Sebut je mengidam, boleh dikatakan wanita hamil akan melalui fasa ini. Jika tak dapat apa yang diingini, sampai boleh menangis. Sama juga situasinya dengan pengacara dan usahawan terkenal Neelofa.
Setiap hari teringin nasi lemak
Sedang menghitung hari untuk bersalin, Neelofa, 33, mendedahkan pernah mengidam untuk makan nasi lemak setiap hari pada trimester pertama dan kedua.
Pada mulanya saya tak tahu inikah rasa mengandung? Sangat mencabar sebab badan kita berubah ditambah pula dengan ‘morning sickness’ pada trimester pertama.
Awal-awal tu, saya ingatkan tidak akan mengidam tetapi selepas memasuki fasa ketiga kehamilan baru sedar saya mengidam nasi lemak hampir setiap hari. Pada fasa pertama dan kedua, nasi lemak memang kena ada setiap hari.
Neelofa berkongsi perkara tersebut ketika siaran langsung Instagram (IG) bersama penyanyi, Ernie Zakri, baru-baru ini.
Berkongsi lebih lanjut, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkata, makanan pertama yang dibeli setiap pagi adalah nasi lemak namun terhenti ketika memasuki trimester ketiga.
Ads
Setiap kali bangun pagi mesti akan mula mencari kedai dalam talian yang menjual nasi lemak tetapi selepas masuk fasa ketiga, tiada langsung keinginan untuk menjamahnya.
Tak boleh makan suplemen
Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail atau PU Riz memberitahu perubahan ketara sepanjang kehamilan adalah dia tidak suka mengambil makanan tambahan atau suplemen untuk kesihatannya.
Saya seorang yang makan suplemen seperti vitamin tetapi sekarang nak telan pun tidak boleh.
Ads
Makan sikit terus rasa pening dan memang pelik. Itu antara benda yang berbeza sebelum dan selepas hamil.
Baru-baru ini, Neelofa akhirnya secara terbuka berkongsi fasa terakhir kehamilan. Namun, dia enggan mendedahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi pertamanya.
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali bawa anak keluar makan, cabaran bermula bila mana anak tidak mahu duduk diam. Ada nak bergerak ke sana sini, ada juga yang melompat-lompat. Sudahnya gajet juga jadi pilihan.
Namun bagi Mia Ahmad, dia selesa melakukan pelbagai aktiviti buat dua anaknya, Sayf Issa dan Iris ketika menunggu makanan sampai di meja makan. Ini yang dikongsikan oleh Mia.
“Parents, please share your activities kat meja makan sementara tunggu makanan sampai selain daripada bagi handphone?
“I am trying my best untuk tak bagi anak-anak gadget nak-nak time dekat meja makan.
“Tiga jam sebelum nak makan i takkan bagi diorang snacking ke apa supaya bila time nak makan nanti diorg betul-betul lapar diorang akan join sekali kita makan dan tak ingat nak main benda lain,” katanya berkongsi menerusi Instagramnya.
Struggle bawa anak keluar
Malah Mia juga turut memuat naik videonya ketika menunggu waktu makan dengan memilih aktiviti melukis dan mewarna buat dua anaknya.
Namun kata Mia, dia amat memahami masalah ibu-ibu sepertinya yang struggle setiap kali bawa anak keluar. Cabaran berganda bila mana anak masih kecil dan jarak usianya rapat-rapat.
“Cumanya kadang-kadang stuck juga ya jadi ibu-ibu yang anak rapat-rapat masih kecil ni dua-dua nak attention so kadang-kadang terlanjur juga bagi gadget.
“Mungkin some of you rasa anak-anak belajar banyak dari situ, dan saya agree tentang itu cuma nya bila dah set dalam kepala macam tu kita as a parent jadi kurang kreativiti nak introduce anak-anak dengan permainan lain selain daripada bagi gadget.
“Dah banyak kajian dari pakar tentang keburukan gadget ni kepada anak-anak terutama sekali anak-anak kecil termasuk lah kesannya kepada mata mereka dan juga masalah behaviour yang lain,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, isteri kepada pemain bola sepak itu juga turut meminta pengikutnya berkongsi aktiviti ibu bersama anak-anak mereka ketika di meja makan.
“So parents yang anak rapat-rapat macam mia ni boleh share ke aktiviti apa yang you all introduce dekat anak-anak bila kat meja makan, bila kita tengah solat, mandi, masak dan sebagainya?” tulisnya lagi.
Followers kongsi tip
Banyak tip yang dikongsikan pengikut Mia di Instagram. Semoga menjadi panduan untuk ibu-ibu yang lain.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum berjumpa doktor untuk mendapatkan keputusan rasmi kewujudan bayi, anda boleh mengambil ujian kehamilan di rumah sendiri. Artikel ini akan memberikan anda panduan mengenai cara untuk menjalankan ujian kehamilan di rumah.
Bila lakukan ujian?
Wanita perlu mengambil ujian sekurang-kurangnya seminggu selepas mereka terlepas tempoh haid bagi mendapatkan hasil yang paling tepat. Ambil terlalu awal boleh cenderung kepada jawapan palsu apabila ujian adalah negatif tetapi sebenarnya, anda hamil. Dinasihatkan untuk mengambil ujian pada waktu pagi apabila air kencing pekat.
Sejauh mana ketepatan ujian?
Terdapat dua jenis ujian kehamilan iaitu ujian air kencing di rumah dan ujian darah yang dijalankan di pusat perubatan. Ujian air kencing dirumah adalah 99% tepat manakala ujian darah adalah lebih tepat. Ketepatan ujian kehamilan bergantung kepada:
Sejauh mana wanita ikut arahan
Bila berlaku implantasi
Apabila anda mengambil ujian (berapa lama selepas kehamilan anda mengambil ujian)
Sifat atau sensitiviti ujian kehamilan
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, ujian membawa hasil palsu jika terdapat protein atau darah dalam air kencing. Selain itu, jika pengambil ujian itu mengambil beberapa jenis ubat-ubatan, ia boleh menjejaskan ketepatan ujian.
Bagaimana melakukan ujian kehamilan di rumah?
Ujian kehamilan di rumah adalah sangat mudah digunakan dan memberikan hasil yang tepat dalam masa yang singkat selagi wanita ikut arahan dengan teliti.
Terdapat banyak cara untuk melakukan ujian. Ini adalah bagaimana untuk menggunakan ujian bukan digital.
Langkah 1: Wanita boleh memilih salah satu daripada kaedah ini:
Kumpul air kencing awal pagi dalam cawan. Rendamkan batang ujian ke dalam air kencing.
Pastikan batang ujian terus dalam aliran air kencing.
Kumpul air kencing dalam cawan. Menggunakan penitis untuk titiskan air kencing ke kayu ujian.
Langkah 2:Tunggu beberapa minit untuk melihat hasilnya.
Langkah 3: Baca hasilnya. Bergantung kepada jenis kit ujian, hasilnya ditunjukkan berbeza. Jika anda hamil, hasil ujian boleh menjadi:
Dua baris
Berwarna
Tanda “+”
Jika wanita menggunakan ujian digital, langkah 1 dan langkah 2 adalah sama seperti dalam ujian bukan digital. Walau bagaimanapun, pada langkah terakhir, ujian akan membaca keputusan dengan jelas, sama ada “mengandung” atau “tidak mengandung”.
Apa yang perlu dilakukan seterusnya?
Jika ujian memberikan hasil positif, jumpa ke doktor untuk mengesahkan.
Jika ujian memberikan hasil negatif tetapi anda masih percaya bahawa anda sebenarnya hamil, pergi ke pusat perubatan juga.
Pertama Kali Check-Up
Pink dan ibu mengandung berpisah tiada, hehehe, macam sepasang kekasih pula. Buku pink (biasanya di klinik kesihatan kerajaan) akan dibuka apabila ibu didapati telah hamil. Kiranya buku pink ni merupakan rekod pemeriksaan kesihatan sepanjang ibu mengandung.
Bila Waktu Sesuai Buka Buku Pink Ibu Mengandung?
Bagi wanita yang baru pertama kali bakal bergelar ibu, mesti tertanya-tanya, bilakah waktu yang paling sesuai untuk buka buku pink ni kan?
Sebenarnya bukan ibu yang baru nak menimang anak pertama jer, ibu-ibu yang dah ada anak 2-3 orang pun boleh blur sekejap terutamanya jika jarak kehamilan setiap anak tu agak jauh, macam 3-4 tahun, gitu.
Kebanyakan waktu yang disyorkan untuk membuka buku pink adalah setelah kehamilan mencecah 10 minggu.
Ada sesetengah klinik kerajaan memerlukan pengesahan kehamilan, contohnya daripada klinik swasta, ada sesetengahnya pula tak kisah asalkan kita memang betul-betul confirm yang kita hamil.
Bagaimana Nak Kira Jangkaan Usia Kandungan?
Semasa para ibu nak buka buku pink tu nanti, nurse yang bertugas mesti akan tanya tarikh hari pertama period terakhir kita.
Sebab itulah ibu-ibu sekalian perlu aware tentang bila hari pertama period kita setiap bulan. Tujuannya supaya dapat dijangkakan usia kandungan ibu.
Contoh Cara Kira Usia Kandungan:
Tarikh check UPT: 1 September 2017
Hari pertama period terakhir ibu: 1 Julai 2017
Jadi, dari hari pertama last period ibu tu, sehingga ke hari check UPT, usia kandungan lebih kurang 8 minggu dan menghampiri 9 minggu dah.
Boleh tunggu seminggu dua lagi untuk buka buku pink.
Haaaa, mudah kan?
Kenapa Bahaya Buka Buku Pink Lambat Sangat?
Buka buku pink lambat ni biasanya akan menjadi isu kalau ibu pernah mengalami masalah atau komplikasi sewaktu mengandung atau bersalin semasa kehamilan terdahulu.
Mungkin juga sekiranya para ibu mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik seperti kencing manis atau darah tinggi.
Macam kalau ibu pernah mengalami anemia kronik, kalau buat tak tahu, bayi mungkin boleh mengalami keguguran.
Kalau jadi kes macam ni, penelitian dengan lebih lagi perlu diberikan. Kalau tak, selalunya takde hal lah sangat.
Boleh Tak Nak Buka Buku Pink Awal?
Boleh ajer dan dinasihatkan buka awal sekiranya ibu merupakan golongan berisiko tadi. Kalau tak, agak leceh sikitlah nak kene check darah dan urin serta menunggu giliran yang agak lama, selalunya.
Tapi kalau awal sangat, macam 2-3 minggu tu, ada yang berkongsi pengalaman, nurse suruh balik jer dulu. Lepas tu datang balik bila usia kandungan dah 10 minggu :D.
Mungkin kalau kita takde masalah, lebih baik ruang waktu tu diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan. Di samping itu, 10 minggu ke atas tu mungkin juga waktu yang paling sesuai memantau perkembangan ibu hamil.dan bayi.
Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Buka Buku Pink
Kebiasaannya perlu bawa IC. Walaupun ada sesetengah ibu yang berkongsi, perlu bawa sijil nikah serta bil eletrik atau air, tapi seingat saya, semasa nak buka buku pink dulu, saya diminta tunjukkan IC jer. Sijil nikah pun tak perlu. Tapi bawa jer kad nikah yang macam IC tu.
Bil elektrik atau air tu sebab kalau klinik kerajaan, diaorang nak pastikan yang alamat rumah kita adalah betul sebab pembahagian pemeriksaan kesihatan semasa mengandung dibuat mengikut kawasan tempat tinggal.
Ada orang yang alamat rumah dalam IC berlainan dengan kawasan coverage (mungkin guna alamat kampung) klinik kesihatan tu. Bil air atau elektrik kan sebagai penunjuk alamat semasa kita.
Kalau klinik swasta, tak kisahlah nak tinggal kat mana-mana pun.
