“Semoga Jadi Penenang Jiwa” Kini Bergelar Ibu, Wany Hasrita Selamat Bersalin!

Share

Tahniah diucapkan buat penyanyi, Wany Hasrita yang kini telah pun bergelar ibu selepas selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada Sabtu lalu.

Menerusi Instagram, pelantun lagu Menahan Rindu itu berkongsi momen bahagia buatnya dan suami kepada seluruh peminatnya.

Wany selamat melahirkan cahaya mata perempuan tepat jam 7:14 malam secara normal meluahkan rasa syukurnya di atas kelahiran bayi yang dinantikan.

“Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal.

“Terima kasih pada semua yang mendoakan kami,” kongsi Wany.

Malah melalui entri yang sama juga, Wany turut memuat naik sekeping gambar ketika memegang jari halus bayi comelnya. Putih dan gebu.

Wany yang kini bergelar ibu juga turut mendoakan perjalanan yang terbaik buat anak kesayangannya itu bersama suami.

“Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak. Membesar dengan sihat & jadilah orang yang memberi manfaat pada yang lain kelak. Ibu lebiu,” tulis Wany.

Ruangan komen turut dihujani dengan ribuan tahniah buat Wany dan suami. Semoga anak kecil ini terus membesar dengan sihat dan menceriakan kehidupan ayah dan ibunya.

 

Menarik:  Sesetengah Orang Berkira-Kira Nak Beranak & Mengandung, Neelofa PU Haris Mahu Anak Ramai!

Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINI https://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN