Menyusukan anak saban hari sehingga umur anak berusia dua tahun sememangnya memerlukan pengorbanan yang cukup tinggi dari seorang ibu.
Bukan hanya menuntut tenaga bahkan mental dan spiritual perlu sentiasa cekal dan kuat untuk terus menyusukan anak. Tanpa kesabaran yang tinggi, penyusuan pastinya tidak dapat dijayakan dengan sebaiknya.
Pengurusan emosi yang tidak lancar selepas proses melahirkan anak turut menjejaskan dan seterusnya menggagalkan penyusuan diawalnya. Jadi bersedialah lebih awal.
Menurut kata Dr Seri Suniza Sufian, Pakar Obstetrik & Ginekologi (O&G) serta Urogynaecologist dari Hospital Prince Court Medical Centre persediaan penyusuan yang dilakukan lebih awal, iaitu ketika awal kehamilan lagi dapat membantu ibu menjayakan penyusuan dengan baik.
“Proses penyusuan sebenarnya bermula sejak awal kehamilan lagi. Sebagai storage penyusuan ibu, pemakanan ibu ketika hamil dengan kenaikan berat badan sekitar 12-16kg adalah sebagai persediaan untuk kita menghasilkan susu untuk bayi kelak. Sebab itulah pemilihan makanan penting waktu hamil.
“Lemak-lemak yang terhasil dari kenaikan berat badan, bengkak payudara dan sebagainya inilah sebagai persediaan untuk hasilkan susu ibu kelak.
“Perubahan yang berlaku tidak secara langsung turut memberi kesan kepada kesihatan ibu hamil seperti diabetes, darah tinggi dan sebagainya.
Ads
“Bila kita bersedia untuk menyusu apa yang berlaku pada tubuh badan kita adalah proses semulajadi.
“Kesihatan jasmani adalah kunci kepada kecergasan emosi ibu bila bersalin kelak. Bila badan sihat, emosi kita waktu kita penat pun diuruskan dengan baik terutama waktu menyuusukan anak kelak.
“Sebenarnya apa boleh saya katakan proses kelahiran yang mengambil banyak tenaga memberi impak pada proses penyusuan di awalnya.
“Bila badan dah penat, sakit memang tak boleh nak teruskan saat-saat bahagia nak menyusukan anak. Apa yang boleh dilakukan adalah meletakkan bayi di dada ibu adalah sebagai salah satu cara merembeskan susu dimana susu akan dirembeskan diantara waktu 10-15 sebaik proses ini dijalankan.
“Fasa kedua selepas melahirkan anak adalah proses penyusuan anak. Nampak macam mudah tetapi proses pelekapan bayi pada puting ibu memang tidaklah mudah. Emosi ibu bercampur baur, rasa sedih dan gembira dengan proses penyusuan ini.
Ads
“Mulanya memang janggal, letih, penat dengan tidur tak cukup tapi ia adalah perkara biasa. Jadi siapkan mental terlebih dahulu sebagai persediaan untuk menyusu,” kongsinya.
“Proses bayi melekap dengan baik ketika menyusu adalah kunci kepada kelancaran penyusuan,” kongsinya.
Menurut kata Dr Seri lagi, jika bayi tidak berjaya menyusu dengan baik diawalnya, pelbagai masalah akan timbul termasukkan merekah, berdarah, perit dan inilah yang berkemungkinan menggagalkan penyusuan.
Malah katanya lagi, orang sekelilinglah perlu menjadi support system yang baik untuk membantu ibu menyusu.
Ini yang boleh dilakukan di awal masa menyusu:
1. Orang-orang sekeliling elakkan memberi tekanan emosi pada ibu sebaliknya bantulah ibu yang kepenatan menyusu dengan baik.
2. Jangan menyasarkan yang terlalu tinggi pada diri sendiri. Ikut kemampuan diri sendiri.
3. Relaks-relaks sahaja dan jangan terlalu memaksa diri sendiri ketika menyusu. Pujuklah diri sendiri untuk teruskan penyusuan dengan baik.
