Tiada apa yang diharapkan seorang suami buat masa ni kecuali melihat semula isteri kembali sihat dan dapat melayari kehidupan berumahtangga serta sama-sama membesarkan empat anak yang masih kecil.

Isteri alami pendarahan dalam kepala

Itu yang diharapkan oleh Imam Baydowi Sumardi, 32, buat isterinya, Nur Hana Ismail, 27, yang hilang ingatan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 8 Ogos lalu.

“Doakan Isteri Sihat. Dia Tak Ingat Saya, Anak & Ibunya Selepas Terbabit Kemalangan”
Kredit Gambar: Nana Dato Ismail

“Buat masa ini mohon semua doakan isteri saya kembali sihat semula. Isteri telah mengalami pendarahan dalam kepala sehingga menyebabkan tempurung kepalanya terpaksa dibuka.

“Kami berdua terbabit kemalangan ketika dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur dan makanan dengan menaiki motosikal di Jalan Impian Emas, Johor Bahru.

“Rantai motosikal saya putus dan terbelit pada tayar yang menyebabkan isteri tercampak, manakala saya terseret beberapa meter. Selepas dirawat di bahagian Unit Rawatan Rapi (ICU) selama tiga hari dan bergantung kepada mesin bantuan pernafasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selama tiga hari, isteri dibenarkan pulang pada 20 Ogos lalu.,” katanya yang bekerja sebagai penghantar barang.

IKLAN
“Doakan Isteri Sihat. Dia Tak Ingat Saya, Anak & Ibunya Selepas Terbabit Kemalangan”
Kredit Gambar: FB Nana Dato Ismail

“Isteri tak ingat saya, anak dan ibunya sendiri”

Imam Baydowi berkata, sejak kemalangan itu, dia tidak bekerja kerana perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada isteri. Mujurlah ada ibu mentua yang boleh tolong jaga empat anak buat masa ini.

“Keadaan isteri memang berubah 100 peratus, tidak sama seperti dahulu. Dia tidak ingat saya, anak kami yang berusia antara setahun hingga 7 tahun dan ibunya sendiri. Malah isteri juga bersifat agresif sehingga ada kala terpaksa mengikat tangannya kerana cuba beberapa kali mencabut tiub di leher dan hidung,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Jalan Makmur 28, Taman Damai Jaya, di Johor Bahru.

Mula tunjukkan perkembangan positif

IKLAN

Terbaru, Imam Baydowi berkongsi, terbaru keadaan isterinya mula menunjukkan sedikit perkembangan positif apabila mula memanggilnya dengan panggilan ‘abah’.

“Malah, Nur Hana juga menunjukkan respon untuk duduk. Alhamdulillah dah mula ada respon yang bagus daripada isteri. Tetapi dia semakin agresif dengan cuba menggigit diri sendiri dan juga saya.

“Doakan Isteri Sihat. Dia Tak Ingat Saya, Anak & Ibunya Selepas Terbabit Kemalangan”
Kredit Gambar: Metro

“Memang tidak sama perwatakan isteri yang dahulunya periang, ceria dan lemah lembut. Sejak kejadian yang menimpa keluarga saya ini menjadi tular, alhamdulillah bantuan yang diterima sangat membantu keluarga. Segala barang keperluan makanan serta keperluan mencukupi.

IKLAN

“Keluarga saya juga dapat kunjungan daripada beberapa badan bukan kerajaan (NGO), orang perseorangan dan jiran yang turut menyumbang katil hospital serta kerusi roda bagi memudahkan pergerakan dan keselesaan isteri saya,” katanya.

“Doakan Isteri Sihat. Dia Tak Ingat Saya, Anak & Ibunya Selepas Terbabit Kemalangan”
Kredit Gambar: Nana Dato Ismail

Tambahnya lagi, dia mengharapkan akan ada keajaiban buat isterinya sembuh seperti biasa walaupun mengambil masa agak lama. Saya harapkan rakyat Malaysia terus mengirimkan doa supaya isteri saya sembuh sepenuhnya.

Sumber: Metro & FB Imam Baydowi;Nana Dato Ismail

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

“Doakan Isteri Sihat. Dia Tak Ingat Saya, Anak & Ibunya Selepas Terbabit Kemalangan”

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI