Jauh di sudut hati Muhammad Rizal Jusoh, 42, bapa kepada Muhammad Nur Rashdan berusia 19 bulan yang meninggal dunia akibat dikelar ibu kandung di FELDA Jengka 13, Maran telah memaafkan perbuatan isterinya.
“Saya maafkan perbuatan isteri dan tidak menolak kemungkinan akan menarik semula laporan polis yang dibuat, namun undang-undang lebih ‘kuat’ daripada saya untuk menentukan nasib seseorang.”
Muhammad Rizal turut akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada sanak saudara termasuk keluarga sebelah isterinya, sama ada mahu membiarkan undang-undang menjatuhkan hukuman atau menarik semula laporan.
Foto kredit: mstar
Katanya, dia turut mengesahkan kejadian itu berlaku tanpa disedari isterinya dan menolak dakwaan sesetengah pihak yang membuat spekulasi mengatakan suspek sedar ketika mengelar anak bongsu daripada tiga beradik itu.
“Sedangkan Allah SWT memaafkan hambaNya apatah lagi manusia biasa seperti saya.
Ads
“Hidup saya tidak lengkap tanpa dia (ister) dan siapa yang hendak menjaga makan minum dua lagi anak Mohamad Nur Rusyaidi, 7, dan Mohamad Rafiuddin, 5.
“Dia memang tidak sedar kerana dia boleh tanya semula apa yang berlaku dan siapa yang bunuh Muhammad Nur Rashdan,” katanya
Foto kredit: Sinar Harian
Ketika pengebumian jenazah Muhammad Nur Rashdan di Tanah Perkuburan Islam FELDA Jengka 13 kelmarin, Mohamad Nur Rusyaidi dan Mohamad Rafiuddin kelihatna sugul, namun mengerti apa yang sebenar berlaku.
Ads
Dalam kejadian itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempatkejadian akibat kehilangan banyak darah.
Suspek mengelar anaknya selepas membawa masuk ke dalam bilik sebaik sahaja selesai membaca al-Quran di dalam bilik lain.
Ads
Kejadian disedari Muhammad Rizal selepas terdengar suara mangsa merengek lemah dan berasa pelik sebelum masuk bilik untuk melakukan pemeriksaan.
Suspek kini ditahan reman selama seminggu bermula kelmarin di Balai Polis Maran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Ibu bapa bekerja bila dapat pengasuh yang menyayangi dan menjaga anak sepenuh kasih sayang itu pun dah kira satu rezeki. Kiranya nak pergi kerja pun hati rasa tenang. Lagi-lagi langsung tak berkira dan melayan anak kita seperti anak sendiri dengan begitu manja sekali.
Mungkin tak semua bernasib baik dapat pengasuh seperti ini. Kadang tu sampaikan anak pula yang tak mahu balik rumah sendiri bila ibu ayah datang nak ambil waktu petang. Bukan itu je, jika bercuti, mesti akan tanya bila nak pergi lagi ke sana. Jenuh juga nak menjawab tu!
Itulah bila pengasuh yang ikhlas menjaga anak bukan sebab wang, auranya lain. Anak-anak pun automatik rasa selesa dan mudah mesra dengan keluarga pengasuh.
Seperti perkongsian ibu yang dikenali sebagai @AidaSue, sebagai ibu, dia benar-benar bersyukur dapat pengasuh yang sangat sporting dan menyayangi anaknya seperti anak sendiri.
Pantang anak cakap, pasti akan tunaikan
Menurutnya, apa sahaja kehendak anak asuhannya, pengasuh tak berkira langsung dan rajin melayan. Siap boleh pasang khemah ikut kehendak anak asuhan yang teringin bercamping.
Penjaga anak aku ni kalau boleh bagi rating, aku rate 1000/10 kot. Anak aku cakap nak camping, dia pacak terus khemah depan umah. Smiling face with tearFace with tears of joy apa je anak aku minta dia bagi. Tak terbalas jasa dia.
