PKP fasa ke-3 yang diumumkan Perdana Menteri untuk memutuskan rantaian Covid sepenuhnya, nampaknya diambil mudah oleh segelintir rakyat. Ini berikutan jumlah kenderaan di jalan raya sentiasa bertambah sejak akhir-akhir ini seolah-olah seperti tiada apa yang berlaku.

Walaupun kerajaan mengumumkan individu yang ingkar arahan PKP akan dikenakan  denda RM1,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda seolah-olah undang-undang ini tidak memberi impak yang besar.

Siap Bawa Baby, Main Cak Cak Dalam Kereta. Kecewanya Ramai Lagi Ingkar Arahan PKP

Di Facebook, Oneazam Mokhtar yang juga seorang pemandu Grab sekitar Lembah Klang, dia memaparkan sikap segelintir rakyat yang masih tidak mematuhi arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan.

Kenderaan masih banyak atas jalan

Saya pemandu Grab. Hampir setiap hari bermula dari PKP penggal pertama, saya keluar buat Grab. Pada peringkat awal PKP dulu memang suasana jalan raya sangat kurang kereta. Hanya yang banyak atas jalan waktu tu ialah rider Food Panda dan Grab Food. Tetapi hari ini saya betul-betul terkejut. Bilangan kenderaan atas jalan macam hari biasa. PKP boleh ibarat dah ke laut.

IKLAN

Everybody go around doing their thing like as if nothing is wrong. Saya perasan benda ni bermula dari (10 April). Lepas Kerajaan umum PKP dilanjutkan 14 hari lagi. Orang ni semua keluar bukan satu orang satu kereta lagi dah. Yang saya tengok husband and wife satu kereta ni bersepah.

Menceritakan kisah itu, pemandu Grab ini memberitahu pada fasa awal pelaksanaan PKP keadaan di jalan raya agak lengang dan jumlah kenderaan juga berkurang berbeza daripada hari-hari biasa.

Siap Bawa Baby, Main Cak Cak Dalam Kereta. Kecewanya Ramai Lagi Ingkar Arahan PKP

Menyedihkan selepas Perdana Menteri Malaysia mengumumkan untuk melanjutkan tempoh PKP selama 14 hari lagi iaitu sehingga 28 April, bilangan kenderaan dilihat kembali normal seperti hari biasa seolah-olah bukan seperti dalam tempoh PKP.

IKLAN

Minta kerjasama duduklah di rumah

Yang satu keluarga pun ada. Ada seorang hakak ni berhenti sebelah saya dekat lampu isyarat. Siap bawa baby lagi kat baby seat sebelah seat depan. Oh My God! boleh dok cak-cak pula dengan baby dia tu. Tak rasa takut apa pun. Nak tahu betapa banyaknya kereta kat jalan, ni contoh saya kena tadi.

Saya sangkut dekat road-block depan EKO Cheras Mall selama 2 jam. Saya boleh tengok cerita Ahmad Albab dekat Youtube sampai habis tapi masih dok sangkut kat roadblock tu. Itulah betapa buruknya keadaan itu. Kalau macam ni lah sikap masyarakat kita terhadap PKP ni, to think PKP will be extend till Raya, is an understatement. Saya merayu pada anda semua, tolong duduk di rumah.

Tak hairanlah kalau boleh terkandas dalam kereta selama 2 jam kerana sekatan jalan raya. Bukan itu sahaja, sepanjang perjalanan itu juga dia melihat pelbagai ragam dan sikap tidak bertanggungjawab segelintir rakyat Malaysia.

IKLAN

Siap Bawa Baby, Main Cak Cak Dalam Kereta. Kecewanya Ramai Lagi Ingkar Arahan PKP

Ada di antara mereka yang masih keluar berdua dengan menaiki satu kenderaan walaupun perkara itu sebenarnya tidak dibenarkan oleh kerajaan. Mereka masih tidak mematuhi peraturan dan ingkar PKP. Ada juga yang berani membawa anak kecil keluar daripada rumah sedangkan mereka tahu bahawa kanak-kanak lebih mudah terdedah dengan jangkitan wabak maut berkenaan.

Walaupun kita tak tahu apa alasan sebenar orang ramai yang keluar ini, tetapi sekiranya boleh elak, baiklah duduk di rumah buat sementara. Pengorbanan kita ini sangat bernilai untuk rakyat dan negara khususnya.

Jika lagi lambat keadaan ini dapat dipulihkan, aktiviti harian kita untuk ke tempat kerja dan anak-anak kembali bersekolah mungkin makin lama lagi dilanjutkan.

Sumber: Oneazam Mokhtar

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI