Adab ibu bapa yang anak-anak akan cepat tiru. Anak-anak ibarat kain putih yang akan dicorakkan oleh ibu bapa. Mereka belajar bukan sahaja melalui nasihat dan teguran, malah lebih banyak melalui pemerhatian dan peniruan.
Adab Ibu Bapa Yang Anak-anak Akan Cepat Tiru
Maka, tidak hairanlah jika sikap dan adab ibu bapa sering menjadi cerminan kepada peribadi anak-anak. Dalam membesarkan anak yang berakhlak mulia dan berbudi bahasa, ibu bapa sendiri perlu menunjukkan contoh teladan yang baik.
Berikut adalah beberapa adab yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang mudah ditiru oleh anak-anak seperti yang dikongsikan oleh Mohd Fhais Salim yang merupakan Parenting Coach dan juga penulis buku keibubapaan.
15 adab ibu bapa yang anak akan cepat tiru.
1 – Panggil orang
Kalau dia nampak kita panggil orang woi woi, tak mustahil anak pun akan ikut panggil woi woi.
2 – Bercakap
Kita suka cakap tengking-tengking. Anak pun akan ikut cakap tengking-tengking.
3 – Mengarah
Ibu nak makan. Ibu nak susu. Ibu air tumpah. Bagaimana kita mengarah orang, begitu la anak akan tiru.
4 – Sebut tolong
Ibu tolong buatkan susu, adik haus. Mudah je tapi anak tak buat kalau dia tak nampak kita buat dulu.
5 – Ketika makan
Ketika makan jangan banyak bersungut. Anak ikut nanti, ada sahaja yang dia tak puas hati.
Ads
6 – Marah orang
Jika kita cepat marah orang, anak pun akan jadi begitu. Impulsif macam kita.
7 – Hormat orang tua
Anak perhati je cara jumpa mak ayah kita. Jika kita rajin salam, anak pun akan ikut begitu.
8 – Sabar
Anak belajar bersabar dengan melihat kita bersabar dengan dia.
9 – Mulut laser
Apa yang kita cakap, itu la yang anak akan cakap. Bahasa kita, itu la bahasa anak. Kamus yang sama digunakan.
10 – Senyum
Kita rajin senyum. Anak pun akan rajin senyum. Kita malas senyum, tak mustahil anak muka mencuka je.
Ads
11 – Ucap terima kasih
Setiap kali anak buat kebaikan kita cakap terima kasih, bukan sahaja rasa di hargai tapi dia belajar cara untuk ucap terima kasih.
12 – Meminta maaf
Ada anak dah jelas dia salah pun tak nak sebut minta maaf. Jarang dengar kita sebut minta maaf tu la anak ikut.
13 – Mendengar
Cara kita mendengar, itu la cara anak mendengar juga. Kalau anak tengah cakap kita dengar sambil main phone, tak mustahil anak pun begitu nanti.
14 – Toleh
Sekali panggil je anak dah toleh, jika nak begitu kita pun kena buat anak panggil sekali terus toleh.
15 – Mengamuk
Kalau kita suka mengamuk tak kira tempat, bersedia untuk hadap anak yang akan mengamuk kat mana-mana sahaja jika ada tak puas hati.
Ads
Bukan salah anak jika dia tak beradab. Sebab itulah didikan dari rumah itu penting. Kawal diri bila berada di hadapan anak-anak.
Anak-anak adalah anugerah dan amanah. Dalam membentuk peribadi anak yang soleh dan beradab, ibu bapa perlu mendidik diri terlebih dahulu. Ingatlah, anak-anak bukan hanya mendengar nasihat kita, mereka melihat dan meniru.
Maka, didiklah dengan akhlak, bukan hanya dengan kata. Jadilah cermin yang jernih supaya pantulan yang terhasil adalah insan yang baik, beradab, dan berbudi pekerti tinggi.
Uish bukan senang nak kempiskan perut. Nak naik kejap jer. Bila nak turun bukan main susah. Susah bukan kerana kompleks sangat. Tapi sebab cara tak kena.
Apa kata cuba 7 cara di bawah. Untung-untung mengempis jadinya.
1. Makan makanan tinggi protein. Protein akan lepaskan hormon PYY. Hormon ini akan hantar isyarat ke otak.
Katanya “bro/sis engkau dah kenyang. Udah udahlah tu” Kita pun sebut “ oh ye ke, ok ok saya berhenti sekarang.”
2. Kena bijak urus stres. Stres ni akan keluarkan hormon kortisol. Hormon ini hobi dia ialah kumpulkan lemak. Mau tak membesar perut jadinya.
Happy sungguh kortisol buat kerja-kerja yang kita tak suka. Macam orang letak simen pada batu bata masa buat rumah. Ditempek tempek.
Dia juga dengan bangganya bantu naikkan selera makan. Tahap melahap dan membantai makanan memuncak. Semua nampak sedap.
3. Katakan tidak pada gula putih. Cik putih ni sangat bahaya. Dia punya moto ialah “hidup aku untuk gemukkan orang.”
Mahu selamat? Berpisahlah dengan cik putih ni. Bila kita ambil, cik putih akan ketawa besar. Ketawa macam orang jahat dalam filem. Seronok dia kumpulkan lemak juga.
4. Senaman – angkat berat, aerobik dapat cepatkan misi kempiskan perut.
5. Tidur – kajian selama 16 tahun dapati wanita yang tidur kurang dari 5 jam akan alami peningkatan lemak bahagian perut berbanding dengan wanita tidur 7 jam. Cuba semak, berapa jam tidur malam tadi. Cukup? Cuba usap perut dan sebut “alahai besar juga engkau ye”
6. Ambil lemak ikan – jadikan omega 3 sebagai rakan karib anda. Ambil 2000mg sehari. Cari yang anti reflux. No mercury.
7. Ambil makanan tinggi serat – serat dari sayur dan buahan akan bentuk gel di saluran pencernaan. Makan lambat nak lepasi saluran ini. Jadi kita rasa kenyang. Kurang rasa nak berjajan. Perut terisi fokus meninggi.
Ada banyak lagi tips. 7 ni pun dah cukup kalau buat dengan konsisten. Soal pada diri, sayang sangat ke dengan “baby bump” tu? Kalau tak, bila mahu bertindak?
Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma is back!! Buat mama papa yang ada baby boleh merangkak, inilah masanya untuk anda sertai Virtual Baby Merangkak Race Pa&Ma! Serlahkan kepantasan dan kecomelan si manja merangkak dalam bemtuk video yang kreatif dan menarik.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam proses perkembangan anak, tidur sangat penting untuk kanak-kanak membesar pada tahap optimum. Selain tidur yang cukup, mood positif anak juga perlu berada dalam keadaan baik kerana ia turut mempengaruhi otak.
Oleh sebab itu, ibu bapa harus memastikan semua ini berjalan lancar. Sekiranya anak dalam kategori sukar tidur awal dan mood sekejap ok, sekejap tak, apa kata cuba tip yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan ini.
Cara ini sudah pun dipraktikkan oleh beliau untuk anak-anaknya dan ternyata nampak keberkesanan.
Semua rumah kena ada epsom salt tau. Saya suka betul rendam anak dalam air epsom salt. Tak kira masa. Anak pun syok betul berendam.
Sehari sekali. Ambil 1 cawan epsom salt, masuk dalam air suam. Buat waktu mandi petang. Anak mudah mengantuk malam nanti, tidur lebih nyenyak insyaAllah.
Macam garam kasar, tapi jangan makan pulak ye.
Bila anak demam, tak sihat, batuk atau selsema, saya akan kerapkan buat. Dua atau tiga kali sehari. Dari lemah tak larat, segar anak setiap kali lepas rendam. Kahak pun banyak keluar.
