
Malaysia tidak merekodkan sebarang kes membabitkan penyakit Kawasaki termasuk 317 kanak-kanak yang positif Covid-19.
Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan langkah pencegahan perlu diambil untuk mengelakkan jangkitan kepada kanak-kanak.
Beliau berkata, penyakit Kawasaki adalah keradangan saluran darah atau vaskulitis terutamanya membabitkan kanak-kanak muda di bawah umur lima tahun.
“Kanak-kanak umur lima tahun ke bawah yang diserang sindrom ini akan mengalami gejala demam dan ruam di kawasan tertentu.
ARTIKEL MENARIK [ Virus Covid-19 Sekitar 2 Tahun Baru Ada Vaksin. Hadkan Bawa Anak Ke Tempat Umum]
“Apabila virus menyerang saluran darah, jantung dan sebagainya ia akan melemahkan jantung serta saluran itu.
“Setakat ini di Malaysia tiada kanak-kanak yang direkodkan sindrom Kawasaki,” katanya.
Noor Hisham memberikan reaksi berkenaan bagi mengulas laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendakwa terdapat sindrom seperti penyakit Kawasaki pada kanak-kanak yang positif Covid-19.
Sebelum ini, Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Ghebreyesu dipetik sebagai berkata, laporan dari Eropah dan Amerika Utara mengesan sejumlah kecil kanak-kanak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dengan radang pelbagai sistem serta beberapa ciri yang serupa dengan penyakit Kawasaki dan sindrom kejutan toksik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





