Setiap Anak Ada Rezeki. Jangan Tanya Kenapa Tak Pandai. Selagi Boleh Didiklah Sebaiknya

Share

Berhentilah rasa stres kerana anak belum pandai itu dan ini. Jika anak belum boleh berjalan pada usia 12 bulan ke bawah tapi anak jiran sudah pandai, janganlah stres.

Setiap anak perkembangannya lain-lain. Tak semestinya anak lambat, dia tak boleh berjaya. Mungkin di awalnya saja tapi bila dah dapat rentak dia yang akan membanggakan kita nanti.Perkongsian Pakar Kekeluargaan, Keibubapaan Dan Kasih Sayang, Ibu Rose ini boleh memberi gambaran jelas mengenai hal ini.

Jika anak sudah mula merangkak dan bergayut, itu petanda baik. Jika anak belum boleh bercakap pada usia di bawah dua tahun, janganlah nak dimarah anak itu. Hanya pastikan pendengarannya okay, bahagian rahang tengkok, lidahnya okay.

ARTIKEL LAIN [Tak Perlu Soal Kenapa Perangai Abang Macam Ni, Adik Macam Ni. Setiap Anak Lain-Lain]

Bawalah berjumpa pakar jika dia langsung tidak boleh bertutur apa pun pada usia melebihi 2.5 tahun. Sekadar memastikan.

Jika anak belum pandai membaca, janganlah dimarahi anak itu. Ajar dengan sabar. Jika dia masih belum boleh membaca pada usia 8 tahun, bawalah berjumpa pakar untuk mengenal pasti jika dia Dysleksia.

 

Mesej untuk ibu bapa janganlah terlalu stres kerana membanding atau dibanding anak anda dengan anak orang sehinggakan anda merasakan diri anda bukan ibu atau bapa yang baik dan anak anda anak yang tidak cemerlang.

Dan yang paling Ibu hendak ingatkan JANGAN sekali izinkan di hati tercetus perasaan benci kepada anak kerana susah sangat hendak mendidik dia.

Sumber: Ibu Rose

IKLAN