Sebagai ibu baru, setiap perubahan kecil pada anak cukup untuk buat hati rasa berdebar. Itu jugalah yang dilalui oleh pempengaruh dan ibu muda, Dahlia Rizal, apabila menyedari keadaan mata puteri sulungnya, Yusra, yang kini baru berusia dua bulan, kelihatan seperti juling.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Dahlia, 24, memuat naik video anaknya sambil meluahkan kebimbangan kepada para pengikutnya.
“Siapa anak dia macam ini juga? Masya-Allah anakku, Mommy penat la macam ini Yusra…” – luah Dahlia sambil menegur manja si comel Yusra dalam video berdurasi 17 saat itu.
Dahlia turut dilihat memerhatikan dengan teliti pergerakan mata anaknya dan bertanyakan kepada pengikut sama ada situasi itu biasa berlaku kepada bayi kecil.
Ads
Ramai Kongsi Pengalaman
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai mama yang turut melalui pengalaman serupa. Rata-rata menyatakan pergerakan mata yang nampak juling itu adalah normal bagi bayi seusia Yusra, yang mana koordinasi mata mereka masih belum matang sepenuhnya.
“Normal je tu Dahlia. Baby baru dua bulan mata memang belum kuat lagi. Nanti elok sendiri.” – @mummysarah
“Dulu anak saya pun macam ni, saya pun risau juga. Tapi masuk umur 5 bulan terus elok.” – @nursyafiqa
“Kadang nampak juling sebab hidung baby masih kecil. Bila dah besar, mata dah ‘align’.” – @nadiaazreen
Fakta: Kenapa Mata Bayi Boleh Nampak Juling?
👁️ Menurut pakar kanak-kanak, bayi baru lahir akan mula membangunkan keupayaan kawalan otot mata secara berperingkat. Dalam tempoh 0 hingga 6 bulan, pergerakan mata mereka mungkin belum seiring dan kadangkala kelihatan seperti juling.
Ads
💡 Antara punca biasa:
Otot mata belum berkembang sepenuhnya
Pandangan fokus belum stabil
Struktur hidung dan wajah bayi masih berubah
Namun, jika keadaan masih berlarutan selepas usia setahun, adalah disarankan untuk membuat pemeriksaan dengan pakar oftalmologi kanak-kanak.
Ads
Untuk info, Dahlia Rizal mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pengacara, Imran Aqil, pada 9 September 2023. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama mereka, Yusra, yang lahir pada 7 Mei 2025.
Naluri seorang ibu memang sangat kuat, kadang-kadang nampak perkara kecil pun boleh buat hati rasa tak tenang. Tapi percayalah mama, mama bukan keseorangan. Ramai ibu pernah melalui perkara yang sama dan saling menyokong satu sama lain.
Terima kasih Dahlia kerana berkongsi secara terbuka. Dari situ, lebih ramai mama sedar bahawa berkongsi rasa bukan tanda lemah, tapi tanda sayang dan cakna 💕
Biasanya kalau dalam situasi berebut barang atau mainan, selalunya kita akan minta anak sulung atau anak yang lebih tua mengalah, betul kan?
Tapi, bagi anak-anak kecil ni, MENGALAH BERMAKNA KALAH! Siapa suka kalah? Kalau kita yang dewasa ini pun tak suka, apatah lagi si anak kecil yang lagilah tak faham apa rasionalnya untuk mereka mengalah dengan adik kecil mereka, lebih-lebih lagi kalau harta perebutan itu memang hak milik dia.
Perkongsian dari Puan Sharifah Zahidah ini sangat betul dan ibu bapa boleh cuba tip ini.
Ingat bila kita suruh anak sulung mengalah selalu, dia berpotensi membesar dengan perasaan marah terpendam, dendam, tidak puas hati dengan adiknya, dan menganggap adiknya adalah PESAING buatnya yang perlu selalu DITEWASKAN, DIKALAHKAN dan DISAKITI.
Sebab tu, anak yang lebih tua, selalunya tak ngam dengan adik bawah dia.
Sebab? Wujudnya ‘persaingan kecil dan berlanjutan’ yang berlaku antara mereka. Dan benda ini selalunya memang akan terbawa-bawa sampai anak-anak membesar remaja dan dewasa.
Kalau waktu kecil-kecil dulu, mereka bergaduh sebab tak matang dan tak dapat berfikir. Tapi bila dah meningkat remaja dan dah boleh berfikir, mereka tetap bergaduh sebab persaingan yang wujud waktu mereka kecil ini, yang telah mengganggu gugat KUALITI HUBUNGAN/BONDING mereka sebagai adik beradik.
Dan fenomena ini, adalah AMAT TIDAK SIHAT. Jangan kita biar kalau dah nampak yang anak-anak kita ini seakan-akan bersaing dan tak ngam antara satu sama lain.
Ada caranya, untuk kita ibubapa MANIPULASI situasi di mana anak-anak berebut barang ini sebagai satu peluang MENYUBURKAN KASIH SAYANG yang padu antara anak sulung/anak lebih tua dengan adiknya.
“Soalnya, bagaimana?”
Soalnya, jangan DISURUH ANAK SULUNG MENGALAH.
Tetapi, BUAT MEREKA MENGALAH DENGAN RELA HATI.
SURUHAN adalah dalam bentuk arahan. Arahan selalu dikeluarkan IBUBAPA TANPA KITA MERENUNG HAKIKAT KEPERLUAN SEBENAR ANAK KITA dalam sesuatu masa.
Kita perlu faham, anak sulung kita BUKAN TAK MAHU MENGALAH! Anak-anak ini jiwanya suci dan bersih, mudah saja untuk kita lentur sebenarnya!
Yang menjadikan mereka tak mahu mengalah, ADALAH KERANA ANAK INI CUBA PERTAHANKAN HAKNYA, ANAK INI CUBA MENUNTUT KEPERLUAN EMOSINYA! Dia bukan sekali-kali DEGIL dan tidak mahu mengalah.
Tidak sesekali begitu.
Jadi, bila kita nak anak sulung mengalah, perkara utama perlu kita lakukan adalah BERIKAN HAKNYA dan PENUHKAN KEPERLUAN EMOSINYA!
“Apa keperluan emosi anak ini KETIKA mereka sedang bergaduh dan berebut barang?” Simple.
Si Kakak/Abang, mahukan PENGIKTIRAFAN BAHAWA DIA DAN KEINGINANNYA JUGA PENTING, tidak segala-galanya dalam dunia ni, hanya adik saja yang penting.
Ini logika anak sulung kita. Sebab nak buktikan bahawa dia juga penting dan mesti dimenangkan, dia akan bersikap keras dan tak mahu mengalah.
Sangat penting untuk kita fahami bahawa, anak sulung juga MAHU DIRINYA DIPENTINGKAN DAN DISAYANGI oleh ibubapa sama macam adiknya juga. Ini KATA KUNCI DALAM BERHADAPAN DENGAN SITUASI INI.
Jadi, sekarang apa yang perlu dibuat kalau tak boleh suruh Kakak/Abangnya mengalah?
Sebelum tu, kita perlu jelas bahawa SURUH ANAK mengalah dan BUAT ANAK mengalah adalah 2 perkara yang berbeza.
Bila anak mengalah sebab disuruh, dia melakukannya kerana terpaksa. Semata-mata kerana suruhan.
Kena Bijak Manipulasi Anak
Tapi, kalau kita sebagai ibubapa berjaya MANIPULASI KEADAAN dan buat anak MENGALAH kerana sukarela, kerana emosinya difahami – inshaALLAH hubungan dia dengan adiknya akan terus mekar dengan kasih sayang.
Dan inilah apa yang PALING KRITIKAL UNTUK KITA JAGA BILA ANAK-ANAK BERGADUH BEREBUT BARANG – iaitu kita nak jaga HUBUNGAN BAIK DAN KASIH SAYANG SESAMA MEREKA ADIK BERADIK.
