Pemilik suara merdu (ketika mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran), Muzammil Hasballah telah memuat naik sekeping foto yang memberitahu tentang kelahiran anak keduanya semalam. Bayi perempuan tersebut yang dilahirkan pada jam 8.36 pagi telah diberikan nama yang cukup indah iaitu Ruhi Ghumaisha.
Dilahirkan secara normal dengan berat 3.45kg, ternyata Muzammil Hasballah sekeluarga amat gembira dengan kedatangan ahli baru dalam keluarga kecil mereka. Di dalam postingnya itu, Muzammil Hasballah sempat melahirkan rasa terima kasih kepada isterinya, Sonia Ristanti, kerana melahirkan zuriat mereka.
Pun begitu, hari ini netizen dikejutkan dengan perkongsian tahfiz muda ini yang memberitahu bahawa anak eduanya itu telah meninggal dunia selepas sehari dilahirkan. Sedih memang sedih, tetapi kapsyen yang mengiringi foto anaknya itu cukup menunjukkan Muzammil Hasballah redha dengan ketentuan Allah SWT ini.
Tiada sebarang kenyataan tentang punca kematian dibuat, tetapi ruangan komen di laman Instagram Muzammil Hasballah ini dipenuhi dengan ucapan takziah serta doa.
Usahawan berjaya dan pengacara, Neelofa meluahkan rasa kebimbangannya bila mana bakal menghantar anak sulungnya, Muhammad Bilal ke playschool minggu hadapan.
Kongsi Neelofa melalui Insta Storynya, dia mula bimbang bila mana sekolah yang dipilihnya bersama suami itu tidak memberi kebenaran untuk ibu bapa melihat setiap pergerakan dan aktiviti anak sepanjang di sekolah.
Ujar Neelofa lagi, lebih kecewa lagi bila mana ada sesetengah sekolah yang membenarkan ibu bapa melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang boleh diakses dari rumah untuk memantau anak mereka. Dan keadaan ini pastinya melegakan ibu ayah.
“Minggu depan Bilal akan mula pra sekolah dan saya ada bertanya kepada pihak sekolah sama ada ibu bapa boleh akses CCTV atau tidak.
“Salah seorang rakan saya berkongsi bahawa semua ibu bapa di sekolah anaknya boleh mengakses CCTV pada bila-bila masa.
“Sayangnya, sekolah yang saya rancang untuk hantar Bilal tak benarkan ibu bapa melihat CCTV mereka,” luahnya yang kesal dengan situasi itu.
Muhammad Bilal, anak sulung pasangan selebriti ini yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 kini sudah semakin membesar dan menghantar anak comel ini ke playschool bagi mendedahkannya dengan persekitaran dan kawan-kawan.
Terdahulu, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki Muhammad Bilal, Abdullah Abbas kini berusia dua bulan.
Selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 27 Disember, Jumaat yang lalu, pelakon Raysha Rizrose berkongsi nama buat hati tersayangnya bersama suami, Muhammad Nabil Jan Al Jeffri.
Suami Raysha yang juga pelumba F2 tidak berhenti mengalirkan air mata selepas melihat sendiri isterinya berjuang melahirkan zuriat mereka.
“Saya melihat sendiri kesakitan dan perjuangan isteri untuk mendengar tangisan pertama bayi kami dan selepas doctor kata bayi sihat dan selamat, 1001, emosi saya hilang.
“Satu-satunya perkara yang saya dapat rasakan ialah air mata saya tidak dapat berhenti mengalir.
“Syukur untuk semua doa dan pesanan baik yang diberikan. Kami sangat terharu,” katanya.
Nama indah untuk puteri kesayangan
Nabil dan Raysha juga sepakat menamakan bayi mereka dengan nama cukup indah, Raiya Nadine.
“Ini adalah lembaran baru dalam kehidupan kami berdua.
“Assalamualaikum dan selamat dating ke dunia yang indah buat puteri kami, Raiya Nadine Muhammad Nabil Jan Al Jeffri.
“Semoga awak diberikan kehidupan indah pada masa hadapan dan dilindungi Allah SWT,” ujarnya lagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya tinggal sebulan lebih sebelum seluruh umat Islam menyambut ketibaan bulan Ramadan. Sudah pastinya kita semua teruja membuat persediaan untuk berpuasa, tetapi adakah semua ‘hutang’ tahun lalu sudah dilangsaikan?
Apabila bercerita tentang puasa yang masih tidak berganti, biasanya ibu-ibu hamil atau yang menyusukan bayi sedikit keliru dengan hukum untuk membayar fidyah dan sebagainya.
Adakah wanita yang tidak sempat menggantikan puasa Ramadhan sehingga tiba Ramadhan seterusnya wajib qadha’ dan membayar kafarah? Alasan dia menangguhkan ialah kerana mengandung atau menyusukan anak. Terima kasih.
Jawapan:
Waalaikumussalam wbt,
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah ﷻ. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Di dalam Syariat Islam, mengandung dan menyusukan anak adalah bentuk keuzuran yang mengharuskan berbuka. Daripada Anas al-Ka’biy RA, Rasulullah ﷺ bersabda:
Maksudnya: “Allah SWT meringankan puasa dan memendekkan solat bagi orang yang bermusafir, sementara perempuan mengandung dan yang menyusukan anak, Allah meringankan puasanya sahaja.”
Riwayat al-Tirmizi (715) dan Abu Daud (2408)
Wajib ke atas wanita yang tidak berpuasa kerana mengandung atau menyusukan anak untuk menggantikan puasa selepas berlalunya Ramadhan. Jika dia tidak sempat menggantikannya, bukan kerana keuzuran, maka dia dianggap berdosa dan diwajibkan untuk membayar fidyah sebanyak satu cupak makanan ruji tempatan, seberat 600 gram. Rujuk al-Fiqh al-Manhaji (2/92).
Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili dalam al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie (2/200):
“Adapun sekiranya seseorang itu melewatkan qadha puasa Ramadhan kerana suatu keuzuran; seperti sakitnya berpanjangan, menyusukan, mengandung, atau sentiasa musafir, sehingga masuk ke Ramadhan yang lain, maka tidak wajib fidyah akibat kelewatan ini, dan wajib qadha sahaja.”
Kenyataan yang sama dinukilkan daripada kitab al-Taqrirat al-Sadidah (Qism Ibadat) (hlm. 456) oleh Syeikh Hasan al-Kaf:
“Jika seseorang itu melewatkan qadha kerana suatu keuzuran seperti musafir, sakit, menyusukan, lupa dan jahil – maka dia tidak wajib bayar fidyah.”
Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, jelas kepada kita bahawa ibu-ibu yang melewatkan ganti puasa, kerana uzur Syarie seperti sentiasa sakit, menyusukan anak, dan mengandung, adalah tidak wajib dikenakan fidyah, jika mereka tidak sempat menggantikan puasa sebelum tiba Ramadhan seterusnya.
Semoga penjelasan ini memberikan kefahaman kepada pihak yang bertanya. Wallahua’lam.