Bagi memberi pendedahan tentang manfaat menyimpan kepada anak-anak, Pa&Ma dengan kerjasama Simpan SSPN telah menganjurkan Simpan Challenge Hunt yang berlangsung pada 29 Julai 2023 yang lalu. Acara tersebut telah berlangsung di The Bentong Farm, Bentong, Pahang dan seramai 30 peserta telah mendaftar untuk turut serta.
Editor Pengurusan Family & Parenting, Wan Erni Liza (kiri) bergambar kenangan bersama team Simpan SSPN
Untuk pertama kalinya, acara tahunan Pa&Ma dan Simpan SSPN ini telah diadakan secara ‘on ground’ dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Menariknya, selain anak-anak didedahkan dengan kebaikan membuat simpanan demi masa depan, mereka juga dapat belajar tentang haiwan dan alam semulajadi.
Antara peserta yang memeriahkan Simpan Challenge Hunt
Berkumpul Dari Awal Pagi
Ternyata semua peserta bersemangat untuk menyahut cabaran Simpan Challenge Hunt kerana mereka telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi untuk pendaftaran. Tambah meriah kerana setiap peserta diberikan t-shirt khas berwarna ungu tua dan semuanya tampil sedondon!
Usai pendaftaran, para peserta mengikuti sesi Zumba untuk memanaskan badan. Pemilihan lagu rancak serta rentak tari yang menarik membuatkan ibu ayah serta anak-anak begitu teruja berzumba. Selain itu juga, para peserta telah diberikan penerangan ringkas bagaimana Simpan Challenge Hunt akan berjalan.
Ada 10 Checkpoint!
Supaya anak-anak lebih menghargai nilai wang dan suka menyimpan, setiap peserta diminta untuk pergi ke 10 checkpoint berbeza. Di setiap checkpoint yang berbeza ini, para peserta perlu menyelesaikan tugasan yang diberi. Selesai setiap tugasan, renjer akan memberi mereka token sebelum mereka ke checkpoint yang seterusnya.
Bersungguh-sungguh ya buat tugasan!
Suasana menjadi gamat kerana setiap peserta bersungguh-sungguh untuk memenuhi arahan serta menjalankan tugasan yang diberi. Anak-anak pula seronok kerana dapat belajar banyak perkara baharu serta begitu teruja setiap kali mendapat token dari renjer bertugas.
Ads
Seronok dapat token dari renjer bertugas, senyum lebar!
Antara checkpoint yang perlu peserta pergi adalah seperti Savannah, Aviary, Reptile, Tortoise, Moo2 & Friends, Pet Village, Kampung Orang Asli dan beberapa yang lain. Tugasan yang perlu diselesaikan oleh para peserta adalah seperti memberi haiwan makan, memancing ikan, mewarna, mengasingkan barangan kitar semula serta serta banyak lagi.
Pandainya dia bagi kambing makan!
Buat Tabung Istimewa Simpan SSPN
Selesai melakukan setiap tugasan di checkpoint yang ditetapkan, para peserta harus berlari ke garisan penamat untuk mendapatkan tabung emas istimewa Simpan SSPN. Sebanyak 10 buah kumpulan yang terawal kemudiannya perlu berentap di pusingan akhir untuk menghasilkan tabung Simpan SSPN yang paling kreatif.
Kerjasama hebat antara ayah dan anak perempuannya
Alat tulis serta barangan asas untuk membuat tabung telah disediakan, para peserta hanya perlu membuat tabung tercantik bagi memancing perhatian juri. Bukan itu saja, para peserta juga perlu memastikan pelekat Simpan SSPN digunakan untuk menghiasi tabung rekaan mereka.
Ads
Masing-masing semangat tiup belon, seronok sangat!
Sementara menunggu keputusan akhir, para peserta juga telah menyertai sesi istimewa bersama Simpan SSPN serta cabutan hadiah istimewa. Ternyata kesemua peserta sangat gembira, syok betul!
Tahniah Kepada Pemenang
Semua 10 peserta peringkat akhir membawa pulang hadiah wang tunai yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN. Selain itu, mereka juga menerima barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Semua pemenang bergambar kenangan bersama team Simpan SSPN
Tahniah buat kesemua pemenang! Untuk pemenang tempat pertama, menerima wang tunai RM500 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN adalah adik Iqlima Wafeeya Rahimi manakala tempat kedua pula disandang oleh adik Sharifah Awliya Humaira, menerima RM300 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Ads
Tahniah adik Iqlima!
Pemenang tempat ketiga pula adalah adik Nazreen Rehanaa Rahimi yang mendapat RM200 akaun Simpan SSPN beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Tahniah adik Awliya!
Pemenang-pemenang saguhati pula menerima RM100 yang dikreditkan ke akaun Simpan SSPN setiap seorang beserta barangan eksklusif tajaan Simpan SSPN dan hamper istimewa dari Pa&Ma.
Hadiah-hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Pn. Wan Zawiah Wan Abu Bakar yang merupakan Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat & Pemasaran PTPTN diiringi Editor Pengurusan Family & Parenting, Pn. Wan Erni Liza.
Tahniah adik Nazreen!
Ternyata Simpan Challenge Hunt yang diadakan kali ini telah mengukir senyuman di wajah para peserta serta banyak memberi pendedahan kepada mereka tentang Simpan SSPN. Para peserta terutamanya anak-anak kecil juga dapat belajar tentang kepentingan menyimpan serta acara pada hari tersebut merupakan ‘bonding time’ terbaik antara ibu ayah dan anak-anak.
Tahniah kepada semua peserta dan teruskan memberi sokongan kepada Pa&Ma dan Simpan SSPN!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mendidik si kecil yang sedang membesar memang banyak cabarannya. Apatah lagi anak-anak aktif yang suka meneroka persekitaran di sekeliling mereka.
Tapi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan yang bermula pada 18 Mac yang lalu, pasti ada ibu bapa yang buntu bagaimana untuk pastikan pembelajaran si kecil yang sentiasa aktif tidak terhenti begitu sahaja kerana ruang yang terhad di sekitar kediaman sendiri.
Itu sudah tentu menjadi cabaran ibu bapa khususnya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini. Menjadi tugas ibu bapa bagi memastikan pembelajaran anak tidak terhenti walaupun tidak pergi ke sekolah.
Anak yang pintar bukan sekadar celik minda sahaja tetapi ia menyeluruh pada banyak aspek perkembangan. Ini antara aktiviti yang ibu ayah boleh ajar pada anak-anak di rumah.
a. Gunakan kaedah pembelajaran yang menyeronokkan. Penggunaan pelbagai aplikasi pendidikan secara digital akan dapat menarik minat si kecil untuk belajar walaupun hanya berada di rumah. Kini ada macam-macam aplikasi pendidikan yang boleh ibu bapa muat turun di telefon pintar atau tablet secara percuma. Disebabkan kanak-kanak generasi milenium lebih tertarik kepada gajet maka gunakan kemudahan teknologi tersebut untuk mendedahkan mereka kepada pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokkan. Apa pun ibu bapa perlu memantau cara pembelajaran menggunakan aplikasi digital
b. Buat aktiviti pembelajaran seperti kuiz, pertandingan melukis atau mewarna antara adik-beradik juga bersama ibu dan bapa pastinya lebih membuatkan si kecil anda teruja untuk belajar. Kalau buat rutin yang sama sahaja tentu si kecil cepat bosan. Jadi, apa kata ibu bapa cuba buat aktiviti pembelajaran yang memerlukan mereka saling bersaing secara sihat. Secara tidak langsung masing-masing akan berlumba-lumba untuk memenangi pertandingan dan dalam masa yang sama mereka turut mengingati pelajaran yang telah dipelajari. Bukankah kanak-kanak itu lebih seronok belajar sambal bermain.
c. Pembelajaran secara praktikal. Masa yang banyak diluangkan di rumah sepanjang PKPP ini boleh digunakan untuk mengajar anak-anak dengan kaedah secara praktikal. Ia sesuai dilakukan dan sudah tentu anak akan lebih mudah faham dengan pembelajaran yang disampaikan. Bila berpeluang melakukan apa yang dipelajar secara praktikal barulah anak lebih teruja melihat hasilnya. Lepas itu mereka lebih bersemangat untuk belajar.
d. Pupuk sikap positif si manja untuk membesar secara optimum dengan contoh dan teladan yang baik. Secara tidak langsung dapat membentuk sikap positif sejak dari kecil. Contohnya sifat-sifat murni yang boleh perolehi daripada watak Dugro Buddies yang menceritakan sifat-sifat murni untuk dipelajari dan dicontohi si kecil seperti suka kebaikan berkongsi, penyayang dan bersikap jujur. Ibu bapa boleh menanamkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak. Disebabkan 24 jam menghabiskan masa bersama tentu sahaja anak-anak cenderung akan bergaduh sesama sendiri. Inilah masa paling sesuai, ajar mereka pentingnya saling sayang-menyayang dan berkongsi barangan.
Dumex Dugro® NextGen NUTRIMenyokong Keperluan Nutrisi Masa Depan Si Kecil
Susu Dumex Dugro® NextGen NUTRI menyokong keperluan nutrisi diperlukan oleh generasi masa hadapan yang menyokong PERKEMBANGAN 360ᵒ setiap kanak-kanak bersama kasih sayang anda untuk mudah belajar, sihat fizikal dan mampu bersosial dengan ramai orang.
Dumex Dugro® NextGen NUTRI mengandungi:
DHA Tertinggi*, Tinggi Zat Besi & Vitamin C
DHA banyak ditemui di dalam otak, manakala Zat Besi membantu pembentukan sel darah merah dan Vitamin C menyumbang dalam penyerapan Zat Besi daripada makanan.
*Berdasarkan kandungan DHA/100G dalam kategori umur 1-6 tahun, dalam lingkungan harga yang sama (<RM35/KG), Nielsen syer >9% sebagaimana pada Januari 2020.
Tinggi Kalsium & Vitamin D
Kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat, manakala Vitamin D menggalakkan penyerapan Kalsium
Tinggi Vitamin A & E
Vitamin A membantu menjaga kesihatan kulit dan membran mukus dan penting untuk fungsi mata manakala Vitamin E melindungi lemak dalam tisu badan dari pengoksidaan.
Inulin adalah sejenis serat yang berasaskan sumber semulajadi.
Tanpa Sukrosa
Sukrosa adalah sejenis gula tambahan. Pengambilan gula tambahan yang berlebihan boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius pada kanak-kanak dalam jangka masa panjang.
Dapatkan Sampel Percuma Asli
Ibu boleh dapatkan sample percuma Dumex Dugro® NextGen NUTRI untuk merasai kebaikannya dengan klik di sini atau layari dugro.com.my untuk ketahui lebih lagi. Yang paling penting, ianya disahkan halal oleh JAKIM. Jadi usah ragu dan risau. Dapatkan Dugro® NextGen NUTRI hari ini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan lagi. Oleh itu, masyarakat di seluruh Malaysia dinasihatkan untuk menjaga SOP jika terpaksa keluar rumah serta menjaga kebersihan ke tahap yang maksimum. Bukan sahaja ketika berada di luar rumah, kebersihan harus dititikberatkan di dalam rumah juga.
Bercerita tentang kebersihan dalam rumah, kebanyakan ibu pasti risaukan anak-anak kan? Biarpun anak-anak tidak dibawa keluar, kita tetap akan merasa risau akan penyebaran virus COVID-19 ini. Sebagai ibu, kita perlu ekstra peka dan berjaga-jaga supaya kesihatan anak terjamin!
Anak-anak yang sedang membesar sudah tentu sangat aktif. Biarpun tidak dapat keluar, imaginasi kreatif mereka akan mendorong anak-anak untuk terus bermain. Punyalah lasak, habis berpeluh-peluh satu badan! Waktu inilah ibu perlu memainkan peranan bagi memastikan kebersihan anak terjamin.
Jangan Risau, Ada Produk Yang Selamat & Lembut Untuk Melindungi Anak!
Terujanya bila sampai waktu mandi, memang jadi kegemaran anak-anak. Dalam keadaan sekarang, ibu perlu bijak memilih rangkaian produk terbaik untuk si manja. Selain memilih yang tidak merengsakan kulit anak, banyak lagi ciri-ciri lain yang perlu diberikan perhatian.
Ada produk berkualiti yang akan membantu ibu bagi memastikan anak-anak bersih dan bebas dari kuman. Rangkaian Follow Me Anti-Bacterial Kids adalah produk yang kita cari! Bukan sahaja gel mandian head-to-toe, tetapi juga ada sabun mencuci tangan dan hand sanitizer. Lengkap semuanya!
Apa Keistimewaan Follow Me Anti-Bacterial Kids Range Ini?
Selain mempunyai 99.99% perlindungan kepada bakteria, produk ini juga telah diuji oleh pakar dermatologi. Terbukti ia sangat lembut pada kulit anak dan mempunyai pH seimbang. Kandungan pH ini dapat mengatasi masalah kulit anak menjadi kering.
Produk ini juga sangat baik untuk anak-anak kerana ia bebas-5. Apakah itu? Ia bebas sabun (sangat elok untuk mengelakkan kerengsaan pada kulit), tidak memedihkan mata, bebas triclosan, paraben serta pewarna.
Dengan memilih rangkaian produk dari Follow Me ini, anak-anak akan lebih segar dan bersih. Ini memastikan mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti dengan bebas dan menyeronokkan. Para ibu jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk berkualiti ini di pasaran segera. Inilah superhero yang kita perlukan!
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk ini, anda boleh kunjungi :
Klik SINI sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini.
Bubur Bayi Tumis Darat, Pekat Likat, Lebih Rasa Untuk Anak!
Menyediakan bubur bayi pastinya mengambil sedikit masa. Bubur yang sedap dan benar-benar sebati sebenarnya memerlukan masa yang agak lama untuk disediakan. Namun menyediakan bubur yang satu ini, Bubur Tumis Darat yang dikongsikan oleh ibu ini, Ana Maria, sememangnya lain daripada yang lain.
Bukan hanya ditumis terlebih dahulu sebelum direnehkan hingga masak, bahkan tumisan bawang juga ditambahkan kemudian bagi menambahkan lagi rasa kesedapan kepada bubur anak. Bukan anak saja, kita dewasa pun boleh makan bertambah-tambah. Ayuh cuba resipi yang dikongsikannya.
Selalu umi buat bubur tumis macam biasa ja. Ni umi buat tumis darat pulak. Bubur bau lagi wangi tau. Anak makan pun brselera ja Walaupun gigi atas tengah naik sebatang tu.
Sediakan bahan-bahan.
Saute ayam hingga kecut sedikit. Kemudian masukkan carrot dan batang pak choy. Saute hingga lembut semuanya.
Masukkan nasi panas. Kacau sebati dan masukkan air. Reneh sehingga menjadi bubur.
Nasi dah kembang. Boleh masukkan pak choy dan daun sup. Biarkan sehingga sayur lembut.
Tumis bawang, halia dengan sedikit minyak. Hingga kekuningan dan naik bau.
Kemudian masukkan bawang yang digoreng ke dalam bubur. Gaul sebati. Boleh blend atau lenyek mengikut kesesuaian baby. Atau terus boleh dimakan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.