Astro membawa kegembiraan Syawal ke tahap yang lebih seronok dengan Pesta #MeriahLainMacam, acara yang penuh dengan pelbagai aktiviti hiburan dan kandungan eksklusif untuk seisi keluarga! Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk bertemu dengan selebriti kegemaran mereka sambil menikmati aktiviti interaktif bertemakan syawal yang pastinya menghiburkan.
Pesta #MeriahLainMacam telah bermula di lokasi pertama di Suria KLCC dan akan bergerak ke beberapa tempat lain seperti Dataran Merdeka dan Pavilion Kuala Lumpur dari 15 Mac hingga 23 Mac 2025. Acara ini pastinya menarik perhatian ramai dengan penampilan istimewa dari selebriti popular seperti Sherry Al-Hadad, Zizan Razak, Mierul Aiman, dan Nadhir Nasar sebagai duta Ramadan Raya Astro 2025.
Tidak ketinggalan, pengunjung juga disajikan dengan persembahan lagu raya eksklusif yang memeriahkan suasana! Zizan Razak bersama Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy turut membawa lagu raya bertajuk Nyam Nyam Ketupat. Hael Husaini dan Nadeera Zaini juga tidak mahu ketinggalan dengan lagu raya mereka, Meriah Lain Macam, yang membuatkan acara ini semakin meriah!
Sertai Kemeriahan RASA Bubur Lambuk Wira!
Pada 22 Mac, acara Pesta #MeriahLainMacam juga menyertai kemeriahan RASA Bubur Lambuk Wira, sebuah program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diadakan di Dataran Merdeka bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara (JKKN). Program ini memberi peluang kepada masyarakat untuk menikmati hidangan tradisional yang penuh makna, sambil merayakan semangat kebersamaan di bulan Ramadan.
Ads
Sesi Meet & Greet Eksklusif!
Bagi mereka yang ingin lebih dekat dengan selebriti, jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi Meet & Greet eksklusif bersama Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania, dan Miss Alvy di empat lokasi terpilih. Sesi ini tidak hanya memberi peluang untuk berjumpa selebriti kegemaran, tetapi juga peluang untuk sama-sama menyempurnakan cabaran tarian Nyam Nyam Ketupat. Selain itu juga, pengunjung berpeluang menerima cenderahati eksklusif Astro One, termasuk Paket Raya Astro dan Kurma!
Astro di Pavilion Kuala Lumpur
Ads
Jangan ketinggalan! Pada 23 Mac, Astro akan berada di Pavilion Kuala Lumpur untuk memeriahkan lagi Pesta #MeriahLainMacam bersama duta RaRa Astro 2025, Nadhir Nasar dan Meerqeen. Acara ini juga akan turut diserikan dengan penampilan artis-artis popular lain seperti Harissa Adlynn, Evertts Gomes, Thompson Goh, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Nadia Aqilah, dan banyak lagi.
Layari laman media sosial Astro untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan jangan lepaskan peluang untuk memeriahkan Syawal dengan Pesta #MeriahLainMacam!
Ads
Menangi Hadiah Menarik dengan Astro One!
Bukan itu sahaja, Astro juga mengadakan kempen Menangi Bermacam-macam Hadiah dengan Astro One sempena Ramadan dan Raya. Dari 1 Februari hingga 26 April, pelanggan baru yang melanggan di outlet terpilih atau secara dalam talian berpeluang memenangi hadiah bernilai hingga RM200,000! Hadiah-hadiah menarik seperti perkakas rumah, barangan elektrik, baucar dan banyak lagi menanti para pemenang.
Selain itu, pengunjung boleh ambil gambar kenangan bersama insan tersayang dengan bingkai gambar #MeriahLainMacam di cawangan Astro terpilih. Ambil gambar paling kreatif dan kongsikan di media sosial untuk tebus sampul duit raya istimewa dari Astro!
Pelanggan sedia ada juga boleh turut serta dalam kempen ini dengan menaik taraf ke Astro One atau menambah Astro Fibre. Jadi, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menikmati hadiah menarik dan pelbagai kemudahan dengan Astro.
Untuk maklumat lanjut berkaitan tawaran hebat ini serta lokasi bingkai gambar istimewa Nyam-Nyam Ketupat, boleh layari astro.co/rara2025
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semalam, telah berlangsungnya acara Pa&Ma Moms-to-be Mom’s Nutrient Sharing yang dianjurkan oleh majalah Pa&Ma dan Casabonda Confinement & Wellness Retreat. Acara yang bermula dari jam 10.00 pagi ini telah dihadiri oleh 14 pasangan suami isteri. Acara kali ini mensasarkan ibu hamil pada trimester awal untuk mengetengahkan tentang kepentingan menjaga pemakanan semasa awal dan sepanjang kehamilan.
Acara dimulakan dengan kata aluan dari pengacara majlis seterusnya ucapan dari Editor Pa&Ma, Puan Hasnita Sawal. Dalam ucapannya, Hasnita berharap setiap peserta yang datang akan mendapat input berguna untuk digunakan semasa hamil. Selain itu, setiap pasangan telah didedahkan dengan komuniti Pa&Ma Moms-to-be yang banyak membantu para ibu membuat rujukan serta persediaan untuk menyambut kedatangan ahli baru dalam keluarga.
SELESANYA AMBIENS CASABONDA
Wakil dari Casabonda Confinement & Wellness Retreat, telah menerangkan serba sedikit tentang keistimewaan pakej yang ditawarkan di sini serta menunjukkan jenis rawatan yang ditawarkan. Rata-rata ibu hamil teruja dan berminat dengan suasana berpantang di sini kerana keselesaan suasana serta jenis rawatan yang menarik.
Konsep rawatan pantang di sini mengambil berat soal kesihatan ibu. Mereka buka hanya menumpukan cara tradisional Melayu tapi mengabaikan aspek perubatan moden tetapi menggabungkannya dengan rawatan perubatan moden dengan pemantauan oleh perbidanan dan sakit puan agar ibu mendapat memulihkan diri secara total. Menariknya, kesemua pasangan ini turut mendapatkan kelebihan kerana ditawarkan diskaun sebanyak 50 peratus untuk semua rawatan berpantang yang ditawarkan di sini.
PERKONGSIAN ILMU DIET YANG BERGUNA
Acara diteruskan dengan perkongsian ilmu pemakanan oleh Pn. Laila Fadhilah Omar iaitu Pakar Dietetik dari SALAM Specialist Hospital, Shah Alam. Dalam perkongsiannya itu, Laila banyak mengetengahkan jenis diet yang sesuai untuk diamalkan oleh ibu hamil serta kepentingan pengambilan setiap nutrisi yang diperlukan oleh mereka serta bayi dalam kandungan.
Menariknya perkongsian ini kerana setiap peserta diberikan hand out yang lengkap dan sangat berguna untuk dijadikan rujukan para ibu bagi membantu mereka mengikut diet yang terbaik sepanjang kehamilan. Sesi yang memakan masa satu jam ini padat dengan ilmu dan semua peserta tidak melepaskan peluang untuk bertanyakan perkara yang mahu mereka tahu.
FUN GAMES MERIAHKAN SUASANA
Bagi memeriahkan lagi suasana, team Pa&Ma telah mengadakan sesi fun games. Kesemua peserta sangat sporting dan tidak menolak untuk menyertai setiap games yang diadakan. Selain cabutan bertuah, salah satu permainan yang dibuat adalah DELIVERY LIST di mana tiga orang bapa diminta untuk menyenarikan barangan keperluan ibu dan bayi untuk dibawakan ke hospital apabila tiba waktu melahirkan.
Selain itu, terdapat juga permainan Pa&Ma Wheel of Fortune di mana para peserta diminta untuk memutarkan roda bagi menjawab soalan yang diberikan. Terdapat juga permainan Pa&Ma Serasi Challenge. Dalam permainan ini, tiga pasangan telah dipilih untuk menjawab beberapa soalan bagi menguji keserasian antara mereka. Rata-rata dapat menjawab soalan dengan betul dan kesemua mereka membawa pulang hadiah menarik.
SEMOGA PESERTA MENDAPAT INPUT BERGUNA
Pa&Ma sempat bertemu dengan Angie Chong, Penasihat Kanan Casabonda Confinement & Wellness Retreat, untuk bertanyakan tentang acara ini. Menurutnya, acara sebegini dapat memberi kesedaran kepada pasangan yang bakal menimang cahaya mata dan setiap input yang diberikan sangat lengkap bagi membantu ibu hamil menjaga kesihatan mereka dari dalaman.
Terima kasih Pa&Ma ucapkan kepada Casabonda Confinement & Wellness Retreat kerana kesudian mereka menaja lokasi untuk acara kali ini. Pa&Ma turut ingin mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang terlibat di atas kesudian mereka mengikuti acara ini. Semoga dengan perkongsian dari pakar yang dibawakan untuk mereka semalam, dapat membantu setiap peserta untuk hamil secara sihat sehingga waktu melahirkan. Semoga dapat berjumpa lagi di acara akan datang. Pa&Ma X Casabonda is the Best!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jarang-jarang muncul di Instagram ibu dan ayahnya, si comel Ana Nayla, anak pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, gaya comel Ana Nayla yang menjalani sesi fotografi bersama ibu dan ayahnya kelihatan cukup comel dan bersahaja.
Tanpa dibantu ibu dan ayahnya di sisi, Ana Nayla memberikan pelbagai pose menarik. Memang comel.
“Mummy dah ada pesaing. Ada yang tanya, kenapa brand banyak ambil Ayda Jebat jadi duta eh. Risau. Ni sis lagi ghisau.
“Sis dah ada pesaing! Anak sendiri akan ambil alih tempat kita wak,” tulis Ayda berseloroh menerusi kapsyennya.
Bahkan kongsi Ayda yang kini hamil anak kedua, telatah anak kecilnya itu seolah-olah menggambarkan dirinya ketika bekerja.
“Bukan main eh baby! Dia punya fussy bab kerja memang macam mak dia. Dia tengok Mummy buat macam tu, dia pun ikut.
“Buat muka muka cute ek eh kau. Geram tak tengok si kecik @ananaylaofficial eh? Siap check dulu sampai puas hati baru proceed tu,” tulisnya.
Apa yang menarik pastinya telatah anak kecil itu yang persis gaya dewasa. Sebaik selesai pose, Ana Nayla dengan pantasnya melihat dahulu gambarnya dan kembali untuk beraksi di lensa kamera. Memang comel.
Gelagat comel Ana Nayla sudah semestinya menarik perhatian wargamaya yang turut terhibur dengan gaya comelnya.
Apabila merancang pergi bercuti bersama anak-anak, tentunya ibu ayah akan mementingkan keselesaan dan keriangan anak.Selain wajib ada kolam atau taman tema air, hotel yang menyediakan ruang untuk anak-anak melakukan aktiviti atau play area menjadi keutamaan apabila memilih hotel. Dengan adanya kemudahan sebegini mampu membantu mengurangkan ragam anak-anak kecil.Secara tidak langsung membolehkan ibu ayah berehat tanpa gangguan anak-anak. Malah kemudahan ini juga membuatkan anak-anak boleh bermain sehingga waktu malam . Disebabkan itu juga,terdapat beberapa hotel dan resort menawarkan konsep children friendly atau hotel mesra kanak-kanak yang menjadikan kanak-kanak tetamu istimewa mereka.Apa lagi ibu ayah? Jom bercuti dengan memilih mana yang sesuai dengan keperluan,selera dan bajet masing-masing. Selamat bercuti!
1.Philea Resort and Spa, Melaka
Resort lima bintang ini terletak di Ayer Keroh, Melaka menawarkan percutian eksklusif di kelilingi alam semulajadi yang menghijau serta deruan air yang mendamaikan. Pastinya ia memberikan ketenangan kepada anda dengan suasana sebegini. Di sini anda boleh bersantai di kolam renang atau memanjakan diri di spa yang disediakan. Anak-anak selain mandi di kolam , tentunya teruja untuk meluangkan masa bermain di bilik bermaian kanak-kanak, Phili Kidz. Ia dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 9.30 malam. Di sini, anak-anak anda dapat meluangkan masa di persekitaran indoor yang dilengkapi aktiviti dan kemudahan mesra kanak-kanak agar mereka dapat terus aktif sementara anda berehat dan menikmati percutian dalam persekitaran yang mendamaikan.
2.Heritage Hotel, Cameron Highlands
Bagi yang inginkan suasana percutian dingin dan nyamaan Cameron Highlands adalah lokasi terbaik! Antara hotelnya ialah Heritage Hotel menawarkan penginapan yang tenang sesuai jika anda inginkan penginapan yang lebih dikelilingi alam semulajadi. Selain itu, anda sekeluarga juga boleh memilih untuk bermain pool, air hockey ataupun table football pada harga tambahan di game room yang disediakan. Sementara anda meluangkan masa bersama di game room, anak-anak yang lebih kecil pula boleh berseronok di play area yang sesuai untuk kanak-kanak usia pra-persekolahan. Jika anda gemar membaca, mini library yang disediakan adalah satu lagi pangkalan istirahat yang sesuai untuk anda.
3.Hotel Legoland, Nusajaya Johor
Memang tidak dinafikan hotel ini antara pilihan ramai untuk menjadi penginapan percutian kerana ia mesra kanak-kanak. Terdapat 3 tema untuk dipilih – Kingdom, Pirate dan Adventure. Apabila berada di lobi hotel, pastinya anak-anak kagum apabila kawasan lobi dibuat seperti taman permainan dengan mainan lego yang boleh dimain oleh kanak-kanak. Di satu sudut disediakan lego blok besar untuk kanak-kanak yang lebih muda usianya, dan di situ juga disediakan mainan x-box. Kanak-kanak bebas untuk bermain di kawasan ini dengan penuh keriangan. Lebih mengejutkan, apabila sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam lif hotel, muzik rancak dimainkan beserta cahaya lampu ala-ala lampu disko di dalam lif. Anak-anak pastinya melompat keriangan mengikut rentak muzik!
4.Golden Sands Resort, Pulau Pinang
Ia adalah salah satu hotel yang menjadi pilihan percutian keluarga terutamanya bagi mereka yang membawa anak-anak bersama. Terletak di Batu Ferringhi, Pulau Pinang, resort ini menawarkan pelbagai aktiviti kanak-kanak, sesuai bagi mereka yang memang mahu meluangkan masa bersantai di hotel. Selain bermain air di Splash Zone, hotel ini juga menyediakan kelab kanak-kanak yang dinamakan Cool Zone untuk tetamu berusia 5 ke 12 tahun dari pukul 9.30 pagi ke 9.00 malam. Ibu bapa boleh meninggalkan anak-anak mereka di sini untuk meluangkan masa melakukan pelbagai aktiviti yang dijudualkan. Terdapat petugas yang akan menjaga dan memantau kanak-kanak di sini. Sebagai tambahan, Golden Sands juga menyediakan kawasan indoor playground yang dinamakan Adventure Zone, bukan sahaja untuk kanak-kanak, malahan terbuka untuk orang dewasa juga. Jadi, bukan sahaja anak-anak boleh berseronok, malahan anda sendiri boleh kembali ke zaman kanak-kanak dan berseronok bersama mereka!
5.Lexis Hibiscus Port Dickson, Negeri Sembilan
Antara sebuah hotel terbaik di Port Dickson yang pasti memberi anda pengalaman menginap yang istimewa. Sebuah hotel 5 bintang berkonsepkan hotel di atas air, serta mempunyai private pool dan bilik stim (sauna) disetiap bilik. Dengan ini, anda nikmati segala kemudaha secara privasi tanpa sebarang gangguan. Malah kedudukan hotel yang terapung atas air membuatkan anda dan seisi keluarga akan disajikan dengan pemandangan yang indah laut. Kalau anda menginginkan sebuah percutian yang mewah dan berprivasi, inilah salah satu penginapan yang boleh dijadikan pilihan. Selain itu, setelah puas berendam dan bermain air, boleh membawa anak melakukan aktiviti di bilik permainan di Kidz Word yang terletak di bangunan utama hotel ini.
Selamat bercuti!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.