Bukan itu saja, Aida juga turut berkongsi lagi, sewaktu anaknya cakap nak makan kat luar, pengasuh tetap layan dan pergi bawa makan diluar. Bukan semua dapat yang betul-betul tip top macam ni.
Mendapat perhatian ye tuit ni. Ni sewaktu anak aku cakap nak makan kat luar. Dia pegi la bawak makan and aku pastikan anak aku address penjaga dia properly mommy & daddy, salam time nak balik.
Lagi satu yang boleh dipuji, pantang anak sebut nak apa-apa sebolehnya dia tak akan menghampakan anak-anak selagi dia mampu buat. Macam anak cakap nak mandi kolam, terus pengasuh buka kolam besar depan rumahnya.
Memang benar-benar buatkan kita sebagai ibu bapa rasa terharu sebab satu keluarga semuanya baik. Syukurlah rezeki ini!
Haha dah bagitau pengasuh sbb dah viral masuk ke FB. So mendapat keizinan post rumah beliau haha ni time pengasuh bukak swimming pool beso sebab anak aku suka sangat mandi kolam. Saja aku nak share sebeb sekeluarga baik hehe.
Bertuah dapat pengasuh yang baik
Perkongsian ini dapat banyak reaksi positif dari orang ramai yang berkongsikan pengalaman masing-masing. Malah tak kurang juga, anak asuhan dah 27 tahun pun masih rapat dan ingat lagi pengasuh yang menjaganya masa kecil.
Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pagi ini kita dikejutkan dengan penemuan mayat bayi berusia 5 bulan, Adam Rayqal yang sebelum ini dilaporkan hilang di rumah pengasuh selepas didakwa diambil seorang lelaki.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mayat Adam Rayqal ditemui disorokkan dalam bahagian sejuk beku peti ais dua pintu, kira-kira jam 11 malam tadi.
Katanya, mayat bayi berkenaan lengkap dengan pakaian dan berbalut kain lampin serta disumbat dalam beg berwarna hijau ditemui oleh sepasukan anggota bahagian siasatan jenayah yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan.
Rentetan kes penemuan mayat bayi tidak berdosa itu ramai yang berasa marah dan sedih dengan sikap manusia sekarang yang semakin gila dan tidak berperikemanusiaan.
Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi, Pegawai Perubatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkongsikan penulisan yang wajar diberi perhatian oleh semua ibu bapa bila hendak memilih pengasuh untuk anak.
Kejutan Yang Menyedihkan
ALERT! Sekali lagi kita digemparkan dengan insiden menyayat hati melibatkan bayi yang dihantar kepada pengasuh. Jika tak lama dulu kes patah tulang peha, awal pagi ini pula bayi yang didakwa diculik di rumah pengasuh rupa-rupanya ditemui mati di sana. Innalillah.
Sekarang ni saya perasan iklan mencari anak asuhan bersepah-sepah bukan sahaja dalam media sosial tetapi juga di tiang-tiang tepi jalan. Betullah itu usaha untuk jana pendapatan sambil membantu ibubapa yang ada anak, tapi kalau jiwa puan-puan dan suami puan-puan tak suka budak-budak atau baran berapi, tolong sedar diri untuk tidak berbisnes mengasuh kanak-kanak. Jadi punching bag pulak anak-anak syurga tu.
Tapi itu bukan apa yang saya nak cerita sebenarnya. Orang kalau dah terdesak nak sara hidup, pasti ada juga yang akan degil nak mengasuh budak-budak walaupun dialah makhluk paling buas kepada kanak-kanak. Jadi, poin saya dalam status ini ialah untuk ibubapa di luar sana, terutamanya yang dua-dua orang kerja dan ada anak.
Dilema biasa, siapa nak jaga anak kita kalau dua-dua kerja? Ah, kang ada la tu yang kata si ibu pentingkan diri sanggup kerja daripada jaga anak. Aduhai. Tu saya tak nak panjang cerita sebab ada banyak sebab untuk mereka kena kerja. Kalau dua-dua doktor, pastu anda desak yang perempuan tak perlu kerja, nanti anda juga yang bising kalau semua doktor pun lelaki je di hospital dan klinik nanti.
Ibubapa sekalian.
Buat SEMUA 10 PERKARA ini sebelum ambil pengasuh ye!
1. Carilah saudara mara terdekat dahulu. Kalau takde, cari saudara mara kepada kawan-kawan terdekat. Kalau takde, cari pengasuh yang jaga anak-anak kawan-kawan terdekat anda.
Jangan main ambil je merata-rata daripada media sosial lebih-lebih lagi yang asyik-asyik muka dia iklankan kat situ. Lagi bahaya kalau harini dia iklan, esok dia kata dah penuh. Minggu depan iklan lagi, pastu penuh. Tu mungkin sebab orang yang dah hantar kat situ terpaksa cancelkan sebab tak puas hati. Omputih cakap ‘high turnover rate’.
Kalau terpaksa minta ibubapa anda untuk jaga, tebalkan muka untuk minta mereka jaga SEMENTARA. Sementara, bukan selamanya. Contohnya 1 minggu sambil anda usaha cari pengasuh sampai jumpa.
2. Google dulu. Ini ramai tak buat, kan? Konfem ada nombor telefon pada iklan, so Google taip nombor telefon tu. Ini info yang mungkin boleh anda dapat dari google:
– nama
– side bisnes contoh baking, dropshipping, scammer
– side story lama
– laman sosial peribadi – boleh stalk dulu
– iklan-iklan serupa di internet (kalau banyak sangat bersepah-sepah, itu tanda pengasuh terlalu terdesak untuk hard selling, jadi kena hati-hati sikit)
3. Semak latar belakang calon pengasuh
Kalau malas nak jumpa berdepan, tapis dulu guna call atau mesej.
– nama penuh
– alamat
– bilangan anak kandung
– bilangan anak asuhan sedia ada
– had maksimum anak asuhan
Dah dapat? Good. Bandingkan maklumat yang anda dapat dari pengasuh tu sendiri dengan maklumat yang anda perolehi daripada google. Kalau ada unsur penipuan, cari lain.
Jangan terlalu fokus pada yuran jagaan sangat. Memang penting tapi itu bukan perkara utama.
4. Jumpa berdepan
Kalau puas hati dengan info awal, JUMPA BERSEMUKA sebab banyak maklumat lagi kena korek. Mula-mula tengok penampilan pengasuh, gaya bercakap, personaliti, gerak geri, dan lain-lain yang boleh anda perhati dalam keadaan natural. Ok pandai-pandai la usya masa jumpa.
Korek info lanjut:
– kenapa dia buat job mengasuh
– pengalaman mengasuh (baca nombor 5)
– sijil latihan mengasuh
– apa aktiviti rutin anak-anak semasa dalam asuhan (dari pagi hingga balik)
– apa makanan biasa yang diberi dan jadual makan
– apa gaya asuhan dia yang biasa
– ha tambah-tambah kat ruang komen kalau ada
5. Minta testimoni (PENTING!)
Jangan minta testimoni daripada pengasuh sebab ramai yang ‘masuk bakul angkat sendiri’. Bisnes kan, konfem la cerita yang indah-indah je.
So, berbalik kepada soalan pengalaman mengasuh, ini soalan perangkap sebenarnya, konfem pengasuh biasanya akan cakap dia berpengalaman mengasuh budak-budak. Kadang-kadang ada yang exaggerate dah tengok sampai beratus anak asuhan. So, minta no handphone ibubapa bekas anak asuhan. Jangan minta satu je tau sebab dia mungkin boleh berpakat, dan untuk rlak dia tau ibubapa mana yang mungkin bagi testimoni negatif. At least 3 orang kot supaya kalau ada cerita buruk, dia tak boleh teka siapa yang kata. Kalau boleh, anda pilih sendiri secara random ibubapa mana yang anda nak hubungi.
Kalau dia enggan bagi, sila bina rasa syak wasangka. Kalau dia bagi, telefon ibubapa tersebut dan minta testimoni. Jangan cakap depan pengasuh sebab taknak la kantoikan ibubapa tu pulak.
6. Lawatan tapak
Jangan malas! Tengok sendiri tempat yang anak-anak anda bakal tinggal semasa anda bekerja. Periksa bilik, tandas, dapur, dan luar.
Pastikan rumah itu selamat dan sukar dicerobohi contoh pintu pagar sentiasa ditutup dan pintu gril sentiasa terkunci. Tengok kebersihan dapur sebab anak-anak anda akan makan makanan dari dapur situ. Check freezer atau peti ais jika ada hantar stok EBM.
Tangga kena ada pagar. Budak-budak terutamanya yang merangkak ni berisiko untuk jatuh lalu cedera atau mati. Bilik pun kalau boleh kena ada pagar keselamatan. Tandas kena bersih, tak licin sampai ada risiko kanak-kanak tergelincir jatuh.
Susunan perabot pun kena sesuai dan selamat. Kalau ada tv plasma 4K hingga ada risiko anak-anak anda jatuhkannya, baik jangan hantar. Kalau jatuh pecah, kena ganti. Tu takpe lagi, tapi kalau jatuh hempap anak sampai mati, nak salahkan siapa nanti? Ibubapa salahkan pengasuh letak TV merata-rata tak gantung dan tak jaga budak-budak, dan pengasuh pula salahkan ibubapa sebab tak ajar adab.
7. Tanya jiran
Sangat penting tapi ramai tak buat! Tau tak makcik-makcik bawang sebelah rumah ni la yang kadang-kadang boleh ceritakan kisah benar. Kot-kot mereka selalu dengar anakanak meraung didera, atau haru biru anak-anak menangis kelaparan. Atau nampak pengasuh keluar shopping tinggalkan anak-anak asuhan dijaga oleh anak kandung pengasuh yang masih sekolah rendah.
8. Tanya hati naluri
Well, kalau hati rasa berat dan ragu-ragu untuk percaya pengasuh tersebut, jangan ambil. Cari lain terus. Percaya pada hati walau mungkin naluri salah. Gunakan panduan 1-7 untuk guide hati.
9. Istikharah
Tanya pada Tuhan apa yang terbaik kerana hanya Allah yang maha mengetahui.
10. Testing
Cuba hantar 2 minggu lebih awal dari tarikh lapor tugas. Kalau ada tanda-tanda anak ketakutan semasa dihantar dan berubah sikap bila balik, sila suspek sesuatu. Anggap anak-anak tak suka dan cari lain yang lebih sesuai.
Terlalu cerewet? Ya, memang kena cerewet kalau sayang anak. Sedangkan duit, emas dan harta yang takde nyawa dan jiwa pun kita simpan kat tempat selamat, inikan pula anak-anak yang bernyawa dan ada jiwa. Takkan nak campak merata je bagi stranger jaga anak-anak kita tanpa kita usaha pastikan mereka boleh dipercaya? Fikirlah sikit!
Saya pun ada anak, dan anak saya pun pernah saya hantar untuk orang lain jaga. Jadi, saya cakap ikut pengalaman dan pengetahuan. Siapa lagi nak taip-taip panjang-panjang bagi orang ibubapa lain baca? Taip takde orang baca tak guna juga. Kalau baca, tolong share.
Berita baik kepada golongan orang kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal! Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bantuan sekali beri atau ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi meringankan beban golongan OKU dan ibu tunggal berdepan impak COVID-19.
Bantuan kewangan tersebut akan disalurkan selewat-lewatnya sebelum Aidiladha pada Ogos ini melalui Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan kumpulan sasar termasuk kumpulan tersebut.
“SehubuNgan itu lebih 300,000 OKU dan ibu tunggal yang tersenarai dalam rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) layak menerima bantuan ‘one-off’ sebanyak RM300 bagi mengurangkan beban mereka.
“Bayaran ini Insya-Allah akan disalurkan sebelum Hari Raya Aidiladha,” kata beliau dalam Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi (ERP) Jangka Pendek, di sini pada Jumaat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...