Pelakon, Wawa Zainal berkongsi tip mudah agar rumah tangga bahagia dengan sentiasa anggap suami sendiri paling handsome di dunia. Perkahwinan antara Wawa Zainal dan aktor, Aeril Zafrel sudah memasuki usia tujuh tahun.
Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, 5 dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.
Wawa berkongsi tip kebahagiaan rumah tangganya di instagram
tips rumah tangga bahagia . sentiasa la anggap suami anda paling hensem di dunia hahahahhaha..walaupunn.. – Wawa Zainal
Walaupun sebenarnya Aeril memang handsome kan? antara komen Netizen yang memenuhi ruang komen di instagram Wawa. Mereka juga turut bahagia melihat rumah tangga Wawa dan Aeril bahagia.
Suami awak memang hnsem laa. awak pula cantik yakmatt
Adab ibu bapa yang anak-anak akan cepat tiru. Anak-anak ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa. Mereka belajar bukan sahaja melalui nasihat dan teguran, malah lebih banyak melalui pemerhatian dan peniruan.
Maka, tidak hairanlah jika sikap dan adab ibu bapa sering menjadi cerminan kepada peribadi anak-anak. Dalam membesarkan anak yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa, ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh teladan yang baik.
Berikut adalah beberapa adab yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang mudah ditiru oleh anak-anak seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim yang merupakan Parenting Coach dan juga penulis buku keibubapaan.
1 – Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.
2 – Bercakap
Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.
3 – Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.
4 – Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.
5 – Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.
6 – Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.
7 – Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.
8 – Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.
9 – Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.
10 – Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.
11 – Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.
12 – Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.
13 – Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.
14 – Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.
15 – Mengamuk
Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.
Bukan salah anak jika dia tak beradab. Sebab itulah didikan dari rumah itu penting. Kawal diri bila berada di hadapan anak-anak.
Anak-anak adalah anugerah dan amanah. Dalam membentuk peribadi anak yang soleh dan beradab, ibu bapa perlu mendidik diri terlebih dahulu. Ingatlah, anak-anak bukan hanya mendengar nasihat kita, mereka melihat dan meniru.
Maka, didiklah dengan akhlak, bukan hanya dengan kata. Jadilah cermin yang jernih supaya pantulan yang terhasil adalah insan yang baik, beradab, dan berbudi pekerti tinggi.
Rata-rata ibu bapa yang mempunyai anak yang sedang membesar pasti sekali-sekala terdetik di hati kenapa susah sangat anak nak dengar cakap. Adakah kita tahu rutin harian membasuh beras yang dilakukan itu sebenarnya rahsia paling mudah nak jadikan anak-anak lembut hatinya dan menjadi soleh dan solehah.
Tapi sebelum anda sering menyalahkan anak kerana sikapnya sedikit degil atau keras kepala sebagai ibu bapa kena teliti cara anda melayan dan mendidik mereka. Adakah terlampau garang atau terlalu dimanjakan?
Perkongsian dari Facebook Ustaz Abdullah Khairi dia memberi tip paling mudah nak diamalkan hanya dalam beberapa minit saja.
Cuba kita ingat balik bagaimana cara kita sebelum ini apabila membasuh beras. Adakah ianya sempurna atau acuh tak acuh?
Lagi satu pesan orang tua-tua, setiap kali kita nak sediakan makanan untuk diri sendiri dan keluarga, jangan lupa untuk baca doa, selawat dan basuh beras ikut lawan putaran arah jam.
Kadangkala kita lupa nak buat. Jadi sangatlah rugi jika tak diamalkan. Ok mulai hari ini apa kata setiap kali nak membasuh beras jadikan doa ini satu amalan kerana banyak sangat manfaatnya.
Bukan sahaja untuk lembutkan hati anak tetapi boleh juga lembutkan hati pasangan dan diri ibu sendiri pun sentiasa berada dalam keadaan tenang.
Ini juga yang selalu di pesan Rasulullah SAW doa adalah satu ibadah dan senjata orang beriman dalam apa saja keadaan.
Sejak PKP, tong sampah kat dapur cepat sangat penuh. Mana taknya dari pagi sampai ke malam mama terpaksa jadi chef profesional cuba pelbagai resipi. Jadi sampah pun berganda sikit daripada kebiasaannya.
Bukan itu je, telur juga antara yang paling laku. Beli sepapan yang 30 biji tak sampai seminggu boleh habis. Sarang telur tu pun dah bertimbun. Kadang bila dah serabut sangat melihatnya mama akan buang je kan.
Tapi kali ini apa kata cuba jadikannya alas tong sampah untuk serap air sampah dan secara tak langsung tong pun akan kering.
Menerusi perkongsian daripada Nur Husna Shaikun melalui Group #kemasrumahwithhani tentang tip dan kegunaan sarang telur untuk elakkan sisa makanan berbau busuk dan berair.
Projek sarang telur untuk alas tong sampah. Dapat idea dalam group ni juga.
Senang je nak buat ni;
Ambik sarung telur terpakai dan ukur pada bahagian bawah tong sampah.
Potong bagi muat-muat dengan saiz tong sampah anda ya.
Masukkan plastik sampah dan lapik pula dengan sarung telur yang sudah dipotong tadi.
**Fungsinya bagi serap air dan bau…
Menjengah di ruangan komen pula, warganet turut menggunakan cara yang sama bagi mengelak sisa sampah di dalam rumah berair dan berbau selain memberi tip lain yang berguna.
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!