4. Elakkan rasa tertekan, sedih bila lihat anak tak berjaya menyusu kerana akan memberi kesan kepada proses menyusu.
5. Gunakan waktu pandemik ini dengan bekerja di rumah sebaiknya, teruskan fokus penyusuan anak.
Ads
Malah kata Dr Seri lagi, dapatkanlah sokongan penuh suami ketika waktu menyusu. Suami adalah orang yang paling rapat untuk membantu emosi waktu isteri menyusu. Bantulah sebaik mungkin.
Penat atau tidak, teruskanlah penyusuan dengan baik. Satu perasaan yang tidak digambarkan dengan kata-kata. Dapat melihat anak sihat dan ceria, pastinya ibu terasa berbaloi.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Disaat kita dilanda dengan pelbagai musim penyakit yang membimbangkan kini, ada baiknya kita mengamalkan gaya hidup sihat bersama anak-anak dan keluarga.
Namun jangan dilupakan soal pemakanan yang sihat dan segar untuk anak dan keluarga kerana makanan yang baik memberikan khasiat berganda.
Salah satu amalan terbaik ketika anak tidak sihat seperti demam atau selesema adalah pengambilan Bone Broth khusus untuk menguatkan sistem tubuh anak.
Jika tak punya masa untuk memasak pada tempoh yang lama, apa kata sediakan singgang ikan atau sup ayam sahaja buat anak. Ikuti perkongsian Mizhana Padzi ini. Memang terbaik untuk anak.
Hari ni saya buat bone broth, seperiuk singgang ikan dan seperiuk sup ayam. Dulu saya tak kenal bone broth ni apa, apatah lagi manfaatnya untuk kesihatan sehinggalah bila belajar naturopati barulah tahu bahawa mat salleh kaki hirup bone broth bila sakit sebab demam dan virus yang sebabkan selsema dan batuk.
Ya sebenarnya bone broth ni macam sup tulang je pun. Kita orang Melayu ni ada bone broth hebat juga seperti kuah laksa, singgang dan resepi sup tulang kita pun sangat enak.
Masyarakat Barat punya style bone broth ialah, mereka akan reneh tulang ayam atau tulang daging hingga ke 8 jam sampai jadi jelly dan warna kekuningan.
Mereka masukkan dalam botol size mudah minum harian, bila sakit selsema batuk, mereka minum bone broth ni macam minum ubat batuk.
Rahsia penawarnya rupanya ada pada mineral dan vitamin dari tulang tulang haiwan serta rempah ratus semasa mereneh tulang.
Rahsia penawar bone broth juga ada pada bahan pemasam. Kalau mat salleh letak cuka epal, budaya resepi kita letak asam keping. Ejen pemasam ini sebenarnya yang akan boost khasiat vitamin dan mineral pada bone broth itu untuk tubuh kita
Khasiat apa? Khasiat utama bone broth adalah, ia kuatkan sistem pertahanan tubuh terutamanya anak-anak kecil yang kerap batuk demam dan selsema.
Sebaiknya bagi anak hirup renehan sup ayam atau singgang ikan yang ada kunyit hidup yang bagus untuk anti radang dan anti viral tu.
Gambar di bawah ni hasil renehan singgang ikan dan sup ayam yang dah sejuk yang saya akan tuang dalam thermos (isi atau tulang ayam dan isi atau tulang ikan saya asingkan buat rencah nasi goreng bila perlu) dan masukkan dalam peti bahagian chiller.
Saya akan panaskan dan bagi anak hirup setengah cawan setiap hari (anak saya sedang selsema).
Resepi singgang ikan mudah :
5 ulas bawang putih hiris halus 1 inci kunyit hidup hiris halus 1 inci lengkuas hiris halus 5 asam keping setengah jug air Sedikit garam himalaya
Reneh semua selama 10 ke 15 min api kecil.
