Masakan dan menu ringkas semestinya dicari selepas jemu dengan menu raya setiap hari. Apa kata kali ini kita cuba resipi paling ringkas tapi cukup mantap yang dikongsikan oleh Pn Nurul Ateekah ini.
Resipi ringkas ala Thai tetapi padu ini memang sedap dengan gabungan rempah dan sayur yang mudah. Jom cuba!
RESEPI SOTONG PHAT PHET (THAI)
Masakan 2 Dalam 1 (lauk dan sayur), apa yang penting dalam masakan ini adalah AROMA, KEPEDASAN & KESEDAPAN yang membuatkan rasa mahu memakan lagi pada setiap suapan.
Bahan-bahan:
500gram sotong (dicuci bersih)
4 batang kacang panjang (dipotong serong)
5 batang cili padi merah (dipotong)
1 labu bawang merah (dipotong)
1 batang serai (dihiris)
4 helai daun limau purut
½ sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil belacan@fine shrimps sauce
2 sudu besar sos ikan
½ sudu kecil serbuk perasa
Garam (jika perlu)
Serbuk kunyit (hujung sudu kecil)
Ads
Bahan Kisar:
4 batang cili merah
4 batang cili hijau
1 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit air
Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga kering dan sedikit pecah minyak.
Ads
Apabila sudah kering, masukkan sotong yang telah dicuci bersih.
Masak sehingga sotong masak dan biarkan sedikit kering.
Ads
Kemudian, masukkan lada hitam, serbuk kunyit, belacan, serbuk perasa dan sos ikan. Gaul rata.
Akhir sekali, masukkan cili padi, serai, daun limau purut, bawang dan kacang panjang. Masakkan seketika dan tutup api.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan rakyat Malaysia sedang menjalani tempoh PKP sekarang, banyak aktiviti yang terpaksa dibatalkan atau dibuat di rumah sahaja. Seperti ibu muda ini, Sya Qiela, memberitahu yang mereka sekeluarga terpaksa menyambut hari jadi anaknya Emiir Yusuff di rumah sahaja.
Memandangkan ini adalah hari jadi anaknya yang pertama, Sya menyediakan kek istimewa untuk Emiir. Untuk anda yang mahu membuat kek lobak merah, bolehlah ikut resipi ini.
Alhamdulillah hari nie genap dah setahun anak ibu & papa..Semoga Emiir Yusuff dikurniakan kesihatan y baik,dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan sihat-sihat selalu..Finally tercapai jgak hajat ibu nak baking cake utk Emiir..Sempat jgak ibu siapkan carrot cake & decoration fruits cake untuk anak ibu walaupun last minit plan..🍰🍉🥕🍇🥝🍓🥭 Ibu pun dh bley tdoq lena dh sebab berjaya buat semua tu sendiri utk emiir..
First celebration birthday Emiir Yusuff turn 1..👦🏻1️⃣ Carrot cake with cream cheese & mixed fruit cake..Bersemangat ibu buat untuk emiir tau..Cake pun xmuak bila makan,nice ja..😘🍓🍉🍇🥭🥝🥕🍰 #emiiryusuffturn1 #emiiryusuffanakibu #nosalt #nosugar #nocoloring #healthycake 😘😘
P/s:❌⛔️ Penggunaan madu untuk baby setahun keatas..🍯🍯
🍰3 biji telur 🍰135gm puree kurma (nak manis bley tambah) 🍰1 Cawan minyak jagung (minyak apa pun ✅) 🍰280gm carrot or 1btg carrot saiz besar (sagat) Carot dicampurkan dulu dengan sedikit tepung. Gaul-gaul dengan sedikit tepung) ketepikan.. 🍰250gm selfraising flour
Selain kek lobak merah ini, Sya juga menyediakan kek istimewa yang diukir dari buah-buahan. Buah yang digunakan adalah tembikai, beri biru, mangga dan kiwi. Menarik sungguh idea ibu ini dan yang pastinya sihat untuk anak yang masih kecil!
Happy birthday Emiir Yusuff!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kadang-kadang, ada juga rasa muak dan tak berselera nak makan nasi. Tekak teringinkan sesuatu yang masam, pedas dan panas-panas.Selain sup, salah satu resipi kegemaran rakyat Malaysia adalah tomyam. selain boleh dimakan dengan nasi dibuat lauk, ia juga boleh dinikmati dengan pelbagai jenis mi.
Seperti yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi, resipi bihun tomyam ini pekat dan sedap dibuat hirup. Untuk membuatnya juga tidak sukar, tapi ada bahan rahsia yang menjadikannya kesedapan luar biasa.
Ikuti perkongsiannya ini.
Resepi Bihun Tomyam Piawww
Peminat tomyam ramai tak? Selepas dapat buat resepi tomyam ala Siam yang pekat sedap ni, cikgu tak tukar lain dah. Masa taip ni pun telan air liur banyak kali. Ahaa sedap sangatttt. Kegemaran suami juga. Dia hirup kuah sampai berpeluh-peluh dahi. Habis licin semangkuk.
Tengok gambar pun terliur kan. Aha. Macam biasa, resepi cikgu ada tambah satu dua bahan untuk memberi kesedapan yang luar biasa.
Silakan resepi istimewa cikgu.
1. Sediakan bahan-bahan di bawah:
– 3 helai daun limau purut – 4 tangkai cili padi – 1 biji bawang besar Holland – 4 ulas bawang putih – 1 keratan batang daun ketumbar – 3 hiris nipis lengkuas – i inci halia (diketuk) – 2 batang serai dihiris pendek (diketuk hujungnya) – 1 biji tomato
2. Panaskan satu sudu besar minyak. Masukkan terlebih dahulu bawang putih. Selepas naik bau, barulah masukkan semua bahan di atas tadi kecuali tomato.
Tomato ditumbuk sehingga hancur. Barulah masukkan sekali. *Rahsia memekatkan kuah*
3. Sediakan pes seperti dalam gambar. Cikgu campur sekali perencah asam pedas. Selain warna tomyam cantik, rasanya juga sedap.
– 1 pek asam pedas Adabi – 1 pek tomyam Adabi – 1 sudu besar Thai Tom-Yum
4. Masukkan kesemua pes tadi. Kacau dan biarkan seketika.
5. Kemudian, masukkan terlebih dahulu ayam yang telah dipotong. Tutup periuk seketika.
6. Biarkan ayam separuh masak. Seterusnya masukkan 3 gelas air. Terus masukkan sayur pilihan. Cikgu suka kobis bunga je.
7. Rahsia seterusnya, masukkan satu senduk sos cili Life untuk kelainan rasa. Sebelum tu tambahkan perahan asam limau nipis sebiji. Tak suka masam, kurangkan.
8. Untuk perasakan tomyam secukup rasa, cikgu masukkan garam dan gula.
Siapa tak suka rasa manis dalam tomyam tak payah letak ye.
9. Selepas kuah mendidih, masukkan sotong. 2 minit sebelum tutup api, barulah masukkan udang dan fishball.
10. Untuk menaikkan rasa tomyam seperti makan kat kedai Siam, taburkan setangkai daun ketumbar.
11. Boleh juga masukkan lagi sekali daun limau purut dan cili padi untuk mendapatkan warna yang cantik.
12. Sedia dihidangkan bersama bihun yang telah dicelur.
Menurut sebuah artikel di portal Mingguan Wanita, “Beruntung siapa yang rajin makan tom yam. Sebab bahan-bahan yang terkandung dalam masakan tom yam ini didapati mempunyai banyak khasiat antaranya boleh menghalang pertumbuhan tumor dan pertumbuhan kanser. Namun, ada cara makan yang betul untuk dapatkan tom yam yang benar-benar berkhasiat.”
Ini dinyatakan oleh Dr Suri Roowi, Saintis merangkap Timbalan Pengarah Program Perekaan Makanan dari Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) dalam temubualnya bersama radio IKIMfm.
Dr Suri Roowi memfokuskan kajian mengenai makanan yang kaya dengan antioksidan. Yang mana usahanya ini untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kebaikan makanan yang kaya antioksidan.
“Ada satu kajian yang dibuat di Universiti Kasetsart, Thailand dan Universiti Kyoto, Jepun tentang tom yam mendapati bahan-bahan dalam tom yam boleh menghalang pertumbuhan tumor dan kanser berbanding makanan lain.
Tambah beliau lagi, “Siapa rajin makan tom yam sebenarnya dia lebih rendah risiko alami kanser usus besar. Syaratnya bahan-bahan tom yam yang digunakan mestilah menggunakan sumber-sumber asli seperti daun limau purut, serai dan sebagainya. Dan semasa nak memasak, kenalah kurang kurangkan penggunaan MSG.”
Antara Bahan Masakan Dalam Tom Yam Yang Anti Kanser:
Daun Ketumbar
Menurut Dr Suri, antara bahan-bahan dalam tom yam sangat memberi peranan dalam aktiviti anti kanser adalah daun ketumbar. Yang mana, daun ketumbar ini sangat bagus kerana ada sifat antioksidan. Tumbuhan ini bagus untuk orang yang mengalami masalah diabetes (kencing manis) terutama untuk mengawal gula dalam darah. Daun ketumbar juga bermanfaat untuk mereka yang ada masalah saraf.
Serai
Dari kajian menunjukkan bahan citral dalam serai ini bertindak sebagai anti kanser terutama kanser usus besar, kanser ovari dan kanser payu dara.
Kajian ke atas serai ini banyak melibatkan sel. Yang mana semasa kajian dibuat, saintis akan tanam sel dalam satu bekas dan menggoncangkan bekas tersebut. Kemudian, dikaji dengan memasukkan satu minyak dalam sel. Dan hasilnya kelihatan sel-sel kanser itu mati.
Daun Limau Purut
Dalam masakan tom yam juga terdapat daun limau purut. Daun ini kaya antioksidan. Kajian terkini menunjukkan bahawa daun limau purut boleh bertindak sebagai anti kanser. Yang mana, kajian itu telah dilakukan ke atas tikus.
Temu Kunci
Bagi sesetengah pengguna, selain penggunaan lengkuas, mereka juga memasukkan temu kunci dalam masakan tom yam. Ini banyak dilakukan oleh masyarakat Vietnam. Sebenarnya temu kunci ini ada banyak manfaat kesihatan iaitu anti kanser dalam kanser pankreas. Yang mana, khasiat ini banyak ditemui dalam rizom temu kunci.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menu pulut antara yang menjadi kegemaran semua peringkat umur. Sama ada untuk di makan waktu pagi atau minum petang, jika kena cara masakannya memang sedap.
Selain pulut kuning yang dimakan dengan rendang, menu pulut juga boleh divariasikan lagi mengikut citarasa ahli keluarga. Bagi yang gemar menu pulut ni, pulut dakap resipi orang tua-tua dulu wajib anda cuba.
Bukan saja rasanya lemak manis tetapi aroma daun pisang selepas dibalut tu menambahkan lagi bau wangi pulut dakap ni. Lagi sedap letak pulak pisang yang dihiris nipis. Memang terbaiklah!
Nak cuba buat, ini resipinya yang mama boleh buat. Ikut saja langkah yang diajarkan dan pastinya sekali buat, akan buat lagi.
Resipi Pulut Dakap
Bahan-bahan yang diperlukan:
– Beras pulut 1 kilogram
– Santan pekat 500 gram
– Air 1 gelas– Gula dua cawan
– Garam halus 3 sudu kecil
– Daun pisang yang hijau
– Pisang tanduk
– Pisang kebatu pun boleh
– Pisang nipah pun boleh
– Pisang kelat siam atau kelat lega pun boleh
– Tali rafia atau pun tali getah. Saya guna tali rafia sebab ikut cara orang tua dulu-dulu.
Cara-caranya:
– Basuh beras pulut rendam dalam air selama 3 jam kemudian kukus pulut sampai naik wap.
– Kemudian masak santan, gula, garam sampai mendidih kemudian tutup api. Angkat periuk santan letak kat bawah ambil pulut yang telah di kukus tadi..
– Masukkan dalam periuk santan kacau sampai sebati kemudiam panaskan atas api semula kacau sampai nampak keluar minyak sikit-sikit.
– Kemudian ambil daun pisang letakkan pulut dan pisang tutupkan dengan pulut, balut kemudian ikat dengan tali rafia atau pun tali getah.
– Dah siap bolehlah kukus atau pun rebus. Selamat mencuba.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!