Biar terus MENYAYANGI, dan BUKAN MENYAYINGI.
Baik, contoh praktikal yang saya gunakan dalam drama cinta dan air mata Maryam dan Hanoonah berebut anak patung, adalah begini.
Hanoonah tarik patung sebelah, Maryam tarik lagi sebelah. Dua dua taknak lepas. Yang paling drama, Hanoonahlah. Menangis jerit-jerit konon dia sangat menderita terpaksa pertahankan ‘anak patung rebutan’ yang sememangnya bukan hak dia pun, tapi hak kakak.
Kakak pulak, pandang saya dengan wajah MENGHARAPKAN PENGADILAN.
Ya, anak sulung selalu mengharapkan pengadilan. Ingat kata kunci kita, “BERIKAN HAK KEPADA ANAK SULUNG dan PENUHI KEPERLUAN EMOSINYA yang mahu rasa DIMENANGKAN dan rasa dirinya SAMA PENTING atau LEBIH PENTING dari adiknya.
Dengan tone suara yang tenang dalam jeritan Hanoonah yang nak anak patung Maryam tu, saya bercakap dengan Maryam,
“ALLAHUAKBAR Kakak! Adik berebut ya dengan Kakak?” Saya tanya soalan dengan air muka penuh dramatik , just to make sure Maryam tahu yang saya TAHU dia berada di pihak yang benar. Taktik ini adalah taktik keramat yang akan LENTURKAN EGO dia.
“A’ah Ibu. Adik berebut mainan Kakak ni, ibu tolonglah…” Maryam mengadu, suaranya sedikit tinggi kerana tertekan dan kecewa, mungkin.
“Oh apa yang Ibu nampak, adik hari ni buat perangai tak solehah sebab berebut barang! Kalau macam tu, Ibu kena hantar adik ke rumah Tok Maklah, supaya Tok Mak boleh didik adik jadi anak solehah.” Dengan muka kesal saya explain pada Maryam.
Maryam ini bila dengar adik nak kena hantar kepada Tok Mak, apa lagi. Memang akan menggelabah. Adiklah permata dia, adiklah BFF dia, adiklah segalanya untuk dia! Mana boleh berenggang dengan adik dah!
“Ibu, janganlah hantar adik dekat Tok Mak!” Sambil masih lagi tidak melepaskan mainan, Maryam minta saya ‘reconsider’.
“Tak boleh Kakak, adik buat perangai tak solehah ni, kita kena hantar pada Tok Mak. Biar Tok Mak didik adik JADI ANAK SOLEHAH MACAM KAKAK..” (Perhatikan ayat yang saya tulis dengan tulisan besar.)
“Ye lah Ibu. Ibu tak payahlah hantar Adik. Biar Kakak je yang didik Adik jadi anak solehah. Takpa, takpa. KAKAK NI DAH SOLEHAH, Kakak bagi jelah adik main ni,” (Perhatikan ayat Maryam yang menunjukkan dia langsung TAK RASA KALAH DENGAN MENGALAH).
Dan Maryam pun lepaskan anak patung tu, bagi adik main sendirian tanpa sebarang gangguan lagi.
Adik? Sekelip mata drama air mata dia berubah jadi drama cinta! Tersengih-sengih sebab ‘menang.’
Hakikatnya, kedua-dua anak ini berasa menang. Cuma, ‘DEFINISI KEMENANGAN’ bagi mereka itu berbeza. Adik menang cara lain, Kakak menang cara lain.
Dalam hal ni, adik yang masih belum fully faham tentang emosi, BUKAN WATAK UTAMA kita.
Jaga Hati Anak Sulung
Yang paling PERLU KITA JAGA ialah hati dan perasaan anak sulung ini. Dia sudah besar, dia sudah faham, dia sudah pandai menilai berbanding adik yang keperluan emosinya tidak sekritikal anak yang lebih besar ini.
Kerana itu, dalam situasi berebut ini, SAYA AKAN GUNAKAN AYAT DAN PENDEKATAN YANG MENUNJUKKAN SAYA:
Bila drama perebutan dah habis, selalunya adik akan berlalu dengan ‘kejayaan dan harta rampasan perangnya.’ Dan masa inilah, saya akan peluk dan bercakap-cakap dengan Kakak bahawa dia sudah tunjukkan contoh yang baik, dia anak yang solehah dan segala pengiktirafan ke atas sikapnya yang baik.
Antara dialog paling penting saya gunakan untuk pastikan HUBUNGAN Maryam dan Hanoonah sentiasa baik, adalah dialog, “Kakak, KITA DIDIK ADIK JADI ANAK YANG SOLEHAH YA. Kita didik SAMA-SAMA sampai Adik pun jadi SOLEHAH MACAM KAKAK.. Adik belum faham lagi kan? Dia kecil lagi…”
Dan pada kebanyakan waktu, Kakak akan membalas, “A’ah ibu. KASIHAN ADIK TU, sebab dia kecik lagi. Dia tak pandai lagi jadi solehah. NANTI KAKAK DIDIK ADIK, ok Ibu?”
Allahuakbar, sejuk perut Ibu mengandung bila anak sulung ini selalu volunteer untuk sama-sama membantu saya mendidik adiknya.
Dan hari ini, sudah kira-kira 2 3 bulan saya gunakan taktik dalam tema“MENGAJAK ANAK SULUNG MENDIDIK ADIKNYA MENJADI BAIK SEPERTI DIRINYA.”
Alhamdulillah, kesan yang saya lihat dalam diri Kakak, subhanALLAH, sangat baik.
InshaALLAH, ibubapa yang lain juga boleh gunakan strategi ini.
Pandai-pandailah kita memanipulasi keadaan, gunakan perkataan yang betul dan jadikan SETIAP ADEGAN dalam rumah sebagai MEDAN untuk kita mendidik anak-anak kita dengan sehabis baik cara.
Saya tak beri jaminan, semua ibubapa terus akan mendapat hasil yang cemerlang dengan kaedah ini. Tetapi inshaALLAH saya YAKIN, sedikit sebanyak kaedah ini akan MELENTURKAN ego si anak sulung dan sekaligus menjadikan mereka faham bahawa MEREKA ADALAH PENTING dalam keluarga kita ini, dan mereka SEHARUSNYA menjadi contoh tauladan yang baik untuk adik-adik. Ini hasil yang kita nak buru sebenarnya.
Kebijaksanaan anak-anak kita tak datang dengan sendirinya. Sejak kecil lagi sebenarnya mak ayah perlu merangsang otak anak supaya anak mula berfikir dan membuatkan otaknya dirangsang dengan baik. Barulah anak makin bijak.
Sebenarnya banyak aktiviti yang boleh dilakukan di rumah baik untuk merangsang minda anak untuk jadi lebih bijak. Salah satunya adalah mengajar anak bermain dengan puzzle. Puzzle dapat membantu perkembangan anak kecil.
Menurut Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Mahfuzah Zainol, aktiviti puzzle sangat baik dalam perkembangan kanak-kanak yang sedang membesar. Masih belum terlambat untuk memperkenalkan mainan ini kepada anak kita.
Puzzle dan Perkembangan Kanak-kanak
Aktiviti puzzle sangat baik dalam perkembangan kanak-kanak. Puzzle ada banyak jenis dan ibu bapa atau guru boleh bagi anak mainan puzzle ini mengikut peringkat umur.
i. Bawah 2 tahun
– knob puzzle
– slot puzzle
ii. 2 hingga 3 tahun
– pecahan puzzle yang sesuai ialah 2,4 dan 8 pcs
iii. 4 hingga 5 tahun
– pecahan puzzle 12, 16 dan 20 pcs (mulakan dengan bantuan dan slowly biar mereka independent buat sendiri)
iv. 6 hingga 8 tahun
– pecahan puzzle lebih daripada 20 pcs
– Tangram (boleh rujuk gambar)
Puzzle ni sebenarnya bagus untuk: – cognitive skills
– Problem solving skills
– Fine motor skills
– Hand and eye coordination
– Visual memory
– Visual perception (sub component visual closure)
Silakan bermain puzzle dengan anak-anak anda. Buat sendiri puzzle pun boleh.
Jika anak tak pandai main puzzle walaupun sudah berumur 6 tahun, mulakan dengan peringkat awal bermain puzzle, knob puzzle!
Kemudian tingkatkan peringkat tersebut apabila mereka melepasi setiap level skills.
Menurut Puan Mahfuzah lagi, beberapa permainan biasa yang nampak mudah tetapi besar impaknya kepada anak-anak kecil kita. Salah satu aktiviti yang paling memberi impak pada anak-anak adalah kemahiran manipulatif di mana melibatkan peralatan atau permainan serta objek yang dimanipulate dengan jari-jemari atau anggota badan lain.
1. Mainan yang biasa tetapi impaknya luar biasa.
2. Kemahiran manipulatif bermaksud segala peralatan atau permainan atau objek yang boleh di’manipulate’ dengan jari-jemari atau anggota badan lain (e.g: kaki).
3. Manipulative skills require focus and attention, finger strength, visual, tactile and coordination skills.
4. Manipulative skills tidak restricted kepada hanya permainan fine motor skills sahaja.
5. Antara aktiviti yang melibatkan kemahiran manipulatif kategori fine motor skills :
– Bola sepak
– Badminton
– Ping ping
– Golf!
– Bocce
– Bowling
– Basket ball
– Frisbee
7. Permainan manipulatif tidak termasuk akiviti seperti :
– Merangkak
– Berlari
– Berjalan
– Membongkok
– Melompat (unless guna tali skipping)
Jadi bukan hanya menguasai puzzle yang cukup baik untuk perkembangan anak, bahkan biarkan anak mencuba kesemua permainan di atas. Biarkanlah dia mengasah mindanya. Ada baiknya untuk perkembangan si kecil kita.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap anak yang dilahirkan mempunyai kelebihan masing-masing. Begitu juga dengan bakat terpendam anak yang mungkin ibu bapa sendiri tak perasan sehinggalah suatu hari mereka menunjukkan skilnya tersendiri.
Salah satu contohnya adalah pada seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang begitu berbakat sekali dalam bidang solekan dan tular di TikTok sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi TikTok rahmadanidina1112, jika kanak-kanak lain suka permainan anak patung, lego, kereta dan sebagainya, bagi anak kecil ini, set barangan make up buat dirinya teruja.
Dengan gaya yang bersahaja dan tidak kekok menggunakan bedak, foundation, lipstick, eyeshadow memang cukup buatkan sesiapa sahaja kagum dengan si cilik ni dan video tutorial make upnya itu telah ditonton lebih 7.3 juta.
Tambah pula, cara dia menggunakan barang make up nampak begitu pro sekali dan hasilnya sangat wow!
Dalam perkongsian video si cilik ini, menunjukkan skil dia make up wajah saudaranya sangat sempurna sekali. Kalah kita yang orang dewasa ini.
Menerusi kedua-dua video itu, ramai yang memuji dan yakin jika bakat si kecil ini diasah, pasti akan menjadi jurumekap profesional suatu hari nanti. Tak semua orang mampu lakukan dan ini adalah anugerah Allah.
“Adik boleh buka satu kelas, mesti ramai nak join”
“Part mata tu, jadi pelukis pun lepas adik ni nanti 😁”
10 resipi sahur simple kaya protein untuk anak tadika berpuasa. Menu lengkap 10 hari pertama Ramadan supaya anak kekal bertenaga dan ceria sepanjang latihan puasa.