Jika berkunjung ke taska atau tadika anak-anak, pasti kita akan ternampak mainan seakan paip ini di mana-mana. Inilah salah satu pembelajaran sambil bermain yang diterapkan di sekolah untuk anak-anak kita.

Kemahiran bermain paip yang disambung-sambungkan ini sebenarnya banyak manfaatnya untuk anak kecil kita. Jadi mak ayah bolehlah membeli lebih awal dan jadikan ia sebagai mainan untuk anak di rumah. Barulah terisi masa anak-anak kita.

Nak tahu apa kelebihan Pipeline ini pada anak-anak kita? Jom ikuti perkongsian Ahli Terapi Cara Kerja, Pn Ayesha Sairi mengenai kelebihan aktiviti Pipeline ini.

Simple Saja. Main Sambung-Sambung, Rupanya Aktiviti ‘Ni’ Dapat Latih Motor Halus Anak!


Pipeline construction

Rasanya kebanyakan kita mungkin sudah biasa melihat permainan pipeline ini bukan? Saya selalu nampak agen yang menjual pipeline sebagai educational toys.

Agen tulis antara kebaikan permainan pipeline ini adalah dapat:
* Meransang minda kreatif
* Melatih motor halus
* Menajamkan daya Imaginasi
* Meningkatkan daya Fokus
* Merangsang Koordinasi Mata & tangan.

Haaa. Banyakkan kebaikan yang anak akan dapat bila main pipeline ini? Mari saya tambahkan satu lagi kebaikan bermain pipeline yang ibubapa mungkin kurang biasa mendengarnya.

IKLAN

Meningkatkan kemahiran persepsi visual.
Apakah itu kemahiran persepsi visual? Ia adalah cara otak memproses input yang dilihat oleh mata. Walaupun penglihatan anak kita tidak rabun, ia tidak menjanjikan anak kita akan dapat menguasai kemahiran persepsi visual dengan baik.
Setiap kemahiran memang memerlukan latihan.

Untuk permainan pipeline ini, setiap pipeline mempunyai 2 saiz berbeza untuk setiap hujung pipeline. Oleh itu, anak kita perlu boleh

* Memahami bahawa di hujung pipeline tersebut mempunyai saiz yang berbeza. Yang ini perlu diajar terutamanya untuk anak kecil. Nuuh pun masih perlukan mama untuk terus tanamkan konsep ‘besar’ dan ‘kecil’, ‘tak muat’, ‘muat’ dan sebagainya pada dia.

* Membezakan hujung yang mana yang lebih besar dan hujung yang mana lebih kecil. Biar sampai tahap dia tengok sahaja boleh tahu/agak yang mana satu.

IKLAN

* Memahami konsep cara untuk menyambung pipeline ini. Pastilah hujung yang besar akan disambungkan dengan pipeline yang hujungnya kecil.

Simple Saja. Main Sambung-Sambung, Rupanya Aktiviti ‘Ni’ Dapat Latih Motor Halus Anak!

3 komponen ini berkait di bawah kemahiran persepsi visual.
Kalau tidak ada pipeline ni jangan risau. Boleh gunakan apa yang ada di rumah. Saya berikan dua contoh aktiviti mudah yang boleh dilakukan.

* Berikan anak bekas tipuware yang mempunyai saiz berbeza. Biarkan anak cuba untuk cari pasangan badan tipuware dan penutupnya.

IKLAN

* Sekiranya mempunyai kereta mainan yang pelbagai saiz, boleh jadi kreatif dengan menyediakan terowong laluan yang berbeza saiz untuk ajar konsep kecil dan besar.

Pasti tuan dan puan sedar bahawa untuk anak melakukan aktiviti ini, penglibatan ibu bapa amat penting. Mereka akan berasa gembira dan yakin untuk mencuba apabila ibubapa terlibat sama.

Selamat beraktiviti bersama anak!

Artikel berkaitan: Biar Anak Jadi Bijak, 7 Aktiviti Di Rumah Mampu Rangsang Motor Halus Anak, Masa Pun Terisi

Nak Anak Lupakan Gajet, Boleh Cuba Aktiviti Asah Skil Motor Halus Si Kecil Seawal Umur 3 Tahun

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI