Berhentilah rasa stres kerana anak belum pandai itu dan ini. Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stres.
Setiap anak perkembangannya lain-lain. Tak semestinya anak lambat, dia tak boleh berjaya. Mungkin di awalnya saja tapi bila dah dapat rentak dia yang akan membanggakan kita nanti.Perkongsian Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose ini boleh memberi gambaran jelas mengenai hal ini.
Jika anak sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik. Jika anak belum boleh bercakap pada usia di bawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay.
Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.
Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.
Ads
Mesej untuk ibu bapa janganlah terlalu stres kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anda bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang.
Ads
Dan yang paling Ibu hendak ingatkan JANGAN sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat hendak mendidik dia.
Betul ke mak ayah punca anak jadi terlalu manja? Sebelum terlambat baik bertindak dari awal. Ingat jangan dibiarkan dengan harapan anak kecil belum tahu apa-apa.
Jika diikutkan secara lahiriah anak-anak kecil tidak dilahirkan dengan perangai yang manja. Jadi bagaimana mereka boleh bersikap manja dan kadang kala terlalu manja? Sebenarnya ibu bapa yang membentuk anak-anak menjadi manja.
Keletah anak-anak yang jujur dalam perlakuan dan percakapan kadang kala membuatkan kita keterlaluan menurutkan apa sahaja kehendak mereka. Merayu, memujuk dan menunjukkan wajah comel kepada ibu bapa apabila mahukan sesuatu adalah senjata ampuh kanak-kanak. Paling kronik mereka akan menangis berguling-guling kerana tahu ibu bapa akan menjadi lemah jika mereka berbuat demikian.
Semakin mereka meningkat usia, perlakuan manja yang secara tidak sengaja dibentuk daripada sikap ibu bapa sendiri yang gemar menurut kemahuan anak-anak memungkinkan mereka menjadi anak yang tidak berdisiplin dan sukar dikawal perlakuannya sama ada di rumah atau di luar.
Oleh yang demikian, ibu bapa perlu mengenali 10 tanda perilaku berikut yang menunjukkan ciri-ciri anak manja yang mungkin menjadi sukar dikawal. Segeralah bertindak menanganinya sebelum terlambat.
1. Mereka akan menangis dan menjerit jika inginkan sesuatu. Contohnya, ingin barangan permainan yang mereka inginkan. Menangis dan menjerit sekuat hati hingga boleh mengganggu orang lain yang lalu lalang di kawasan berkenaan.
2. Suka merajuk sambil terlentang di atas lantai dan enggan bangun jika kemahuannya tidak dituruti. Contohnya,tidak dapat menonton rancangan kegemaran kartun kegemaran mereka. Maka berguling-guling lah anak itu serba tak kena dibuatnya.
3. Sering marah dan memukul ibu bapa apabila dikenakan hukuman atau dimarahi. Bila mereka dimarahi, mereka akan marah kat kita balik siap pukul kita lagi tu.
4. Mengabaikan pertanyaan ibu bapa. Contohnya apabila ibu atau bapa bertanya, mereka tidak akan menjawab. Seolah-olah macam nak protes.
5. Bersikap kasar dengan orang dewasa dan adik-beradik lain. Contohnya,dari segi percakapan dan perlakuan mereka. Adakala cara percakapan mereka mengalahkan cara kita.
6. Menolak berkongsi mainan dan sebagainya dengan adik-beradik lain. Perkara ini jangan dibiarkan. Kena ajar cara berkongsi barang.
7. Suka menjadi perhatian jika berada dalam kumpulan kanak-kanak seusianya. Macam-macam benda la yang mereka akan cuba buat untuk tarik perhatian walaupun dia tahu benda yang mereka buat tu berbahaya pada diri dan jugak orang lain.
8. Selalu mahukan apa yang menjadi milik orang lain. Bila berjaya mendapatnya, mereka inginkan sesuatu yang baru pula. Bila dah dapat barang kepunyaan orang lain mereka akan minta pulak barangan lain yang lebih baik daripada barangan yang sedia ada
9. Membiarkan bilik bersepah dan tidak mahu mengemasnya sehingga akhirnya ibu bapa mengalah dan membereskannya kerana tidak sanggup melihat keadaan itu.
10. Sukar tidur mengikut waktu tidur yang sepatutnya.Bila mak ayah minta untuk masuk tidur mereka tak jugak masuk..Walaupun hari dah tengah malam masih lagi leka untuk bermain.
Apa yang harus dilakukan?
– Berikan mereka ganjaran bagi kelakuan baik yang ditunjukkan, dan hukuman bagi kesalahan yang dilakukkan. Bila anak menjerit mahukan sesuatu, jangan berikan sehingga mereka menyedari yang tingkah laku tersebut salah serta meminta maaf.
– Apabila mereka sedang marah dan enggan berganjak daripada lantai, angkat dan masukkan mereka ke dalam bilik sehingga mereka tenang dan meminta maaf atas kesalahan.
– Apabila anak-anak mengabaikan perintah anda untuk melakukan sesuatu, hukumlah segera. Suruh berdiri di satu sudut dan jangan berganjak selagi belum meminta maaf.
– Jangan turuti semua permintaan anak. Biasakan anak berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang mereka inginkan.
– Jika bilik mereka bersepah, jangan izinkan mereka keluar dari bilik sehingga mereka membersihkan bilik.
– Tetapkan waktu tidur mereka dan didik mereka berdisiplin dengan peraturan tersebut. Anda mesti bertegas dengan peraturan yang dibuat dan jangan mengalah dengan pujuk rayu anak.
Bila bulan lepas anak dah selesema, lepas tu kena semula, ibu-ibu pun dah buntu. Kalau nak bergantung dengan ubat pun tak elok juga untuk anak kecil. Jadi ada baiknya ibu cuba buat beberapa langkah untuk mengurangkan selesema di rumah.
Apa yang dikongsikan oleh Dr Ezzairy M.Sallih ini boleh dijadikan panduan untuk anak yang selali alami hidung berai atau kerap bersin.
Anak anda selalu alami hidung berair? Bersin-bersin?
Jom kita perhati rawatan di rumah berikut untuk mengurangkan gejala selsema dan hidung berair.
Minum air masak dan pastikan sentiasa cukup. Ia dapat membantu jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung.
Ini memastikan bahawa lendir di dalam sinus anda mengalir konsisten dan mudah untuk anda mengeluarkannya. Jika tidak, ia mungkin lebih pekat, dan susah untuk dihembus keluar.
Minuman panas biasanya lebih berguna daripada yang sejuk. Ini adalah kerana haba dan wap mereka, yang membantu saluran udara terbuka dan decongest.
Buat secawan minuman panas (sebaiknya tidak berkafein) dan nafas stim sebelum minum.
Menghirup wap panas telah terbukti untuk membantu merawat hidung berair. Ia dapat mengurangkan masa pemulihan penyakit sekitar satu minggu berbanding dengan tiada penyedutan wap sama sekali.
Panaskan air bersih di dalam periuk bersih di atas dapur anda. Panaskan ia cukup sehingga stim terhasil.
Letakkan wajah anda di atas stim selama 20 minit pada satu masa. Ambillah nafas panjang melalui hidung anda. Ambil rehat jika wajah anda menjadi terlalu panas.
Hembus lendir dan hingus anda selepas itu untuk menghilangkan lendir.
Perlu bantuan cepat? Cuba mandi panas. Sama seperti minuman panas atau wap wajah, air mandi boleh membantu meringankan hidung berair.
Makanan pedas boleh membuat hidung berair lebih teruk. Walau bagaimanapun, jika anda juga mengalami gejala kesesakan hidung, makan makanan pedas ada kalanya boleh membantu. Boleh lakukan ikut keperluan anda.
Ini juga penting. Penting sebab segala makanan dan persekitaran yang boleh menyebabkan gejala selsema lebih teruk seperti penghawa dingin, makanan laut dan sebagainya perlu dielak. Jika tidak, masalah anda tidak akan selesai.
Apabila semua langkah sudah dilakukan masih gagal mengurangkan masalah, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat doktor. Lakukan pemeriksaan dan cari punca sebenarnya. Dapatkan ubat yang terbaik.
Abang kepada dua instafamous cilik, Fatimah & Ali berjaya masuk ke sekolah ternama di UK! Tahniah Umar Mukhtar, contoh yang baik kepada adik-adik.
Siapa tak kenal Fatimah & Ali dari thefamily.uk yang petah. “Jange panggil Timoh…panggil Fatimah semula” adalah antara yang paling viral tentang si kecil ini.
Umar Mukhtar, abang sulung kesayangan Fatimah dan Ali yang kini berusia 12 tahun bakal melanjutkan pelajaran ke Kings Edward’s School, (KES) Birmingham iaitu antara sekolah terbaik di UK.
IMPIAN JADI KENYATAAN
Akhirnya hari yang dinantikan sudah tiba. Saya akhirnya secara rasmi menjadi pelajar di Kings Edward’s School dan sangat teruja dengan ini. Syukur kerana impian saya menjadi kenyataan.
Terima kasih, Daddy, Mommy dan seluruh ahli keluarga yang sentiasa bersama saya pada hari yang bermakna ini. Saya akan cuba yang terbaik untuk membanggakan korang semua.
Terima kasih semua atas ucapan dan doa. Sokongan anda amat saya hargai, tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. Semoga Allah merahmati anda dan keluarga.
CITA-CITA SEJAK USIA 10 TAHUN
Lihat budak lelaki di dalam gambar ini. Iu adalah saya pada 18 Mac 2017! Masa itu saya masih berusia 10 tahun. Saya masih ingat perasaannya bila melangkah ke KES pada open day mereka. Macam Harry Potter pergi ke Hogwarts.
Saya rasa ada chemistry antara saya dan sekolah ini. Saya boleh bayangkan diri saya di sana, menjadi salah seorang pelajar KES, menghabiskan pelajaran di KES dan kemudian melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford. Saya merasakan ia adalah impian yang tinggi kerana untuk agak sukar memasuki KES, seperti mustahil! Tetapi dengan bantuan Allah, kerja kuat dan sokongan daripada semua saya lulus peperiksaan kemasukan ke sini dengan cemerlang.
DAPAT BIASISWA PENUH!
Bukan itu sahaja, saya bersyukur kerana diberikan biasiswa penuh daripada 125 pelajar yang terpilih. Syukur kepada Allah atas peluang yang diberikan Nya ini.
KENAPA MEMILIH SEKOLAH INI?
Kenapa saya memilih sekolah ini? Sekolah ini telah ditubuhkan sejak 500 tahun yang lalu oleh King Edward VI. Ia sebenarnya diasaskan pada 1552 oleh King Edward VI & sekarang hampir 500 tahun. JRR Tolkien, pengarang terkenal ‘The Lord of the Rings’ & ‘The Hobbit’ dan banyak lagi orang yang terkenal di kalangan alumni sekolah atau mereka suka menyebutnya, “Orang Lama Edward”. Ada di antaranya adalah pemenang Hadiah Nobel! Ramai lepasan sekolah ini melanjutkan pelajaran ke Oxford dan Cambridge. Ia amat menginspirasikan!