Kehamilan

Seri Ibu Mengandung, Izara Aishah Papar Gambar Terkini Kehamilan. Bakal Lahirkan Anak Perempuan

Share

Umum mengetahui bahawa Izara Aishah, pelakon berbakat besar bakal melahirkan anak sulungnya tidak lama lagi. Baru-baru ini Izara ada memuat naik beberapa keping foto terkini di akaun Instagram miliknya.

Usia kandungannya kini sudah mencecah usia lebih tujuh bulan dan pastinya Izara sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ibu. Dalam foto-foto yang dimuat naik itu, Izara nampak berseri-seri dan semakin cantik. Perutnya juga sudah kelihatan membesar menandakan dirinya yang menghitung hari untuk melahirkan zuriat pertama.

Sebelum ini, sekitar Februari yang lalu Izara pernah memaklumkan bayi yang bakal dilahirkan adalah perempuan dalam sebuah majlis ‘Baby Shower’ yang diadakan untuknya.

Izara mendirikan rumah tangga bersama Adib Khalid yang merupakan anak tiri kepada penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza.

Izara dan Adib telah berkahwin pada 17 November 2017.

Semoga segala urusan Izara untuk bersalin kelak berjalan lancar dan dipermudahkan. Mesti comel wajah puteri sulung pasangan ini nanti.

Sumber: Media Hiburan & Izara Aishah

 

 

 

 

IKLAN