Photo: Canva

Mempunyai anak autisme memerlukan penjagaan yang lebih teliti bagi memastikan perkembangan dan pembesaran mereka berjalan dengan baik. Justeru pemakanan juga memainkan peranan penting untuk memastikan anak istimewa ini dapat menjalani kehidupan dengan sihat. Selain itu, pemakanan yang sihat dikatakan dapat membantu mengurangkan simptom anak-anak autisme.

Jika anda mempunyai anak autisme, ketahuilah bahawa mereka amat peka dengan rasa, tekstur, bau dan warna makanan yang diambil. mungkin ada sesetengah makanan tidak disukai mereka kerana warna atau bau yang mereka tidak suka. Jadi pastinya untuk mencuba sesuatu hidangan baru adalah sangat sukar.

Menurut satu artikel dalam Hello Doktor, sebaiknya anda yang mempunyai anak autistik ini tidak terlalu memaksan mereka untuk makan sesuatu yang baru yang tidak mereka sukai. Malah apa yang boleh anda buat ialah dengan membawa mereka bersama ke pasar raya dan minta mereka pilih makanan yang mereka suka. Bila berada di rumah pula cubalah sediakan hidangan yang mereka suka dengan menggunakan bahan-bahan berkhasiat. Jika anak tidak sukakanya itu adalah normal, berikan mereka sedikit masa untuk sesuaikan dengan menu baru yang anda perkenalkan.

Makanan Sihat Kurangkan Simptom Anak Autisme. Ini Cara Mama Papa Boleh Buat!
Photo: Canva

Nak pastikan anak autisme anda mendapat makanan berkhasiat ini yang boleh anda lakukan:

IKLAN

1. Tepati waktu makan

Waktu makan adalah agak sukar kepada kanak-kanak autisme. Anak anda mungkin berasa tidak selesa dengan cahaya lampu, susunan perabot, atau perkara-perkara lain di dapur.

Jadikanlah waktu makan sebagai rutin harian. Anda boleh cuba menyediakan makanan pada waktu yang sama setiap hari untuk mengurangkan stres anak anda. Anda haruslah bertimbang rasa terhadap keadaan anak anda dan cuba untuk memudahkan waktu makan dia. Lampu lilin mungkin adalah lebih baik berbanding lampu yang terang. Biarkan anak anda menikmati makanan kegemarannya atau biar dia memilih menu yang digemari, atau tempat duduknya. Ini akan menjadikan dia berasa selesa.

2. Diet khas

Memikirkan tentang diet khas kepada anak anda, terdapat diet tertentu yang boleh mengurangkan simptom autisme. Makanan yang mengandungi soya, gluten, atau kasein boleh memburukkan simptom anak anda. Dalam keadaan ini, elakkan produk yang mengandungi bahan ini. Terdapat pendapat yang mengatakan diet bebas kasein dan gluten adalah pilihan yang terbaik untuk kanak-kanak autisme. Anda harus mencubanya.

IKLAN
Makanan Sihat Kurangkan Simptom Anak Autisme. Ini Cara Mama Papa Boleh Buat!
Photo: Canva

3. Baca label

Memeriksa label pada makanan yang ingin dibeli membantu anda mengetahui kandungan di dalam pakej tersebut: bahan-bahan, nutrisi atau bahan kimia makanan. Anda boleh mengetahui makanan manakah yang kaya dengan vitamin, mineral, protein, lemak atau fiber. Anda boleh menyediakan makanan yang seimbang untuk anak anda. Anda juga boleh mengelakkan makanan yang terkandung bahan yang menjadikan autisme bertambah teruk (gluten, kasein sebagai contoh) kerana kadangkala sumber bahan ini tersembunyi.

4. Dapatkan bantuan daripada golongan profesional

Doktor, ahli nutrisi, atau ahli dietitian boleh memberikan nasihat yang berguna. Mereka arif tentang nutrisi dan mereka boleh membantu anak anda. Tanyalah mereka sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan tentang diet anak anda. Mereka juga boleh membantu anda menjadikan waktu makan lebih mudah dan menyeronokkan, kerana mereka mengetahui keadaan anak anda. Dan ia adalah normal sekiranya anda memerlukan bantuan untuk membesarkan anak yang mempunyai keperluan yang istimewa.

Makanan Sihat Kurangkan Simptom Anak Autisme. Ini Cara Mama Papa Boleh Buat!
Photo: Canva
Nutrisi memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak, terutamanya golongan yang mempunyai keadaan kesihatan tertentu seperti autisme. Berpandukan petua-petua yang berguna ini, anda boleh membantu anak anda mendapatkan makanan berkhasiat yang boleh mengurangkan simptom autismenya.
Kredit: Hello Doktor
Dengar cerita ada yang tak nak balik sebab seronok sangat main air. Faiz Dickie sempat tunjuk bakat terjun sampai perut mengandung pun hilang. Nak tahu siapa juara challenge kali ini, kenalah tengok sampai habis.

IKLAN

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI