Berpantang sendirian tanpa ibu atau ibu mertua tidaklah menjadikan kita berlapar perut. Menyediakan sendiri menu ringkas tetapi berkhasiat dan segar sudah cukup membuatkan ibu lebih bertenaga malah kenyang sepanjang tempoh berpantang.

Resipi pantang yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Suliana yang disediakan olehnya dan kakaknya ini memang nampak segar, menarik dan sedap. Tanpa ibu tetapi bergilir-gilir menyediakan resipi ketika masing-masing berpantang. Patut dicontohi oleh semua.

Paling menarik menu yang disediakan dipilih daripada bahan untuk memperbanyakkan susu. Hebat!. Jom intai menu yang disediakan oleh dua beradik ini.

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Pilih Bahan Banyakkan Susu, Resipi Pantang Ibu Ni Awesome!

Bila dah takde mak, saya berpantang kakak jaga, dia berpantang saya pulak jagakan. Kami saling menjaga sesama sendiri je. Dulu dia masakkan sedap sedap untuk saya. Now saya pulak balas jasa kakak. Compilation lauk saya and kakak masakkan tahun lepas.

Kitorang tak handal pun bab bab lauk pantang. Masak yang asalkan berkhasiat, tak pedas, sayur pilih yang banyakkan susu. Alhamdulillah badan boleh terima & susu pun meriah.

IKLAN

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Pilih Bahan Banyakkan Susu, Resipi Pantang Ibu Ni Awesome!Lipat tepi-tepi aluminium foil jadi bentuk kawah. Letak siap siap dalam pengukus. Letak ikan tengah-tengah sumbat dengan bawang putih & serai. If baby dah habis jaundice/kuning boleh tambah halia tumbuk.

Bancuh kuah.
Resepi kuah steam:
Air panas 1 mug,
Kiub ayam 1
Bawang putih tumbuk 3 ulas
Air limau nipis sebiji

Kacau-kacau sebati. Tuang atas ikan. Kukus sampai masak. Tabur bawang putih hancur goreng + daun ketumbar.

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Pilih Bahan Banyakkan Susu, Resipi Pantang Ibu Ni Awesome!

IKLAN

Resepi garlic chicken grill

Bawang putih dua ulas 
Ayam
Sos tiram 1 sudu
Parsley flakes
Blackpepper

Bawang putih goreng sampai brownish, tumbuk lumat salut kat ayam, sos tiram 1 sudu, rasa sifu sikit, parsley flakes (takde pun takpe) . Boleh tambah blackpepper sikit. Gaul bagi rata perap 1 jam pastu grill. Kalau ada oven lagi senang masuk oven je.

IKLAN

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Pilih Bahan Banyakkan Susu, Resipi Pantang Ibu Ni Awesome!Ikan Daun Baru salut garam, bakar. Sayur sawi tumis air (milkbooster). Bawang merah + bawang putih penyedap rasa.

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Pilih Bahan Banyakkan Susu, Resipi Pantang Ibu Ni Awesome!

Ikan tenggiri rebus asam paling fav time pantang. Rebus air masuk bawang, asam keping, ikan. Garam secukup rasa. Siap.

Semuanya Sedap-Sedap Belaka, Pilih Bahan Banyakkan Susu, Resipi Pantang Ibu Ni Awesome!

Terdapat beberapa lagi resipi pantang menarik yang dikongsikan olehnya di facebooknya. Selamat mencuba. Semuanya sedap-sedap belaka dan sihat.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI