Hari Ibu yang bakal disambut Mei ini pastinya menjadi hari paling bermakna buat semua ibu. Mana tidaknya, hari inilah ibu-ibu diraikan anak-anak yang dikasihi. Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal tidak terkecuali diraikan oleh ketiga-tiga anaknya.
Menerusi Instagramnya, Wawa berkongsi sekeping gambar berupa kad ucapan Hari Ibu yang dihasilkan oleh anak-anak buatnya.
Kata Wawa, hatinya berbunga riang bila mana mendapat kad ucapan itu buat pertama kali. Bukan hadiah yang dinanti tetapi ucapan dan penghargaan penuh bermakna dari anak tercinta membuat hatinya begitu tersentuh.
“Ohhh melting, my first year anak ucap hari ibu.
“Seronoknya..berbunga-bunga hati. Ibu-ibu memang cemni eh?” katanya berkongsi di Instagram.
Ads
Bukan hanya ucapan, bahkan kedua anak Wawa, Attar dan Hayla turut menghias cantik kad ucapan buat ibu mereka dengan hiasan berbentuk hati bewarna merah.
“Thank you mommy for everything. I love you very much.
” Happy mother day. I love you a lot,”tulis Attar dan Hayla pada kad masing-masing.
Ads
Kad yang dihiasi dengan hiasan berbentuk hati disekelilingnya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada seluruh pengikut Wawa.
Rata-rata mereka memuji lukisan dan kad cantik Attar dan Hayla yang begitu menghargai ibu mereka.
Terdahulu, Wawa dan Aeril Zafril mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan kini pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Ahmad Fakharuddin Attar, Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa dan Ayya Sofea.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Kredit: @w4w4_zainal
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menangis pada hari pertama sekolah adalah kebiasaan yang akan berlaku pada hari pertama sekolah. Ibu ayah jangan judge anak & panik, mesti tahu punca anak menangis.
Hari pertama persekolahan anak mendebarkan bukan sahaja kepada si anak tetapi ibu ayah. Tidak dinafikan dalam bangunan sekolah nanti akan kedengaran tangisan dari kanak-kanak di sana sini dan pelbagai aksi pujuk memujuk akan berlaku.
Perkongsian daripada Puan Puan Marina Mohd Nor, Pengetua Tadika Ilmiah Bonda, Subang Bestari ini diharapkan dapat membantu anda memahami sebab kanak-kanak menangis pada hari pertama sekolah.
Saya, Teacher Marina selaku pengetua Ilmiah Bonda ingin kongsikan antara faktor yang menyebabkan anak-anak menangis di hari pertama persekolahan.
4 PUNCA KANAK-KANAK MENANGIS PADA HARI PERTAMA SEKOLAH
#1. BELUM MENGENALI ORANG SEKELILING
Ada ramai kawan-kawan yang tidak dikenali. Ini memberi kejutan besar kepada anak-anak. Kerana dia sedang dikelilingi oleh guru-guru dan kawan-kawan yang dia tidak pernah jumpa dan tidak kenal. Tiba-tiba anak-anak akan rasa terlalu asing dan takut.
#2. MENANGIS UNTUK MENGHILANGKAN RASA TAKUT
Ada kawan-kawan yang menangis. Apabila melihat atau berada di situasi yang penuh dengan suara tangisan, sedikit sebanyak perasaan mereka jadi berbaur. Jadi kanak-kanak itu akan meniru aksi menangis kawan-kawan lain untuk hilangkan rasa takut mereka.
#3. IBU AYAH HANYA HANTAR DI PAGAR SEKOLAH
Ibu bapa hantar di pagar sekolah sahaja tidak seperti semasa pendaftran, ibu dan ayah serta adik beradik lain masuk ke tadika dan menemani mereka bersama mereka di sekolah.
#4. MENGANTUK & LAPAR
Rasa mengantuk dan rasa lapar juga adakala faktor yang menganggu emosi kanak-kanak.
IBU AYAH JANGAN PANIK, LAKUKAN 3 PERKARA INI
Sekiranya perkara ini terjadi kepada anda, Puan Marina menyarankan supaya melakukan 3 perkara ini. Hal ini akan membantu meringankan tugas guru untuk memujuk anak-anak kecil ini.
Jadi jika berlaku situasi anak menangis di hari pertama persekolahan nanti, ibu, ayah, atok, nenek, uncle, mak cik jangan panik.
Ini antara cara ibu ayah boleh bantu ringankan kerja guru di sekolah;
#1. BERI LUANG MASA ANAK UNTUK BONDING DENGAN GURU
Guru-guru sudah bersedia dan terlatih untuk mengawal situasi ini, segera serahkan anak-anak kepada guru bertugas. Dan berikan mereka ruang masa untuk mengenali, bercakap dan berduaan dgn guru mereka.