Dalam epsom salt ada magnesium. Magnesium bantu untuk relax kan otot anak, bantu untuk tenangkan sistem saraf anak.
Letak air suam dan epsom salt dalam baldi.
Magnesium antara suplement transdermal yang paling selamat untuk anak-anak kecil. Lebih 325 proses biologi dalam tubuh badan anak perlukan magnesium. Kalau tak cukup magnesium, maknanya akan ada fungsi sistem badan yang akan terganggu.
Dan ramai sebenarnya anak-anak yang tak cukup kandungan magnesium dalam badan mereka.
Dalam makanan, magnesium ada pada bayam, kacang, dark chocolate, pisang, tofu, dan sebagainya. Tapi anak kecil makan bukannya dalam kuantiti yang banyak kan.
Magnesium penting untuk;
1. Tidur anak yang baik 2. Perbaiki mood anak 3. Lebih fokus 4. Kuatkan tulang dan gigi 5. Berikan energy secukupnya untuk anak 6. Sihatkan otot dan saraf 7. Membantu penyerapan vitamin dan mineral lain 8. Tingkatkan imuniti badan anak
Kalau rumah ada tab mandi, boleh letakkan dalm tab mandi dan suruh anak berendam sekejap. Jika tak ada, letak dalam baldi pun boleh
Lepas anak main waktu petang, korang ajak rendam dalam bath tub. Kalau takde, guna baldi macam saya pun boleh.
Malam mesti anak tak meragam sangat, lajuuu je nak masuk tidur. Korang cuba k. Epsom salt ni 1.2 kg, harga tak sampai RM 20 pun. Boleh cari di farmasi berdekatan. Atau beli secara online.
Kredit: Dr Mazliana Mazlan
Follow saya untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.
Follow saya di sini jugak k.
instagram.com/mazliana.mazlan
t.me/sembangsihat
Mak ayah mempunyai tanggungjawab yang berat dalam mendidik dan memberi kasih sayang sepenuhnya pada anak-anak. Namun lumrah setiap anak pastinya mempunyai karakter dan pencapaian yang berbeza.
Inilah sebenarnya ujian terbesar buat mak ayah agar dapat berlaku adil dan tidak membeza-bezakan anak-anak. Tiada istilah anak kesayangan mahupun anak tak guna pada anak-anak. Semuanya perlulah dilayan sama rata.
Perkongsian oleh Kaunselor Motivasi, Hj Hushim Hj Salleh ini wajar dijadikan peringatan buat mak ayah.
Pengalaman kes yang pernah ditangani apabila anak masih berdendam dengan arwah bapanya apabila membeza-bezakan di antara adik beradiknya.
Anak tersebut dibandingkan dari segi kepandaian akademiknya yang kurang berbanding adik beradiknya yang lain. Kesan psikologi dan trauma yang dialami oleh anak tersebut, berbekas dan tersimpan sekian lama sehingga dewasa dan sampai ke tua.
Tambah Hj Hushim lagi, mak ayah kadangkala ‘mulut tak dijaga’ bezakan anak-anak dari segi warna kulit, pencapaian akademik, akhlak dan moral. Jangan bezakan anak lelaki dan perempuan. Peringkat awal remaja banyak cabaran yang harus mak ayah tempuhi.
Banyak kes yang ditangani, anak yang tak pandai itulah yang menjaga mak ayah sewaktu tua. Bila mana anak-anak yang bijak pandai, sibuk bekerja.
Sebab itulah jangan sesekali beza-bezakan anak-anak. Setiap anak pasti ada kelebihan masing-masing dan berhak dilayan sama rata.
Pagi itu mereka keluar seperti biasa. Berseragam, bersemangat, berjuang demi tugas. Tak pernah terlintas, itu akan jadi pagi terakhir dalam hidup mereka. Berita duka yang amat pedih buat seluruh rakyat Malaysia.