Setiap perkahwinan ada jalannya sendiri. Ada yang dipenuhi bahagia, ada juga yang sarat ujian. Begitulah kisah pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam, 39, yang kini sekali lagi menjadi perhatian warga maya.

Disebalik kemewahan dan senyuman, tersimpan cerita penuh onak duri dalam kehidupan rumah tangganya.

Rebecca telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Norazam Sulaiman kira-kira 18 tahun lalu dan juga merupakan  pemenang Dewi Favourite, Dewi Remaja 2005/2006  dilihat pasangan yang romantis.

“Single Mother of 7” , Hantaran Rebecca Nur Al Islam Undang Sebak

Hasil perkongsian hidup mereka, pasangan ini dikurniakan tujuh cahaya mata, yang menjadi pelengkap dan penguat semangat buat Rebecca.

Ads

Namun, langit tidak selalunya cerah. Perjalanan 18 tahun bersama itu bukan mudah, malah penuh dengan ujian yang tidak semua orang mampu hadapi.

“Single Mother of 7” , Hantaran Rebecca Nur Al Islam Undang Sebak

Ads

Terbaru, menerusi hantaran di Instagram, Rebecca berkongsi sekeping foto suaminya dengan kapsyen yang mengundang tanda tanya. Ayat yang ditulis seolah-olah menggambarkan ada sesuatu yang sedang bergolak dalam hubungan mereka.

“18 tahun kita bersama. Semoga ALLAH SWT sentiasa memberkati kamu dengan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah. Terima kasih yang tidak terhingga atas kenangan 18 tahun ini. Kita sedang berusaha sedaya upaya, namun ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang,” tulisnya penuh makna.

Lebih menyentuh hati, pada ruangan bio akaun Instagram miliknya kini tertulis “single mother of 7”, seakan memberi bayangan bahawa dirinya kini menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu tunggal.

Ads

Tidak hairanlah, ruangan komen di hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi. Ada yang bertanya, ada juga yang menitipkan doa agar Rebecca terus tabah. Rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat buat ibu kepada tujuh cahaya mata ini, agar dia tetap kuat mengharungi badai kehidupan.

 

Sumber: rebeccanuralislamahmad

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads