Sebelum ini penyanyi, Ayda Jebat berkongsi pengalaman yang menyeramkan di Instagram Stories apabila anaknya Ana Nayla menangis sejak mereka sekeluarga masuk dalam bilik hotel yang terletak di ibu negara.

Selepas ‘Ditegur’, Ana Nayla Termenung Je. Ayda Syukur Anaknya Dah Makin Ok!

Kongsi Ayda lagi, disebabkan tangisan Ana Nayla itu berterusan seolah-olah ketakutan dan tersedu-sedu serta diberikan susu pun tak mahu, suaminya, Nabil Mahir terpaksa melaungkan azan namun tidak berkesan.

ARTIKEL BERKAITAN [“Anak Tak Henti Nangis, Mama Lihat Kelibat Hitam.” Ayda ‘Check Out’ Hotel 2 Pagi]

Terbaru di instagram Ana Nayla, Ayda memuat naik sebuah video mengenai keadaan anaknya selepas malam kejadian di hotel tersebut.

Selepas malam kejadian di hotel yang buat Baby menangis meraung ketakutan, Baby senyap like this but slowly okay after that. Alhamdulillah she’s okay now. Terima kasih atas doa uncles and aunties & juga share pengalaman yang pernah baby uncles and aunties alami.

Menurut Ayda, anaknya seakan masih ‘trauma’ selepas peristiwa menakutkan itu namun sudah beransur pulih dan menunjukkan perubahan yang baik. Ayda berterima kasih kepada semua yang mendoakan anaknya dan berkongsi pengalaman yang sama dengannya.

Sorry tak pakai carseat this time, please dont tiru this ya not good for the baby safety but masa ni Baby taknak and I feels like wanna hug Baby. Dia masih trauma masa ni. I’ll update keadaan Baby sekarang late.

IKLAN

Selepas ‘Ditegur’, Ana Nayla Termenung Je. Ayda Syukur Anaknya Dah Makin Ok!

Ujar Ayda, semasa video tersebut dirakam anaknya itu masih trauma. Berikutan daripada itu, Ayda mengambil langkah untuk memeluk anaknya sepanjang perjalanan pulang bagi menenangkannya.

Dalam posting sebelum ini, Ayda ada berkongsi yang dia menginap di hotel tersebut atas urusan kerja dan ambil dua bilik besar menghubungkan antara dua bilik untuk mama papanya sekali.

Selepas ‘Ditegur’, Ana Nayla Termenung Je. Ayda Syukur Anaknya Dah Makin Ok!

“Namun masuk saja dalam bilik hotel tersebut, anaknya hanya menangis dan tidak mahu minum susu. Pada waktu itu juga, mama terlihat kelibat satu lembaga merangkak daripada bilik Ayda ke bilik mama.

IKLAN

“Mama terlihat sesuatu me­rangkak laju dari bilik saya menerusi pintu sambungan itu dan terus pergi ke bilir air,” katanya.

Enggan mengambil risiko soal keselamatan puteri kesa­yangan mereka, Ayda membuat keputusan untuk pulang ke rumah kira-kira pukul 2.40 pagi.

 

“Di kaunter hotel, seorang kakitangan beritahu tingkat yang menempatkan bilik kami baru sahaja dibuka setelah sekian lama ditutup,” ujarnya.

Sumber: IG Ana Nayla

IKLAN

BACA JUGA [“Dia Power! Berjaya Mahramkan Musa” Mizz Nina Kuat Semangat Nak Susukan Anak, Kaunselor Laktasi Kongsi Cerita!]

Selepas ‘Ditegur’, Ana Nayla Termenung Je. Ayda Syukur Anaknya Dah Makin Ok!

Sebagai ibu, sudah tentu kita mahukan yang terbaik buat si manja. Pemakanan yang sihat dan seimbang sangat kita titikberatkan supaya anak dapat membesar dengan baik.

Nak tahu rahsia sediakan hidangan enak yang buat anak berselera makan? Jom, sertai E-Workshop Kelas Penyediaan Makanan Anak: Sedap, Sihat & Selamat di https://toko.ideaktiv.com/product/e-workshop-kelas-penyediaan-makanan-anak-sedap-sihat-selamat/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI