Seringkali ibu merasa serba salah untuk cuba sendawa bayi yang telah tertidur selepas menyusu kerana khuatir ia akan membuat bayi terjaga.
Soalnya, adakah’wajib’ menyendawakan bayi setiap kali selepas penyusuan? Apakah ia memudaratkan jika tidak di lakukan?
Jawapannya bergantung kepada bayi anda dan keperluannya. Sebahagian bayi mempunyai lebih banyak gas, mudah/kerap sendawa berbanding yang lain. Maka mereka perlu disendawakan setiap kali selepas penyusuan untuk mengelakkan gumuh atau ketidakselesaan akibat angin yang terperangkap di bahagian abdomennya.
Kedua keadaan ini lambat- laun bakal menganggu tidur bayi jika cubaan menyendawakannya tidak dilakukan sebelum bayi lebih lena. Menyendawakan bayi sejurus selesai penyusuan iaitu ketika bayi masih baru terlelap selalunya lebih mudah dan jarang membuat bayi terjaga kerana mereka masih ‘mamai’ dan dalam kesedapan setelah puas dan selesa dengan perut yang penuh.
Tak perlu memaksa bayi untuk sendawa setiap kali selepas menyusu jika bayi anda pada amnya jarang/sukar sendawa, nampak baik-baik sahaja tanpa sendawa dan tidak masalah besar dengan isu gas atau sendawa ini. Selalunya, bayi yang menyusu susu ibu kurang menyedut gas atau udara lebihan jika teknik lekapan mereka tepat. Pastikan botol bayi condong 45 darjah, jika anda menggunakan botol agar permukaan botol dipenuhi susu sahaja manakala udara/gas hanya berada di dasar botol.
Jangan mengoyang-goyang bayi, membiar bayi kecil ‘memegang’ botol sendiri atau menyendal botol dengan kain agar bayi ‘menyusu sendiri’ kerana aliran susu yang tidak dapat dikawal dikhuatiri akan tersalah memasuki saluran pernafasan dan membuat bayi tercekik.
Amat membantu jika para ibu bapa/penjaga mengenali bunyi resah/ pra-tangisan ‘saya ingin sendawa!’ yang dibuat semua bayi ketika mula merasa tak selesa akibat kehadiran udara/gas dibahagian abdomen (sebelum mereka mula menangis) yang berbunyi ‘Eh, Eh, Eh’ ,di ‘tutur’kan bayi secara bersiri ibarat bunyi enjin kereta rosak yang cuba dihidupkan.
Ia terhasil bila abdomen bayi mengalami kontraksi ketika cubaan menolak angin yang terperangkap untuk keluar sebagai sendawa. Satu-satunya sistem yang mengajar mengenal pasti bunyi ini bersama 4 lagi bunyi tangisan rutin lain (lapar, mengantuk, tak selesa & kembung perut) dengan mudah adalah menerusi sistem Dunstan Baby Language.
Gas entonox diberikan kepada ibu yang melalui proses kelahiran bagi membantu meredakan sakit kontraksi. Entonox adalah campuran daripada gas oksigen dan gas nitrous oxide.
Gabungan kedua-dua gas ini bertindak memberikan kelegaan sakit dan bukannya oksigen semata-mata seperti yang didakwa sesetengah pihak. Ikuti penerangan dari Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan, berkaitan gas entonox ini dan fungsinya untuk membantu mengurangkan rasa sakit ketika mahu bersalin:
Kebanyakkan wanita nak bersalin suka menggunakan gas entonox ini kerana mereka mampu mengawal dan boleh menggunakan entonox ini pada bila-bila masa mereka memerlukannya.
Ibu akan bernafas menggunakan topeng muka yang boleh dipegang oleh mereka sendiri, kalau suami teman suami boleh pegangkan topeng muka ini. gas ini mengambil masa 15-20 saat untuk berfungsi, maka ibu boleh mula menyedut gas ini sebaik sahaja sakit kontraksi hendak bermula. Ianya berkesan kalau ibu sedut gas ini perlahan-lahan dan sedut dalam-dalam.
✅TIADA KESAN BAHAYA kepada ibu dan bayi ✅Ibu kadang-kadang boleh berasa kepala melayang-layang atau pening sedikit ✅Ada pesakit melaporkan berasa mengantuk atau ‘lalok’ dengan menyedut entonox ini atau susah memberikan perhatian atau fokus – jika ini berlaku ibu boleh berhenti menggunakan entonox
Kalau entonox ini tak berkesan untuk anda, boleh fikirkan alternatif lain, bincang dengan doktor cara lain pula untuk ‘berperang’ dengan kesakitan bersalin.
Satu lagi, bukan semua hospital ada kemudahan entonox. Mana yang ada tu boleh la pakai, yang takde tu jangan meroyan plak bila tak boleh pakai entonox. Ada banyak cara lain yg bole bantu kurangkan kesakitan.
Oksigen sahaja TIDAK berfungsi sebagai ubat tahan sakit. Campuran oksigen dengan gas nitrous oxide yang digunakan dalam dewan bersalin baru berfungsi untuk mengurangkan rasa kesakitan bersalin.
Jaga-jaga. Jangan tertipu!
Semoga dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi informasi kepada para ibu yang bakal melahirkan tidak lama lagi. Gas entonox adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi, tetapi ada juga cara lain yang mungkin membantu. Untuk kebaikan si ibu dan bayi yang akan dilahirkan, dapatkan nasihat dari doktor akan pilihan terbaik yang boleh anda lakukan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah empat tahun menanti, akhirnya pelakon Shah Iskandar berkongsi khabar gembira mengenai kelahiran cahaya mata pertamanya hasil perkahwinan bersama isterinya, Siti Sarah Mohd Noor.
Cukup lama menanti, Shah ternyata cukup gembira dengan kelahiran cahaya mata lelaki, kurniaan dan rezeki Allah yang dinantikan sejak sekian lama.
Dalam pada itu, Shah yang berkongsi khabar gembira itu menerusi akaun instagram miliknya semalam merasa amat bersyukur kerana proses kelahiran anak lelakinya itu berjalan dengan lancar.
Malah khabarnya Shah dan isteri sudah pun memberikan nama buat bayi lelaki mereka.
“Assalamuakaikum semua, pada 10 Oktober 2020 jam 2.02 tengahari, isteri saya telah melahirkan cahaya mata pertama kami di Umra Hospital, Shah Alam.
“Alhamdulillah, proses bersalin isteri saya berjalan dengan mudah tambahan kakitangan hospital itu juga banyak membantu kami.
“Saya buat keputusan untuk tidak membuka media sosial selama tujuh hari selepas itu untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap isteri dan anak saya,” tulisnya.
Nama Cukup Indah
Rupanya Shah sudah pun menyediakan nama yang indah buat cahaya mata sulung mereka. Shah turut mengumumkan nama pilihan mereka untuk si comel kesayangan mereka ini.
“Akhir sekali, dengan berat 3.66 kilogram ketika dilahirkan, terima kasih Yusuf Zulkarnaen Shah Iskandar kerana melengkapkan kami.
“Awak umpama dunia buat kami, awak akan disayangi oleh semua, baik dalam keluarga mahupun rakan-rakan,” tulisnya lagi.
Sebuah nama yang cukup indah dan penuh makna. Semoga Yusof membesar menjadi anak soleh dan menjadi kebanggaan ayah dan ibunya.
Berterima Kasih Pada Isteri
Dalam pada itu, Shah turut mengucapkan terima kasih kepada isteri dan keluarga tercinta yang banyak membantunya sepanjang proses kelahiran Yusof. Malah pelakon hebat ini juga turut merakamkan penghargaan buat isteri tercintanya kerana melahirkan Yusof.
“Ucapan terima kasih kepada Sarah tidak akan pernah mencukupi kerana awak telah banyak berkorban dan melahirkan bayi comel kita. Saya sayang awak.
“Untuk keluarga mertua saya, terutamanya Mak, Abah, saya sangat beruntung dikurniakan keluarga ini, kami hargai semua sokongan yang diberikan.
“Untuk keluarga saya di Singapura terutamanya Mama, Nani, Shaheen Nadia dan suaminya Azlan, Shafiq, terima kasih untuk semua hadiah bayi dan sokongan yang diberikan, saya janji akan bawa pulang Sarah dan bayi kami apabila sempadan negara dibuka,” tulisnya lagi.
Simptom perut berangin semasa mengandung sememangnya lazim berlaku. Ibu hamil sensitif dengan apa yang dimakan. Walaupun ia dianggap sebagai satu simptom biasa, namun keadaan tersebut boleh memberikan rasa tidak selesa terutamanya ketika hendak tidur.
Jadi apa yang menyebabkan perut berangin semasa hamil?
Teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut.
Kenapa ibu hamil mudah mendapat simptom perut berangin?
Kehamilan merupakan satu proses fisiologi yang menyebabkan berlakunya perubahan dalam tubuh ibu supaya ideal untuk tumbesaran janin. Perkara ini berlaku secara berperingkat dan dalam perubahan tersebut, terselit kesan sampingan yang boleh membuatkan ibu hamil tidak selesa; angin.