#2. SEDIAKAN PAKAIAN EKSTRA & TUALA
Ada juga situasi, anak-anak akan menangis hingga muntah dan basah baju. Ibu bapa boleh mudahkan kerja guru dengan menyediakan baju salin dan tuala dalam beg mereka.
#3. ELAKKAN BERBUAL LAMA DENGAN GURU DI PAGAR SEKOLAH
Anak-anak sudah bersedia hendak ke sekolah, tetapi mereka perlukan masa. Beri masa guru-guru dan anak-anak menyesuaikan diri. Ibu bapa elakkan berbual dengan guru terlalu lama di pagar sekolah pada hari tersebut.
Kita semua mahu yang terbaik, kita perlu ingat bahawa di tadika guru bukan sahaja mengajar, mereka membantu kanak-kanak mengawal emosi, ajar anak-anak membuat keputusan, pastikan keselamatan anak-anak kita.
Jadi, mudahkan proses anak-anak kita belajar bersama guru-guru. Pengalaman yang dilalui oleh anak-anak adalah proses.
Doakan Allah permudahkan urusan menuntut ilmu anak-anak kita dan urusan guru-guru anak-anak kita.
Pesanan kasih mesra dari saya. Share bersama ibu bapa lain, semoga bermanfaat.
Impian untuk memiliki pasangan yang memahami, anak-anak yang baik dan soleh solehah sentiasa nombor satu dalam diri setiap individu. Tapi bagaimana nak dapat kebahagiaan itu?
Menurut Ustaz Ebit Lew tiada siapa boleh beri kita bahagia melainkan Allah SWT sahaja. Dialah yang memberikan hati kita tenang dan bahagia. Dialah yang menjadikan suami/isteri saling sayang-menyayang dan anak-anak baik mendengar kata.
Oleh itu kita mestilah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah bagi. Allah SWT bagi macam-macam nikmat kepada kita.
Nak bahagia kena berjuang dan berkorban
Macam mana nak buat supaya anak-anak dengar cakap, macam mana nak buat supaya isteri/suami bertambah sayang pada kita? Apa amalan-amalan yang patut kita buat?
Tambah Ustaz lagi, kalau kita nak kan kebahagiaan tersebut mula-mula sekali kena buat baik pada keluarga, sentiasa doa kepada Allah supaya gerakkan hati pasangan kita untuk sayangkan kita, gerakkan hati anak-anak mudah mendengar cakap.
Oleh itu ketua keluarga iaitu suami kena bawa isteri dan anak-anak dekat dengan Allah SWT. Bawa ahli keluarga belajar iman, kenal Allah dan Rasulullah s.a.w. Contoh keluarga bahagia dan rumah tangga paling bahagia adalah rumah tangga Nabi s.a.w. Jadikan kisah kehidupan Nabi sebagai contoh kita hidup berkeluarga.
Kalau kita nak Allah SWT sayang jadi kita kena sanggup buat apa sahaja untuk pastikan Allah sayang kita. Dalam hidup ini tak perlu cari siapa salah dan siapa silap. Suami tak perlu cakap isteri silap dan isteri juga tak perlu salahkan suami. Masing-masing kena berkorban dan berusaha mendekatkan diri pada Allah SWT.
Untuk bahagia kena berjuang, berkorban dan berusaha. Ia bukannya boleh datang sekelip mata atau telan apa-apa pil bahagia. Tapi kena berusaha membawa ahli keluarga dekat dengan Allah. Bila dekat dengan Allah dan dalam hati ada iman, Insya-Allah semuanya dipermudahkan.
Suami dan isteri saling sayang-menyayang, anak-anak tak degil sebab masing-masing tahu jika buat baik Allah akan lebih sayang kerana sayang yang kita mahu itu semuanya kurniaan daripada Allah jua.
Makanya, bawalah ahli keluarga datang ke majlis ilmu, mendengar cerita kehidupan akhirat, cerita kehidupan Rasulullah s.a.w. Kita tak akan dapat bahagia bila tak bawa ahli keluarga kepada sunnah Nabi.
Amal 3 doa ini untuk bahagia
1. Surah al-Furqan ayat 74
Amalkan doa ini selalu. Jangan tinggalkan ia. Ini adalah rahsia bahagia dalam kehidupan. Ia adalah doa paling mujarab untuk kebahagiaan dalam keluarga. Ia umpama kemuncak bahagia. Allah yang ajarkan manusia doa ini dalam al-Quran.
Maksud ayat ini: “Ya Allah anugerahkan kami pasangan yang menyejukkan mata dan beri keturuan zuriat yang dapat memimpin pada kebaikan.”
Allah yang beri rasa sayang dan cinta pada pasangan. Bila tengok rasa tenang dan bahagia walaupun tak banyak duit dan tak cantik atau handsome.
Keluarga bahagia adalah impian untuk pimpin tangan pasangan dan anak-anak masuk ke syurga Allah. Bawa mereka dekat pada Allah SWT. Syarat bahagia sebuah keluarga yang ALlah dah tetapkan iaitu mengurniakan kita wajah pasangan yang menyejukkan mata dan pimpin ke syurga.
Bila kita pimpin pasangan dan anak-anak dekat dengan Allah mereka juga akan bahagia. Kalau kita nak bahagiakan anak-anak bukan bila mereka sedih kita bagi mainan, kita bagi gajet, kita bawa jalan-jalan. Kita sepatutnya bimbing anak-anak dekta dengan Allah SWT dan Nabi s.a.w.
2. Surah Ibrahim ayat 40
Macam mana nak suruh anak-anak mudah solat? Amalkan doa ini Insya-Allah anak-anak akan mudah solat, solat awal bahkan bersolat sunat juga.
Maksud ayat ini: “Ya Allah jadikan aku orang yang mendirikan solat dan zuriat keturunan aku orang yang menjaga solat.”
Tujuan hidup kita adalah untuk mendapat reda Allah. Oleh itu kita kena dekatkan diri pada Allah. Doa pada Allah supaya kita dan zuriat keturunan jadi orang yang menjaga solat. Orang yang menjaga solat adalah orang yang dekat pada Allah. Ahli solat tidak akan mudah marah-marah, tak suka maki hamun, tidak mengeluh dalam hidup, tenang dalam hidup, tak cepat melatah, lidah jadi baik, tak menyakitkan hati orang lain.
Ahli solat akan sentiasa cakap baik, tak menyakitkan hati orang. Kalau anak kita suka anak cakap kasar dan tak reti nak cakap lembut sebenarnya ia bermula dengan diri kita sendiri.
Bila kita adalah orang ahli solat maka secara tak langsung kita juga orang yang sangat menjaga lidah dan tak cakap kasar pada pasangan dan anak-anak. Ibu ayah jangan terlalu kasar dan keras pada anak-anak 24 jam. Bertegas pada mereka itu perlu tapi jangan sampai anak-anak jadi tak suka dan takut pada kita.
Semakin anak-anak membesar mereka dahagakan kasih sayang dan pelukan ciuman dari ibu ayah. Oleh itu janganlah asyik tengok handphone 24 jam bila di rumah sampai lupa nak tengok dan pelu cium suami/isteri dan anak-anak.
Dalam hidup ini kita kena menghargai apa yang kita ada. Kadang-kala kita kurang mempunyai hati yang bersyukur dan menghargai apa yang ada pada kita.
Nabi s.a.w bersabda orang yang paling baik adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Bila kita syukur, Allah sayang kita. Bangunkan keluarga dengan kasih sayang dan peluk cium anak-anak setiap masa.
3. Surah al-Ahqaf ayat 15
Satu orang tanya pada Talhah r.a apa nak buat bila anak dia degil. Talhah r.a cakap baca surah al-Ahqaf ayat 15.
Maksud ayat ini: “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.”
Saidina Ali r.a berkata ini doa yang diamalkan oleh Saidini Abu Bakar As-Siddiq ketika umur 40 tahun dan Allah bagi semua alli keluarganya memeluk Islam
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon popular Rita Rudaini sebak dan terharu menerima kek pisang daripada dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna sempena hari jadinya yang ke-43.
Rita berkata, dia tidak menjangka kedua-dua anaknya akan membuat kejutan itu selepas pulang dari sekolah.
“Sejujurnya, tindakan mereka itu buat saya tersentuh. Pulang sekolah, mereka berikan dua hiris kek pisang yang dibeli di kantin dan ucap ’selamat hari jadi mummy’. Memang sedih dan sebak. Walaupun kek pisang, tapi mereka ingat.
“Mereka tahu hari jadi saya. Macam Rayyan bukan saja tarikh lahir saya, tapi juga adik, nenek dan sepupu dia ingat.
“Jadi pada hari jadi saya tidak menjangka dia akan bawa balik kek pisang,”
Rita berdoa dan berharap pada usia itu dia terus diberi kesihatan baik supaya dapat membesarkan dua anaknya.
“Soal sambutan hari jadi, tidak berharap pun. Kalau boleh tak nak sambut sangat sebab sudah tua, cukuplah. Tidak ada ‘feel’ nak sambut. Kalau ada, adalah sebagai tanda orang ingat.
“Apa yang penting, saya diberi kesihatan yang baik supaya dapat besarkan anak sampai mereka dewasa dan sihat tubuh badan. Itu saja saya mahu,” katanya.
Ditanya soal jodoh, Rita tidak menolak takdir dan ketentuan Allah SWT.
“Kalau boleh sudah tak nak. Tapi, kalau ditakdirkan Allah hantar seseorang, saya terima saja. Moga yang baik-baik untuk anak,” katanya.