Biasanya, untuk ibu yang pertama kali buka buku pink, 2 ujian yang akan dilakukan iaitu:-
ujian darah
ujian air kencing
Seterusnya nanti, nurse akan buat interview sikit. Nak tahu berkenaan sejarah kesihatan keluarga suami dan isteri seperti penyakit 3 serangkai. Macam ibu ni, kalau pernah mengandung, dulu ada tak mengalami GDM (kencing manis semasa hamil), anemia, darah tinggi dan sebagainya.
Walaupun interview tu sikit, soalan mungkin banyak dan macam-macam…hahaha. Layankan ajer. Semua info yang ditanya oleh nurse ni biasanya penting untuk kesihatan ibu dan bayi.
Selepas tu, nurse akan buat pemeriksaan breast. Selalunya nak tengok keadaan breast, ok ke tak tak bila time nak menyusu nanti. Nipple timbul ke tak. Check sikit dan sekejap jer.
Kemudian nanti, ibu diminta untuk masuk ke bilik pemeriksaan yang ada tabir kain tu. Nanti nurse akan tekan-tekan perut untuk ambil ukuran janin.
Biasanya rasa ketulan jer kalau baru 10-12 minggu ni sebab masih kecil.
Apa Nak Buat Dengan Buku Pink?
Ada apa dengan buku pink ni? Penting kah?
Sangat penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja buku ni, ye ibu-ibu sekalian, terutamanya time checkup lah. Jangan pula nak checkup nanti, boleh tertinggal buku pink ni. Tak pasal-pasal dengar ceramah free daripada nurse tu karang.
Dalam buku pink ni terdapat segala macam rekod kesihatan ibu dan bayi termasuklah berat ibu, ukuran bayi, bacaan hb, keputusan bacaan darah, keputusan bacaan air kencing, risiko ibu hamil, ulasan nurse, ulasan doktor, keadaan bayi dan macam-macam lagilah.
Kalau nak pergi bercuti atau travel jauh-jauh, balik kampung ke, silahlah bawa bersama buku pink ni. Mana tahukan, kalau berlaku apa-apa ke, mudah untuk ibu-ibu refer ke klinik atau hospital yang berdekatan.
Kalau ikutkan, pada awal kehamilan ni, check mengandung adalah 1 kali sebulan jer. Tapi kalau ada masalah kesihatan macam GDM (kencing manis semasa hamil), darah tinggi atau bacaan HB rendah (khasnya anemia kronik), checkup selalunya perlu dilakukan 2 minggu sekali. Penat tu nak melayan, kan?
Jadi, para ibu sekalian, dari awal lagi perlu jaga kesihatan, jaga pemakanan dan selalu bersenam. Nanti bila nak buka buku pink, takdelah masalah kesihatan lain pula.
Semoga ibu-ibu melalui pengalaman mengandung dengan hati yang tenang dan riang. Berseri macam warna buku pink ni.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
10 Oktober yang lalu, Raja Pop, Datuk Jamal Abdullah dan isteri Datin Zai Izzati Khairuddin dikurniakan cahaya mata perempuan yang sangat comel diberi nama Nur Azura Yamani.
Nampaknya pasangan ini bakal dikurniakan cahaya mata lagi apabila Datuk Jamal berkongsi berita gembira itu menerusi aplikasi Whatsapp menyatakan kini isterinya sedang hamil 10 minggu.
“Rezeki teman (saya). Udah (sudah) 10 minggu. Aduii,” katanya menerusi WhatsApp kepada salah sebuah akhbar tempatan.
Jamal ketika dihubungi berkata, mereka sudah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan melakukan ujian imbasan apabila isterinya mengalami alahan serta tidak datang bulan.
“Pengesahan diterima dua hari lalu, tapi belum nampak jantina,” katanya.
Jamal melangsungkan pernikahan dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan memperolah cahaya mata perempuan, Nur Azura Yamani yang dilahirkan pada 10 Oktober tahun lalu.
Azura kini berusia tujuh bulan dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.
Jamal ketika itu meluahkan kesyukurannya dikurniakan anak pertama, selepas dua tahun menanti.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.