Ads

Sistem Cashless Sekolah Buat Ibu Bapa Lega Langkah Bijak Didik Anak Urus Duit

Sekolah Guna Sistem Cashless, Ibu Bapa Tarik Nafas Lega

Hari pertama persekolahan anak darjah 1 selalunya penuh drama kecil. Ada yang menangis, ada yang takut, ada juga ibu bapa yang terlalu risau sampai sanggup tunggu anak di sekolah  siap duduk di meja kantin waktu rehat.

Isu ni bukan benda baru. Malah, menurut perkongsian seorang ibu di therads, sekolah anaknya telah mengunakan sistem cashless. Ikuti perkongsiannya:

Sistem Cashless Sekolah Buat Ibu Bapa Lega Langkah Bijak Didik Anak Urus Duit

Hari pertama sekolah memang penuh drama kecil yang manis. Dari bangun awal pagi, siapkan uniform, sarapan ringkas, sampai lah moment hantar anak ke pintu pagar sekolah. Yang buat ibu-ibu paling “stress manja” selalunya bab duit belanja.

Sekali balik rumah, duit lesap entah ke mana beli pemadam, jajan luar sekolah, atau benda tak berfaedah  Penat dah bebel.

Tapi sekarang semuanya berubah bila sistem cashless sekolah mula diperkenalkan.

Sekolah Dah 100% Cashless – Tap Tap Je!

Tahun ini, pihak sekolah anak-anak telah melaksanakan sistem 100% tanpa tunai menggunakan BSN ORIJIN Card. Setiap murid dibekalkan kad sendiri, dan setiap kali membeli makanan di kantin, mereka hanya perlu ‘tap tap’ sahaja.

Ads

Tak perlu lagi bawa duit kertas ke sekolah. Tak perlu risau duit tercicir atau hilang.
Dan paling melegakan, tak perlu risau anak beli jajan bukan-bukan

Melalui sistem cashless sekolah ini, ibu bapa juga boleh memantau perbelanjaan harian anak menggunakan ORIJIN School App. Semua transaksi direkod dan boleh dilihat terus melalui telefon.

Ibu Bapa Boleh Kawal, Anak Pun Belajar Urus Duit

Sistem Cashless Sekolah Buat Ibu Bapa Lega Langkah Bijak Didik Anak Urus Duit

Contohnya hari ini: Anak sulung belanja RM3. Anak kedua belanja RM2. Semuanya jelas, telus, dan terkawal. Tiada lagi teka-teki duit ke mana.

Hujung bulan pula, baki duit yang tak digunakan akan ibu berikan secara tunai untuk mereka masukkan dalam tabung simpanan. Secara tak langsung, anak-anak belajar nilai menyimpan dan merancang perbelanjaan.

Ads

Menariknya, melalui sistem cashless sekolah ini, anak-anak jadi lebih peka dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.

Menerusi perkongsiannya juga, ibu ini memberi tahu setiap hujung bulan bakinya akan diserahkan kepada anaknya untuk diletakkan dalam tabung.

A’pa yang pasti walaupun cashless, apabila anak faham konsep belanja dan simpan sejak kecil, ia akan jadi tabiat baik sampai dewasa.

Netizen Pun Sokong Sistem Cashless Di Sekolah

Sistem Cashless Sekolah Buat Ibu Bapa Lega Langkah Bijak Didik Anak Urus Duit

Ads

Meninjau ruangan komen, ramai ibu bapa lain turut bersetuju bahawa pelaksanaan sistem cashless sekolah sangat membantu antara komen adalah

“Tak payah pening tukar duit kecil tiap minggu.”
“Baru tahu ada sistem macam ni, bagusnya.”
“Kurang risiko kes buli dan paw duit murid.”

Hakikatnya, bila murid tidak membawa wang tunai, risiko duit hilang, dipaksa memberi wang, atau berbelanja secara berlebihan dapat dikurangkan.

Teknologi Untuk Didik Anak Lebih Bertanggungjawab

Sebagai ibu bapa, kita bukan mahu mengawal anak secara berlebihan. Kita cuma mahu membimbing mereka supaya tahu mengurus wang dengan betul dari usia muda.

Sistem cashless sekolah bukan sekadar kemudahan teknologi, tetapi satu langkah bijak membentuk anak yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.

Hari pertama sekolah kini terasa lebih tenang. Kurang drama duit belanja. Dan lebih fokus kepada pembelajaran.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Anak 5 Tahun Masuk Tadika 2027? Fakta Mengejutkan Saintifik Tentang Usia...

Anak 5 tahun masuk tadika bermula 2027 bukan keputusan rawak. Ketahui sebab saintifik kenapa usia ini paling kritikal untuk perkembangan otak kanak-kanak.