Kehamilan

Selepas Dua Bulan Berkahwin, Tegar, Penyanyi Viral Indonesia Umum Bakal Jadi Ayah. Tahniah Buat Pasangan Muda Ni!

Share

Setelah dua bulan melangsungkan perkahwinan dengan isteri tercinta, Sarah Sheika, Penyanyi remaja Indonesia Tegar Septian yang cukup popular dengan lagi “Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang” mengumumkan bakal menjadi seorang ayah tidak lama lagi.

Tegar yang mendirikan rumah tangga dengan Bintang Youtube, Sarah pada 20 Mac lalu berkongsi berita gembira itu di akaun Instagram miliknya.

Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai kehamilan isterinya itu dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga.

Artikel menarik: Tiap Kali Ardell & Suami Alun Zikir Anak Dalam Kandungan Bergerak. Keduanya Tak Sabar Tunggu Kelahiran Babyadhwardell

Dalam gambar yang dimuat naik itu, Tegar dilihat memegang alat ujian kehamilan.

“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan oleh Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar di temani isteri dan Alhamdulillah Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah,” tulis Tegar.

Sementara itu, isterinya Sarah juga turut berkongsi foto alat ujian kehamilan di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah di tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan oleh Allah. Bulan Ramadan tahun ini ditemani suami dan diberi kepercayaan untuk menjadi seorang ibu,” tulis Sarah.

Dalam ruangan komen yang dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminat dan warga net, Tegar turut menjawab salah satu komen dan mengatakan dia mengimpikan untuk memiliki anak sulung lelaki.

Artikel menarik: Contoh Pengiraan Kalori Untuk Ibu Hamil Berpuasa. Penting Cukup Semua Nutrisi

Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.

Penyanyi ini berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan. Bakat nyanyiannya dicungkil selepas video kemerduan suaranya sebagai penyanyi jalanan menjadi viral.

Sumber: Gempak

 

 

 

 

IKLAN