dia
Takkan nak harap wife je yang tahu semua? Ambillah tahu sikit tentang kehamilan, simptom, trimester, atau sekurang-kurangnya beza Braxton Hicks dengan contraction betul-betul. Bila isteri sembang pasal baby bump dia, anda tak blur macam patung. Bila anda engage, dia rasa disayangi dan dihargai — macam best friend, bukan sekadar peneman tidur.
2. Check-In Klinik Pun Biar Sama-Sama
Ni bukan kerja wanita semata. Temankan dia setiap kali ada check-up. Bila doktor scanbaby, anda ada sekali — trust me, bonding dengan baby tu dah start dari situ. Tanya doktor kalau ada apa-apa yang tak faham. Biar isteri tahu, awak ambil berat bukan setakat nak jadi ayah, tapi nak jadi partner-in-crime sepanjang journey ni.
3. Tolong Dia Chill, Jangan Tambah Stress
Mengandung ni bukan sekadar perut makin besar — tapi emosi pun naik turun macam rollercoaster. Jangan tambah beban. Ambil alih sikit kerja rumah, urus anak yang lain kalau ada, dan bagi dia masa untuk recharge. Bila isteri rasa tenang, baby dalam perut pun happy tau!
4. Support Dia Tidur Lena
Waktu hamil, tidur pun dah jadi satu cabaran. Kalau sebelum ni bantal dua dah cukup, sekarang kena tambah pregnancy pillow. Tolong adjust bantal, urut sikit belakang dia, peluk bila dia gelisah — semua ni nampak kecil, tapi bagi isteri tu, itulah cinta sebenar.
5. Sabar Level Dewa, Okay? Mood swing is real. Kadang-kadang tiba-tiba nangis, lepas tu gelak balik. Tengah malam nak ke tandas banyak kali. Jangan marah, jangan merungut. Bangun temankan, tanya okay ke tak. Bila dia nampak anda sabar, dia rasa lebih selamat dan dilindungi.
6. Buat Kejutan Comel-Comel
Siapa tak suka kejutan? Tak perlu tunggu hari jadi pun. Belikan air kegemaran dia, buat video sweet, tulis nota kecil, atau rancang short getaway. Lagi best kalau ajak keluarga atau kawan rapat dia plan something special. Momen kecil macam ni boleh jadi kenangan paling manis masa mengandung.
Last but not least…
Dear suami, anda adalah hero utama dalam kisah kehamilan ni. Kalau tak mampu buat semua yang disebut kat atas, cukup sekadar ucapkan terima kasih dengan ikhlas setiap hari. Peluk dia kuat-kuat dan bisik, “Saya bangga dengan awak.”
Itu pun dah cukup buat hati wanita mengandung cair, dan baby dalam perut pun boleh rasa aura cinta tu.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan kembar memang mempunyai risiko yang tersendiri. Oleh kerana itu, ibu yang mengandung kembar biasanya akan dipantau rapi oleh doktor untuk kesihatan ibu dan juga anak-anak dalam kandungan sehinggalah selamat bersalin.
Ainan Tasneem yang kini sedang hamil kembar dengan usia kandungan sudah masuk 31 minggu berkongsi di Instagram miliknya tentang kandungannya yang mengalami sedikit masalah.
Ainan memaklumkan bayi kembar yang dikandungnya itu tidak mempunyai saiz yang seimbang.
Kerana keadaan tersebut, Ainan berkata doktor agak bimbang dan boleh mengakibatkan kelahiran pramatang buat kandungannya kali ini.
Ambil Suntikan Kuatkan Paru-paru baby
“Now dah 31 weeks pregnant. Tadi Ainan pergi checkup, doc cakap salah satu baby twins tu kecik sikit.
“Sorang baru 1.1kg. Sorang lagi 1.5kg dah. Risau terbersalin awal tu yang doc suruh cucuk dexa. Subhanallah sakit yang amat ya kena cucuk dexa tu Esok kena cucuk lagi untuk 2nd dose.
“Dexa tu bertujuan untuk matangkan paru-paru baby incase baby terbersalin awal. Sebab kandungan twins berisiko tinggi untuk lahir pramatang,” tulisnya.
Mohon Doa Dari Semua
Menurut AInan lagi, dia kini perlu menjalani pemeriksaan susulan dua minggu lagi bagi melihat perkembangan selepas perlu mengambil dua dos suntikan berkenaan.
“Lagi 2 minggu kena pantau lagi, kalau berat baby tu masih statik atau tak berapa memberangsangkan, memang Ainan kena bersalin awal je. Allah..
“Ainan tak ready lagi.. Tak boleh imagine baby masuk NICU & kena berpantang tanpa baby disisi. Sekarang nak keep on positive je.
Hopefully baby membesar dgn baik dalam perut & dapat bersalin cukup bulan. Mohon sangat doa dari kalian semua ya..,” tulisnya lagi.
Ainan berkahwin dengan Mohammad Ariffudin Mohammad Swaimi pada tahun 2017. Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan, Ainan Salsabiela pada Mac 2018.
Semoga bayi dalam kandungan Ainan baik-baik sahaja dan semoga dapat bersalin mengikut tarikh jangkaan sebenar!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.