Kebanyakan ibu mesti terfikir macam mana nak menyedapkan makanan anak terutama bayi yang baru belajar makan. Sebabnya jika nak letakkan garam ia tak sesuai lagi untuk anak bawah dua tahun.
Jika tak letak rasa macam tawar je makanan tu. Nak guna penambah perasa lagi tak digalakkan. Ok kali ini Puan Helna Nadira berkongsikan tip untuk membuat stok ayam dan ikan bilis untuk melengkapkan resipi bubur atau nasi anak.
Stok ayam dan bilis ni dijamin 100 peratus tanpa MSG atau garam. Ia boleh disimpan dalam peti sejuk untuk tahan lebih lama.
1) Resipi Chicken powder
– steam ayam dalam (saya pakai bahagian dada)
– goreng tanpa minyak(saya pakai ppc) sampai agak-agak dia kering
– dah kering camni,blend pakai blender kering.
Ads
– dah blend, masukkan balik dalam ppc, pastu goreng lagi sampai betul betul kering.( proses ni paling penting, sebab kalau tak cukup kering, powder cepat rosak)
– dah sure betul-betul kering boleh la blend lagi sekali. Siap!
2) Silver fish powder
– cuci dan goreng (saya pakai ppc gak)
Ads
– goreng tanpa minyak,tapi kalau ikan mu melekat, bolehlah titiskan olive oil setitik dua.
– agak-agak dah garing dan kering( make sure betul-betul kering, kalau tak senang rosak nanti), boleh lah di blend pakai blender kering. Siap!
Lepas dah tahu ni, cubalah buatkan. Dijamin anak suka dan kita sebagai ibu pun tak perlu nak pening kepala lagi untuk menambahkan rasa dalam makanan anak.
Mempunyai anak autisme memerlukan penjagaan yang lebih teliti bagi memastikan perkembangan dan pembesaran mereka berjalan dengan baik. Justeru pemakanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan anak istimewa ini dapat menjalani kehidupan dengan sihat. Selain itu, pemakanan yang sihat dikatakan dapat membantu mengurangkan simptom anak-anak autisme.
Jika anda mempunyai anak autisme, ketahuilah bahawa mereka amat peka dengan rasa, tekstur, bau dan warna makanan yang diambil. mungkin ada sesetengah makanan tidak disukai mereka kerana warna atau bau yang mereka tidak suka. Jadi pastinya untuk mencuba sesuatu hidangan baru adalah sangat sukar.
Menurut satu artikel dalam Hello Doktor, sebaiknya anda yang mempunyai anak autistik ini tidak terlalu memaksan mereka untuk makan sesuatu yang baru yang tidak mereka sukai. Malah apa yang boleh anda buat ialah dengan membawa mereka bersama ke pasar raya dan minta mereka pilih makanan yang mereka suka. Bila berada di rumah pula cubalah sediakan hidangan yang mereka suka dengan menggunakan bahan-bahan berkhasiat. Jika anak tidak sukakanya itu adalah normal, berikan mereka sedikit masa untuk sesuaikan dengan menu baru yang anda perkenalkan.
Nak pastikan anak autisme anda mendapat makanan berkhasiat ini yang boleh anda lakukan:
Waktu makan adalah agak sukar kepada kanak-kanak autisme. Anak anda mungkin berasa tidak selesa dengan cahaya lampu, susunan perabot, atau perkara-perkara lain di dapur.
Jadikanlah waktu makan sebagai rutin harian. Anda boleh cuba menyediakan makanan pada waktu yang sama setiap hari untuk mengurangkan stres anak anda. Anda haruslah bertimbang rasa terhadap keadaan anak anda dan cuba untuk memudahkan waktu makan dia. Lampu lilin mungkin adalah lebih baik berbanding lampu yang terang. Biarkan anak anda menikmati makanan kegemarannya atau biar dia memilih menu yang digemari, atau tempat duduknya. Ini akan menjadikan dia berasa selesa.
Memikirkan tentang diet khas kepada anak anda, terdapat diet tertentu yang boleh mengurangkan simptom autisme. Makanan yang mengandungi soya, gluten, atau kasein boleh memburukkan simptom anak anda. Dalam keadaan ini, elakkan produk yang mengandungi bahan ini. Terdapat pendapat yang mengatakan diet bebas kasein dan gluten adalah pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak autisme. Anda harus mencubanya.
Memeriksa label pada makanan yang ingin dibeli membantu anda mengetahui kandungan di dalam pakej tersebut: bahan-bahan, nutrisi atau bahan kimia makanan. Anda boleh mengetahui makanan manakah yang kaya dengan vitamin, mineral, protein, lemak atau fiber. Anda boleh menyediakan makanan yang seimbang untuk anak anda. Anda juga boleh mengelakkan makanan yang terkandung bahan yang menjadikan autisme bertambah teruk (gluten, kasein sebagai contoh) kerana kadangkala sumber bahan ini tersembunyi.
Doktor, ahli nutrisi, atau ahli dietitian boleh memberikan nasihat yang berguna. Mereka arif tentang nutrisi dan mereka boleh membantu anak anda. Tanyalah mereka sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang diet anak anda. Mereka juga boleh membantu anda menjadikan waktu makan lebih mudah dan menyeronokkan, kerana mereka mengetahui keadaan anak anda. Dan ia adalah normal sekiranya anda memerlukan bantuan untuk membesarkan anak yang mempunyai keperluan yang istimewa.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susah hati bila memikirkan berat badan anak tak naik-naik, lebih merisaukan bila berat anak dah sampai garisan kuning dalam buku kesihatan. Pening betul kan? Mama boleh cuba cara ibu ini lakukan untuk anaknya, mana tahu menjadi!