Perut masuk angin semasa mengandung bukanlah satu perubahan fisiologi kehamilan. Ia merupakan kesan sampingan berpunca daripada peningkatan hormon progesteron.
Hormon tersebut bukan sahaja menyebabkan otot badan menjadi regang, malah mengakibatkan proses pencernaan badan menjadi perlahan. Akibatnya, angin berkumpul dan dimanifestasikan sebagai perut masuk angin, mudah sendawa dan terkentut.
Semakin lanjut usia kandungan ibu, semakin banyak angin yang berkumpul akibat daripada peningkatan saiz rahim yang memberikan tekanan kepada organ sistem penghadaman.
Apa yang lebih teruk lagi, ada juga makanan yang boleh menyebabkan perut berangin. Pengambilan ubat suplemen, terutamanya yang mengandungi zat besi, boleh menyebabkan masalah sembelit.
Perkara ini sekali gus membuatkan masalah angin pada perut anda menjadi bertambah teruk.
Tip legakan perut berangin semasa mengandung
#1 Minum air secukupnya
Elakkan daripada mengambil minuman bergula atau jus. Walaupun jus bagus untuk kesihatan, jika anda mempunyai penyakit radang usus (IBD), ia boleh menyebabkan simptom perut berangin menjadi bertambah teruk.
Jika anda ingin mengambil jus, pastikan ia mempunyai kandungan gula berangin (FODMAP) yang rendah. Minuman terbaik untuk anda sepanjang tempoh kehamilan adalah air kosong.
Pastikan anda minum mengikut saranan pakar.
#2 Eksperimen dengan tabiat pemakanan anda untuk kesan punca perut berangin perut berangin
Oleh sebab terdapat banyak jenis makanan yang boleh menyebabkan berlakunya perut berangin, anda boleh melakukan ‘eksperimen’ bagi mengesan punca tersebut. Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang anda biasa makan dan lihat jika simptom perut berangin menjadi bertambah baik. Kebanyakan ibu hamil mengalami perubahan pada simptom tersebut dan mereka berjaya mengesan makanan apa yang menjadi punca.
Antara makanan yang sering dikaitkan dengan angin pada perut adalah:
Jika anda ingin membuat perubahan pada diet anda, rujuk kepada pakar pemakanan atau doktor terlebih dahulu. Takut nanti anak yang sedang membesar itu tidak mendapat nutrisi yang cukup pula.
#3 Ambil makanan berserat secukupnya
Walaupun terdapat banyak sayur yang boleh menyebabkan perut anda berangin, tapi ia juga boleh membantu mengatasi masalah sembelit. Apabila anda mengambil makanan berserat yang cukup, ia akan menarik air ke dalam usus, melembutkan tinja dan membuatkan proses defekasi berlaku dengan mudah.
Oleh sebab sembelit boleh menyebabkan masalah ini menjadi bertambah teruk, anda boleh cuba ambil makanan berserat terlebih dahulu. ‘Eksperimen’ dengan makanan dan kenal pasti punca anda alami perut berangin.
#4 Gunakan suplemen serat untuk atasi masalah perut masuk angin
Bagi golongan ini, anda dinasihatkan untuk mengambil suplemen yang mengandungi serat bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit. Cuba tanya doktor anda jika ada ubat yang boleh dibeli di farmasi berdekatan atau minta preskripsi daripada mereka.
#5 Pastikan anda aktif bergerak walaupun sarat mengandung
Anda tidak perlu ke gim pun jika hendak atasi masalah perut berangin.Apa yang anda perlu buat adalah berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan anda secara umum, malah ia juga boleh membantu mengelakkan berlakunya sembelit.
Proses penghadaman juga boleh dipercepatkan dengan hanya menurut saranan pakar untuk bersenam. Jika anda ingin melakukan sebarang rejim senaman (ringkas atau kompleks), rujuk doktor anda terlebih dahulu.
Mereka akan membuat pemeriksaan dan menentukan sama ada anda boleh melakukan aktiviti senaman berat.Ingin mengetahui tarikh jangkaan bersalin anda dengan lebih tepat? Kira EDD anda di kalkulator tarikh bersalin kami.
Konklusi
Simptom perut berangin lazim berlaku dalam kalangan ibu hamil.Jika tidak diuruskan dengan baik, ia boleh memberikan ketidakselesaan kepada ibu terutamanya bagi mereka yang sudah dalam trimester ke-3.Ikut tip yang diberikan di atas dan jika ragu, tanya kepada doktor anda untuk khidmat nasihat kesihatan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini.Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah.Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!