
Penyanyi Shila Amzah mengesahkan bakal membawa keluarganya berhijrah ke China selewat-lewatnya pada penghujung tahun depan susulan komitmen kerjaya yang semakin berkembang di negara itu.
Penyanyi berusia 36 tahun itu berkata, dia baru menerima tawaran kontrak baharu dan kini peguam yang mewakilinya sedang meneliti kandungan perjanjian berkenaan sebelum dimuktamadkan.
Menurutnya, keputusan untuk berhijrah ke China dibuat bagi membolehkannya meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak berbanding terus berulang-alik antara Malaysia dan China.

Shila Amzah Berhijrah ke China Demi Keseimbangan Hidup
“Sejak kebelakangan ini, saya kerap berulang-alik ke China. Selepas tiga atau empat hari di sana, saya pulang ke Malaysia dan mungkin hanya sempat bersama anak selama dua atau tiga hari.
“Sepanjang ketiadaan saya, emak dan bapa tiri membantu menjaga anak-anak. Walaupun ada pembantu, saya tetap perlukan orang yang benar-benar saya percayai.
“Jadi, kami menyasarkan untuk berhijrah ke sana selewat-lewatnya pada hujung tahun depan kerana terlalu kerap berulang-alik sebenarnya memenatkan.
“Lagipun, saya bakal menandatangani satu lagi kontrak, tetapi belum boleh berkongsi butirannya buat masa ini. Apa yang boleh saya katakan, tempoh kontrak itu agak panjang,” katanya pada sidang media Konsert Shila Amzah KITA: 25 Tahun Bersama.

Tawaran Kontrak Baharu Jadi Faktor Utama
Menurut penyanyi lagu Patah Seribu itu, peluang kerjaya yang diterima di China membuka ruang untuknya memberikan komitmen lebih besar terhadap perkembangan karier seni di negara berkenaan.
Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa penghijrahan tersebut bukan bermaksud meninggalkan industri hiburan Malaysia, sebaliknya sebagai langkah menyesuaikan diri dengan jadual kerja yang semakin padat.
Shila Amzah Nafi Dakwaan Lebih Dihargai di China
Dalam masa sama, Shila Amzah berhijrah ke China bukan kerana bakatnya lebih dihargai di sana berbanding di Malaysia.
“Bukan sebab peminat di sana lebih menghargai saya. Kalau begitu, takkanlah saya masih menghasilkan album Melayu di sini. Itu bermakna peminat di Malaysia juga sama penting buat saya.
“Sebenarnya, saya pernah menetap di China bermula 2012 ketika perkahwinan pertama dan tinggal di sana hampir lapan tahun. Selepas itu saya pulang ke Malaysia, kemudian dunia dilanda pandemik COVID-19 dan ketika itu memang tiada rezeki di sana.
“Jadi, ini bukan soal dihargai atau tidak. Di mana ada rezeki, di situlah saya akan pergi.

Komitmen Terhadap Peminat Malaysia Tetap Diteruskan
Walaupun bakal menetap di China, penyanyi itu menegaskan beliau akan terus berusaha mencari keseimbangan antara kerjaya di China dan Malaysia agar peminat di kedua-dua negara terus dapat menikmati hasil kerjanya.
“Saya akan cuba mencari keseimbangan antara kerjaya di China dan Malaysia. Kalau boleh belah diri, sudah lama saya buat demi peminat,” katanya.
Keputusan Shila Amzah berhijrah ke China dilihat sebagai satu langkah strategik dalam mengembangkan kerjayanya di peringkat antarabangsa, di samping memastikan masa berkualiti bersama keluarga dapat dipertingkatkan walaupun jadual kerja semakin padat.
Baca lagi: Extra Joss Tak Sesuai Untuk Anak, Ganggu Degupan Jantung!
Bayi Baru Lahir Boleh Dijangkiti Denggi Dari Ibu, Jangan Ambil Mudah Jika Demam Ketika Hamil
Buku Pink Ibu Hamil Jangan Tunjuk Sesuka Hati, Banyak Maklumat Peribadi!
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!