Anak susah nak naik berat?
Cuba bagi kentang sebagai finger food. Saranan ni dari Doktor KK sebab masa check up berat anak saya dah nak masuk line kuning. Sekarang syukur dah naik.
Saya share resipi potato smiley yang simple:
1. Steamkan 2 biji kentang size sederhana. Potong kecil-kecil steamkan selama 20 minit, saya guna baby food processor isauchi terus empuk lembut. Kalau gajet lain pastikan kentang betul-betul empuk.
2. 2sudu besar tepung gandum
3. 1sudu besar tepung jagung
4. 1sudu besar cream cheese. Saya pakai brand SCS.
4. Sedikit mixed herb/italian herb (optional)
Cara penyediaan:
Gaul semua, uli sampai boleh bentukkan atau tak melekat kat tangan. Kalau melekat tambah tepung gandum lagi.
Then bentukkan smiley tu guna sudu dan straw. Last sekali goreng. Adunan atas ni saya dapat 1 bekas tu. Lebih frozen kan nanti boleh goreng lagi.
Taraaa.. Anak makan dalam sungai 😂 Lepas makan dia berendam sungai. Nak berat anak naik kena rajin masak kena rajin suap anak makan. 😉 << ni doc yang cakap hahaha
Bagi yang bakal berpantang tak lama lagi, pasti tercari-cari menu masakan untuk lauk berpantang kan? Pelbagai resepi yang mudah mama boleh cuba antaranya resepi Ikan Tenggiri rebus kunyit & lada hitam yang dikongsi oleh ibu ini.
Selamat mencuba!
Mama fatim nak share RESEPI SIHAT yang selalu mama fatim buat masa dalam PANTANG BERSALIN .
Cuma, resepi ini bukan sahaja sesuai untuk dalam pantang, ianya sesuai juga untuk MENU SIHAT SEHARIAN sebab tiada langsung penggunaan minyak, dan juga mengandungi bahan-bahan yang sangat bagus untuk kesihatan.
Untuk sihat dalaman dan juga untuk pengurusan berat badan, bolehlah masukkan menu ini dalam diet harian.
IKAN TENGGIRI REBUS BERSAMA KUNYIT DAN LADA HITAM
Bahan-bahan:-
Ikan tenggiri – 3/4 keping
Asam keping – 1 keping
Kunyit hidup- 3-4 inci
Lada hitam -2 sudu kecil
Bawang putih – 1/2 labu
Sedikit garam
Air untuk rebus (lebih kurang 2/3 cawan)
Cara-cara:
Tumbuk kunyit hidup, lada hitam hingga lumat. Bawang putih hanya ditumbuk kasar-kasar sahaja.
Campurkan ke dalam periuk yang telah diisi air dengan bahan-bahan tumbuk, serta ikan. Rebus dan didihkan sehingga air agak kering, iaitu lebih kurang dalam 20 minit.
Bila dah agak-agak suam, barulah campur dengan garam secukup rasa. Lebih kurang 1 sudu kecil pun sudah memadai, kerana lebih baik kurangkan garam dalam masakan, lebihkan manis dalam senyuman.. ( jangan tersilap pulak, maniskan minuman)haha!
Mama fatim ada terbaca, KUNYIT memang MAKANAN YANG HEBAT! Sudahlah ianya sangat bagus untuk rahim selepas melahirkan anak, ianya juga mempunyai pelbagai lagi manfaat yang lain .
Antaranya:-
1) Ia mengandungi bahan yang dapat menghalang racun arsenik yang boleh merosakkan DNA di dalam sel tubuh.
2) CURCUMIN yang terkandung di dalam kunyit juga dikatakan dapat menghalang perkembangan sel kanser seperti yang dilaporkan di dalam jurnal Journal Alternative Therapies In Health.
Yang bestnya, bila dicampurkan dengan lada hitam yang mengandungi piperine (bahan pedas dalam lada hitam), ia dapat mengecutkan stem sel Kanser payudara.
3) Curcumin di dalam kunyit juga dapat menghalang penbentukan sel tumor di dalam pembuluh darah. Bahkan curcumoid yang terkandung di dalam kunyit juga dapat menghalang radikal bebas dari merosakkan sel otak. Jadi ia sangat sesuai sebagai salah satu makanan TERBAIK untuk OTAK. Best kan?
4) Kunyit pun berperanan sebagai FAT BURNER Kalau nak kurus, apa lagi, buatlah kunyit muda sebagai ulam kan? Takpun blend la kunyit hidup tu buat jamu. Boleh menghalang pembentukan lemak dan membakar lemak tau! Nak kurus tak? 😄
Aaa.. meh try resepi ni, ada gabungan lada hitam yang bagus kombinasinya dengan kunyit macam yang mama fatim terangkan kat atas tu, ada bawang putih dan asam keping.
Bahan utama pulak ikan, memang mengandungi OMEGA 3, yang SESUAI untuk otak.
By the way, lada hitam dan bawang putih boleh juga buat hilang-hilang angin masa dalam pantang tu. Dan juga sebagai antioksida..
Jadi, sesuailah kan sebagai menu harian dan makan masa berpantang. Dahlah boleh bakar lemak, boleh juga mengecutkan rahim selepas bersalin tu, sesuai untuk pengurusan berat badan dan juga sesuai untuk makanan OTAK anak-anak.