(kalau ada ekzema tak digalakkan makan masakan yang direneh 30 min ke atas sebab ia menghasilkan natural msg)
Tulang ikan (saya asingkan isi dan tulang, isi saya guna buat fishball homemade, tulang saya simpan memang plan nak buat bone broth)
Ps : Jangan letak gula, MSG pak aji atau kiub pati ayam atau kiub pati ikan bilis pula dalam renehan sup dan singgang ya, sebab ia akan terus potong segala manfaat yang ada.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein atau mesra disapa Kak Lina yang telah selamat melahirkan bayi keduanya pada jam 12.23 pagi tadi.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Elly awal pagi ini di Instagramnya. Kata Elly dia bersyukur kerana proses melahirkan bayi lelakinya itu di sebuah pusat perubatan di Selangor dipermudahkan Allah SWT.
Malah kongsinya lagi, dia dan bayi kini berada dalam keadaan baik.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah Kak Pom selamat bersalin pada 23 October 2021, Jam 12.23 pagi tadi.
“Alhamdulillah mama & Haider sihat. Tq segala doa,” kongsinya ringkas.
Dalam pada itu, selebriti serba boleh ini juga turut sama berterima kasih kepada suami, ayah dan anak perempuannya yang saban waktu melayan setiap karenahnya sepanjang hamil sembilan bulan.
Malah turut berterima kasih kepada doktor dan jururawat yang banyak membantu proses kelahiran bayi keduanya malam tadi.
“Tq Abah, Somi & Manja jaga mama sepanjang mengandung hingga bersalin. Alhamdulillah kite ada orang baru, bertambah sorang lagi dalam keluarga comel kite. Alhamdulillah syukur Ya Allah.
“Untuk team @andorrahospitalofficial kursus buat Doc Khamsiah, Doc Mariam, Doc yang penah check kak lina dan nurses tq tq tq.
“Memang hebat layanan diberikan, rasa terharu malam tadi, sebelum bersalin, Somi , Umi dan Nurses membaca Surah Yasin, bagi ayat memudahkan bersalin dan doakan kak lina agar proses bersalin berjalan lancar dan dipermudahkan. Memang Allah permudahkan. Syukur,”kongsi lagi.
Tidak hanya berkongsi kisah kelahiran dan sekeping gambar suami bersama bayi sulung mereka bahkan Elly turut mengumumkan pilihan namanya dan suami untuk bayi mereka. Sedap pilihan nama Elly dan suami.
“Cepat Haider nak jumpa Papa Mama, sangat sekejap. Alhamdulillah syukur.
“Dengan ini kak lina nak memperkenalkan anak ke 2 Kak Lina, Haider Mateen Bin Mohamad Azlan. Assalamualaikum Haider. Welcome to the world our little bundle of joy,” tulisnya di Instagram.
Dalam pada itu, entri yang dimuat naik Elly itu turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan selebriti juga pengikut setia Elly yang turut sama mendoakan kesejahteraan buat ibu dan bayi.
Terdahulu, Elly dan suaminya, Mohamad Azlan mendirikan rumah tangga pada Januari tahun lalu dan kini pasangan ini selamat menimang cahaya mata sulung mereka. Elly turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Puteri Sarah Sefhia, hasil perkahwinannya yang terdahulu.
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika anda memegang bayi, pasti anda akan mencium bau wangi bayi baru lahir. Bau yang selalu orang katakan sebagai ‘bau syurga ini’ sebenarnya datang dari mana?
Pasti anda ingin tahu bukan apakah fungsi bau ini dari segi sains?
Ibu dan bayi mempunyai satu hubungan istimewa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bermula daripada saat ibu tahu tentang kehamilan, sehinggalah tibanya saat kelahiran, ibu telah melalui pelbagai kesusahan dan rintangan demi seorang insan yang bernama anak.
Menurut kajian, bayi yang baru lahir amat tertarik dengan bau ibunya. Perkara yang sama juga berlaku kepada si ibu. Ikuti perkongsian daripada doktor kanak-kanak, Dr Redza Zainol.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.